Saturday, February 5, 2011

Jom ke Dapur - Bendi Goreng Sempoi

Sebenarnya, aku sepatutnya update entry baru dari semalam, tapi disebabkan mode cuti betul-betul melanda aku, aku jadi malas mahu mengupdate. Dan, hari ini aku sangka hari Ahad! Tu laa penangan cuti lama xhengat selama LIMA hari dari hari Rabu sampai la Ahad ni!

Dan, aku nak share resepi masakan yang baru aku cilok dari website myresepi.com, iaitu Bendi Goreng! Budget nak buat Bendi Goreng Bercili.. tapi tiba-tiba tengok resepi Bendi Goreng ni macam sodap je..(padahal malas nak wat banyak step :p)

Actually Bendi Goreng ni simple jer, orang bujang, keluarga yang nak jimat masa xnak spend lama-lama kat dapur amatlah direkemen untuk memasak masakan ni. Sedap dan ringkas! :D

Ok, mari proceed ke step pertama iaitu berlokasi kan dapur memasak yang berlemoih dengan minyak dan berkuap-kuap dengan haba dapur.. kita mulakan!

Bahan-bahan memasak;





20 biji Bendi (kurang pun xpe)
Minyak untuk menumis
2 biji telur-dipukul rata seratanya
Sedikit garam ( aku memang xsuka pakai perasa macam Ajinomoto tuh)
1 biji limau kasturi diperah jusnya

Bahan kisar;
  • 2 ulas Bawang Merah
  • 1 ulas Bawang Putih
  • 3 biji cili merah, dibuang biji cilinya
  • 2 biji cili api

Step pertama
Mula-mula, panaskan minyak, tumis bahan kisar tersebut sampai pecah minyak. Tau x ape dia pecah minyak? Ala.. yang tumis lama2 pastu minyak naik atas bahan tumisan tuh.. takpun orang gelar 'naik bau'

Step kedua
Bila dah pecah minyak, masukkan bendi yang dipotong serong(jangan ko masukkan sebatang-sebatang tu) ke dalam bahan tumisan. Masukkan garam secukup rasa

Step ketiga
Bila dah rasa macam bendi tu dah masak (dalam 5 minit camtu ), curah telur & jus limau kasturi ke atas bendi dan kacau hingga sebati

Step keempat
Kacau sampai rata, kemudian sedia untuk dihidang :)

Bendi Goreng Sempoi dah siap. Ngaaaaaaa... =p


Aku nak share sikit petua yang aku dapat dari myresepi.com mengenai Bendi nih;


Pilih Bendi - Pilih berdasarkan warna muda & lembut. That means, bendi tu tak tua, kalau muda, rangup. dah tua, jadi liat. so xsedap nak makan. Dan, jangan patahkan hujung bendi tu, nanti dia keluar lendir melekit-lekit tu. Memang orang tua cakap nak pilih bendi elok kena patahkan hujung, tapi nak elak bendi berlendir,jangan patahkan. pilih berdasarkan warna & tekstur.

Membersihkan Bendi- Basuh Bendi dulu, pastuh baru rendam dengan air garam. So, bendi akan kekal segar walaupun dah siap di masak

Pemotongan Bendi - Lepas rendam, sejat bendi tu kejap. Pastu baru potong.Jangan potong awal2, lagi 5 minit nak masuk dalam kuali, baru potong. Tapi jangan sampai terpotong jari laks sebab nak cepat punya pasal. Pergilah slowkan api dapur tu dulu. Dan petua awet muda, air garam rendaman bendi tu jangan dibuang begitu saja, jadikan sebagai kuah. Sebab tu kena basuh dulu bendi tu,baru rendam dengan garam. ;)

Kredit sepenuhnya kepada myresepidotcom


2 comments:

6x6 said...

resepi 5 minit.. ;p

Honey Lalala said...

berminit-minit gak nk membuatnye.. =p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails