Thursday, December 25, 2008

kafe antarabangsa kat UM? wow~


KUALA LUMPUR 24 Dis. - Biro Pendidikan Pemuda Barisan Nasional meminta semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) mewujudkan kafe berkonsepkan antarabangsa dalam memenuhi keperluan pelajar dari luar negara.

Pengerusi Biro Pendidikan Pergerakan Pemuda UMNO, Ahmad Ikmal Ismail (gambar) berkata, langkah itu perlu dalam menjadikan negara ini sebagai pusat pendidikan yang terkenal di dunia.

"Kami melihat potensi positif ini akan sedikit terganggu akibat ketiadaan kafe-kafe yang menyediakan makanan seperti di negara asal mereka," katanya kepada pemberita di Universiti Malaya (UM) sini hari ini.

Ahmad Ikmal menambah, pihak IPTA perlu peka akan keperluan pelajar-pelajar dari luar negara yang jauh daripada budaya dan negara asal.

"Pihak IPTA perlu mewujudkan suasana kampus yang mempunyai ciri-ciri seperti di negara asal mereka dan kita melihat perkara ini dapat direalisasikan dengan mudah menerusi pengantarabangsaan kafeteria.

"Oleh itu, mereka tidak mempunyai masalah dalam pemilihan makanan sepanjang melanjutkan pengajian di negara kita selain dapat mengubat rasa rindu terhadap budaya dan negara kelahiran masing-masing," katanya.

Tambahnya, langkah UM untuk menyediakan kafeteria antarabangsa pada masa akan datang perlu dicontohi IPTA lain dalam memenuhi keperluan pelajar luar negara yang semakin bertambah.

Bagaimanapun, Ahmad Ikmal menafikan usaha pengantarabangsaan kafe di IPTA tersebut dilihat seolah-olah meminggirkan makanan tradisi yang ada di negara ini.

Menurutnya, selaras dengan dasar-dasar kerajaan, setiap IPTA perlu menyediakan kafe-kafe bagi memenuhi permintaan dan selera kaum-kaum sedia ada.

"Dengan wujudnya kafe yang berkonsepkan makanan tradisi mengikut kaum dan antarabangsa, membolehkan pelajar-pelajar IPTA mengenali dan memahami kepelbagaian budaya yang ada di dunia sekali gus menjadikan mereka celik budaya," katanya.

petikan dari utusan.com.my

pendapat aku? haishh.. xtau la nape ngan Pengerusi Biro Pendidikan Pergerakan Pemuda UMNO ni. nila dinamekan kera di hutan disusukan,anak mati kelaparan.

pandangan serong haku:

1. mmg meminggirkan mknan tempatan pon. dok bela2 org asing watpe? kan bgus dorg kenal makanan tempatan ni.. sape suoh dtg cni kan? ade ke UMIST kat London mengantarabangsakan kafe kita ngan wat restoran nasi ayam Linda Onn?(contoh je) try test tgk?

2. kos nk mengantarabangsakan kafe ni sure2 tinggi dan pelajar2 tempatan yg majority ditanggung PTPTN sepenuhnye akan pokai@kopak disebabkan adanye kafe tu. tambah2 plak nk tayang kat awek tu konon2 berduit tapi 'hampas'. biar papa asalkan bergaya.

3. daripada UM dok sibuk2 berbangga pasal kafe niyh,bek korang UPGRADE sket tempat makan kat kolej haku ni( kolej 10). dah la makanan xsedap,mahal lak tu. bek aku g makan kat kafe thehehehe.

pandangan seteret aku:

1. nama UM da terkenal. (kan da masuk paper tu!)

2. byk foreigner akan blajo kat UM semata2 sbb adanye starbucks,tgi friday,secret recipe @ Mcd kat UM. (ade ke?)

3. entahle. xde kebaikan kot? lalala~

wat masa ni,kat sekitar UM baru ada KFC(tupon kat belakang kolej 9).. starbucks bila nak mai??

p/s= aku xtau nape chatbox aku gile sejak kebelakangan ni. anything komen kat entry mane2 korang suke. chow!

3 comments:

Raja Petra said...

ni..page u ni bisin la ..
blh remove player yg blh pause tk ?

a.n.y.s.s said...

haha..bagus la u..ade view serong n stret.. tap3 (tepuk tgn sket..)

missy.hunny.lalala said...

remove? xleh la..sowi yer.. hukhuk~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails