Sunday, June 27, 2010

Sehari bersama 'Chef' Honey Lalala- Salad Diet


oh,hai!

eh silap,assalamualaikum semua!(:

Hari ini aku main masak-masak. Walaupun kini giat menjadi wanita bekerjaya, tapi ini tidak bermakna aku x turun ke dapur. Hujung minggu pun jadi lah,janji pegang pisau,sudip dan penutup periuk bagi mengelak dari terkena percikan minyak panas :p

Ok,dipendekkan cerita,mari aku celoteh sikit pasal main masak-masak a.k.a Sehari Bersama 'Chef' Honey Lalala.

Korang pasti pernah dengar mengenai makanan berdiet kan?Siapa nak diet sila angkat tangan! Semua nak diet?? Betul ni?? Haha. :p Ya,kali ini, Chef hendak berkongsi resipi bersama adik-adik,akak-akak semua mengenai makanan berdiet atau lebih dikenali sebagai salad buah-buahan.(eleh keco je Chef ni,salad pon nk post) :p

bahan-bahan yang diperlukan ialah;

-2 Biji Epal Hijau
-2 Biji Epal Merah
-1/2 Betik
-3 cawan yogurt(mana2 perisa pun Ok)
-Beberapa Kismis Hitam dan Kuning



hambek ko, betik sampai dah nak kecut ni ha,ni akibat perap lama-lama kat peti aes.. :D



1. Mula- mula,potong siap- siap..


2. Kemudian, potong bentuk dadu,petak2 pun xpe,janji kecik2 ok? tercekik lak nanti.

Tarra!! Dah siap potong santek2! ;)(ceh puji diri sendiri)


3. Gaulkan dalam bekas besar, kemudian, sila ambil yogurt dan gaulkan ia sama rata.(ayat skema jap)

* Aku amik yogurt perisa strawberry. Sedap!

Dah nama makanan berdiet,haruslah pilih 0% rendah lemak. ;D
Buka,

Tuang,

..dan gaul..!!

Hasil pergaulan bebas antara Betik,Epal Hijau dan Epal Merah.. Berlemoih sakan! ;P

Alamak! terlupa letak Kismis! Gigih pergi Tesco semalam semata-mata nak beli bahan-bahan ni.. hik hok!

Tada......!!! Siap Sudah..

4. Selepas siap gaul dengan sebati,simpan dalam peti sejuk seketika, dalam 1/2 jam kemudian(agak2 dah sejuk),bolehla dimakan!

Yum..Yum!! ;D

Salad ni selalu orang cakap,sebagai desert selepas makan. Tapi tahukah anda? Sebenarnya lebih elok makan buah-buahan sebelum makan makanan berat kerana memudahkan pencernaan sebelum menerima makanan berat. Ini berdasarkan pembacaan aku di majalah kesihatan,bukan majalah mastika ok :p

So,aku prefer makan buah-buahan sebelum makan nasi, senang cerna!

Senang kan? Makan sambil tgk 'World Cup' pon sodap...! Ok,jumpa di lain waktu di channel yang sama dan waktu yang sama,babaiiii...

kredit kepada Chef Hanieliza(nama pun cam aku gk ni)
http://hanieliza.fotopages.com

pi.es: Berat sudah semakin turun. Adakah ini tanda aku sudah stress bekerja? i loike! ;D

2 comments:

ixora naddyra said...

errr,,,membuatkan ak jadi lapo...

muhamad redzuan said...

sng je.. sy pun leh bt. ;p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails