Monday, January 24, 2011

Auditor : Siapa kata takde life? Ade meh!

Aku sudah sedia maklum yang kerja auditor ni memang takde life. SERIUS, xde LIFE. Opppsss... aku nak betulkan kenyataan tu balik. Maybe applicable untuk EXTERNAL AUDITOR, tapi bukan untuk INTERNAL AUDITOR. =D

wah, memandai tol aku wat statement, mesti ada orang nak cili mulut aku yang jahat ni!


Kenapa aku cakap camtu? Sebabnya, aku dah merasa dua-dua jawatan ni. Walaupun aku kerja sebagai EXTERNAL AUDITOR di firma audit yang bertaraf very-very the small, ok. TINY la senang citer selama EMPAT bulan sahaja, TAPI aku dah merasa dan merana dan tersiksa ( ok aku memang over acting bab ni ) selama kerja di sana.

Bukan nak memburukkan tempat kerja lama, tapi workloads yang cam harem!! Ibarat audit firm yang aku kerja ni setaraf medium firm ( xnak banding dengan Big 4 sebab orang kata aku poyo laks :p)

Meh nak habaq mai kerja aku zaman muda mudi jadi EXT AUDITOR


  • Office hour 8.30 - 5.30, tapi hakikatnya hari-hari balik pukul 10 malam ( Tak de OT OK!)
  • Bulan puasa bulan paling menggembirakan external auditor cam kitorang, Balik awal! Pukul 5.30 je pun. Orang lain sejam awal kot =(
  • Kena pergi wat statutory audit SENDIRI ke kompeni sekretari tersebut ( nasib baik bos aku xde can nak kenakan aku time tu. heh :p )
  • Baru dapat file kompeni pukul 10 pagi, kul 2 dah interkom suruh masuk bilik " Itu XXYY kompeni sudah siap final report?" dia ingat aku vending machine kot =_=
  • Peak period WAJIB kerja hari SABTU. diulangi, ini adalah TINY audit firm. sila clearkan mind anda sebelum wat judgement heh :p
Haaaa.. ni baru sikit je. Belum lagi internal issue, malas nak cerita, xbaik burukkan kompeni. Cuma nak huraikan keberatan tanggungjawab auditor ni sangat lah tensen to da max! T_T gaji da la ciput tsk tsk


dan Alhamdulillah, sekarang aku dah bergelar INTERNAL AUDITOR, so far memang ada life! Cuma takde life kalo kena outstation. Tu yang lemah tu. Seminggu tak de life. Leleh-leleh ayaq mata ingat mak ayah kat kampung, eh eh, bandar :p

Tapi takpe, aku suka outstation. Bak kata mak eden. " Hang sementara bujang, baik hang rantau puas-puas, kang dah menikah takdak masa dah, kena ngadap laki pulak. Silap-silap,dia xkasi hang gheja audit"

Err.. tang tu, no komen, hehe :p

Oh ya, tadi pergi very the 1st Audit Exit Meeting. Nasib baik stor kecik je. So xde la gugup sangat. Gugup tekan mouse. Partner je yang present. Heh :p

Bos dah remind dah, next time aku pulak kena present. Baik bos!

Lagi 3 minggu bakal di'confirm'kan, xsabarnyaaaaaaaaaaa!

Xsabar nak guna dental allowance heh :p

Hingga takat ini, nak tujukan lagu ini khas untuk kawan-kawan yang jadi auditor! =D


sekarang korang sume dah tahu makna A U D I T O R ??

miahahahaha :p

babai!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails