Tuesday, February 17, 2009

midnight bersama Upin & Ipin

tadaaaaaaaaa~

daku kembali setelah 2-3 hari internet keputusan bekalan di Blok ini. setelah mengalami bosan tahap mahadewa pada hari Ahad yg hening ittew,cik farah telah meng'SMS' aku dan mengajak aku menonton midnite bersama pada malam ittew. siap dah book lagi tu..^.^ nak tau cte ape?

Geng Upin Ipin - pengembaraan bermula!!

waaaa sangat xboleh blah.. aku xpernah tgk midnite citer animasi dan hari itu dalam sejarah aku telah memecah rekod diri sendiri dengan melayan citer kanak2. selalunye midnite2 ni layan citer ganas2 xpon jiwangs2. dan malam tuh aku isytiharkan ..

single nite girls day out!!!

perjalanan kami ke Mid-V tidak selancar yg disangka. bermula dengan kete cik farah semput di perbukitan parking,beliau mengundurkan kembali kereta untuk mendaki semula bukit tersebut. Namun!! namun.. tiba2.. PIN!! PIN!! 

bapak terkexot berok kami berdua! toleh punya toleh sambil menyumpah " &*%^@ mane yg HON2 kite ni? " rupa2nya sebijik kete Proton Satria Biru yg dinaiki dua org lelaki yg perasan macho ittew menjegil bijik mata ke arah kami! "ek eleh! poyo giler.. bukan aku xnampak die.. aku nampak la! Mcm aku terhingin sgt nk g langgar muncung kete die tuh.." bebel cik farah. aku pulak toleh kembali ke belakang sambil menjeling maut,mulut aku berkumat kamit, budget dorang paham yg aku ckp "TAK SABAR KE??"

panas di hati disebabkan insiden td reda setelah tiket yg dah direserve oleh cik farah telah di beli dan kami menikmati makanan di Food Court atas yg sangat selesa walaopon harga die sangat la choy! tp xpe,disebabkan kelaparan menguasai tembolok kami,kami layankan aje!

setelah kami kekenyangan,tiba2 aku terperasan ada sekumpulan dak2 laki sedang menunggu di corner Food Court sambi memerhati kami( perhatian: tiada niat perasan @ syok sendiri,di Food Court tu suma kedai dah tutup,jam pukul 10 lebih dan hanya kami berdua yang masih makan ditemani mat2 bangla menyusun kerusi tanda hendak menutup corner Food COurt ittew.) hati aku mula rasa xsedap,aku bisik kat cik farah,lantas kami bergegas ke arah GSC dan seperti yg dijangka,kumpulan 'beruk' tuh dtg ke arah kami sambil bercakap:

beruk 1: dik,ada tissue x?

cik farah & aku: (diam)

beruk 2: ala,xkan sombong dengan kami kot,tau la nak tgk midnite..(sambil sengih2 mcm cimpazi miang)

cik farah & aku: (diam dan cuak,ape ni,asal nak ikot2 lak ni?)

selebihnya aku xdengar butir percakapan dorang,aku menarik tangan cik farah dan kami berlari - lari anak kambing ke Studio R, menyorok disebalik org2 yg bersantai di kerusi bulat. cuak! itu yg kami dapat rasa. Even ada org sekalipun,xseramai waktu kemuncak. ni disebabkan org2 yang lain xberapa ramai kerana kebanyakan menunggu cite midnite. dan Alhamdulillah,dorang xikut lg..

akhirnya kami dapat menonton citer ni dengan aman dan dapat aku simpulkan bahawa cerita ni memang menarik dan best!! xperlu wat high expectation pasal movie ni, yg pasti, animasi Malaysia semakin maju walaopon xsemaju Sailormoon @ DragonBall. cukuplah sekadar menghiburkan diselangi jalan cerita yg sangat menarik! dan pemancing cerita ini sudah tentulah Upin dan Ipin! suara mereka sangat2 laa comel. cerita ni banyak menekankan kesatupaduan pelbagai kaum di Malaysia dan cerita ni digarap dengan baik sekali. 4 bintang aku beri kat animasi ni! 

dan kepada korang2 semua, sokonglah animasi tempatan! berbaloi tengok cerita ni,gelak xkering gusi wa cakap! dan seperti biasa, tataplah lampiran gambar2 yg berjaya kami tangkap sepanjang pengembaraan ke dunia Upin & Ipin! miahahaha~ camwhoring la ape lg!!

aku pencinta keamanan! =D

seperti biasa,hanya kami berdua terlibat! =D

bersama poster Upin & Ipin! "sokonglah animasi tempatan," kata cik farah =P

masih sempat camwhoring di dalam toilet sementara menunggu cik farah bersiap =D

selesai menonton wayang, sesi bergambar bermula lagi! kalini tiada sape2pon kt Floor ni.. giler horror.. =S

pengajaran yang ktorg dapat pada hari itu jika mawu menuntun wayang midnite:-

a. jangan berdua2 sahaja menonton midnite,bawak ramai2 kawan pompan,xla rasa scary sgt!

b. bawak la sape2 yg berlawanan jantina kalau nak tgk midnite. e.g En Satu ke, En Dua ke, 3 dan bla3..=D

c. pakai sempoi2 yg xmenarik perhatian langsung. pakai kain batik ke, baju kelawar ke.. 

d. jangan berlagak sopan, berlagak seolah2 pengkid ataupun LES.. eee geli den!

e. kalau ade mamat2 poyo jongos berlagak pandai bawak kete nak tunjuk power, perSETANkan mereka.. malah,lambatkan pergerakan kereta anda kasi dorg panasssss.. hahaha~

tip hangat dari hothoneylalala~

sekian

8 comments:

Miss Hazzy said...

besh an cite upin & ipin tuh..ngeee

aizul said...

aku cabar ko pakai baju klawar pegi ngk wayang kat KLCC plak!!

hahaha

Miss Hazzy said...

honey ditag...

aizul>>>btol2 try ar pkai bju klawar pastu tempek bdak sejuk bebanyak...

missy.hunny.lalala said...

aizul & hazzy : kalo aku terima cabaran tu ape aku dpt? aku nakkan ganjaran hahahaha. no such free thing in diz world. wakakaa sentap ayat~

Anonymous said...

gamba sekumpulan pengacau dan pemandu satria biru tak de ke?

=D

-kudozu

missy.hunny.lalala said...

kudozu- hajat di hati maw wat gitu,tp naya kalo tgkp pic dorg,xpasal2 je ktorg yg kne 'tgkp' dek mamat poyos jongos tu! hahahaa~

missy.hunny.lalala said...
This comment has been removed by the author.
a.n.y.s.s said...

da tgk pic upin ipin gak.
btw baju u cute la!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails