Thursday, January 3, 2013

Dah Setahun Rupanya Ku Disini!

Assalamualaikum korang! 

Harini merupakan ulang tahun yang pertama diriku sebagai kakitangan di syarikat terkini. Wah,macam pantas je masa berlalu kan? Macam baru je masuk ofis ni, baru je kenal semua kakitangan.

Happy Annivessary! *tepuk tangan sorang-sorang* =p

Tepat 3 Januari 2011 di mana aku melangkah sebagai kakitangan baru, berkenalan dengan staff-staff di sini, dan terima kasih banyak-banyak yang tak terhingga kepada boss ku, Encik Tuan Haji Sazali merangkap mantan Penolong Pengurus Besar Unit Audit Dalam yang terdahulu kerana membawa daku ke sini. 

Dan 31 haribulan tahun lepas, pada hari Isnin lalu merupakan hari terakhir beliau. Dan sebelum tu kami ada buat makan-makan pada 14 Disember 2012,alang-alang menyambut harijadi kakitangan Jabatan Audit pada Sep-Dis 2012.

Cekidaud!

kek ni dipilih oleh Kak Ned & me. Sedap! Nama kek ni Hazel Cheese. Nyummeh!


 Kenangan bergambar bersama buat kali terakhir.

 meeting terakhir bersama beliau. Masa ni nampak Tn Hj macam sebak & nak nangis. Suasana muram seketika.

tekun mendengar perutusan terakhir bos. *konon*

pose tetap pose ok!

pose menarik masa nak memotong kek. 

Kemudian... ape lagi? Makan laaaaaaaaa. Ngap!







Inilah kenangan yang sempat dicapture. Dan sekarang bilik besar tu dah kosong. Dan sunyi. 


Tuan Hj, Terima kasih kerana :-
  • Memberi peluang untuk berada di sini
  • Memberi sokongan dalam meneruskan minatku dalam audit
  • Memberi teguran atas kelalaianku selama berkhidmat di sini
  • Memberi galakan & sokongan untuk maju lebih jauh dalam bidang ini juga

*Lagu Teman Pengganti ON tetbe* 

Apa-apapun,jasamu tetap dikenang. Setahun bersama tetapi banyak jasamu pada seluruh warga Unit Audit Dalaman. Semoga Tn Hj sentiasa sukses ya. 

Masih segar di ingatan Trip ke Jerejak. Best memang best. :) Tapi apa nak buat, yang pergi tetap pergi. Kami disini meneruskan legasi di sini. Insya Allah =)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails