Sunday, January 23, 2011

Undi Banyak Sikit No...


Rancangan Raja Lawak Musim Ke-5 dah berlangsung, dan semalam dah masuk minggu ke -3. Jadi, sesiapa yang terlupa Raja Lawak 5 tengah rancak berlangsung, cepat-cepat la book ari Jumaat, pukul 9 malam ye!

Dan kepada yang dah menonton tu, mesti dah kenal semua peserta-peserta musim ni. Kebanyakannya best & berkualiti!

Dan aku nak mempromosi kawan aku yang tengah join RL 5 ni...

jeng jeng jeng....!!


Ya.. Kumpulan Lucky! Kawan aku yang masuk ni 2 orang ( dan2 mengaku kawan heh :p) Iaitu di kiri dan kanan,Zhafir & Haz-One. Dedua ni fakulti aku zaman belajar kat UM dolu2. Yang comel di tengah2 tu Bo, kawan kepada kawan aku, juga belajar, di Uitm. Kawan aku ni ha, zaman-zaman belajar dulu memang rajin sesangats join pertandingan, terutamanya FESENI UM ( Festival Seni UM) especially boria, so, diorang ni xpayah diperkenalkan la kat UM. memang bebudak batch kitorang kenal dengan kesengalan mereka ni!




minggu ke 3 - TIRU GAYA ARTIS =')



Itu saja mukadimah yang aku leh sampaikan, xberani nak cakap banyak sebab diorang dah jadi artis da. Kang kena scoop aku pulak yang kena :p



Jadi, sesiapa yang minat kumpulan Lucky ni, teruskan mengundi ya....!!

Dan, selain Lucky, aku jugak minat Balas & Nazmi.. DAHSYAT! =p

p/s: meh ramai-ramai LIKE kat fanpage facebook Lucky meh!




p/s/s : seronok lak tengok kawan-kawan masuk TV. sekurang2nya ada sebab aku nak conquer TV, adik beradik aku xleh nak bantah :p

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails