Wednesday, January 9, 2013

Seorang Blogger Terkenal Dan Peminat-Peminatnya Yang Fanatik

Assalamualaikum korang!

Oh ya,ramai ke nak baca blog ku ni? Tak ramai kot.. Bukan faymes pon :)

Oh ya, ada something to share. Siapa - siapa yang ada blog mesti kenal sorang cik adik blogger yang famous tu kan?

Alaaa.. adik la. Sebab dia lahir tahun 1990,aku 198X.. ops mana leh gtau :P

Alaaaa.. Hanis Zalikha.. Yang sekarang tengah famous amous lepas masuk paper Pancaindera tu.. Aku pon minat dia taw! Siap letak link belah kanan nak tengok apa entry terbaru lagi tau.. Twitter dia ku follow,instagram dia pun ku follow gak. Kenal dia melalui blog dia,suka sangat dengan penulisan dia yang catchy tu!


Dan harini.. rasanya tak perlu lah lagi kot.

Heartbroken sungguh.


Orang tanya niat baik-baik. Oh,lupa plak. Daku ni siapa jer,peminat jer. Bukan artis. Hukhuk =(

Tadi saja2 jenguk instagram.. Tengok2 ada pic insta si Hanis ni kat home.yela ku kan pengfollow tegar beliau. Ish kan da cakap dah!




*click & tengok*

 lupa plak,dia tulis camni bunyi nya

I pay for your service of handing me the teabag only right?

Dan,lokasi nya di Sakae Sushi

Ye,memang ku akui memang diriku ni kuno,pernah makan sekali je kat Sushi King itupon sebelum dapat tahu ada beberapa % alkohol dalam sushi terus tak makan dah lepastu.


So.... dengan niat baik ku komen la,selama ni tak pernah komen,cuma "TAP LIKE" jer.

Ok dengan niat baik suci murni saja tanya,sebab macam selera gak nak makan kat sana tapi mungkin apala jari aku ni sengal pi tanya dia. Alang-alang dia minum tea kat sana saja la tanya how was the food kalo dia makan juga kat situ kan?

Ku tulis camni jek:

"Halal x? Mcm sdpje :)"




 Bbbbut waittt! Am I sound stupid by asking this question??
Bodohke saya tanya soalan camni?

Selalu tanya kat kawan-kawan,diorang akan bagi jawapan betul dan benar.

"Peah, Mekdi tu halal ke x?

Eh halal la, tapi tengah boikot kan? Baik jangan makan. Banyak lagi makanan halal lain. =) "

.
.
.
.
.
.






Pastu ni jawapan dia ~~


"Tak halal."


Memula kuingat betulla dia cakap tak halal tu mungkin sbb dia baca komen trus tanya kt org sana tu ke apa (cuba bersangka baik jap)

tup..tup.. eh,macam banyak lak respon di bawah!


 tiba2 ada orang marah-marah kat daku.

"Orang tanya halal ke x is a huge turn off! "

Tak sangka kalo bertanya demi agama leh naik marah kan? Hmmmmmmm...


Sekelip mata daku dapat haters! Haters ke?? 

Haters for asking stupid question? Naaaaaaaaaahh... -_-''


Ohmyyyyyy!! What happen to Malaysia guys??

Wah, jawapan paling menarik. 

"Jaga kubur masing boleh tak"

Dan alhamdulillah,ada segelintir manusia yang berfikiran normal & logik akal memberi alasan disebalik persoalan ku tadi.




Dan banyak lagi. Thanks to dear all kawan-kawan yang lain,even saya tak kenal awak tapi awak tolong defend saya yang dah termalu dalam alam maya akibat perbuatan bodohku menanya soalan tadi.

I have been bashed by Hanis's Zalikha fans because of this!


----------------------------------------------------------


Ok,cukup setakat itu,ku pun dengan rendah hati meminta maaf la kat haters yang lain sebab wat camtu. Sampai dua kali ku komen. Pastu senyap la malas nak balas-balas,nanti sama level dengan diorang watpe? Ye dok?




Eh, eh.. tak habis setakat situ je. Sebab curious rasa ingin tahu,sebab dah tahu jawapan cik adik Hanis tu bukan jawapan sebenar. Ku google jap pasal SAKAE SUSHI ni.

Dan turrah! Thanks kepada blog Izzie Di Sini

Dia ada wat entry pasal SAKAE SUSHI. Dan ini salah satu jawapan dari Pihak SS. Kredit pada beliau atas usaha murni :)

From Sakae Sushi




From Sakae Sushi
Malas nak kopipes! Korang usya je link yang ku beri tu eh?

Diakui,SAKAE SUSHI tu tiada Status Logo Halal, tapi dia tak sediakan makanan tak halal,mereka mendakwa semua sumber makanan yang diorang dapatkan tu dari sumber yang halal. 

Niat baik nak share sesama Islam =)


Ok,sebab musabab yang korang kena tahu kenapa ku tanya soalan tu adalah dari nama kedai tu. SAKAE. Korang tahu tak SAKAE tu apa? oh,dia disebut sebagai SAKE juga. Kalau tengok drama Korea @ Jepun,memang banyak terms SAKE ni digunakan. Korang baca kat sini ^__^

Atas disebabkan nama yang meragukan la ku tanya. Takkan laaaa Restoran Yusof Haslam ku nak tanya "Halal ke x?" Mau kena lempang lapanplohkali tanpa pusingan kot :p


Aku rasa,kalo cik adek Hanis Zalikha a.k.a Hamis jawab dengan baik macam ni 

  Situasi 1: Dia tahu tak halal


"Tak halal rasanya. Tapi dah tanya kat restoran ni diorang serve halal food. Cuma takda cert JAKIM je"

atau...

Situasi 2: Dia tahu memang halal

"Halal,staff kat sini semua explain foods sini halal. Oh ya,and they're friendly also=)"


Kaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaan bagus jawab camtu? Ini tidak,disarkastiknya kita (yeah,memang bertujuan bergurau kata cik adek Hanis) dengan jawapan camtu. Lepastu datanglah berbondong bondong penyokong tegar tanpa upahan mem'bash' diriku tanpa belas kasihan.


Tapi.........


Yang lain pun sama,Malaysians sekarang hilang budi bahasa. Semua nak melenting,tanya elok-elok jawab macam (minta maaf cakap) tak de adab/tak belajar di sekolah. Saya yakin semua belajar tinggi2,sebab kalau tak tinggi camner boleh pandai main instagram kan? =)



"You can't make everybody like you, you don't even like everybody"



Alaaaaaa. Hilang sorang peminat apa lah sangat. Sekecil kuman je. =)



p/s: saya rasa mesti ramai yang akan bash entry ni tapi takpe,ni entri luahan rasa. bukannya mengutuk pun kan?

 Update: Cik Hanis balas kat insta & twitter:

Hi semua! Takmao tensi tensi. Saya jawab 'tak halal' pun secara light-hearted bergurau. Dah,salam mintak maaf. Kawan balik.

Saya jawab pun bergurau. Saya memang tak suka serious2 sangat. Saya anggap org yg follow insta saya mcm kawan2. 

Akak tak salahkan awak 100% atas apa yang terjadi. Cuma awak ni terlalu famous amous sampai overprotective si peminat-peminat lain. Kita tegur baik-baik dikatanya busuk hati. Chesss!

Okbai!

11 comments:

cik mah said...

mlm bc..pagi br komen..hehehhe....itulah kan..xsemua orang sependapat...kita bertnya tp disalah ertikan...xpelah..ape2 pun ambil ni sbgai pengajaran kan..kn lebih hati2 lagi.. :)

H@nn@H said...

menyampah dgn fans yg lebih sentap

nurulizzahz said...

urgh! soalan ko xsalah pn.. yg fanatic tu salah..

Honey Lalala said...

Cik Mah - tu la tanya elok2 jawab elok2 xleh ke? kan =)

4981 - cuba duduk tempat saya awak tau la camner ye? =) Kena hentam dgn beribu2 fans yang.. hmmmm paham2 je la =)

izzah - tula tanya soalan pun leh kena marah =)

Amieynna said...

apsal gua ketinggalan ni sofa.. baru baca..
biasa la.. kalau kau komen teguran kat artis mesti ada fan yg bash kau balik. walaupun benda tu pertanyaan. susah org malaysia ni.

Honey Lalala said...

tula..terus mood off xminat dia.. link hape semua pasal dia trus remove..emo x daku? :P

Cik Puan Ena said...

kelakar plak bace komen tu... xsalah pon bertanya kan.. janji jgn emosi sgt...be a profesional

wan wan said...

hmm.... cakap bu

Anonymous said...

erm sorry ya if i tegur u..bukan ke hanis tu memang muslim..so kalau tempat yang dia makan tu mesti lah halal..kalau dia confirm2 tau tak halal, xkan lah dia makan sana..sorry lah ni pendapat i jer..lainlah kalau u betul2 confirm tak halal, u comment, hye dear u confirm halal ke sebab saya rasa tak halal etc etc etc..sorry i bukan karat hanis tp ni pendapat

Honey Lalala said...

Anyway, ada je orang muslim yang xpeka bab halal haram. Jgn expect org tu muslim tp dia sentiasa peka :) sbb tu xsalah bertanya, lgpon soalan saya tu xberniat nak insult dia pon, cuma karatz2 dia tu yang terasa, dats y la saya rasa hanis tu boleh lead org benci/suka. If dia jawab baik-baik sahaja,maybe ok kot. Just my 2cents :)

Anonymous said...

Best plak bace sampai abes. Saye rase memang disalah erti sebab cik tanye kepada muslim gak. Fans lain pun teremo jugak. Inilah kekurangan alam siber, intonasi tak dapat diketahui. So, semue orang patut keep positif bile bace sesuatu di alam siber. Ape pun perasan ingin tahu cik tu leads to new info. Thanks!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails