Sunday, May 1, 2011

KLIBF '11 - Aku Rindu Zaman Belajar!

Usai pulang dari Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur atau KLIBF, terus update di sini. Ya, KLIBF last day pada hari ini. Dan seriussss amat ramai manusia di dalam PWTC tu, macam semut je aku tengok. Bayangkan kalau kita di Baitullah bagaimana, SubhanALLAH..


Macam biasa, pergi ke sana naik kemudahan awam, sudah tentulah LRT, dapat mengelakkan jem. Ye tak? Cuma kena tahan kaki la,sebab kena menapak. Dulu waktu badan slim melim memang jalan berbatu2 xkisah, sekarang dah cepat lenguh. Yela,aku sedar, da 'besar' katakan..

Kanak-kanak bawah umur yang ikut serta mengembara bersama

Fuhhh. Ramainya umat!

Lepas tu, mata aku automatik tertancap pada satu booth yang ada logo yang aku rindu sangat-sangat;



Yes. Penerbit Universiti Malaya. Buku Taxation yang digunakan oleh seluruh pelajar Universiti jurusan Akaun hasil tulisan oleh Chong Kwai Fatt pun diterbitkan dari UM tau. =)


Tengok buku ni, teringat zaman sekolah dulu. Aku memang gila buku latihan. Kalau beli,mesti nak beli dari lain2 publisher. Buku latihan paling susah, dari Pelangi, Kalau paling senang, dari Cerdik Publication.

Oh,sangat rindu zaman belajar yang penuh warna warni. Tiba-tiba rasa dah tua, pejam celik pejam celik, kat liang lahad dah. Begitu cepat masa berlalu.


Selesai adik aku mengopak duit aku, kami teruskan perjalanan mencari booth Karangkraf dengan satu misi : Novel prequel Ramlee Awang Murshid.


Kebetulan sesampai kami di dalam dewan ni, Ada abang Asmara, eh,bukan Shah Jaszle(uwek) ok, ini Fazley Hamzah. Beliau bekas pelajar St John dan penyanyi Imran Ajmain. Teringat Jihan Maharaja Lawak sebut, Imran Aje Main. Haha! Mereka nyanyi2 dan layan peminat. Pic ni gegar sbb diorang suka sangat bergerak setempat.



Nak jugak bergambar tu. Bukti pergi ok!

Hasil kopakan duit aku pada hari ini ;

Adik ketiga aku punya. Kau xskor jugak aku tak tau nak cakap ape dah.


Freebies dari Karangkraf. Akhbar I Luv Islam. =) Sangat informatif ok!


Ni adik kedua punya. Aku tanya la, kau peminat Neelofa ke? Dia cakap, xla, kawan dia ada kat dalam tu. Eleh, cover la tu. Mengaku jela. Tengok Dewi Remaja kat Astro x pernah miss. Lalalala..



Akhirnya tercapai jugak hajat si Kakak. Sutera Bidadari, novel sambungan Bagaikan Puteri-Cinta Sang Ratu-Hijab Sang Pencinta-Cinta Sufi... dan Sutera Bidadari! Ohhh Laksamana Sunan..



Untuk adik bongsu cinonet xdilupakan juga. Lemah benau membaca Jawi. Bila nak ajar je,ada je alasan,demam la ape la. Takot la tu dengan akak dia yang garang nih. haha.

Kesimpulannya, balik dah petang, mood memasak dah lari. Apelagi, makan KFC ler! Axis Atrium sebelah je! :p

p.s: Kan best kalo Times Square pun sebelah rumah. Hari2 berbaju baru ke pejabat. miahahaha.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails