Thursday, June 2, 2011

Camne nak berblogging? Saya budak baru nak UP!

Nampaknya masih ramai lagi umat manusia khususnya di Malaysia tidak tahu adab hendak menggunakan blog semaksima mungkin. Khasnya orang MELAYU yang baru berjinak-jinak (atau budak sekolah cakap; baru nak UP) dalam bidang menulis secara maya ni.

Persetankan ayat skema ni, meh kembali kepada ayat biasa yang aku cakap. Nak tergeliat tangan tulis cara tradisional ni!


Selalu sangat baca/perhati blogger menulis ikut sesuka hati limpa dia, kemudian claim "NI-BLOG-AKU-SO-WHAT-AKU-BOLEH-TULIS-APA-SAHAJA-MAK-BAPAK-KO-SUSAH-KE" attitude. Sapa setuju sila angkat mouse klik dua kali! :D

Parah ni, memang parah. Nak menasihat dikata ustazah, tapi tak nasihat lagi menjadi-jadi. Nanti jadi top trending. Dulu cikgu sekolah rotan budak kurangajar kat depan kelas jadi famous sebulan, sekarang budak baru akil baligh tak mengaku dara pun boleh jadi hot dan famous tanpa ada apa-apa tindakan. kan?
Meh sini akak nak ajar korang semua camne nak berblogging dengan baik (:



#1 Contohi TOP BLOGGER

Sebagai contoh, Blogger paling famous abad ni seperti Hanis Zalikha, xpun Fatin Liyana, ataupun Arni Yusnita Ahmad. Nak link mereka sila belek sidebar belah kiri ya. Mereka ni aku consider TOP sebab ada pakej, tiga2 ni educated (well educated ya). Paras rupa hanyalah bonus yang Tuhan bagi kat kita. Penulisan diorang nampak tahap maturity diorang. Even Hanis Zalikha tu lagi muda dari aku ye. Followers dah berpuluh ribu rasanya.


#2 Perasaan TAKUT

Korang berblogging ni, nak2 publicly shown, memang orang akan baca. MUSTAHIL orang takkan baca walau sekalipon korang tak pernah dedah URL korang kat sesiapa. Lets say accidentally orang tergoogle blog anda? Dan korang buat blog korang macam 'diari kain luar kain dalam' dan kantoi. Tak ke malu? Kemudian orang share2. Sharing kan caring katanyerrr. Pastu sampai ke mak ayah korang. MALU x? Diibaratkan korang rasa BERPAKAIAN tu PERLU la. Kalau XMALU,XPAYAH BERPAKAIAN trus, senang.

# 3 TOPIK

At least ulas topik yang menarik dan bukan benda yang lucah, sensitif. Nak cerita soal hati ke, its up to u. Tapi jangan sampai bagitahu apa korang pernah buat la,apa la.Buat malu kaum hawa tau! Simpan sikit malu tu dik! Buat topik yang informatif sikit,seronok orang nak baca (:

# 4 PRIVATE

Kalau korang rasa itu blog korang,sukahati korang nak tulis apa lepas tak tahan kena kritik,sila privatekan blog anda. Dah korang dedahkan lauk sampai lalat hurung tak henti2, tutup jela dengan tudung saji.takkan nak biar terdedah kemudian makan pula kan? What goes around,comes around. Kita kutuk orang,esok lusa kita kena balik. Isn't it?

# 5 UNDANG - UNDANG

Skrang undang-undang pasal internet dah dikuatkuasa sepenuhnya. Tengok je Aduka Taruna (blogger) ditahan kerana menghina Sultan. Gara-gara jari menekan keyboard, dihumban ke penjara free-free. Mau gitu? Terlajak perahu boleh diundur,terlajak PUBLISH POST,buruk padahnya.



Lagi best main Angry Birds, nak carut marut pun,depan monitor je. opsss!

p.s: Sekejap je dah bulan June!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails