Tuesday, March 5, 2013

(Al- Fatihah) Rindu Bertamu di UM..

Assalamualaikum..

Dah 5 hari tak update blog. Masih terkejut, masih tak percaya.

Tepat 3.30 pagi bertarikh 27 Februari hari Selasa, aku kehilangan seorang kawan baik di Universiti dulu.

Yusnizashafara Bte Mohd Anuar, 26 tahun.

Dilahirkan pada 3 Ogos 1987.

Seorang yang sangat baik pada pandangan mata aku yang merupakan salah seorang insan terapat bersama dia.

Masih ingat lagi chatku yang terakhir bersama dia. Masa tu minta tolong dia LIKE gambar masa contest MEFA 20 November 2012, ni antara butiran chat kami:-


Betapa supportivenya beliau terhadap kawan-kawannya. Masa tu task berjela-jela, dia JOIN, LIKE, SHARE apa semua..

Masih kuingat lagi, Selasa dimana sehari sebelum pemergian beliau,aku sempat kacau dia dalam chat, minta tolong LIKE lagi contest yang aku join. Namun senyap tak berbalas. Jadi kuanggap mungkin dia sibuk. 


Pada keesokan harinya,aku dikejutkan dengan status fb dari kawan baikku juga, Arm.





memula aku ignore je,sebab xbaca habis,mungkin nenek atau saudara terdekat yang meninggal. Pastu hati rasa tak sedap,aku baca balik. Berkali2. Betul ke ni?

Terus aku capai handphone, call Arm. Tak puas hati,nakkan penjelasan.

Menangis2 aku bila dapat tahu DIA MEMANG DAH PERGI! Kebetulan masa aku call tu Arm dah dalam perjalanan nak ke Teluk Intan,mengiringi arwah. Ralat sungguh rasanya tak dapat ikut sama,sebab baru tahu, itupun melalui fb.

Ikutkan hati,memang nak je pergi ikut sama! Kenapa aku terlewat? Kenapa? Bila lagi aku boleh tatap wajah dia kalau bukan pada hari pengebumian dia?

Sedih, ralat sangat. Kami dulu beriya-iya nak lepak , reunion sama lepas graduasi, namun Allah lebih menyayangi beliau. Beliau dijemput awal dari kami dalam usia semuda 26 tahun, masih bujang.

Masih ingat saat pertama perkenalan dimana di Dewan Kuliah, tahun kedua. Masa tu subjek Commercial Law,kami kebetulan duduk sebaris depan di hadapan. Dari situlah aku mula rapat dengan arwah & kawannya Arm. 

Bermulalah persahabatan kami yang rapat,kelas tutorial mesti nak sama, buat assignment mesti nak sekumpulan, masa gap sebelum kelas pun kami lunch sama-sama. Masih teringat2 kenangan makan di kafe mamak fakulti. Gemar sungguh beliau dengan Nasi Goreng Australia. 

Sepanjang perkenalan, beliau seorang yang tenang, rajin (terbukti masa buat group assignment bersama-sama) dan trademark dia ialah suara dia yang husky (serak-serak basah). Masa mula-mula kenal,aku ingat napa laaa lama sangat dia sakit tekak,rupanya suara dia memang husky.

Sekarang, beliau dah tiada. Yang tinggal hanya kenangan yang dinyatakan di atas :(


Antara kenangan bersama beliau..




Tahun 2010, majlis Konvokesyen di Dewan Tunku Canselor, UM
Kenangan di UDA Pertama. Buat interview untuk assignment Organisational Behaviour

Kenangan di PERNIM. Assignment untuk subjek Ko-K.. 

Tahun 2007, Di Fakulti, sedang menunggu kelas bersama
Tahun 2009, di Dataran Merdeka, keluar beramai2 celebrate habis Final Exam
Paling tak boleh lupa, masa sama-sama menjayakan projek Final Year Accounting Students ke Port Dickson T__T

Sedih & Sebak bila tatap kembali kenangan bersama arwah.. Air mata mengalir deras lagi..

Yusnizashafara, maafkan sahabatmu kerana tak dapat mengiringimu ke pusara buat kali terakhir.. Akan ku titipkan doa semoga engkau tenang di sana.. 

Kawan-kawan, mari ramai-ramai sedekahkan Al-fatihah & doa semoga Allahyarhamah Yusnizashafara Bte Mohd Anuar ditempatkan di kalangan umat Nabi Muhammad s.a.w yang beriman.. Insya Allah syurga di sana tempatmu Yus.. Amin..



Yusnizashafara Bte Mohd Anuar
3 August 1987 - 27 Februari 2013

*sebak lagi*

1 comment:

Amieynna said...

airmata aku mengalir lagi..
walau tak rapat tetap terkesan..
aku tak dpt bayangkan perasaan korg yg rapat..
Al Fatihah untukmu sahabat.
Moga roh kamu dicucuri rahmat..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails