Wednesday, February 10, 2010

7 Perkara Mengenai Resume( Yang Pasti Kau Tidak Akan Dapat Kerja Itu)

kauorang pernah terfikir tak,resume kauorang ni perfect sangat. tapi rasa cam ade yang xkena. pastuh kan,anta banyak2 tapi satu pun tak lekat. pastuh pikir punya pikir, memang dah cantek da resume tu. ke aku ni yang tak cukup cun nak kerja dengan dorang? pernah tak? pernah tak? aku pernah wooo. sungguh sedih daku. T_T mari kita lihat apa kesalahan/dosa kita. tsk.dosa tu! ;p

1. Resume itu yang mendapatkan kau kerja
Jika itu yang kauorang fikir. semestinya salah. Resume hanyalah objek/alat/medium mendapatkan kauorang temuduga sahaja. itu pun kalau kauorang disenaraikan pendeklah kan kan? dan jangan sesekali menyalahkan atau mengatakan resume kauorang sangatlah cantik tetapi masih tidak dipanggil interview. kenapa? Cuba lihat kembali. ada S yang hilang kah? butiran jantina anda tidak diletak? atau mungkin anda telah menukar nombor fon lantas lupa mengupdate resume tersebut. Fikirlah(sambil teringat Aizat menyanyi di telinga)

2. Sangatlah kool letak website dan alamat belog kau di resume
Mungkin kauorang teruja meletakkan alamat belog sendiri. lebih2 lagi belog peribadi luahan hati. macam aku ni kan. biasalah, kini belog menjadi pilihan muda mudi gaya terkini. dan kau post pula mengenai kisah cintun dan alkisah binatang kesayangan kau yang anda obses sangat(adakah aku juga yang terkena?). Adakah ia membantu dalam pencarian kerja? Lebih parah jika kamu suka berbicara tentang politik. lalu pengurusan pula membaca dan mungkin entah berapa banyak ekspresi sudah diberikan. Oh,lupakan lah. tidak payah letak. titik.

3. Senarai Minat/Hobi kau
Mungkin anda terlebih rajin hendak meletakkan butir ini. Jika anda gemar mengumpul teddy bear comel, adakah ia signifikan dengan kerjaya sebagai akauntan yang anda sedang pilih? Mungkin lebih relevan jika anda mahu bekerja sebagai jurnalis dan hobi anda membaca. Tepat!

4. Rekabentuk resume yang super fantastik
Anda memilih untuk menjadi IT Designer. dan cuba mencuri hati majikan. maka resume anda penuh dengan dekorasi-dekorasi comel di bahagian border. Aduhyai. Nak-nak pula bakal majikan kau tu geli kaler pink. kau letak pula corak reben pink di corner border resume. silap haribulan kena koyak la jawabnya!

5. Lengkapkan Resume Online sekali sahaja sudah memadai
Kauorang register di JobsDB. dan sudahpun mengisi butir2. Tapi! itu 1 tahun yang lalu. memang patutlah anda mengeluh-kesah sebab masih belum dipanggil. jadi, sila lah finalised resume anda supaya kerja idaman mau jadi IT Technician tapi yang dapat pula jururawat. Naya..naya!

6. Gambar kau.. Kool ya?
Bayangkan jika kau menempek gambar pasport anda. Dan gambar itu adalah gambar kau memakai baju pink dan bertocang dua ala-ala Barbie ditambah pula pose ala-ala Miranda Kerr. Blergh. Aku pun nak muntah! Yela,kata nak apply jadi Polisi? Apakah?

7. Formula Ajaib dalam Menulis Resume
Ya,mungkin dapat dijumpai dalam mana-mana bahagian resume anda,atau lebih yakin jika ada tanda X di tepi resume. itu namanya Hotspot. Terimalah hakikat, silalah ke bengkel membuat resume, dan belajar bagaimana membuat resume. bukannya menulis di dalam resume seperti "ZamzamAlaKazam" ataupun "Bekas majikan saya pernah menyatakan bahawa Encik/Tuan/Puan akan beri saya kerja ini" dan puff! terus dapat. Mimpi jerlah. Sila jadi realistik sikit ya!

Kredit kepada Rakesh Kumar untuk artikel ini. Sila klik klik sini kalau xpaham versi aku.****

Oh ya, sedikit info:

RESUME WRITING WORKSHOP
Oleh : Deloitte Consulting
Tarikh : 19 Mac 2010 (Jumaat)
Masa : 10.00 Pagi – 12.00 Tengah Hari
Tempat : Dewan Perdana 1, Kompleks Perdanasiswa, Universiti Malaya
*percuma kepada student UM terutamanya pelajar TAHUN AKHIR macam AKU*

2 comments:

aduka said...

alhamdulilah resume ku ikut format jobstreet.stiap kali apply bdang IT slalunya dpt.offer pn byk.tp hasil kje bkn tletak pd resume.rzki juga bkn tletak pd resume.smuanya ats usaha kite,tawakal,doa n khendak Allah swt..bkn resume,bkn sijil2..

missy.hunny.lalala said...

yap yap. PNGK @ CGPA bukan penentu kerja dpt ke x. Allah yang tentukan rezeki kita. yang penting usaha,doa,tawakal.. thx! :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails