Sunday, April 17, 2011

Perkara yang korang kena 'noted' bila outstation & stay hotel

Entry ini dibuat bukan untuk ghadies2 @ jejaka2 yang mahu memadu kasih sayang ye, entry ini khas dibawakan untuk para pekerja yang sedang berjihad iaitu bekerja atau dengan nama lain 'outstation'




Korang pernah rasa tak bila korang diarahkan untuk outstation, perkara yang bermain dalam minda ialah korang terpaksa berjauhan dengan family. Setuju?

Kemudian hati tak rela, yela, bila namanya outstation, kerja dah jadi lebih dari 8 jam. Xpercaya? Bila balik hotel,mesti terus bukak laptop, tengok balik hasil kerja tadi,update apa-apa yang patut.

Well, itulah namanya kehidupan bekerja-outstation.

Dan ni baru mukadimah, aku baru nak masuk point apa yang perlu kita lakukan bila oustation, dan bila dah check-in hotel.

Nak oustation; apa persediaan kita perlu buat?


Packing
of course la, kena tido sana. Bila packing, mesti ambil masa yang lama kan? Pastu nak pikir la ape la. So, sila wat list dulu. Dan packing siap2 2 hari sebelum outstation. Bila rasa barang tertinggal,baru update balik pada malam sebelum outstation. Xla kelibut jadinya.

Barangan yang dibawa
Ok, certain things yang menyebabkan beg/bagasi korang jadi berat ialah kandungan barang dalam beg korang. Sampai timun tok mata pun kena bawak. Bawak basic things sudah la. Lagi bagus kalau ada travel kit. Compact dan easy.


Beg
TOLONG JANGAN bawak beg kain. lebih2 lagi kalau oustation seminggu dua. konfirm barang bertambah banyak,berat dan xlarat nak angkut. Lebih afdhal bawak bagasi. Ala xmahal pun, beli kat Mydin baru RM20. Xkan berkira kut? :p



Wang
Kalau korang kena outstation lebih2 lagi melibatkan kereta orang, jangan KEDEKUT. rancang perbelanjaan perjalanan, dan bear the cost together-gether. jangan suruh driver bayar jugak minyak & tol. kena la consider sikit. Nanti bila dah dapat claim,baru la mintak kat driver. Senang bukan?




Network Connection
Ini bukan Social Network ya. Kalau korang tengah nak outstation ke satu tempat, pastikan korang ada kawan-kawan kat sana yang leh jadi pak tourist bila korang berada di tempat asing. So, xde la dok terperap je kat hotel, pastu balik xde ole-ole. MAMABOSAN sungguh. hehe :p

Sekian untuk part nak ke outstation. Kekeringan idea sudah. Next entry aku sambung mengenai part check-in di hotel. Tengok la bila aku senang aku update ye. ngeeeeee :P

1 comment:

Amieynna Amin said...

hehe..
bagus2.. idea ko memang terbaik.. lagila point yg last tu.. hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails