Friday, December 20, 2013

Post Mortem : Hadiah Pintu Majlis

Assalamualaikum!

Kalini niat xmengupdate lama ni bukan sengaja ye, memang ada sebab :D

Oh ya, masih xhabis review kan?

Kalini aku nak review pasal doorgift belah perempuan.

Sebelum tu aku tunjuk dulu doorgift nya camner eh ;



Haaaa, gini lah rupa dia. Kalerful kan?

Doorgift aku simple je, bahulu pecah jem strawberry. Normally orang akan igt bahulu pecah biasa kan? Sorry xde closeup isi inti dalam kotak tu :(

Harga bahulu pecah ni RM2.00 per sebiji. Dan printing design kotak tu adalah free & aku ambil design yang sedia ada diberi oleh orang tu.

Yang menariknya, doorgift ni dari Tapah! Jauh nau x? Padahal punyalah dekat kedai-kedai kat KL & Selangor ni. Tapi sebab mak aku dah terberkenan dengan bahulu ni masa wedding sepupu 3 tahun lalu, jadi beliau nekad nak juga beli bahulu dari Tapah tu. Dan disebabkan kitorang beli 1,000 pcs, maka caj pengangkutan adalah free + dapat 20 VVIP guest punya doorgit (actually aku pon xtahu apa hadiah dia bagi tu).

So far good review lah untuk doorgift ni. Servis tepat pada masa sampai sehari sebelum majlis & mak aku yang sanggup ambil risiko order jauh-jauh ni Alhamdulillah xkena tipu. (:

Cuma tang sedihnya, banyak doorgift ni dah rosak sebab kena air hujan lebat haritu. Takde rezeki.


Oh ya, untuk majlis belah lelaki, bagi bunga telur. Saja mengekalkan tradisi katanya :D


p/s: tengah tunggu album & video dari OP/OV majlis nikah haritu. Dah nak masuk 3 bulan takde khabar berita. Memang nak buat makan masa 3 bulan ke? Setiap hari jenuh tacap ke? *blur*

3 comments:

S. Faezah said...

sy pon igt nk bg bahulu camni..boleh dpt link org Tapah tu x? :)

Syielala Babe said...

Boleh review tentang Nurul Izzah katering x?? Sy daa book mereka utk catering kawen sy.. tp terlalu byk respond yg kurang baik di page fb mereka..harap awk dpt review ttg nurul izzah secepat mungkin.. bagaimana dgn honeymoon?? Daa dpt ke??

Anonymous said...

Sy pon da book Izzah Catering.. byk pulak bace review yg x elok.. risau plak.. harap boleh review pasal pasal Izzah Catering..huuu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails