Wednesday, April 25, 2012

Berjumpa Dua Lembaga Di Siang Hari

Assalamualaikum semua!

Hari ini dah semalam aku telah mengambil cuti secara advance, dimana isnin baru apply kat sistem,petang tu lulus. Alhamdulillah & terima kasih kepada Encik Bos - Bos yang memahami situasi aku yang terpaksa ambil cuti pada hari tersebut. Sebab kena jumpa dua lembaga,takut weh!

- nak setelkan hal rumah keluarga di Puchong
- nak setelkan e-filing LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri)
- nak setelkan hal Tabung Haji (Lembaga Tabung Haji)

 Rumah di Puchong 
  • alhamdulillah progress dah nampak kemajuannya walaupun ada gak sedikit tak puas hati tentang renovation rumah family aku tu. Tadi aku tengok,diorang dah pasang lampu ruang tamu & bilik adik & mak abah aku, cuma bilik aku je belum pasang lagi. Oh ya, kena beli lampu baru untuk bilik bawah sebab masalah pencahayaan.
  • Pintu,sliding door dah pasang. Tinggal jubin dapur perlu diperkemaskan lagi, cat dinding pun xhabis cat lagi. 
E-filing LHDN
  • Bak kata Amieynna Amin, "saya sudah,anda bila lagi?" Due date e-filing & declare income pada hujung bulan ni,iaitu income pada tahun 2011 ya. Lembaga ni akan mengganas kalau anda tak declare income,silap-silap kena penalti yo!
  • Bagi sesiapa yang 1st timer kes macam aku ni, dinasihatkan bagi yang tiada nombor cukai lagi dan baru nak buka fail,anda disarankan bawa siap-siap salinan EA Form dan Kad Pengenalan. Kemudian isi satu borang untuk buka fail dan baru boleh daftar untuk dapat ID pin untuk login e-filing. Mudah je langkah dia..so sesiapa xbuat lagi cepat2 la pohon cuti setelkan cepat-cepat ok!
Tabung Haji
  • Oh ya, yang ni agak kelakar sedikit sebab buku akaun Tabung Haji aku tu sebenarnya dah boleh diiktiraf obselete stock sebab buku tu tak pernah diusik sejak tahun 2001 waktu aku skola rendah lagi mula-mula didaftar. Dan bulan lepas semasa mak & abah nak update Buku akaun Tabung Haji tu,aku pun nk update juga tetapi malangnya buku tu da expired (tiada nombor IC). Maka terpaksalah datang untuk buka buku baru.Ha, lembaga yang ni baik sikit, tak kejar orang tapi kita yang akan kejar dia :p
  • Di kaunter semasa pembukaan akaun baru, aku saja meramah mesrakan mulut ni bertanya;
 
"Buku ni kalau nak simpan duit boleh direct ke Bank Islam kan?"  saja memulakan soalan yang nampak agak bodoh kehkehkeh. Cik Teller tu pun angguk je geleng x

"Cik, kalau nak pergi menunaikan haji, kena daftar kan? Berapa banyak kena simpan untuk daftar haji ye?" tengok,soalan bijak dah mula keluar dari paleotak aku ni :p

" Ya,cik boleh daftar. Online pon boleh. Dalam RM1,300 cik kena pastikan dah ada dalam akaun TH,jadi kami akan terus bekukan wang tu sebagai tanda cik dah daftar untuk menunaikan haji" Mulut berjalan,tangan berjalan. Hebat cik ni :p

"Kalau saya daftar tahun ni,giliran saya tahun bila ye?"

"2048"

Terbeliak biji mata eden mendongaunya. Lama kot, dalam 36 tahun kena menunggu dan pada umur 61 tahun baru dapat menunaikan haji. Entah hidup lagi ke tak waktu tu, silap-silap nak jalan pun menggeletar!

"Tapi cik,kalau nak pergi sebelum tarikh giliran tu boleh tak? Macam terlalu lama je nak menunggu" Aku memulakan bargaining skill yang tak berapa nak hebat ni =P

"Boleh,tapi dengan syarat cik kena buat surat rayuan ke alamat ni. Kemudian cik kena pastikan wang cik nak mengerjakan haji dah cukup. Kelulusan tertakluk pada justifikasi surat cik n budi bicara pihak TH" Balas cik Teller tu lagi
 
 
 
***********************************
 
Pengajarannya yang boleh disimpulkan dari drama swasta tadi ialah ;
  1. Kumpul duit RM 1,300 siap-siap dan terus daftar awal!
  2. Jangan berlengah sebab setiap hari dikira,kalau korang daftar tahun depan,alamat lagi lama menunggu~
  3. Kalau nak pergi haji awal, pastikan wang dah mencukupi,kemudian sediakan surat rayuan dengan sebab yang munasabah munasarawak :p


 Ok,till then,selesai sudah bebelan haku pada hari ini. Nak berehat sebab esok dah mula kerja. Till then, Assalamualaikum =)

3 comments:

Amieynna said...

Sofa, nak dapat pin boleh email je kan? xyah nak ke sana..
pasal haji tu, aku daftar awal tahun 2011.. tahun djangka pergi 2032.. selang setahun je terus naik ke 2048.. ramainya yang mendaftar.. tapi kalau kite ada duit lebih, kite boleh amek pakej.. mahal sikit.. tapi kalau kite dah ade niat nak g sana, Allah akan mudahkan.. InsyaAllah..

Honey Lalala said...

entah,sebab aku alang2 baru nak buka fail..ikotkan xkena tax pon tp saje je buka awal2..tula,aku baru nk mendaftar ni, waduh,lama kot nak kena tunggu giliran =((

madammondoq said...

bagus pengajaran tu.. thanks for sharing dear.. ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails