Sunday, December 18, 2011

Kupon Free yang Tak Berapa Nak Free =D



Normally kalau kita bekerja, menyemak e-mail pejabat adalah WAJIB. Jadi, beberapa hari lepas aku menerima e-mail dari rakan mengenai kupon KFC ; Beli apa-apa sahaja dapat free DOUBLE ZINGER BURGER COMBO.


Sangat teruja ok! Memandangkan diri ini malas hendak membelinya,jadi plan nak beli esok kononnya. Kebetulan akak senior merupakan Internal Auditor KFC. Try tanya betul ke x kupon tu, valid ker? Dia pun kata xpasti. Oh,mungkin boleh guna.

Adelah dalam seorang dua kawan sempat merembat dengan membeli ice cream jelly RM1.60 tapi dapat set Zinger Burger. Sape xnak wey, dengan hanya RM1.60 sahaja mampu kenyangkan perut anda waktu lunch! 


--------------------------------

Esoknya, akak senior kata, kupon tu fake! serius kesian semua cawangan KFC, tipah tertipu, dan paling malang fanpage KFC habis kena marah dengan semua peminatnya. Ada juga kawan nak try beli tapi nasib baik KFC tu dpt arahan kepalsuan kupon tu,jadi malangnya nasib kawan tersebut =_='

Setakat yang didengari, KFC Wangsa Maju rugi teruk! Kesian~

Sebelum ni pernah terjadi kat MCD mengenai kupon burger GCB free, tapi nasib baik MCD pantas menafikan keaslian kupon tu kat dalam facebook. Tapi ade la dalam beberapa yang terlepas gak. Haih.


So,next time,kena check balik kat fanpage @ website rasmi kalau nak tau kupon tu valid ke x. Tak ke naya? Ish ish

diceduk dari Facebook

Untunglaaa~ =p

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails