Friday, December 26, 2008

boring moring wat TAG

saya diTAG hazzy. maaf lambat wat! =P

1. What is the relationship of you and him/her?
sape? orait la,aku pilih britney spears. rasanye xdekot. aku peminat fanatiks die. haha

2. Your 5 impressions towars him/her.
biatch,sexy,stylo,trend setter,controversial.

3. The most memorable things he/she had done for you.
berkahwin singkat ngan ex-bf die yg pertama dalam masa kurang 24 jam pastuh bercerai. wahhh sgt style. leh ikot x? hahahaha..

4. The most memorable things he/she have said to you?
its britney,bitch! haha

5. If he/she become your lover, you will...
sepak madonna laju2 sbb kiss die dalam lagu Me Against the music

6. If he/she become your enemy, you will...
ckp yg die ni xde taste pilih laki. apekah? kevin federline ko pilih?

7. If he/she become your lover, he/she has to improve on...
harta dia. sbb haku nk jd lesbo sekejap dan dlm tempoh tu aku akan mentransfer money die ke account haku! money is important hokeyh! gile babs..

8. If he/she become your enemy, the reason is...
die lagi sexy dari aku.

9. The most desirable thing to do on him/her is?
donlod @ burn lagu die dr tenet secara percuma. ori mahal la(tiba2)

10. The overall impression of him/her is...
ko sgt sundel..~

11. How do you think the people around you will feel about you?
so what? who cares?lalala~

12. The character of yourself is?
sarcastic.. maybe?

13. In contrary, the character you hate of yourself is?
baik sgt time skola. baikke? slalu sgt kena buli! hentikan buli weyh! =D

14. The most ideal person that you wanna be is?
diri sendiri la weyh.. hape nye soalan daaaa~

15. For the people who care about and likes you, say something about them.
trimaseyh sbb caring @ wuteva kat haku.. haku hargai sume tuh.. (ayat xley blah)

16. 10 people to tag?
xde sape. haku da malas nk TAG org. sekian maseyh!

Thursday, December 25, 2008

kafe antarabangsa kat UM? wow~


KUALA LUMPUR 24 Dis. - Biro Pendidikan Pemuda Barisan Nasional meminta semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) mewujudkan kafe berkonsepkan antarabangsa dalam memenuhi keperluan pelajar dari luar negara.

Pengerusi Biro Pendidikan Pergerakan Pemuda UMNO, Ahmad Ikmal Ismail (gambar) berkata, langkah itu perlu dalam menjadikan negara ini sebagai pusat pendidikan yang terkenal di dunia.

"Kami melihat potensi positif ini akan sedikit terganggu akibat ketiadaan kafe-kafe yang menyediakan makanan seperti di negara asal mereka," katanya kepada pemberita di Universiti Malaya (UM) sini hari ini.

Ahmad Ikmal menambah, pihak IPTA perlu peka akan keperluan pelajar-pelajar dari luar negara yang jauh daripada budaya dan negara asal.

"Pihak IPTA perlu mewujudkan suasana kampus yang mempunyai ciri-ciri seperti di negara asal mereka dan kita melihat perkara ini dapat direalisasikan dengan mudah menerusi pengantarabangsaan kafeteria.

"Oleh itu, mereka tidak mempunyai masalah dalam pemilihan makanan sepanjang melanjutkan pengajian di negara kita selain dapat mengubat rasa rindu terhadap budaya dan negara kelahiran masing-masing," katanya.

Tambahnya, langkah UM untuk menyediakan kafeteria antarabangsa pada masa akan datang perlu dicontohi IPTA lain dalam memenuhi keperluan pelajar luar negara yang semakin bertambah.

Bagaimanapun, Ahmad Ikmal menafikan usaha pengantarabangsaan kafe di IPTA tersebut dilihat seolah-olah meminggirkan makanan tradisi yang ada di negara ini.

Menurutnya, selaras dengan dasar-dasar kerajaan, setiap IPTA perlu menyediakan kafe-kafe bagi memenuhi permintaan dan selera kaum-kaum sedia ada.

"Dengan wujudnya kafe yang berkonsepkan makanan tradisi mengikut kaum dan antarabangsa, membolehkan pelajar-pelajar IPTA mengenali dan memahami kepelbagaian budaya yang ada di dunia sekali gus menjadikan mereka celik budaya," katanya.

petikan dari utusan.com.my

pendapat aku? haishh.. xtau la nape ngan Pengerusi Biro Pendidikan Pergerakan Pemuda UMNO ni. nila dinamekan kera di hutan disusukan,anak mati kelaparan.

pandangan serong haku:

1. mmg meminggirkan mknan tempatan pon. dok bela2 org asing watpe? kan bgus dorg kenal makanan tempatan ni.. sape suoh dtg cni kan? ade ke UMIST kat London mengantarabangsakan kafe kita ngan wat restoran nasi ayam Linda Onn?(contoh je) try test tgk?

2. kos nk mengantarabangsakan kafe ni sure2 tinggi dan pelajar2 tempatan yg majority ditanggung PTPTN sepenuhnye akan pokai@kopak disebabkan adanye kafe tu. tambah2 plak nk tayang kat awek tu konon2 berduit tapi 'hampas'. biar papa asalkan bergaya.

3. daripada UM dok sibuk2 berbangga pasal kafe niyh,bek korang UPGRADE sket tempat makan kat kolej haku ni( kolej 10). dah la makanan xsedap,mahal lak tu. bek aku g makan kat kafe thehehehe.

pandangan seteret aku:

1. nama UM da terkenal. (kan da masuk paper tu!)

2. byk foreigner akan blajo kat UM semata2 sbb adanye starbucks,tgi friday,secret recipe @ Mcd kat UM. (ade ke?)

3. entahle. xde kebaikan kot? lalala~

wat masa ni,kat sekitar UM baru ada KFC(tupon kat belakang kolej 9).. starbucks bila nak mai??

p/s= aku xtau nape chatbox aku gile sejak kebelakangan ni. anything komen kat entry mane2 korang suke. chow!

Tuesday, December 23, 2008

pegedil yg degil.

hari ni aku terpaksa jadi penjaga rumah memandangkan 2hari berturut - turut aku keluar bersukaria tanpa memikirkan yg daku sedang pokai. (xpe,PAMA kan ade).
dan memandangkan aku rasa bosan dan diselangselikan dengan kebosanan tahap dewa,aku pon update la blog haku,dan kebetulan aku penah berjanji yg aku nak wat entry pasal resipi pegedil.

sbenonye nak wat pegedil ni senang je (sbb tu kat kedai makan jual seketul 50sen) dan kebetolan pegedil ni kegemaran haku. pegedil ni jugak diklasifikasikan khas tok org yg degil dan kepala batu sahaja. sejarah juga mengatakan bahawa pegedil ini mula dicipta oleh seorang nenek yg degil dan tidak mahu memasak resipi selain pegedil. maka dari perdegil bertukar menjadi pegedil sbb nk bagi sedap je bunyik(apakah?). sedang aku leka menatap majalah Wanita(terasa usia semakin tua) dan haku ni kalo bukak majalah tuh,aku ske bukak bahagian resipi. Alasan: nak cari resipi yg paling senang dan xperlukan bahan. dan,pegedil telah menjadi resipi bertuah kali ini!

Pegedil Ayam style Honeylalala =P

bahan - bahannye:
3 bijik kentang
daun bawang sehelai dipotong halus
serbuk lada hitam sesudu
sesudu isi ayam dicincang2
2bijik telur
minyak masak
kuali
sudip
lesung batu

nota kepala: pix ini tidak terdapat dalam mana2 buku resipi. khas dari aku sendiri yg baru sahaja menghasilkan pegedil td. harap makyung!

beginilah rupa kentang yg dihiris.
step 1
mula2,korang kupas kentang dengan lafaz Bismillah.. pastuh,hiris kentang tersebut kepada bentuk yg kecil supaya senang tok digorengs.

kentang ini sedang digoreng.
step 2
kentang yg dah dipotong tuh dicampakkan dengan kejam ke dalam kuali yg berisi minyak panas yang sedang menggelegak. pastuh,gelak gaya2 Profesor Klon apabila melihat kentang2 itu terseksa digoreng. pastikan garing tapi jgn garing sgt,nanti jd beseng(hangus).

daun bawang,isi ayam,serbuk lada hitam dan kentang yg ditumbuk telah bergaul bebas!

step 3
dah digoreng,masukkan kentang ke dalam lesung batu dan tumbuk sampai hancur lebur. kemudian masukkan daun bawang,isi ayam yg dah siap dicincang,serbuk lada hitam dan gaul mengikut gaya kuak lentang sambil berjoget tango.

jgn lupa celup dalam telur!
step 4
kepalkan bahan tersebut supaya membentuk bulat dan lonjong ( nak segtiga pun bleyh,ikot citarasa korang la) dan gaulkan ke dalam telur yg siap dipecahkan.
tadaaaa!! telur tu hanya hiasan.
step 5
dah sebati ngan telur(kira dah salut habes ar),goreng ar! pastikan jangan hangus sgt tok mengelakkan rasa pahit ketika melantak.


tgk? sngkan? haku mula2 wat,xsangka leh jadi tros! tapi bila wat 2nd time,cm xjadi pas tangan2 adik pon nak masuk sama. so,haku wat kali ke3 dgn sdiri dan bjaya gak! kesimpulannya,haku xske resipi haku ni di enteprem dek org laen, kira lembu punya susu,sapi dapat brand. =D

kalo ade resipi yg murah +senang aku akan bgtau yek!
selamat mencuba dan amalkanlah! =D

Thursday, December 18, 2008

jom main game baling kasut

sedang aku syok baca2 newspaper.. tbe2 aku tertarik lak tgk satu artikel nih..


klik je kat link ni okeh..
aku dah try main da.. mmg best.. balingan aku xpenah miss..
kesian kat Muntadar yg kena tahan dek kerajaan Iraq dan didakwa menghina presiden negara asing.. oit kera-jaan Iraq! buta ke ape? yg Bush bomb ko pnye rakyat lu xpkir lak kan? mmg vodoh tahap cipan tol.. bush mmg layak dipanggil hanjeng!

kalo haku jd Muntadar(KALAU)..aku pijak kasut &lumur kat tahi hanjeng dulu byk2.. pastu baling kasut tuh sambil memakai sarung tgn.. xpon.. bwk spray @pistol mainan.. isi air kencing sape2 kat dalam tuh.. pas2 shoot kat muka dia.. konfom Bush wat surgery pasnih.. betapa hina nye ko.. haha

p.s = sape2 yg tgh makan@minum tu harap maaf ye. sape suoh baca sambil makan! =P

korang try la main game ni.. at least puas ati gak dpt baling kasut ke arah Bush secara virtual! muahaha..

Tuesday, December 16, 2008

tak tahu yang mana 1??

kini baru aku sedar bahawa aku dah menyia2kan cuti semester aku dengan menternak lemak di badan instead keje sambilan. baru aku sedar yg aku byk melepaskan peluang yg bergelimpangan dan berguling2 kat depan aku.! cist!

1. kawan aku dtg umah semalam & kebetulan die keje kat SMART. dan yg membuatkan aku menggeget jari adalah time haku ngah cuti tuh ade keje kosong kat tempat die,lebey3 lg bahagian akaun tok part time & dpt gaji bulan lak tu!!. dan haku plaks xbgtau yg haku ngah cuti!! waaaaa.. sesungguhnye haku menyesal xangkat tepon beliau tempohari!!(budget xmahu diganggu waktu exam lah kunun!) wuwuwuwuw..T_T

2. aku kefeningan.. xtau nak pilih internship kat mana? either kompeni dpn umah haku atau kompeni di Bukit Bintang? kalo aku pilih kt dpn umah aku, makan free,leh balik umah.. tp kompeni kecik (sume pompan lak 2) n cm xbebas pemikiran aku.. kalo kat BB lak,jauh dr umah(xjauh mane pon).. pas2 makan kena byr sdiri (kalo ade elaun kan bgussss) ttp kompeni ni bgus! sbb mmg susah nk dpt(fakulti la yg kata) dan aku mmg ske internal audit(kebetulan sgt aku amik int audit sem ni).. so apakah keputusan aku? tunggu & lihat jer la... adus!! >.<

3. pening lagi.. mane 1 nak g? antara reunion ex matrics aku @ perhimpunan family terbesar thn ni? rasa ralat lak kalo x g reunion family.. tp lg ralat x g kmkn.. ahaks!(betapa selfishnye aku ni).. so what to do? ikot gerak hati laaa nampaknye.. xpon wat solat istikharah...=)

kesimpulannye,aku ni mmg xgheti nak wat decision! wake up sofahani! tolong berpikiran matang leh x?=P

aaa sgt sedey ini hati! yg member aku ni pon seko,xgheti2 nk msg haku! baru la nk kepochi time nak naik sem ni.. nk wat cner,xde rezeki kan?(kalo x,da masyuk aku bulan ni!)=P

Monday, December 15, 2008

lagi2 tag..

memandangkan xde topic aku nk tulis,aku wat la TAG yg syima kasi. at least xde la berhabuk sgt blog niyh. kdg2 aku rasa cm blog haku ni tmpt tag la plak. hadoish! aku ni baek tau,org kasi TAG kat aku,aku wat je.. xmcm makcik yg TAG aku nih! haha

1) Do you think you are hot?
semestinyer! sape lg nak kata aku hot kalo bukan diri sendiri,haha

2) Upload your favourite picture of you!

ekceli aku main upload je.. sbb ni PC umah.. byk pic kat laptop.. aku rasa sume pic aku,aku ske! h0h0

3) Why do you like that picture?
pic ni sgt2 la bersejarah.. ekceli pic ni ditangkap time haku 1st year & time bukak pose.. selebihnye aku malas nk citer.. xbest la bukak balik buku lama kan? ape2pon,aku ske pic ni sbb pic ni pic terakhir aku btol2 happy! kire natural happy la beb.. xde plastik2 ni kayh!

4) When was the last time you ate pizza?
ghasenyer time haku lulus lesen kete ngan jayanyer.. tak igt tarikh bile sbb lama sgt2 time tu.. pe brg makan pizza.. bek makan murtabak.. haha XD

5) The last song you listened to?
kertas band - kekasih x dianggap(kat profile aku ni lew)

6) What are you doing right now beside this?
baru lepas memasak td.. lauk masak lemak ayam cili api, sambal ikan bilis + nasi.. sje nk show off ckp aku ni reti masak..kahkahkah

7) What name would you prefer besides yours?
aku ske je nama aku skang.. xde istilah nk tukar2 nama ni.. ingat negara Korea ke nak tuka2 nama.. lalala~

8) People to tag:
1. nurul 'izzah
2. kudozu
3. kak eda
4. van(da lama aku x tag dia)
5. areev izat

Who is number one?
coursemate haku & satu kolej ngan haku.. da nak kawin da die.. hehe..

Number 3 is having a relationship with?
hehe.. nak citer ke kak eda? yg haku tau die mmg sudah berpunya..=)

Say something about number 5
satu UM ngan haku,dak science xsilap.. kenal dr alam maya jer.. dok 4th xsilap.. penah terserempak tp xbrani nk tego =P

How about number 4?
nipon knal dr alam maya gax.. gaya cm kenal lama jerk.. sedang blaja di Jepun & sgt poyo orgnye.. haha..

Who is number 2?
seniorku di kolej kediaman Tun Ahmad Zaidi.. =D

Thursday, December 11, 2008

17.5 pound ley beli ape ek?


macam nih,member haku merangkap rumet haku skang telah berangkat ke London time habes exam aritu,kire bulan lepas arr,saje makan hangen ngan family die(sgt laaa jeles!!).. so haku ni mmg ske kirim mengirim,nak2 lak die g London,mesty la nak menyebok sekaki. tapi memandangkan haku telah menJOLI sakan duet JPA haku,maka tinggallah duet yg xbrape nk dikatakan byk. so,haku bagi la rumet haku tuh RM100. convert ke matawang pound,jd 17.5 pound jer(dah lama aku sedar yg duit Mesia ni mmg kecik,tp kecik lg duit Indonesia,haha =P).

die nak balik awal bulan Januari ni,tapi aku xdecide lg nak beli ape! hampeh x?=P

memule haku mintak beliau belikan haku brg2 Arsenal( aku kan fanatik Arsenal ),ceh,bg RM100 je,budget cam rumet haku g downtown jer lak,tp beliau da g tgk2,brg2 sana mahal amat seyh!. yg ade pon,set cadar Arsenal. Lawa 2 mmg lawa,tp comforter lak kena sumbat kapas sdiri,leceh! dah tu,kapas pon kena beli gak!( p/s= kat sana mmg pelik,sume kena wat sdiri).

so,korang rasa ape ptot aku kirim kat rumet haku ngan wang seciput itu?
ikotkan,aku nak brg yg murah+byk.. tapi ade ke barang murah kat London? yg murah je pon rumet haku kata La Senza je,haha. ape eh? cadangan?

haku nye cdgn:
a. keychain @ souvenir ( sekeping 3 pound die kata )
b. perfume ( die kata kat sana perfume murah. kalo ye,perfume ape eh? )

dua tu je kot,haku da buntu! sape2 ley bg cdgn??

aku cuma nak brg yg murah,dapat byk dan ley wat kenangan! sape2 yg sudi memberi buah hati..opsss..buah fikiran,bgtau aku ek! maseyh!! =D

p/s= zety,sangat jeles hokey tgk pix ko kat London tuh!! waaaa nak g gak! =P

Wednesday, December 10, 2008

aidiladha ku..

selamat hari raya aidiladha @ bahasa kasarnye selamat hari raya Lembu!=D

aidiladha da melepas aku baru nak update. xpe2,at least aku ingat gak dr xhengat kan? hurm,aidiladha aku kali ni xde beza ngan yg sebelum2nyer,dan cam biase,aktiviti aku

1. sebelum aidiladha :

a. tolong mak masak rendang ayam (tolong jer)
b. wat bizi2 kat dapur ( masak resipi sendiri,xpe,mak aku bg lesen dah =D)
c. selebihnye layan sinetron pas2 ngadap internet
d. joging? malas arh.. aku nak layan Mutiara&Sutera Maya,haha

2. selepas aidiladha :

a. pagi2 lagi mak aku kejut suoh solat sunat aidiladha. aku ni kalo org kejut lambat,aku bangun pun lambat. sudahnye,terlepas.
b. kemas2 umah,konon2 ade org nk dtg beraya.
c. mak pegi surau tolong2,aku dok umah tolong makan rendang.=D
d. dah kenyang,layan tido jap.
e. sejam kemudian,masak nasi ( konon2 akak misthali)
f. layan tenet,sinetron sampai mak aku balik.

kesimpulannye, hari itu xubah seperti hari - hari biasa.

tambahan:
nape aku x g surau tolong2 ek? sbbnye,dulu2 aku penah ikot mak aku g surau,pas2 mata aku tertancap kat seketul daging(of coz daging lembu,xkan daging kucing lak) yg baru fresh disembelih.. dan tbe2 daging tu 'bernyawa'! (maksudnye berdenyut2 la).. dan aku tetbe ngeri xpasal2 dan sejak tu aku x g dah. oh ya,aku ni mabuk darah,xleh tgk yg sembelih2 kuar darah ker,kaki berdarah ke,hidung berdarah ke.. sure lutut aku longgar. nape? aku pon xtau.!( tapi ade pengecualian gak,jangan tanye! =P)

eh,aku dah berjaya wat pegedil yg sedap ngan try and error sekali je. nanti aku tulis. chow!

oh ya,terlupa nak ucapkan sekalung tahniah buat Nurul 'Izzah kerana beliau baru sahaja selamat bertunang dalam minggu lpas xsilap.. hehe,jgn mrh ye,saje nk kepoh2..=P semoga kekal dr jinjang pelamin hingga ke anak cucu&& akhir hayat.. amin..=)

Tuesday, December 9, 2008

TAG jiwang banget!

aku diTAG sekali lagi dan izzah adalah tukang TAGged nye. dan TAG ni sgt menarik kerana sgt2 laaa jiwang dan bunge2! nape aku kata jiwang? sila lihat butiran TAG di bawah! dan.. peraturannye adalah~

Peraturan tagged cukup mudah :(aku kopipes je izzah nye ek!)
1. Jawab dengan penuh ikhlas dan “berperasaan”.(aku xreti nak berperasaan,haha)
2. Biar ada hubungkait yang jelas antara soalan dan jawapan.(xnak bleyh?=p)
3. Perlu menjawab tagged aku dalam masa 5 hari. (sehari sudeyh!)
4. Perlu mentagged orang lain selain AKU!!(baik!)
sudah paham?


kesimpulannya,aku xbrape mematuhi peraturan tag no 1&2. maka,no 3&4 je aku bley wat. kalo xpuas hati sudeyh! =D

1.Di manakah jejaka/ wanita idaman anda berada?
jejaka idaman: mestila ade kat bumi niyh! territory mane? haku xley gtau! =D

wanita idaman: yg tgh menaip ni la! kuikui..ngeeeee =P

2. Dia tahu atau tidak anda menaruh perasaan terhadapnya?
MESTIla tau.. kalo xtau.. wat2 je tau.. haha..


3. Sejak bilakah anda menaruh perasaan tehadap dia?
sejak bila - bila.. haha..


4. Pernahkah anda memberi isyarat kepadanya?
haku ni pelik sket.. aku bg isyarat kat diri sendiri jerk.. haha..


5. Kalau ada, apa bentuk isyarat yang anda berikan?
u go straight.. dont belok2.. (baca dua kali,mesty paham nyer!)

6. Aspek manakah padanya yang membuatkan anda meminatinya? ( Bentuk Tubuh? Pekertinya? Sikap Caring nya? Rupanya? )
ekceli aku ni pemilih orgnye.. aspek? macam2 kot.. kata pemilih kan.. nak pakai lame beb.. so,aku da dapat pe yg aku pilih.. hasilnye,memuaskan! (macam pilih produk kosmetik la plakkkk..haha)

7. Apakah perasaan anda apabila melihat si dia?
wat masa ni,lom berdepan bermata lagi.. so aku xleh nak komen pape hokey!


8. Sekiranya aku menjadi si dia, aku akan menerima diriku kerana …… (abiskan ayat ini dengan jumlah minimun 30 patah perkataan.)
aku rasa bnda ni cam xlogik arrr.. so aku malas nak jawab!!


so,haku nak TAG:
a. kak edhaku -chan!
b. aizul marcello
c. syimamoto
d. zulhatfi


-sekian maseyh! kalo xpuas hati ngan jawapan haku,sila emel haku utk lebey informasi..haha..-

Monday, December 8, 2008

Mungkin ini memang jalan takdirku
Mengagumi tanpa di cintai
Tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
Dengan hidupmu, dengan hidupmu

Telah lama kupendam perasaan itu
Menunggu hatimu menyambut diriku
Tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah
Bahagia untukku, bahagia untukku

Ku ingin kau tahu
Diriku di sini menanti dirimu
Meski ku tunggu
Hingga ujung waktuku
Dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya


Dan izinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
Tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
Dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja

Friday, December 5, 2008

Hari Ini Dalam Sejarah Part 1

Aku Bosan. so aku saje je nak menambahkan entry2 kat blog haku sepanjang cuti alam semesta niy!

hari ini dalam sejarah [tok aku jela] :

1. adek haku berhenti keje setelah 5 hari je keje kat wrapping counter kat Jaya Jusco Maluri. penat katanyer! kalo da malas tu malas gak! hahaha!! kutuk adek xley blah!*kelmarin JJ Member Card Day,patotla!*


2. haku decide xmoh makan nasi setat esok! mula bersarapan bijirin sahaja. no nasi lemak hoke! kena fit badan balik before bukak sem! must do it! =D


3. nak menghabiskan deretan novel2 kat umah haku. lom lagi tmasuk novel yg mak haku pinjam kat Ampang Point tuh! dr tido bek layan novel! ade sape2 nak rekemenkan novel best2? tapi aku lg ske Ramlee Awang Murshid nyer novel! =)

4. haku xkeja @ wat pape aktiviti time cuti niyh. mmg unsangkarable!!. slalunye haku MEMANG keje time cuit g niyh. tapi... wat masa ni,haku tertumpu ngan memburu tempat Praktikal tok blan 5 ni! dan.. dok umah! baek sungguh anak encik Sakroji nih! =D

eh,nak p lipat baju sat la. chow!

TAG sekali harung!

aku ditagged oleh syima. ada dua tag. tp aku wat skali harung dalam 1 entry jela!

sebey perTAMA

1. The age you'll be on your next birthday: 22 years old

2. Place you want to travel to: semestinyer seluruh donia especially Paris&Venice!

3. Your favorite place: semestinyer rumah haku! & tempat haku blaja.. weLOVEum!hahaha..

4. Your favorite food: my mum's cooking.. masak sempoi pon haku telan weyh!

5. Your favorite pet: kucing! kalo bley nk bela kekura,ikan~

6. Favorite color combination: red+black+pink!

7. Favorite piece of clothing: sepasang baju kurung! ahaks~ tp prefer cardigan kesayanganQuh+jeaniee jeans!

8. Your all time favorite song: Royksopp - only this moment

9. Favorite TV show : Buletin Utama. wajib!

10. First name of your significant other/crush: Mr Snowman.. ko hengat haku nakkan publisiti murahan? geez~lalala~

11. Which town do you live in: Pandan Jaya

12. Your screen name/nickname: honeylalala,effa,hani,honey pon leh..haha!!

13. Your first job: pekerja butik yg sgt taaak best!

14. Your dream job: auditorla weyh! watpe aku amik akaun?xkan jd engineer lak?XP

15. One bad habit that you have: kelip2 mata tanpa sebab. cecep siottt..haha!!

16. Worst fear: kehilangan ape yg aku ada dalam sekelip mata!

17: Things you'd like to do before you die: sediakan 'bekalan',siapkan wasiat,pas2 g mati ngan amannnn~amin!

18. The 1st thing you'll buy if you get $1,000,000: maybe g Haji dulu kowt,pas2 aku invest duit tu kat tempat yg ade potential..kata otak money! bek invest dr membeli..pas duit tuh da beranak pinak,aku beli la pape yg haku nak!

19. Your husband/wife: aku lom kawen lg hokeyh! tgu la dlm 5 tahun lg ok! =D

sebey keDUA

1. What is your name?

Sofahani Binti Mohamad Sakroji

2. How old are you?

21 hokey!

3. What are the 3 electronics you can't live without?

handphone,lappy,&my BESTA(electronic dictionary)

4. Are you amazing?

of course, am i supposed to say everone else?naaaah!

5. What is the brand of the phone you are using?

sony ericsson & nokia

6. What color is your phone?

both black! love black!

7. Have you slept in school before?

of course,i am da Queen of sleeping in school tau!

8. How long are you online in a day?

based on my mood,but,when at my college,24-7,if in my home,2-3 hours,money maa! haha!

9. How would you describe yourself?

talkative,sarcastic,shorty,rounded eyes,weird,mystery,well,of course i says sumthing that other cant stand huh?=P

10. What's your favourite topic to talk about?

gossiping,shopping,&sumtimes about private story?hehe!!

11. Which teacher do you like?

Pn Siti Sapiah,my mathematics teacher!

12. Who do you think is the most handsomest in your class?

erm,of course la my Mr Snowman! unidentified huh?=P

13. Who are you currently aiming on?

getting a good job,big asset & happy family!

14. Do you know a lot of your siblings' secret?

a lott! and i keeping it safe.!

15. How do you rate your siblings?

same as mine. goyges! xley berat sebelah dowh!

16. Are your siblings gorgeous?

mestiylah bongek! kan da malas speaking bi da!=P

17. Do you judge people?

yup!

18. Do you run?

when it comes to unsolved problem,yes. i run! T_T

19. Are you lazy to tag people?

sgt rajin! nanti aku tag koranG!

20. Who was the last person you spoke on the phone?

BDO Binder,Accounting Firm. Asking about my english grade&muet. motive??

21. What is 2 + 2?

4@four. puas hati?

22. Who is your idol?

Dr Mahathir! tolooong! negara Malaysia da xaman! tolong hapuskan pengkhianat2 negara bley x?

23. Are you a monster?

yes when i woke up from sleep. haha!!

24. Do you play with Barbie dolls?

tolong sket weyh! aku bukan girlie nak maen benda2 tuh. bek main Play-Doh! hahahaha...

25. What was the last movie you watched?

Quarantine yg sgt2 menyakitkan jantong limpa haku!

26. What do you think of your English?

okey & perlu direpair! hahahaha..

27. What do you think about your Bahasa Malaysia?

sgt bagus! aku kan org melayu?=D

28. Who do you hate?

seorang lelaki yg sgt hipokrit & Dayus yg tinggal di Perlis! no plat kete beliau RH2486! padan muka ko!

29. Do you love yourself?

of course la weyh! syg diri sendiri baru org laen!

30. Blurt out 5 random words

aku dah penat wat sevey!!=D

orang malang yg aku bakal TAG!

1. aizul marcello

2. kak edhaku-chan!

3. fadhilah

4. wakdol

5. Hazzy

*maseyh*

Thursday, December 4, 2008

nak TENGOK jugak!


aku nk tgk cter ni! demmmmm aku da lama giler xkua umah.. ikat perot for da opening sem..konpom2 duit JPA kuar lambat.. tape2... aku xpedulik! maw tgk ini citer! =D

*btw aku baru je tau kalo nak kulit putih melepak cm pic atas nih,jgn kua umah langsong .. sape2 follower pahaman ney? leh upload pic korang kat haku!=D*

haku diTAGged oleh tuan punya anet-chan!

disebabkan haku gumbira memandang result haku xde pape yg sangkot( btw korang kena taw kalo blajo kat UM ni kalo xde paper sangkot tu sgt2 laaa bersyukur! demmm..) maka aku ngan khusyuk & tawaduknye membuat mendalah yg harus disetelkan kerana haku telah di tagged olah tuan punya Anet-Chan!

a) 7 fakta tentang Haku
1. haku seorang yg ber'hangen'.
2. haku suka makan(sama cam kak edhaku-chan!=P)
3. haku sgt2 ske melukis! esp manga.
4. muka haku npk cm sombong,tp sape yg knal haku....[isi tmpt kosong]
5. haku seorang REALISTIK.(xske angan2 jer,nak realisasikan ia! eceyh!)
6. haku ske tros terang @ seteret kalo ckp! sape yg terasa,ampunn ya!
7. haku xske kegagalan! eventho xsume org d atas,tp haku kalo leh,nak berusaha berada d atas!=D

b) 7 perkara menakutkan haku di dunia
1. apabila ape yg aku plan,hancur d tgh jalan!>(
2. hilang orang yg haku syg! =(
3. hilang maruah (simpang 44)..
4. mati dalam keadaan xsempat mengucap..(nauzubillah!)
5. bila dunia nak KIAMAT(petanda pon da ade kan? huhu..)
6. sangkot dalam paper yg diklasifikasikan killer! (haku xsanggup mengulang! sbb haku ni malas g lec =P)
7. hilang ape yg aku miliki skang.aku syg ngan pe yg aku ada!

c) 7 lagu yg paling haku layan
1. royksopp - only this moment
2. muse - plug in baby
3. MCR - helena
4. peterpan - hari yg cerah utk jiwa yg sepi
5. jason mraz - lucky
6. ryu - my memory
7.muse - time is running out

d) 7 perkara yg haku selalu sebut
1. mak aih..
2. erk..
3. lalala~
4. so what?
5. perlukerrr..
6. apekah?
7. motiff??

e) 7 perkara yg bernilai bg haku
1. familiku!
2. seseorang yg haku syg(u know who u are aite?=P)
3. laptop haku semestinyer!
4. baby EgoQuh!
5. henpon SE k800i+nokia 3100c
6. pengalaman+kenangan haku.. i means,memory ler!
7. semestinyer,nyawa haku!

f) 7 pertama kali dalam hidup haku
1. dapat prezie yg amat byk at my 20 birthday!
2. memiliki transport/kenderaan & lesen at the same year!
3. eksiden moto yg hamper2 meragut nyawaQuh..=(
4. kena reject! =(
5. rasa disayangi oleh org yg mmg haku ske! (jiwang lak!) =))
6. menyingle dalam tempoh yg agak lama! (unbelievable hokeyh!)
7. jumpa laki yg sesgtlaaa DAYUS & HIPOKRIT! (syuhhh u evil!)>(

g)7 orang x btuah Haku Tag!
1. syimamoto
2. 'izzah
3. Ag
4. heall
5. hazzy
6. areev
7. bard

Tuesday, December 2, 2008

ana gumbiraaa..yeahhha!

aku juz nk update yg...
......
......
......
aku da dapat tempat for praktikal bulan 5 ni!!
__________________________
__________________________
dan yg bestnye,tmpat tuh dekat giler ngan umah haku! anto resume by hand,on the spot dpt sieh! gudgud sofahani! XD
tp jgn expect firm yg beso2,kecik2 sudeyh..sempoi~XD
yeayyy!!
********************************************************
sekian XD

Monday, December 1, 2008

kerjaya sebagai penghapit terunggul!

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.... =)

Setelah aku puas menunda2 time tok update blog,akhirnye aku update gak arini..
bkn pe,penat xhilang2 lagi.. jadi pengapit 2 ari straight,penat tuh.. dari Perak ke Hulu Langat.. saiko giler.. papepon,aku bangga ngan tugas yg aku dah selesaikan dengan jayanyer.. heheh

tarikh : 29hb NOV 2008
tugas : mengapit hakak sedaraQuh (Bertendang ke Umah laki)
Loskasci: Batu Kurau,Perak Darul RidzWAN..=P
mode : Rajin tahap Mins.

perjalanan ke Batu Kurau memakan masa yg agaklah lama.. maklumlah g kovoi ngan sedara mara..3 bijik kete je pon..tp kerenahnye berbagai2 beb..
sampai2 je,Abg Nuar(pengantin laki) bwk ktorg ke rumah persinggahan.. siyes wa ckp lu..cam camp... tandas kat lua..xde lampu lak tuh..mmg scaryy sesangat. pastuh sekeliling hutan je,so paham2 jela..mulut jgn cabul..papepon,aku telah membuktikan yg aku ni xdela bandar sgt!=P
malamnye,tido ngan xde selimut.. paham2 jela..lebey 20 org dlm umah tu.. so ade la yg xlengkap.. n naseb baik tbe2 before aku nk g sn,tergerak ati nk bwk baju lengan panjang n stokin.. malamku sgt2 la sejuk!!
dan esoknye,bermulalah tugas sbg penghapit! sila lihat...

berarak ke pelamin.. payung kena jaga beb!!


sempat memosing bersama pengantin.. haku pengapit glamor! =P

sudahnye,pas aku mengapit dorang,aku dan family haku bertolak pulang ke KL.. gerak dlm kol 3,sampainye dalam kol 9.. besela beb,singgah langgah!

tarikh: 30 NOV 2008
tugas: mengapit kawan baekku!
lokasi : kuarters Polis Diraja Malaysia,Langat(juga mentendang ke umah Laki)
mode : rajin tahap Max.

haku telah berjanji ngan kawan haku tok g kenduri kawan baikku. so kitorang bertolak konvoi dari Pandan Jaya ngan jumlah kete yg agak byk gilos! maklumla,kwn aku ni famoss =P

Malangnye ke'gatal'an kwn haku ni terserlah apabila beliau lupa mengisi baby Satria nye ngan minyak,menyebabkan ktorg lost n bergerak berani mati dgn mengikut kete bererben pink yg sgt menyusahkan! nape menyusahkan? sbb kete bereben pink tu lalu jalan panjang! n naseb bek sampai.. tema colour? tgk la yer.. aku siap beli baju baru semata2 nk jd penghapit minah ni jerk..betapa baiknye kawanmu ini!=P

kesimpulannye,majlis ni lagi meriah dr yg semalam.. sbb? sbb kawan aku yg kawen! mmg la meriah!

ape yg ktorg perati tuh?

ni time kat umah pompan... aku knal sorang dak Backsider yg missing..=D


a pic shows everything..

jalan2 di Pavilion ngan baju kurung! Impressed siot!=D

sudahnye,aku balik awal disebabkan xnak berjumpa 'sesuatu di masa lepas' dan haku ngan kawan haku mengambil keputusan berpoye2 sebelum balik umah. dengan berbaju kurung,haku gagahkan diri ke Pavilion dan ktorg tgk citer QUARANTINE. cite yg mmg wat haku sakit jantong arh! on the way nak balik,parking keter RM12! maknanye 1jam 4 hengget! what de heck? Pavi cekiq darah! >(

lastly,kami balik dlm kol 7lebey.. baik lak parents aku xbising? bgus2.. da paham anak die ni baik =P

ha,sebelum aku menutup bebelan aku nih,aku ade tips2 tok sape2 yg meroyan nak jd pengapit@pengepit

a. pastikan korang kipas diri sendiri,jgn kipas pengantin. bia die berpeluh.

b. jangan lap peluh kat muka pengantin. biar berpeluh. barula natural beauty.

c. kalo ade org wat menepung tawar,biarkan sampah sarap tuh kat tgn pengantin. t pandai2 la dorang sapu sdiri.

d. pastu,kalo penat berdiri kat sebelah,ko suoh pengantin lak berdiri,korang duduk!

**baca boleh,percaya jgn**=D

p/S = ade org tuh sebok tny sal aku. oit,da ade awek wat gaya ade awek hokeyh! tau la ko tuh giler meroyan! hahahaha(gelak jahat)

nota kaki lima : so,korang paham nape aku malas giler update kan? sbb penat sieh! papepon,tahniah & Selamat Pengantin Baru kepada Siti Norahida(nora) dan Mohd Azree(ary).. doa2kan la aku pon naik pasni ek.. =D

Monday, November 24, 2008

berakhir sebuah debaran..


muka aku time ni siyes penat. dah2 jgn nk komen lelebey.!

aku bangga menjadi org Jawa. nape? sbb org Jawa ni rajen. perasan? siyes aku xtipu. bukan aku nk kata aku yg rajen. orang Jawa yg rajen. aku org Jawa? mmgla. tp aku xkata aku ni rajen. org Jawa la! hahaha..

Mane xnye,kat kg aku yg Klang ni jer kalo wat kenduri pape,mesti nk jemput org kampung wat rewang2,xpakai katering tuh! pastuh umah konfom la bersepah ya amat. dapor penoh ngan org kg. aku watpe? tlg letak bunga tlor n keje2 sng je la...=P

malas nk cite byk pasal org Jawa. korang watla research sdiri. hahaha. xpuas ati g blog org len.=P

bertarikh 23-11-2008,akak sepupu aku selamat diijabkabulkan di msjid dpn umah kat kg aku ngan skali lafaz jer.. ops.. laki die bukan org Jawa@Klang,org Batu Kurau,Perak.

time aku menulis ni,pukul 10.49 mlm,baru kol 8 mlm td sampai umah aku kat k-heLL nih. sampai2 je aku kemas2 pe yg ptot,masak2 dulu(rajen kan?=P) pas2 baru ngadap tenet. nipon adeq aku da memekak2 kt blakang ni. abaikan jerk!=p


minggu dpn,29-11-2008,aku jd pengapit tok akak sepupu aku tok bertandang ke umah pihak laki kat Batu Kurau,Perak. One thing yg aku nk tau:


1. Btolke kalo anak dara jd pengapit ni,lambat jodoh?

2. Btolke kalo anak dara jd pengapit ni,ilang seri pengantin kalo kawen nanti?

atau.. sebaliknye?

sape2 yg prihatin nk bg pendapat kat aku,komen2 la ek.


oh ya,30-11-2008 lak,aku jd pengapit kawan baik aku,Nora. maknanye straight 2 hari la gamaknye aku jd pengepit@penyemak kt sebelah pengantin bersamaan makan lauk2 pengantin. Nyum2..=P
kalo aku rajin,aku tayang pic. Kalo rajin tahap Max,aku upload sume. kalo tahap min,seketol 2 jela.

tp skang tahap min. tataplah 2 pic ni je ek.

adios!

ktorang ngah praktis nk naik pelamin. aku bg pihak laki,kazen aku ni pihak pompan. lalala~

Thursday, November 20, 2008

singa,badak,zirafah dan zebra adalah kawan baek!!


korang tgk poster ni sure2 ar dah tau aku g tgk wyg lg kan? hahaha..tepat skali!!
semalam aku g tgk cte MADAGASCAR 2, escape 2 africa.!
setau aku,citer Madagascar 1 ni kua da lame giler da,time aku bru pas SPM,xsilap aku ngah keje kat GSC time tuh. bila tgk tajuk citer ni (tanpa melihat poster ni) aku mula berpikir pasal Lipas Madagascar. nak tau nape? sbbnye aku ni dolu2 kaki menengok cite Fear Factor sampaikan la scene dimana melibatkan lipas yg berasal dr Madagascar.. maleh nk citer lelebey,kang korang xlalu! XD

ok2,balik ke tajuk asal! aku x plan pon nak tgk,tp tetbe bile dah diajak+diblanje,ceq pon ON ja laa kan(nape tetbe loghat utara lak neh?) =P
ktorang pon tgk laa kat GSC Times Square,tlupe la plak kat Pavilion ade gak GSC,tp disbbkan kaki ni sgt laaa malas nk bergerak,maka haku pon tgk jela kat tmpt yg ade ni haaa sambil membantai citer ini even dpt 2nd row seat di dpn(apakah?)

citer ni kesinambungan dr Mad 1 di mana dorang telah escape dr Zoo New York dan tlah g ke tempat..........(aku lupa) dan ikotkan pemahaman aku,dorang nak balik ke New York. tp disbbkan Penguin 4 ekor ni xprofesional dalam servis flight neh,terlanding laaa mereka di Africa - Alex si Lion macho,Marty si kuda zebra kepochi,Gloria badak yg mantapp dan Melman zirafah yg bendul. dan rupanya ni tmpt asal si Alex tuh...bermulalah babak jejak kasih dan bersamamu...
aku malas nak citer byk,korang tgk je la!

kesimpulannya,cter ni mmg BEST! 5 bintang aku bg. citer ni la MULIA dar citer mat jebon yg sukakan keganasan ittew.

ape yg menarik kat movie ni sampai korang kena tgk?:

1. kebanyakan kanak2 beserta mak bapak yg dtg tgk dimana xkan ada @ jarang pasangan kapel yg nak menggatal dlm wyg coz kanak2 ni akan mengganggu konsentrasi anda!=P
2. suara Alex dalam movie ni diterajui oleh Ben Stiller,mmg macho dan sgt2 bersesuaian ngan beliau. Jalan citer jgn ckpla best! sore lg laaa best!!
3. citer ni mmg Fun,mmg kelakar jgn ckp la.. dan ada gak part romantik yg sedikit sbyk wat aku touching (erkk..)
4. graphic & animasi dalam movie ni sgt superb,mmg chanteq gler! byk2 movie,ni la best bg aku! xtau la korang kan.. aku ni pencinta alam( sambil menekan2 tanduk kat kepala masuk dalam)
5. korang akan dapati bebudak kecik dalam wayang ni akan nyanyi -"i like to move it",aku pon ske gak!=P
6. pas korang tgk citer ni,korang akan rasa yg korang ni.... masih lg budak2!! nape? sbb korang tgk wayang ni,kan tok dak2.!! muahahaaha...=P

malas nk type byk,ape lg,tgk jgn x tgk. alaaaa donlod je la! =P
nota byk kaki: ske tgk penguin 4 ekor tuh,comel2!! nama pon aku igt,Kolwaski.. tol x? tol jelaaaaa...lalala~

Monday, November 17, 2008

jebon yg kureng menyengat. >.<

*korang jgn tertipu, babak dalam pic no 3 tu xkan ada,so xpyh la bersusah2 nk tgk citer ni,donlod je laaaa=P*
cam biase aku akan wat review sal movie yang aku da nengok baru2 ni..
ari jumaat lepas,aku p tgk wayang kat Mid Valley yg bertajuk James Bond-Quantum of Solace.

aku ekceli mmg XPERNAH langsung tgk citer mat jebon ni,ni pon disebabkan kawan aku-ecah n farah beriye2 ajak aku konon2 nak celebrate merdeka pas exam.. aku pon ikot jela,lgpon rumet aku da fly ke Uk.. kesepian!!

aku dapat tau yg citer mat jebon ni adalah sambungan dari citer James Bond-Casino Royale. ish,tu pon aku xtgk,cmne nak paham sambungan nye lak? ahhh layan jerk!

citer ni seingat aku berdurasi 1jam 3o minit,dan komen aku? xbest!! nape xbest? aku dah tgk ke Casino Royale sampai leh komen yg citer tu xbest? ke disebabkan aku xtgk dr awal sbb tu jd xbest?

>.<

bukan-lah! sbb citer ni terlalu byk sgt tempat mat jebon ni g,sampai aku konfius ade satu babak ni dimana mat jebon ni nye kad kena block ngan M(bos die) sbb die langgar etika pembunuhan(ade ke etika cenggitu?) dan mat jebon tuh xleh nk swap kad die nk beli tket flight ke La Paz,Italy sbb da kne banned(cam banned fster lak). tup2,mat jebon ni leh naek boat mewah g kat satu kepulauan cantik(aku xbape igt). pelik gak.. duit da xde,mane die dpt duit sewa boat mahal tuh? jual diri ke? ahaks!

seriusly,sgt xrealistik.. pas2 mat jebon ni aku rasa bela jin la,xpon antu raya.. kebal semacam je.. peluru menghujani die pon xkena even sedas pon. hebat2.. aku nak jadi cm die la.. xlekang dek panas,xlut dek hujan.. 0_o

pas2,yg aku pelik ngan jebon ni,pantang sungguh ngan pompan. pompan jemput die balik pon die 'sapu'. tp kesian pompan tu last2 mati dalam keadaan berlumuran minyak itam satu badan. cam org minyak jerk. :D

dan,aku terskip satu babak penting jebon dalam iklan feymes die

Camille: U lost someone?

Jebon: Yup.

Camille: U didnt Catch her?

Jebon: No.

*seingat aku la*

da la aku ni kalo tgk teaser,pastu tgk wyg pon semata2 nak tgk sama x dalam citer yg aku tgh tengok,skali rase nk tkucil,maka tlepasla babak penting yg xbape nk penting tuh. hehe.

papepon,aku bg 3bintang per 5 bintang la tok jebon. dan lg 1,geram lak tgk mata mat jebon tu,biru jerk.. nk gak la mate cmtu leh x? >.<

aku suka tgk kete aston martin dalam babak awal2. sangat2 la smart!!

k la,aku nk berkemas balik umah lak. malam ni aku balik naik scoot. huuu rempit!! =P

*sorry aku xciter cter jebon ni sal ape,aku xpaham sbenonye!! hahahaha*

Sunday, November 16, 2008

kembali semula [mode EXAM DAH HABES WOI!]

minggu peperiksaan baru-baru ni mmg byk mencabar keimanan aku yg xberapa nak dikatakan beriman sgt ni.

opsss.. lupa nak cakap,aku baru je habes exam. patotnye pas habes jer exam aku tros update,tapi memandangkan tenet kat kolej aku ni macam 'halal' sket,xpe,aku sabarkan ajerk!! haha..

ikotkan,aku da lama patot balik umah da, tapi watpe aku nak balik awal? dr UM ni ke umah aku bukannye kena naik bus transnasional @ mara Liner @ konsortium pon. just naik kete bapak aku, setengah jam je sampai kot? haha,takbur sungguh statement aku ni(tarik balik woi!)

ha.. berbalik pasal minggu peperiksaan,ape kata aku mulakan mukadimah ngan cite pasal kerenah2 orang timeexam. tapi kan,bila start exam jerk,mesti ada je member2 aku yg disifatkan normal ni da jd xbrape nak normal (perluke aku panggil member?? okla,coursemate)

okla,malas nk taip panjang2,aku kopipes jela ek! 

citernye bermula begini,aku ni xla brape nak pandai ngan paper Corporate Taxation ni,so.. paham2 jela time nak dekat exam ni,aku carila sape2 yg leh dikatakan 'becker' dalam fakulti aku ni. tau x 'becker'? 'becker' tu kirenye dak pandai la dalam bahasa melayunye. nak dijadikan citer,die online. memandangkan kebetulan rumet aku pon tanye pasal Tax kat aku,aku terkial2 nak menjawab,dan aku p la tanye 'becker' ni walaopon xla rapat mane pon(xpe usaha kena ada beb!)

lokasi: bilik haku yg mega dan diva

waktu: malam sedang2.

situasi: menggunakan Yahoo Messenger versi lembab.

(taip ngan penuh sopan sambil tersengih2 kat depan lappy,anggap konon2 org tuh dpn mate haku!)

haku: semekommm..
haku: nk tny leh?

(reply ngan pantas,sambil menjawab..)

bukan haku: ape die??

(masih tersenyum kambing,menanyakan soalan yg haku dan rumet haku telah kekonpiusan)
haku: R&D tu kan,ada 2-capitalized n non capitalized
haku: nape capitalized kene double ded,non capitalized xkena?

(agak lambat menaip balas,sambil malas menaip berkata..)

bukan hakulah: mmg kene mcm tu
bukan hakulah: dlm buku pun ckp mcm tu

(haku masih  dalam kevuduhan waktu itu,maka tanye untuk kepastian)
haku: explanation?
haku: cmne nk terang dlm exam t?
haku: huhu

(reply lambat lagi, sambil wat muka hina dan jelik dan memulakan ekspresi 'APE-VODOH-INI BUDAK-X PENAH G KULIAH KE?' minded membalas..)

bukan hakulah: ko dah tgk dlm buku x?
bukan hakulah: aku pun x pndai sgt

(hati membahang,hajat nak laha balik,tapi terbantut sambil wat senyum plastik,membalas..)

haku: ok la

haku: xpe
haku: thx k

(sambil menarik nafas lega dan gelak syetan,reply laju sebab xnak diganggu, maka..)

bukan hakulah: sorry ek

*utk pengetahuan korang,aku SAVE YM ni,maka integriti aku terpelihara. haha*

ni bukan cite rekaan hokeh! aku kenal minah ni dan die sememangnye xbape bekenan ngan aku dengan ekspresi muka die yg die slalu tunjukkan kalo aku lalu kat meja studi kat fakulti aku. aku ni plak jenis,'KALO-KO-X-HINA-ATAU-WAT-AKU-SENTAP' minded,aku xkan wat pape. sbb aku ni jenis malas nak amik pot. aku ni bukanla minah sentap(tapi kadang2 nak gak feel POMPUAN SKET kalo menyentap2 ni kan?) & semestinyer la aku tgk BUKU. aduhai.. kalo tau watpe aku tanye? besela,aku kat fak ni serupa cam dak huha2 sket,aku xske bawak buku study kat fak,aku ada cara belajar aku tersendiri beb!

tapi disebabkan niat aku baik nak belajar ngan budak tu jadi cam haram lepas aku dapat feedback dari die cmni. pergh!! xde ar,aku rasa kalo xtau,ckp je xtau, xpayah la cakap KO-TENGOK-BUKU-TAK? ingat nak LAHA je balik,tapi bila dipikirkan ni time exam,rilek2 dulu,start next sem aku akan wat JELINGAN MEMBUNUH sampai die takot tgk muka haku yg mega ni!

even aku ni bukan la dak 4FLAT ataupun DEANLIST,aku xpernah PONTENG kuliah,aku sedar aku ni xpandai mane,tapi kalau aku tau satu benda,aku suka share ngan orang. 

nota tanpa kaki : pasni aku nak try jadi 'becker' lak. mane tau aku leh ajar orang sambil cakap KO-G-KULIAH-X-NI? Sure sentap sambil sendu2 leleh dorang seyh!!(gelak syetan)

aku nak kena kemas bilik ni. sambung balik pasni bebeh!

Saturday, November 1, 2008

exam itu sgt besh. besh ke?


*orang lain sibuk study nak Final Exam,aku lak sebuk online. mmg hampeh!*

awal2 lg aku mintak maaf sbb mungkir janji kat diri sendiri yg aku akan update blog pas FINAL EXAM. tp aku update just ntok jadual final exam aku jerkkk.. hoho 0_o

Critical Thinking - 5 Nov 08

Management Accounting II - 7 Nov 08

Bahasa Arab - 10 Nov 08

Corporate Taxation - 12 Nov 08

Advance Audit - 14 Nov 08

....BALIK!!!........

mmg terbaekk la schedule exam aku.. cantik je flow.. sbb aku yg mmg nak exam jarak2.. sng sket nk fokus 1 mende satu mase!!

1st of all, aku nak minta maaf awal2 kat sume org yg penah tersentuh hati kat aku ke,terjatuh hati ke,terangkat ke,tersakit hati ke.. minta maaf byk2.. doakan final exam aku kalini ibarat makan nasi lemak yg takde lemak (apakah??) .. 

kesimpulannyer,aku nak korang doakan aku smoge dpt jwb exam dgn gemilang dan cemerlang !! hahahaha.... aku akan mengganas selepas final exam.. tgklah korang... muahahahhaha...

Sunday, October 19, 2008

raya sampai lebam!!

assalamualaikum semua.. hehe(budget cm blog ni cmgus jer..=P) ..  ekceli aku baru je balik ni,tros ngadap lappy tok update story mory yg baru.. =)
arini sperti yg dirancang aku tlah g open houz umah kak sharmi.. ala,akak yg aku syg bangatt tuh..=)
aku xnaek moto tau! dr kajian surveyh bawak moto ke Putrajaya merbahaya..so aku prefer nek public transport(padahal jalan xtau pon haha)
open houz ni start kol 12,so aku beserta exrumet aku lg 1-syikin yg hawt telah berjanji nk berjumpa kat KL Sentral dpn McD,tu la hotspot kalo nk jumpa kan?huhu
dah jumpa,tros g kat KLIA Transit @ ERL org panggil.. aku sbenanye xpenah nek mendalah ni,name je org KL kan? so,aku decide nak amik tiket pergi balik KL Sentral-Putrajaya dan terkejut baboon aku bile menengok harga tiket tuh - RM19. biaq btoi!?
disebabkan ketakpuasan ati melanda,aku mengkol akak Sharmi dan beliau mengesahkan mmg itu harganya. xpe,demi kak Sharmi daku pergi gak! =D


*siyes mmg laju ini ERL..kalah Komuter..hehe..


*ruang yg kondisif dan modern..mmg ptot tambang RM20! siap ade TV seyh..

so,sampai2 jerk kat stesen Putrajaya,kak Sharmi jemputlaa ktorg nek kete,trase VVIP gitu =P dan kitorang sampai sana dalam kol 1 lebey. sampai2 ape lg,terkam makanan la!! lapa beb,kosongkan perot semata2 nk makan tau,huhu.
yg bestnye,mcm2 mknn ada -Laksa Johor,Pulut Kuning, Soto,Mihun,Rendang dan xlupa faveret aku Pudding Karamel!!(ala2 Sakaki Makio lak)
setelah melantak dengan jayanya,aku rasa da 3round aku makan + air nk dekat 10 round,aku telah menyumpah2 perot aku bahawa beliau tlah moncet! huhu~
kak Sharmi xbg ktorg balik,so ktorang melongo laa kat ruang tamu. da la xknal sape,tp ade sorang guest ni aku knal sgt2!! ex-wife Nash,,ala Sosilawati yg usahawan terkenal produk Nouvelles tuh(aku xpakai pon)..tgk dlm pic cam lawa..dpn2.. biase2 jerk,.ahaks!!


*minum air dpt globe ni free..

tp mmg ramai giler kwn kak Sharmi dtg,antaranya dak2 skola die,dak2 UM pon dtg,tp gwe xknal.. tp yg ramai ekceli kwn2 parents kak Sharmi.. segan owh.. =0
setelah boring2 dok ruang tamu,aku n Syikin lepak laa kat dalam bilik sambil bergosip2 panas..almaklumlah dah lama xjumpa Syikin neyh..aku da la kaki gado ngan die time sebilik dulu..xsangka leh comolot lg smpai skang.. ahaks!!

*kami bertiga adalah rumet sejati! =D

dipendekkan citer,ktorg bertolak dr umah kak Sharmi dalam kol 5lebey,nek tren dalam kol 6.10 n then teman c syikin ni shopping2 jap pas2 chow..
dan ada detik2 mencemaskan tatkala aku balik sensowang menuju ke pondok pengawal UM dr stesen Putra..ada mat indon mane tah tanya aku mane bas nk g KL sentral,mane la aku tau,aku mane rajen nek bus pon!! tp mmg berdebar2 sbb aku ngan die je..tkot la kot2 kne ragut ke hape..tp nseb bek xjd pape..alhamdulillah..=)
papepon mmg pnat giler arini.. nseb bek aku ni kuat semangat,kalo x sampai2 bilik da terbungkam kat katil da...=)
anyway,thanx kak Sharmi for da very2 delicious food especially Puding Caramel,t fa pindah puchong fa wat open houz yer.. =D

kayla,ni ekceli last entry memandangkan final exam nak dekat da..so,aku akan update selepas exam.. i need break and wish sume2 candidates exam bley wat ngan cemerlang gemilangnyer..insyALLAH..=)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails