Sunday, April 4, 2010

Kehilangan



Salam semua,maaf la,entry ini tidak bernada riang seperti selalu..

Ini kerana..

Semalam aku dikejutkan dengan berita pemergian adik sahabat aku..

Berita itu ibarat tamparan hebat, Seolah-olah kita sedang berjalan-jalan bersama org tersayang,kemudian beliau menampar kita tanpa sebab. Terperanjat bukan? Ya,mungkin itu apa yang dia;sebagai kakak dan aku dan rakan-rakan rasa sebaik sahaja menerima berita tersebut.

Kepada Nor Aminah, takziah atas pemergian adik lelaki kesayanganmu semalam,semoga kamu tabah menghadapi ujian yang sangat besar ini.. tambah2 lagi kita nak habis belajar,banyak2kan bersabar..

Tak banyak yang aku dapat bantu selain berdoa semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman,amin.. Al-fatihah~

***************

Bercerita mengenai kehilangan orang tersayang, masih segar dalam ingatan di mana aku kehilangan seorang sahabat baik. Kejadian itu berlaku di saat aku baru menuntut di Universiti Malaya. Kenal pun tidak lama, semasa aku menuntut di Matrikulasi dahulu, tetapi gayanya ibarat sudah kenal lama. Beliau sentiasa mengambil berat, memberi dorongan dan galakan pada aku untuk belajar. Dia juga menjadi tempat aku meluahkan segala masalah,termasuklah saat-saat aku hampir putus asa semasa menuntut di Matrikulasi.

Namun Allah lebih menyayangi arwah, beliau disahkan menghidap kanser tulang akibat kecederaan dialami selama dia berkhidmat sebagai pejuang tanah air. Alhamdulillah, aku sempat menemani keberangkatan mayatnya sehingga dikapankan,namun xsempat mengiringi sampai ke tanah perkuburan berikutan arwah dikebumikan di kampungnya,Johor.

















Al-fatihah kepada ALLAHYARHAM MOHD NURHANIFF B HANAFIAH(sebelah kiri),semoga kamu tenang di alam sana..
='(
19/6/87 - 25/6/2006






Lyrics | Dido Lyrics | Life For Rent Lyrics
yes,life for rent..


pi.es:hargai apa yang ada di sekeliling kita selagi masih ada..perit rasanya kehilangan org yg amat2 kita sayang..=(

1 comment:

I n n z said...

may them rest in peace.

sedih plak.
teringat kat arwah pak cik kita.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails