Monday, January 4, 2010

cerewet? naaaah..

*terjumpa dalam enjin pencarian gambar*

salam semua!

oh ya,harini kelasku bermula pada pukul 2. aku sangat seronok kerana xperlu bangun awal.:p dan kelas aku pada hari ini ialah Islamic Finance di dewan kuliah 6. dewan kuliah 6 hanya mampu memuatkan seramai 60 orang [dalam anggaran]. dan nasib baik aku sampai awal.dapatla tempat duduk tapi kesian jugakla tengok student lain terpaksa ambil kerusi dari luar.

pengajarannya: datang awal 15minit sebelum kelas untuk mendapatkan seat yang selesa!

usai kelas,aku pulang lalu mandi. dan aku saja2 usya twitter artis kegemaran aku, iqram dinzly. dan terbaca twitter antara beliau dan diana danielle. kemudian tertarik dengan twitter seorang mamat MRx_Lonely dan barulah aku tau,beliau adalah salah seorang penulis blog Oh!Artis. dan aku suka baca blog itu kerana blog tersebut berwarna warni. dan selidik punya selidik,beliau ada blog peribadi sendiri iaitu blog Oh! Blur. dan aku baca isi kandungannya. satu topik yang agak tertarik menarik da bomb bila dibaca.

perempuan lebih cerewet dari lelaki? klik sini

beliau kata,perempuan cerewet bila gosok baju.
beliau tambah,perempuan cerewet bila bershopping.
beliau juga tulis,perempuan cerewet bila pilih tempat makan.

saya mau jawab bole? baik ini jawapan saya on behalf perempuan.

Mari Baca dengan lebih lanjut


perempuan cerewet bila gosok baju.

ini kerana kami tidak mahu pergi ke majlis rasmi/appointment/temuduga dalam keadaan tidak kemas.cuba bayangkan kaum adam yang pergi? sudah tentulah kaum hawa terpilih kerana kekemasannya.walaupun pepatah mengatakan dont judge book by its cover,pepatah ini hanya valid jika berkenalan/bercintun tetapi tidak valid kepada pencarian kerja/job hunting/majlis rasmi.

perempuan cerewet bila bershopping.

ini kerana kami mahu mendapatkan barang yang lebih murah dan sekaligus dapat menjimatkan duit.cuba bayangkan budget hanya seciput,xkan mahu beli barang dengan harga 10bucks? xlogik bukan? pemilihan barangan ketika bershopping bagi kami meliputi kualiti,harga dan kesedapan mata memandang.lagipun,siapa yang tak mahu lepaskan year end sale?:p

perempuan cerewet bila memilih tempat makan.

siapa suka makan makanan yang sedap dan bersih? siapa2 pun suka kan? tetapi, jika nampak macam sedap,tapi tandas restoran tu xpernah cuci. lalu ke nak makan kat kedai tu? tandas mencerminkan kebersihan kedai makan. lagipun,sememangnya tempat makan 'ada kelas' menjamin kebersihan dari segala aspek. xpercaya? sila pergi ke toilet mereka. =D

ya, saya akui perempuan memang cerewet.lelaki? lagilah cerewet. nak contoh? ok,aku bagi satu contoh.

lelaki high taste dalam memilih pasangan hidup.

sape xsetuju sila angkat keyboard? haaaa.xdekan? ambil contoh di kalangan artis.xpernah dengar artis lelaki kahwin dengan perempuan yang xcantik/bentuk badan kurang menarik. semuanya cantik2 bukan? tengok artis perempuan. xhensem pun jadi lah.xde pun nak mintak muka macam tom cruise. nak contoh? xleh bagi contoh. nanti kena saman. bahahaha. :p kalau rakyat jelata yang biasa2 jer. nak yang muka cam leng loi la, nak yang pandai bergaya la,nak yang badan macam model la. haish. kesian kaum kami yang xtersenarai dalam list tu.xkahwin la jawabnya! lelaki boroi kami xkisah pun? :p

haaaa.tu baru satu contoh.lom banyak lg.nak lagi?xnak kan?hehe.

jangan marah ye lelaki. perempuan kan diciptakan dari tulang rusuk lelaki.kalau kamu kutuk pun ibarat kamu ketuk kepala lutut kamu sendiri.kan dah sakit.:p
jangan gado2.xde lelaki,xdela perempuan.kita kan pelengkap.ehe,saja tulis2 sebab terasa nak membidas segala dakwaan yang 50% xbenar tuh.:p

sekian.;-)

2 comments:

Melz said...

seb baik mel nie tak jenis cerewet hihi

Honey Lalala said...

yeke?tgk url ade romeo..ehem3..romeo ek? :-p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails