Monday, June 4, 2012

Kelas Keemasan dan Burger YB =D

Assalamualaikum semua! :D

 Pernahkah anda semua melakukan sesuatu pertama kali dan rasa macam nak kongsi dengan semua orang?

Aku pun begitu!

Bulan lepas, The Photolicious ada menganjurkan pertandingan slogan yang menarik dan aku saja-saja nak mencuba dengan melengkapkan slogan tersebut. Tak ku sangka,aku menang dalam berpuluh-puluh orang yang join kontest tu. Dan hadiah nya agak menarik, 2 pas menonton wayang Gold Class untuk 2 orang dan paling bestnya, boleh pilih wayang mana yang kita nak! Yabedabedu~~

Dan orang yang pertama sekali aku kongsi keseronokan dan aku pelawa opkos la encik buah hati pengarang jantung aku ni, tak bagitahu mau mogok dia 60 saat #tetiba :P

Memula bajet nak tonton Dark Shadows sebab ada Johnny Deep.Tapi bila dengar review kawan-kawan kata kurang menarik dan membosankan,aku pun pilih la wayang lain. Pilih punya pilih punya pilih, Men In Black 3 yang terpilih. Walaupun dah lama tak tengok MIB dan hampir tak ingat, tapi layankan juga sebab ada Will Smith. Rugi wooo tak tengok :P


Dan pada tarikh 27 May 2012 bersamaan hari Ahad yang lalu, bertempat di GSC Signature, daku dan encik buah hati telah memergikan diri menonton MIB 3.

muka semangat habis. Eh Will Smith ni macam meleleh air hingus plak bila tgk 2 kali :P

Masuk masuk je,kami disambut penuh mesra oleh kakitangan di sana. 

"Cik nak order pe cik?"

"Saya nak kopi ye,taknak pahit sangat tau"

"Jangan risau,kami ada krimer dan gula"

"Oh okay" *malu*

Siap siaga menunggu di kaunter,tambah menu = popcorn caramel

Keadaan selepas habis tontonan. Berselimut la sangat =_=''

Encik Buah Hati berposing sakan depan signage Signature. Siap ada 5 bintang lagi tu. Heee

Perlu ke nak bagitahu sinopsis MIB 3? Tak perlu kan? Semua dah tahu pasal filem popular ni,cuma ditambahkan sedikit 'ajinomoto' dan 'watak tambahan' dalam versi ke 3 ni. Lebih menarik!


4 per 5 bintang aku bagi. Mungkin ada sambungan MIB 4 lepas ni.


Komen aku mengenai Gold Class;
  • Adjustable seat yang boleh diubah macam katil. (sangat selesa ok! Rasa nak tidur je tapi nasib baik MIB 3 tu best sangat)
  • Kopi yang sangat sedap. Aroma dia memang terkenang-kenang sampai kini!
  • Bantal kecil yang disediakan untuk alas kepala =)
  • Selimut yang sangat selesa dan tebal. Ibarat baring kat katil sendiri lagaknya.
  • Habis movie je, kami diucapkan terima kasih. Memang GOLD betul layanan diberi ni :D

--------------------------------------------------------------------------------
 
Stesen seterusnya :-

Tak nampak dengan jelas?


Yeah, Burger YB atau dikenali sebagai Yazid Burger =D

Wajah sang pembunuh Burger :P
 
Sepotong je dah besar cam ni. Ngeh Ngeh =P

Overall, sedap & not bad la. Tapi waktu tu salah timing kami datang,terlalu ramai dan nak dekat 3 jam juga la kami dapat pesanan ni. Oh ya, burger ni setengah kilo, RM20. Kalau sekilo, RM40. Kalau nak dapat cepat, datang awal-awal kay?

Kesimpulannya (eh macam karangan plak :P) , aku mengucapkan ribuan terima kasih kepada The Photolicious dan Encik Buah Hati kerana merealisasikan impian aku untuk menjamah burger gergasi dan menonton Gold Class movie. Sangat teruja dan gembira! =D


Ok bye! :D

2 comments:

Amieynna said...

yang ni bape kilo nye sofa?
aku mmg ngah mencari beger2 ni..

Honey Lalala said...

yang ni setengah kilo punya, kat JB mesti ada nyer nih..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails