Wednesday, July 24, 2013

Tema & Persoalan Majlisku


Assalamualaikum & hai semua! Saja nak share my wedding theme yang bakal berlangsung tidak lama lagi :D 

Mesti kawan-kawan dah pelik,kad warna purple, tapi tup2 tengok majlis tema lain? 

Alkisahnya kad ni dah tersiap sangat2 awal, dan pemilihan tema baru di'decide' lepas tu. Pergi butik 2 kali, dah book & sewa, alih2 amik kaler yang lain. Aku pun kata, guna je lah kad ni, tak payah membazir. Kalau diorg datang tiba2 kaler purple pun apa salahnya? :D

Asalnya nak pakai wedding dress kaler ungu, tapi tak jumpa design yang menarik hati. Maka inilah hasilnya :D



HER THEME :

Green & Red




HIS THEME :

gold & silver




Ni sampel contoh yang digugel jer. Tapi xsemestinya 100% sama di majlis nanti. Better expect less than higher. Nanti frust!

Friday, July 12, 2013

Calling All Bride-To-Be's : Seamaster Mineral Water 0.23L (Siapa nak selit order?)

Assalamualaikum, entri kali ini ringkas je.



Mesti korang kenal kan botol air comel giler ni kan?

Aku nak beli dari kilang, tapi xbanyak, dalam 10 kotak jer.

Tapiiiiiii kan, yang payahnya pihak kilang tu hanya boleh bagi delivery bagi tempahan minimum sebanyak 30 kotak.

1 kotak = 35 botol

1 kotak = RM10.00

Jadi kiralah! Murah bukan?

Jadi, aku nak tanya kot2 la ada sesiapa nak menggenapkan bilangan tempahan air botol comel ni sampai 30 kotak,dialu2kan! Tapi nak bagitahu awal-awal la ye, daku duduk di Ampang. Warga Ampang dialu2kan yek so senang nak pickup. Tapi jangan order melampau sampai 100 kotak. Mana nak letak kat dalam rumah sekangkang keraku ini??

Jika berminat, sila pm daku di sofahani87@gmail.com

Terima kasih =)

Wednesday, July 10, 2013

(Alhamdulillah) Barang Dah Dapat! Terima Kasih Allah =)

Assalamualaikum!

Dah lama rasanya tak update story, last entry mengamuk pasal parcel hilang kan?

Masih ingat tak entry tu? Hahaha. mengamuk weyh,mengamuk!

Dan ALHAMDULILLAH SAYA BERJAYA DAPATKAN KEMBALI BUNGKUSAN YANG HILANG ITU!

*Happily in tears*


Alkisahnya begini, kita ikut kronologi k?

Parcel tu patutnya dapat pada 18 Jun 2013. Tapi aku dapat detect benda tu masih tak dapat-dapat pada 24 Jun 2013. Seminggu bagi masa untuk menunggu ketibaan parcel yang diharapkan. Oh ya, aku gunakan alamat pejabat,senang kononnya.

24 Jun 2013 dah rasa xsyok sebab xdapat2 parcel, mula lah bertanya orang bilik kiriman, sampai staff tu rasa bersalah nak bayarkan balik (sebab pernah ada kes hilang) tapi aku taknak, sebab tak puas hati tak jumpa. Check kat website untuk post tracking, jumpa nama penerima tu TAY VICKY.

Siapa TAY VICKY ni? Sampai sekarang misteri... Sebabnya, ofis yang aku bekerja ni hampir 100% Melayu,cina ada dalam 2 orang je kut,itu pun kat anak syarikat. Maka menggunakan instinct auditor ku, aku call Customer Care untuk dapatkan pengesahan.

Customer Care suruh emel kalau nak buat complaint. Okay, aku pun patuh. Emel kasi ayat sedih2 sikit. Tup2 kena tunggu 3 hari bekerja. Aish,kena menunggu lagi. Geram nih.

25 Jun 2013 masih xpuas hati, sebab aku ni jenis selagi xdapat depan mata, xtenang hidup. Pernah handphone aku hilang masa matriks, menangis sampai mata bengkak2 lebih seminggu. Sampailah aku dapat pengganti handphone tu,baru reda sikit. Itupun still sedih sebab tak dapat benda yang sama. 

Ok,aku call PPL Cheras, iaitu pusat penghantaran parcel tu. Sebab parcel tu asalnya dari PPL Batu Caves, so ditransit kejap ke PPL Cheras untuk dihantar. Aku siap highlight kat akak yang jawab telefon tu;

"Tolong ye, barang ni untuk majlis saya nanti. "

Kononnya nak cakapla betapa bernilainya percel tu kat aku. Akak tu pon kata ok,dia cuba.

So dipendekkan cerita, pada 28 Jun 2013,aku ternampak parcel kat bilik kiriman. Cek punya check, nama aku! Sah,tu parcel yang aku sangat tunggu kehadirannya ibarat Pungguk Rindukan Bulan. Siapa tak happy dapat balik barang??

Alhamdulillah,barang berkeadaan baik, tidak dibuka. Terima kasih TAY VICKY sebab walaupun saya tak kenal awak, tapi awak ni amanah jugak la orangnya. kehkeh.

Tak dinafikan kesalahan di pihak Poslaju sebab posmen dia salah hantar, tapi kesalahan diorang berjaya ditebus dengan tuntas sekali. Terima kasih Encik Azman Ghazali dari Poslaju kerana sabar melayan Bridezilla yang garang nih. Hehe.

Dan aku dah hantar emel ucapan terima kasih atas kerjasama baik yang diorang berikan. Jangan dah dapat buat senyap pulak ye!






Pengajaran dari cerita panjang lebau aku ni ialah:-

  • Xsalah beli online, make sure sentiasa update & dapatkan tracking number dari pengirim. So leh trace benda tu sesat ke mana.
  • Kalau parcel korang hilang, buat stail aku. Ikot prosedur,jangan marah-marah. Manusia memang sentiasa wat silap. Termasuk aku. Marah-marah pastu minta maaf balik =')
  • Kalo barang tu bernilai sangat, jangan beli online,tapi mcm kes aku ni, takdela bernilai sangat dari segi harga,tp bernilai sangat nak guna masa majlis nanti. Alhamdulillah tak payah nak beli lagi.
  • Kalau hilang barang, aku sarankan solat hajat, baca Yassin berdoa semoga dipertemukan balik. Doa orang teraniaya & dalam kesusahan sememangnya termakbul. Percaya pada Allah =')

Progress seterusnya akan diceritakan di entri yang lain. Tata & Assalamualaikum!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails