Wednesday, March 31, 2010

Oh,katakanlah ini hanya mimpi! =S




"Saya berbangga untuk menyatakan bahawa saya ialah seorang lelaki homoseksual," katanya di dalam laman web rickymartin.com. kelmarin.

Goyangan pinggang dengan gerakan salsa yang menggiurkan membuatkan Ricky menjadi objek kegilaan jutaan peminat seluruh dunia terutamanya wanita.

Penyanyi pop Latin itu merakamkan banyak album dalam bahasa Sepanyol tetapi kemunculan lagu Livin' La Vida Loca pada tahun 1999 dan She Bangs pada tahun berikutnya telah menjadikan Ricky terkenal.

Martin, 38, memberitahu peminatnya bahawa keputusan untuk mendedahkan minat seksualnya telah menandakan satu peralihan dalam kehidupannya.

Menurutnya, hasrat untuk membuat pendedahan itu bermula beberapa bulan lalu apabila dia mula menulis buku mengenai memoirnya.

Dia berkata, rahsia dia menjadi gay terlalu berat untuk disimpannya.

Sebelum ini, dia membuat keputusan untuk menyembunyikan perkara tersebut kerana bimbang ia akan memusnahkan karier nyanyiannya.

Dia turut menyimpan rahsia itu kerana bimbang ia akan memberi kesan terhadap anak kembar lelakinya yang telah dilahirkan menerusi ibu tumpang.

Salah seorang peminat Martin mengucapkan tahniah di laman web penyanyi berkenaan kerana dia membuat pengakuan tersebut. - AFP

*sumber dari Kosmo Online*


Wahhhhh aku xpercaya!! *_*''

aku dah laaaa minat gila mamat nih!!*mantop*



Ok dah xminat dah.*tutup buku* T__T



4 comments:

shandye. said...

ok. marilah kita berdoa dan mengharap agar remy ishak, fahrin ahmad, fizow omar dan sape2 ntah lagi tak macam abg ricky kita.

haha...

Honey Lalala said...

betul! lebih2 lagi F.A! =D

Syima said...

LOL i dah lame taw yang heeheh

Honey Lalala said...

i rasa benda ni dah lama tp unofficial lagi.juz rumours.skang dah terbukti! sobsssssssss!!! =(

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails