Thursday, June 23, 2011

Doktor Itu Sungguh Kerek


Assalamualaikum!

Harini aku nak update semata-mata nak menceritakan pasal seorang doktor yang betul-betul wat aku kecewa, dan aku rasa dia tiada sikap profesionalism.


Untuk pengetahuan, bulan ni sahaja aku dah ambil MC 2kali (termasuk hari ini). Dan ini kali pertama dan kedua aku ambil MC sepanjang aku bekerja lebih setengah tahun ye. Rekod Bersih!

Sekali disebabkan keracunan makanan pada minggu lepas sebelum bertolak ke JB, dan hari ini disebabkan demam, batuk dan selsema. Directly lepas sampai ke KL dari JB,aku dah rasa tak sihat. Dalam bas semasa perjalanan ke KL pun aku dah batuk, rasa tekak sakit dan kesat. Ok,aku tahankan dulu. Maybe sakit tekak sebab banyak minum ais kot. Cool dulu.


Dan semalam, memang kemuncak sakit aku. Batuk non-stop sampai aku kena pakai mask jerebu dalam office. (muka aku memang muka selamber yaya, aku pakai mask,semua pandang dan aku buat tak reti je. So what? Aku bantu korang supaya tak dijangkit penyakit aku ye?)



Dan pagi tadi badan dah lemah, kepala rasa macam panas. Macam je. Tapi batuk dan selsema dah confirm dah ada. Oh ya, kat kawasan rumah aku ada dua klinik, Klinik Idzham dan Klinik Kita. Malangnya Klinik Kita bukan panel klinik kompeni aku. So paham2 lah ye klinik yang mana 1 aku pergi. Malas nak mention terang terangan.


Sampai, tunjuk Medical Card,isi borang, tunggu giliran.

Nama aku dipanggil,lalu aku pun masuk.

Encik Doktor: Ha, awak sakit apa ni? ( Wah, belum sempat duduk dah tanya camni. Kereknya)

Cik Honeylalala: Saya demam, batuk dan selsema (Kalau aku doktor baik aku xpayah jumpa ko kalau aku tau sakit aku wahai doktor!)

Encik Doktor ambil sejenis alat macam deodoran roller(pengesan demam barangkali) lalu golek-golek kat sekitar dahi aku.

Encik Doktor: Macam xdemam pun? (Beliau pandang aku pelik)

Cik Honeylalala: (Diam) Tapi saya rasa badan saya tak larat.

Sekali lagi ambil alat golek2 tu,roll pulak kat dahi belah kanan aku. Ambil pulak lampu picit,tak bernyala,dia merengus kencang.Bengang sebab lampu picit tu kurang bateri. Dia suruh aku nganga,aku nganga.
Kemudian dia ambil stestoskop, nak cek denyutan nadi aku. Ok,part ni doc ni da melampau. Dia macam nak ambil kesempatan kat aku. Bila aku buat muka tak selesa, cepat2 dia alihkan stetoskop tu. Nak tahu doc tu buat apa? Lebih kurang macam entry lama aku kena denggi tahun yang sudah.

Encik Doktor: (Diam kejap) Kalau macam tu saya bagi ubat je la ye. (Tak tanya aku ni larat ke tak nak pergi kerja)

Cik Honeylalala: Doc, saya tak larat nak pergi kerja harini. (Aku bagi hint nak MC. Terang2 batuk depan mata dia, takkan tak nampak kut?)

Encik Doktor: OKAY, IKUT SUKA HATI AWAK LA. TERPULANG.(Aik? Aku dah terkejut. Dia ingat aku kaki MC ke?? Ke maksud dia sukahati awak nak pergi kerja ke taknak, itu bukan urusan saya? Ok, nak try +ve thinking ni)

Cik Honeylalala: Okay, kalau macam tu doc tolong bagi saya surat cuti sakit ye.(Aku malas nak bagi hint. Terus terang je)

Encik Doktor tak pandang muka aku, senyum sinis sambil menulis.

Lepas aku cakap terima kasih, terus aku keluar. Geram! HHNNNGH

Tengah menunggu turn ambil ubat, tiba2 Encik Doktor keluar tergesa-gesa dengan bawak briefcase dan barang2 lain,keluar dari klinik.

"Dua kosong kosong tujuh, kaunter 1"

Aku diberi ubat, akak kaunter tu terangkan pasal pemakanan ubat. Aku tengok sijil sakit tu ada, tapi xde detail pasal sakit apa.

"Kak,kenapa takde tulis saya sakit apa?" Aku mula tak puas hati.


"Ohh, Doktor ni memang takkan tulis pesakit sakit apa"

Kini aku paham.

-----------------------------------------------------------------------------------
papepon, aku kecewa dengan sikap doktor tu. Doktor minggu lepas berkali2 baik dari doktor harini. Siap tanya aku mampu tak pergi kerja harini. Bukan aku ni diskriminasi gender, tapi mungkin perempuan lebih paham perempuan. itu yang pasti. =)




P.s: Tetap menghormati kerjaya doktor yang banyak membantu pesakit. =)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails