Wednesday, October 3, 2012

”Urban Vibe HOTTEST Blogger Contest(PREVIEW-PWTC)"

Assalamualaikum semua!

Phew! Akhirnya Pameran Pengantin Malaysia telahpun melabuhkan tirainya selabuh yang boleh bagi bulan ini.. Ada sesiapa pergi x? Kalau tak pergi rugi besar woooo.. banyak gila booth yang turut serta & promosi2 yang ditawarkan boleh tahan hebat! 

Meh cik Hani story mory sedikit pengalaman cik Hani ke sana ye? Dah ready nak biarkan mata bernanah membaca? :D

source dari fanpage Pameran Pengantin Malaysia [klik sini]

Ya, pameran ini baru je berlalu minggu lepas. Gigit jari x? :P 

Oh ya,tema pameran kalini ialah "Bila Cinta Bertasbih Rindu", ala-ala stail Ayat-Ayat Cinta gitu kan?
Dan yang penting warna kegemaran cik Hani ada kat sini, warna ungu violet! :D

Oh ya, memandangkan Hani sangat la sibuk minggu tersebut, hari Jumaat dengan kerjanya, Sabtu dengan famili outing, maka Hani selit lah pergi pada hari Ahad petang lepas majlis walimah rakan kelas,alhamdulillah sempat!

Well well well,inilah masanya Hani nak tempek gambar, sila tahan mata melihat ya,super duper gambar di sini. Heee ;D


as usual,macam biasa sampai-sampai jer,kena la mendaftar dulu..


Cuba teka siapa gerangan yang mendaftar sama di sebelah daku itu?

Ya!! Akhirnya encik Buah Hati ikut juga pada pameran kali ini.. Wah,berbunga-bunga ok! Bukan senang nak ajak YB ni keluar. Ada je tentatif program dalam diari harian beliau. Tak begitu? :p 

muka teruja lepas mendaftar. Kena tepek stiker comel kat tangan. Ala-ala pas pelawat gitu. Buah Hati muka cool,Hani je over lebih kan? Ah xkisah la :P


Oh ya, ada kisah lucu disebalik gambar belon berbentuk hati yang comel ni di mana, Encik Buah Hati tiba-tiba saja terpikat dengan kecomelan belon ini. Mula-mula punyalah yakin keluarkan RM2.00 untuk belon ini. Sekali kena caj RM5.00 daa. Sampai tersenyum-senyum akak penjual tu tengok reaksi muka si dia. Misscommunication punya pasal. Nak taknak bayar la RM5.00 demi belon yang comel itu. Hehe :P

Meh jenguk apa yang ada di pameran PWTC ni!




Cantik kan hasil fotografi ni? 


Ya, dari Wowphoto. Lihatlah, encik Buah Hati sampai ternganga tengok standeenya sahaja ;p

Oh ya,Wowphoto memang menggunakan texture paper sebagai output mereka. Sesiapa pencinta kesenian & ketelitian,wajib pilih mereka =)


Tak lupa juga, booth pihak penganjur!


Tabik hormat pengakap di hadapan booth penganjur Urban Vibe Event!

Dia pun taknak kalah gak :P


Macam kenal je tarikh di beg kertas ni kan? Ya,recycle itu penting,jangan membazir =)

Oh ya, bila belek-belek booth vendor-vendor ni. Memang mengancam! Ada yang melaramkan pelamin mereka sehabis baik, ada yang menyusun dekorasi booth dengan pelbagai gaya. Kadang-kadang kalau lalu memang khayal sebentar,dan eh eh,banyak lagi booth aku tak lalu rupanya :P 

Sebut pasal vendor ni, Hani ada list-downkan beberapa vendor pilihan Hani mengikut kategori:-

Pelamin Pilihan
  • sebabnya? Hani suka tengok kombinasi warna-warna yang digunakan oleh pihak De NShima Bridal dalam mengendalikan pelamin. Sudah tu,unik pula tu! Tak percaya? Ini first time Hani tengok kerusi pengantin dan Hani terpikat sungguh. Terasa nak buat majlis kahwin stail Emo pulak :P Hani memang minat benda-benda rare,dan bagi Hani ini memang rare! :D


Busana Pilihan:-
  • Kenapa mereka? Sudah tentu melihatkan harga,memang berpatutan. Nak-nak pula ada promosi gila-gila masa tu,Hani rasa nak gila tengok. Tapi bila difikirkan majlis lambat lagi, Hani tunggu pameran akan datang. Pelan-pelan kayuh ke tepian katakan,kiki. Oh ya, Dina Halim sediakan perkhidmatan pemasangan pelamin juga, serius cantik! Kalau ambil pakej,silap-silap boleh dapat murah. (Eh memandai je aku ni :P)


Photographer Pilihan:-
Xclusivelyby Izz

Oh ya,yang ini agak dramatik sikit. Kenapa Hani cakap camtu? 

Ceritanya bermula begini, sedang Hani jalan-jalan, ada lah seorang kakak ni mengedarkan flyers kat Hani. Hani pun tengok la. Eh,murah nih! Bermulalah sesi tawar menawar dan ditambah sikit rencah drama di situ. Saksikan ye :D


Tajuk Drama: Tragedi Cakaran Taring oleh Klien dan Vendor :D




Tengok?? Ganas tak ganas akak sorang tuh. Siap ketap-ketap gigi menahan geram dek kerenah prospect customer macam Hani ni.

Heee, sebenarnya dialog tu hanyalah rekaan. Cik Buah Hati saja-saja snap,tersnap lah muka kelakar kami berdua ni. Dan nama akak ni,kak Ayu. Serius friendly sebab baru 30saat berborak dah rasa macam akak kandung jauh xjumpa. Ok tipu :P Tapi dia memang peramah,mesra alam. Siap gedik banyak songeh Hani tanya, kalau saya ambil akak, saya nak request photographer perempuan boleh tak? Dan laju selaju-lajunya dia jawab BOLEH! Malaysia BOLEH katakan :P
akhirnya kami berbaik jua :D

Oh ya, ni lah pakej promosi yang Hani kata murah ni.

Photo+Video (1 Event) = RM2,200
Photo+Video (2 Event) = RM3500


Bagi Hani,memang murah sebabnya disamping snap gambar,Jabbe Production rakam video higlight untuk kenangan pihak mempelai. Oh ya, Hani memang suka mencapab samada dalam video waima gambar sekalipun. Itu sudah wajib. Hehe :P

------------------------------------------------------

Maka,setakat 3 je lah vendor yang Hani berkenan sungguh-sungguh masa tengok kat pameran tempoh hari. Naik juling-juling biji mata nak memilih. Buah Hati? Dia kerja ikot je,komennya idak :P

Kesimpulannya, ecewah cam karangan pula ye, Hani rasa seronok+happy sebab dapat pusing-pusing tengok & survey pakej-pakej menarik. Tak sabar rasanya nak merasa debaran bakal pengantin tak lama lagi. Bila ye? Tunggu yeeee.. Stay tuned! :D

Sekian dari kami, rakaman langsung dari PWTC. 


Penutup terakhir dari kami berdua:-


I do, i do, atau lebih afdhal sebut, alhamdulillah,saya terima =)

Till then, Assalamualaikum! =)

5 comments:

cik mah said...

hani...buah hati awak tu sepupu cik mah lah...kita da jumpa masa buah hati awak wat open house raya hari tu..hehhehe

Honey Lalala said...

wah,yeke? xsempat nak tegor kamu di situ,tegor kat sini pon ok gak! :D

cik mah said...

Itulah...hehe...dah 2 kali dah kan kita jumpa...tp xsempat nk knl2...xpe2 t next time knl dah....

Jabbeproduction Zabir said...

salam..
pembetulan..
pilihan photographer xclusiveby izz

pilihan videographer bru Jabbe Production ehehhehe...

time booth ari tu kami kongsi booth
jgn mare ye =)

Honey Lalala said...

oppsssss sorry awak! ok2 nanti kita betulkan entri ni punya ayat ok! :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails