Tuesday, November 25, 2014

Khidmat Berpantang Selepas Bersalin - Hello Warga Shah Alam!

Assalamualaikum semua!
Ada kawan-kawan tanya, berpantang kat mana? Dengan siapa?

Since sekarang ramai ibu-ibu yang selesa berpantang sendiri, disarankan juga upah seorang penjaga pantang bagi mengelakkan anda berpantang dalam keadaan letih selepas bersalin.

Normally yang mempunyai anak kecil yang ramai, suami yang mahu berada di sisi, prefer berpantang sendiri sebab lebih selesa di rumah, ni recommendation yang aku nak propose ni :

Papepun, aku memang nak khabar awal-awal. Jangan pandang enteng ye kaedah berpantang ni. 44 hari ni la masa ibu bersalin bermeditasi, berehat & memanjakan diri. Kalau korang rasa pakej bersalin mahal, cuba check dulu. Beli barang baby macam stroller, baby carrier, babycot etc yang mahal-mahal tapi digunakan sekejap buat apa? Berpantang ni kita nak pakai badan sampai ke tua, silap cara berpantang boleh menyebabkan

  • Tombong / jatuh rahim
  • Meroyan
  • Tua dari usia
  • Cepat lesu
  • Dingin / tak berselera dengan suami

Aku salute dengan sorang kawan aku, dia kata

"Aku dah lama kumpul duit untuk berpantang. Sebab aku tahu nak berpantang bukan senang. Bukan setakat bayar urut je. Nak minta dia uruskan badan kita yang lemah - lemah ni lagi. "


Kalau sayangkan badan, sayangkan suami, fikir masak-masak kalau nak cari penjaga pantang. Tak salah nak cari pakej murah/berbaloi, tapi biar berbaloi yang logik. Tak pernah aku dengar bayar RM60 sehari. Itu zaman lama memang ya, takpun mungkin upah mak sendiri boleh la kan bayar sebanyak tu. Seikhlas hati kekdahnye kan? hehe~


Khas untuk ibu yang sedang mengandung, menghitung hari. Meh selak & belek pakej bersalin ni. High recommendation! Pakej ikut hari yang ibu nak, sebab ada yang prefer dijaga sekejap, ada yang nak dibelai sampai sebulan. Ikut kemahuan dan yang penting kemampuan ye =)











Nahh.. pilih jangan x pilih.. 

Khabar gembira buat warga SHAH ALAM, caj pengangkutan tidak dikenakan melainkan di luar kawasan.. 

Apa lagi, cepat-cepat lah grab ye.. Slot 2014 kini dibuka :D


My Review
Servis tip top, normally pakej selain dari Warisan Kenanga Putih ni tak include baby, tapi yang ni termasuk baby sekali, means dat selain jaga maknya, anak pun dijaga sekali. Macam mandi, tuam, urut bagi elakkan kembung.
Menu berpantang pun best, makanan pantang tak macam dulu-dulu, lebih berkhasiat dan memang LULUS untuk ibu berpantang makan. Bab menu berpantang tu nanti update kat entri baru ye?

Kalau ibu yang nak buat tempahan, normally set berpantang tidak termasuk. Ini sebab kadang-kadang ada ibu yang beli set dia sendiri, jadi benda tu diasingkan termasuk jamu - jamu sekali. Kalau nak pun boleh, tapi kena add on la kiranya. Kalau nak senang, all in je terus. Tak mahal mana. Janji lepas habis tempoh berpantang, badan sihat!


Ingat, harga untuk menjadi sihat lebih mahal dan tak ternilai harganya jika nak dibandingkan dengan harga yang ditawarkan ni. Bayangkan bila jatuh sakit, masuk hospital, lagi mahal n lagi tinggi kosnya. So buatlah pilihan bijak yea :D


Kalau nak cost-saving, pakej lain pun ada. PAKEJ KAYUMANIS namanya. Hanya RM150 per hari untuk tiga jenis rawatan.

Kalau nak buat tempahan, boleh call Puan Zeehan di 012 - 660 6998 atau whatsApp sahaja.


Tempoh rawatan normally ada 3 jenis - Pagi, tengahari & malam

Pagi - 8.30 pg - 12.30 tgahari
Tengahari - 1.30 tengahari - 5.30 petang
Malam - 9.00 malam - 11.30 malam

Sekian terima kasih! Follow ig warisankenangaputih untuk update & promosi bulanan :)

Sunday, November 2, 2014

Major #Throwback - Bali

Dalam kesibukan aku tengah mengupdate handphone yang sangatlah penuh dengan gambar, aku terbelek gambar ini ;


Lokasi : Dreamland, Bali

Masa ni Sofia (maybe) dalam perut kot (ahaks!) 
Pergi honeymoon lepas kenduri bertandang belah husband.
Masa kenduri bertandang pun sedara dah tegur macam dah ada 'isi'. Wah wah, orang-orang berpengalaman memang hebat sungguh meneka :P

Kalau nak update mengenai bali ni pon, maybe lebih kepada sightseeing jela. Pasal bajet habis lupa dah. Almaklumlah setahun sudahpun berlalu.

Papepun, bali memang best! 

Bersalin secara czer @caesarean - Tak sakit eh?

Siapa pernah dengar term ni? 

Mak-mak yang dah melahirkan anak mesti pernah / biasa dengar kan?


Sebelum aku mengulas lebih lanjut mengenai caesarean section, isikan pemahaman kalian mengenai apa itu caesarean section ;



Caesarean section (often C-section, also other spellings) is a surgical procedure in which one or more incisions are made through a mother's abdomen (laparotomy) and uterus (hysterotomy) to deliver one or more babies.

A Caesarean section is often performed when a vaginal delivery would put the baby's or mother's life or health at risk. Some are also performed upon request without a medical reason to do so, which is a practice health authorities would like to reduce

Medical uses[edit]

Some medical indications are below. Not all of the listed conditions represent a mandatory indication, and in many cases the obstetrician must use discretion to decide whether a Caesarean is necessary.
Complications of labor and factors impeding vaginal delivery, such as:

Terima kasih abang wikipedia.

Selalu sangat aku dengar, kalau sebut je czer, mesti respon - "Owh, tak sakit pun,"

Bagi aku, orang yang bagi jawapan tu adalah kategori orang yang;


  • Tak pernah melahirkan anak secara pembedahan - jadi dia rasa perut dibelah, dilapah ni tak berapa sakit sebab dia tak pernah rasa
  • Pernah melahirkan anak secara pembedahan , cuma dia nak tunjukkan kat 1 dunia tak sakit pun walhal dia tak tahu kesan akan datang apa dia

Meh nak ulas lebih lanjut mengenai kelahiran secara pembedahan ni yeeee..

Method bersalin - aku jatuh dalam kategori emergency c-sect. Pembedahan secara kecemasan. Mentally tak bersedia. Jadi birth plan yang diprepare sejak sekian lama dah ke laut sebab tak plan untuk dibedah sebab aku sentiasa berharap yang aku boleh deliver normal. Jadi, semasa aku disorong ke bilik pembedahan tu, aku disuntik sejenis ubat bernama EPIDURAL. Kalau orang bersalin normal, EPIDURAL adalah pilihan. Tetapi kalau kategori czer, janganlah sesekali cakap jangan, kalau cakap jangan, tahniah kerana anda sanggup dibelah perut tanpa bius. Orang bersalin normal pun nak meneran pun sakit. Ni belah kot??

Kesakitan - Czer senang cakap, sakit kemudian dan selamanya berbanding normal ; sakit dahulu, senang kemudian. Kenapa aku cakap camtu? Okay,meh aku ulas ke subtopik yang lebih mendalam:-

  • Post bersalin (selepas bersalin)
Tak boleh bangun lepas bersalin. Masa aku bersalin dulu, habis operation dalam 11.40 camtu, kul 6 petang esoknya baru boleh bangun, itu pun atas desakan nurse di hospital tu. Perut kena pegang, rasa bergoyang-goyang. Pakai beg kencing, lepas 1 hari baru tanggal. Nak angkat badan dari baring pun takut sebab sakit. Rasa mcm perut kosong sangat & takde sokongan.
  • Bengkung
Tak boleh berbengkung pada awal bersalin. Sebab benang jahitan & klip kat perut masih lagi baru. Naya kalau jarum terbukak. Memang ibarat serah diri kat doktor dijahit hidup-hidup laaaa.
  • Menyusukan anak
Posisi menyusukan anak lepas dibedah memang tak sama macam ibu bersalin normal. Sebab perut kan. Kena mengiring je boleh. Nak pangku tak berani, terletak kat perut yang baru lepas kena lapah tu, naya laaaaaa..
  • Buang air besar
Kalau ibu bersalin normal takut buang air besar sbb takut jahitan terbukak, yang czer pun apatah lagi! Nak meneran buang air besar kan dari urat perut. So bayangkanlahhhh. Hehehehe
  • Pemakanan semasa berpantang
Nak luka cepat sembuh? Orang dahulu kala kata, makan jeli gamat, pati harun kan? ITU DULUUUUUUUU.. yang applicable untuk ibu bersalin normal. Kalau bersalin czer, kena elakkan sebab khuatir organ lekat & keloid tumbuh kat bekas jahitan tu. Kalau makan pati & gamat ni, ibarat kita memaksa sel2 kulit bercantum secara tidak semulajadi. So, paham-paham jela.. doktor pun tak menggalakkan makan pati & jeli gamat tu
  • Berpantang
Ibu berpantang jika pantang makan 44 hari, pantang bersama 100 hari kan? Tapi ibu bersalin czer, dua-dua pantang 100 hari! Dan angkat berat memang pantang sampai bila-bila. Bahaya sebab ada kes angkat berat, jahitan terbuka!
  • Zuriat
Ibu bersalin normal memang tiada masalah nak tambah ahli TAPI ibu macam aku, kena jarakkan kehamilan.. kalau tidak, siap sedialah kena belah perut buat kali kedua. Paling kuat kena jarak 2 tahun untuk bagi luka & jahitan sembuh
  • Sengkak
Selalunya nak akhir hari berpantang ibu2 akan sengkak rahim kan? Aku sampai la ni tak sengkak lagi. Tukang urut semua tak berani kalau bersalin operate nak menyengkak ni. At least 1 tahun baru dia berani nak sengkak. 
  • Bentuk badan
Kalau ibu bersalin normal, memang kelebihan banyak pada anda. Boleh berbengkung jawa, keretapi, lilit, zig zag, just name it! Dari pinggang ke kaki dibengkung, lepas 44 hari badan cun macam Miranda Kerr. Kalau aku? Pakai bengkung ZAP ON yang khas di pinggang je, itu pun kena ejas jangan kena tempat jahitan kat perut tu. Aku pernah cuba bengkung zig zag tanamera, pergh..rasa menyucuk! Terus sakit.. n skrg masih pakai bengkung ZAP ON, dah longgar n lus da bengkung tu sebab kerap sgt pakai. Itu pun masih struggle nak berbadan macam anak dara ok?
  • Kewanitaan
Ada sesetengah ibu yang boleh bersalin normal tapi dia pilih nak bersalin operate atas alasan taknak bahagian sulit tu 'berubah'. Namun harus diingat, jika perut kita dilapah untuk mengeluarkan seorang bayi, rasa - rasa ada kemungkinan tak angin masuk melalui perut? Lagi berisiko tau. Angin senang je masuk melalui perut kita yang dibuka semasa proses pembedahan berlangsung




Jadi, kepada rakan-rakan, kenalan, blogwalker di sana, jika anda rasa ringan mulut nak kata bersalin operation adalah senang macam potong kek birthday, fikir dulu berulang kali.

Mana - mana kaedah bersalin mahupun normal ataupun pembedahan, masing - masing ada kesakitannya yang tersendiri & ganjaran pahala di mata Allah tetap sama.

Thursday, October 30, 2014

Lahirnya Safiyah Sofia ke Dunia - Part 5 (FINALE EPISODE)

Bersambung...


Aku dah mula panik! Takkan darah lagi??

Aku sengetkan badan dari tempat duduk, 


YE, MEMANG DARAH!!

Dan masa tu nurse & doktor pelatih bergegas mencapai peralatan & tirai katil mula ditutup untuk buat pemeriksaan. 

Kemudian nurse pasangkan alat CTG untuk pantau baby dalam perut sekali.

"Doktor, darahnya memang banyak & non stop. Kena buat sesuatu ni"

Sesuatu ni? Aku dah kaget. Kena operate trus ke malam ni jugak?

Jangan la.. jangan la..aku tak bersedia lagi ni. Muka aku dah nak nangis dah. Macam budak kecik takut kena cabut gigi gayanya.

Kebetulan hari tersebut, doktor pakar incharge malam tu. Dia datang dalam 3 minit kemudian, tengok buku laporan aku & dengar explaination nurse & doktor pelatih yg memeriksa aku td.

Dia datang kat aku,

"Puan Sofahani, saya harap puan dapat bertenang ya. Puan mengalami bleeding yang tidak berhenti & ini akan membahayakan bayi dalam kandungan. Puan ada rasa contraction tak?"

"Tak pun doktor, saya tak rasa apa-apa" air mata aku mula jadi murah, nak meleleh.

"Dari keputusan CTG ni, ada contraction, betul awak tak rasa?"

Aku mengangguk lemah. Muka memohon simpati.

"Begini ya puan, memandangkan bleeding pun tidak berhenti, kami terpaksa selamatkan bayi puan dalam ni, sebab ini akan bahayakan nyawa puan & bayi kalau kami tak betindak cepat. Jadi kami terpaksa buat emergency operation ke atas puan ya"

Bagai terpukul dengar ayat tu. Macam tak percaya, aku akan bersalin?? Hari ini??

"Puan bersiap sedia tukar baju untuk ke bilik pembedahan ya,"

Kak Eton & kawan-kawan yang lain dah risau. Memang kelam kabut masa tu. Cepat-cepat aku call husband, sambil nangis-nangis.

Selesai urusan memaklumkan ahli keluarga & menyerahkan barang peribadi kepada kawan-kawan, aku mula diletak ke atas stretcher (betul ke?) untuk di bawa ke OT (Operation Theatre). Masa diangkat tu pon masih terasa darah tu mengalir. Habis basah katil tu. 

Ya Allah, selamatkanlah anak aku di dalam ni. Takpelah nak, nak keluar awal pun keluarlah asalkan selamat.

Masa tu memang dah tak boleh tunggu suami sampai dah, sebab dah tahap emergency kena operate la tu jugak. Rasa sedih pun ada, disorong oleh nurse ke OT tanpa ditemani suami kesayangan di sisi. Sedih sangat masa tu ='( (Maka beruntunglah korang yang suami teman tengok korang bersalin tuuu)


----------------------------------------------------------

Bilik Operation


Sampai je bilik tu, serius rasa sejuk. Sejuk sangat! Memang sejuk sampai tahap kena pakai sweater. Maybe nak mengelakkan bakteria/kuman membiak dalam suhu macam tu.

Dalam pada sedih/saspen/riso/nebes nak kena belah perut tu, sempat lagi doktor cheer-up kan aku. Siap kata, 

"Jangan risau ye puan, jangan panik, kejap je ni,"

Aku tahu kalau diorang kat tempat aku pun panik gak, tapi tu sume nak menyedapkan hati jer.

Dalam tempoh tu, aku kena tandatangan surat pengesahan/consent letter untuk bersalin secara pembedahan. Tanda tangan pun da herot berot masa tu.

Sambil menunggu, aku dibaringkan ke meja pembedahan(meja ke?) macam katil je xsilap.

Kemudian, doktor pakar bius datang, nak suntik EPIDURAL di tulang belakang aku.

"Puan, duduk & pegang bantal ni ye,"

Sambil pegang bantal tu, aku terasa suntikan dari belakang. Bagi aku, suntikan tu tak sesakit suntikan DEXA (suntikan mematangkan paru-paru baby). Dan dalam tempoh xsampai 20 minit, paras pinggang dan kebawah terus rasa kebas, cubit pun tak rasa.

Tak cukup dengan itu saja, kiri kanan tangan kena cucuk tiub air, nak mengelakkan aku dehydrate & prepare takut aku hilang darah banyak. Kemudian di bahu pun kena cucuk, dan masa tu aku dah mamai sangat so pasrah & menyerah jela..

Kain tirai diangkat dari paras dada bagi menghalang aku nampak apa berlaku disebalik kain tu. Tapi aku tetap dapat rasa. macam semut2 berlari atas perut. Mungkin pisau tu tengah toreh perut aku? Wallahualam.. 

Aku dibius separuh badan, jadi aku masih boleh mendengar & merasa sikit-sikit. Part yang paling aku takleh lupa, aku rasa bahagian perut aku ditekan sekuat-kuatnya (aku tak rasa sakit pun), tapi rasa ditekan tu macam rasa orang tengah kopak buah durian. Haaaa camtulah rasa dia.

Tepat 11.19 malam, 8 April 2014, lahirlah anakku melalui kaedah pembedahan. 

Masa tu, aku tak sedar bila anak aku nangis, dah keluar ke, tahu-tahu dah siap. Masa jahit tu pon rasa perut digoyang-goyang. Bayangkan kalau dijahit di perut tanpa bius? PERGHHHHHHH~

Selesai upacara pembedahan,aku ditolak keluar dari OT. Nampak lah muka suami menunggu di luar, dan aku diletak sebentar di 1 bilik untuk dimasukkan air ke dalam badan.

Masa tu rasa alam berputar-putar, pening. Kalau berdiri silap-silap leh jatuh,pening sangat. Disebabkan pening ya amat, terus aku terlelap dalam bilik tu...


Dalam hati masih tertanya, anak aku macam mana? Kenapa doktor tak tunjuk anak masa lepas dikeluarkan? Mungkin ada sebab.. 

Alhamdulillah, janji anak selamat dilahirkan & gugurlah dosa ibu yang melahirkan bayi ibarat seperti daun kering yang gugur...

Lepas setengah jam direhatkan di bilik khas, aku ditempatkan di katil ibu bersalin, dan aku nampak keluarga mertua & keluarga aku hadir melawat. Terharu rasanya. Masa tu, suami di wad NICU melawat anak & mengazankan anak kami di sana.

Esok paginya, aku minta incik suami snap curi-curi gambar anak di sana. (Kat wad NICU memang payah nak snap gambar anak)

"Sayang nak tengok ke? Abang takut nanti ayang nangis,"

"Tak pela, nak tengok gambar anak,"

*Sent*

Dan inilah gambarnya pada usia 1 hari. Menggunakan tabung pernafasan.

Naluri keibuan, memang aku menangis. Sedih. =(



Sekian, inilah kisah bersalin ku yang tidak seberapa. Insya Allah kalau rajin akan ku update kisah sepanjang sebulan kena tahan di hospital ya..

Sunday, October 26, 2014

Lahirnya Safiyah Sofia ke Dunia - Part 4 (2nd Last Episode)

Maaf kerana agak lama & berkurun baru nak update balik. Dan pembaca pun mesti dah malas nak tahu kan? Tapi untuk bagi si kecil bernama Safiyah Sofia baca bila ummi dah tiada nanti, at least boleh dia kenang pengorbanan ku ni. Hiks!

Masa aku mengeluh kesakitan tu, fikiran dah bercelaru dah. otak aku hanya menjana 1 keadaan :


MATI

Mula-mula aku didatangi seorang nurse, dia tanya

"Kenapa ni? Sakit kat mana?"

Aku masa tu cakap pun dah berterabur, yang aku ingat

"Sakit.. Sakit.. Badan saya sejuk sangat.."

Walhal masa tu, aku berselimut selapis, tetap tak mampu membendung kesejukan yang aku rasa!

Nurse dah panik. Dia pegang dahi aku. Panas! Dia panggil nurse lain, minta bawakan beberapa helai selimut. Datang nurse lain bersama beberapa helai selimut seperti yang diminta. Lalu diletak atas badan aku, diselimutkan sampai ke paras bahu.


"Dah ok x?" Nurse tu tanya

"Sejuk.. sejuk.." badan aku mula bergoncang, menggigil. Aku rasa tu permulaan nak jadi sawan. Sebabnya kalau kita tahan badan dari menggigil, boleh stop sendiri. Tapi ni menggigil yang tak boleh berhenti. Macam kena goncang!

Nurse tu dah panik gila.

"Tolong peluk saya. Saya tak boleh berhenti menggigil"

Nurse tu cepat2 peluk tubuh aku. "Dik, mengucap dik.. Ingat Tuhan.."


"Sakit.. saya rasa sakit kat tangan saya ni.." aku angkat tangan kanan yang tengah menggigil tu.

Bingkas nurse tu bersiap bersama rakan lain, memulakan prosedur mencabut tiub air di tangan aku. Dan dalam masa singkat, goncangan badan aku beransur kurang, lega selega leganya..

Nurse cepat2 check suhu tubuh aku.

"Awak demam ni,"

Mana taknya demam, dah salah cucuk tiub air. sampai demam aku dibuatnya.

Aku diberi ubat demam, dan barulah aku boleh tidur dengan lena malam itu...


Hari keesokannya

Masih tidak dibenarkan makan disebabkan dah dua hari aku bleeding berturut. 

Pagi, macam biasa, doktor akan buat lawatan kat setiap katil pesakit. Masih kuingat masa tu doktor berbangsa India menghampiri aku. Nurse menterjemah bahasa perubatan dari buku laporan yang berada kat meja katil aku.

"Kamu kena puasa ya hari ini, dah dua hari berturut kamu bleeding ni. Kalau boleh, jangan lasak & banyak bergerak. You kena baring sahaja di katil ni ok?"

Aku diam, mengangguk lemah (padahal lapo ni)

"Kalau you bleeding lagi, i takot nanti u kena deliver premature, "

"Eh, taknak doktor, huhu.."

"So, you kena duduk & jangan banyak bergerak ok?"


Aku dah mula risau. Risaukan baby dalam perut ni. Baru je 32 minggu a.k.a 8 bulan. Kalau dia keluar awal, boleh ke dia nak survive? Mendengarkan cerita dari akak yang baru lepas bersalin secara pembedahan pun, tak sanggup rasanya. Perut baru je kena belah, anak di wad ICU, kena tahan lama. Kesian rasanya masa bersembang dengan akak tu.

Sepanjang hari aku jadi murung. Senyap memanjang. Nak bersembang dengan Kak Eton pun takde mood. Susah hati walaupun orang kata, tak elok susah hati, kesian kat baby tapi nak buat camner, hati rasa tak tenang.

Sampi satu masa tak sedar, air mata meleleh laju je kat pipi. Mungkin ini balasan Allah atas semua perilaku aku kot, dalam pada sedar tak sedar aku ada aniaya orang, sakitkan hati orang, jadi Allah bayar cash atas apa yang aku rasa ni.

Suami whatssapp pun aku balas dengan nada sedih. Aku tahu aku tak patut buat dia risau, tapi pada keadaan begini aku sangat-sangat perlukan dia sentiasa kt sisi aku, tapi apakan daya, dia perlu mencari rezeki untuk kami. (nangis..)

sampai lah suami post komen kat wall FB ku..


Terharu.

Walaupun bukan dia yang mengandung, tapi perasaan ambil berat beliau amat menebal terhadap aku.


Dan macam biasa, setiap hari mesti incik suami akan datang melawat. Walaupun banyak kerja mana pun, dia tetap luangkan masa datang melawat aku kat hospital. Dan hari itu, aku mengadu pasal apa yang berlaku, sambil nangis-nangis.

Suami hanya mampu menyuruh aku bersabar dan aku berulang kali meminta ampun sepanjang usia pernikahan yang belum mencapai setahun jika ada berlaku kekasaran & kekhilafan. ='(


Malam.. seperti biasa.. hati aku berdebar - debar. Aku mula fobia dengan waktu malam. Sebab semalam dah bleeding. Janganlah harini bleeding lagi.

Jam dah menunjukkan waktu pukul 9.30 malam, fuh, jantung berdegup laju je masa tu. 



Dan.. tiba-tiba.. ku rasa ada benda panas mengalir!!


OH NO.....!!

Freemie : Pemudah Cara Ibu Bekerjaya!

Assalamualaikum semua.. maaf la baru je buka blog, berduyun komen nak tahu pasal FREEMIE!

Ampun..ampun..ampun! Kesian bagi ramai yang tertunggu tu. Maaf ler sesangat. Sekarang memang masa kemuncak, sibuk di pejabat memandangkan pejabatpun nak berpindah ke lokasi baru. Makanya aku tengah bertungkus lumus mengemas apa yang patut sebelum berpindah.

Baiklah.. bagi yang baru bergelar ibu & dah pun bergelar ibu. mesti korang ingat FREEMIE tu breastpump kan?

Sebenarnya, FREEMIE tu adalah sejenis milk collection cups yang boleh disambungkan bersama breastpump yang compatible, dimana ianya boleh menggantikan kaedah tradisional kita yang selama ni menggunakan botol semasa mengepam, dimana FREEMIE ni boleh dipasang di dalam baju anda. 

Ni medela punya. Milk Collection Shells bagi ibu yang susu dia memang meriah

Dan, yang penting, korang tak perlu menyorok dalam bilik/bawah meja/tempat sunyi untuk mengepam. Boleh mengepam di mana - mana sahaja!

Teruja kan mendengarnya?

Aku yang pakai ni lagilah berganda teruja. Ni dinamakan pam dimana-mana sahaja! Hehehehe..

Sebelum nak meneruskan entry dengan lebih lanjut, meh aku bagi close up sikit pasal FREEMIE ni kay..

   
Ni memang tiub dari pam Lacte Duet. Belah hujung kaler putih tu aku cabut..

Ni nama dia Backflow protector. Mengelakkan susu tersedut naik dalam tiub

Ni tubing. Kat hujung tu aku cantum siap2. Nama hujung tu Quick Connector

Sambung tiub Lacte kat backflow Protector kat belah ujung kecik tu

Yang ujung besar tu cucuk ngan Quick Connector

Maka dia akan jadi begini..

Freemie Cups.. sampai hilang tulisan FREEMIE tu sbb ganas sgt guna kot..ahaks~

Salah satu komponen dalam FREEMIE CUPS ni..

Kiri - Valve Kanan-Valve Base. Dua benda ni kena sambung kat dalam FREEMIE CUPS ni..

Maka terhasillah begini..

Tutup dengan penutup tu balik..

Terhasillah begini secara lengkap..

Nak pakai FREEMIE ni kena guna breastpump sedia ada. Single pump & Double pam pun boleh. 

Buat masa ni yang aku tau, breastpump yang compatible dengan FREEMIE Cups ni adalah..
  • Medela
  • Malish Ilaria
  • Lacte Duet
  • Spectra M1
Komen & Pandangan aku..


Aku dah guna hampir 2 bulan, dan so far Alhamdulillah, sangat berpuas hati. Sebelum ni kalau pumping time je kena minta excuse kat colleague nak mengepam di bilik fail. So agak segan la sebab pumping amik masa setengah jam, dalam tempoh tu kalau ada benda urgent kena tunggu aku siap mengepam. Dan aku taknak colleague aku rasa tak selesa (hati manusia siapa yang tahu kan).

So bila aku dapat tahu wujudnya FREEMIE ni, bersyukur sangat.. Sangat memudahkan kerja ibu bekerjaya ni. Nak2 pula Pam Lacte ni memang antara pam tersenyap, boleh dibawa ke mana saja since Pam Lacte boleh pakai powerbank, jadi sekarang aku pam di meja kerja sahaja.. Orang datang nak jumpa aku pun takde masalah.

Dan aku juga pernah berFREEMIE sambil bergerak. Masa tu kursus syarikat dan dalam masa sama aku kena tunaikan hak anak juga.. maka aku set siap2 dalam baju & pakai beg ala2 longchamp tu. Motor pam & powerbank dalam beg. Siap boleh berjalan sebab kursus tu kena buat ala-ala sorakan & kena banyak bergerak. Cuma jangan la lari beriye sangat, karang tumpah pulak susu tu tak ke naya kan.. aku jalan slow n steady sampai fasilitator tak perasan. Cuma dia pelik kenapa aku angkut beg. Hahahaha~

Cuma kekurangannya opkos la dada ko nampak besar, tapi jangan risau, kalau korang ni bertudung labuh & wide shawl, tak menjadi masalah (itulah sebab kenapa kita kena melabuhkan tudung kan, ada hikmahnya..eh berceramah plak aku eh). Dan tak boleh nak bajet la susu dah banyak mana.. tapi jangan risau cup tu setiap satunya 8oz, so paling kuat aku pernah dapat sebelah dalam 6oz.. alhamdulillah rezeki Sofia =)


Agak-agak nampak panjang n serabut tu boleh je adjust kasi pendek.. cuma aku ni malas nk buat lagi. Nanti ada masa baru aku alter kasi pendek, takdela nampak terjuntai2 tiub tu kan?

So, lepas ni korang boleh la buat stok susu untuk anak-anak tanpa perlu fikir pasal lokasi. cuma setting siap2 cup tu dalam baju. Risau nampak dada besar? Cover je dengan selendang.

Tak perlu bawak botol banyak2, lepas sudah pam tuang je susu ke dalam plastic storage. Dah jimat ruang =)

Backflow?

ada ibu yang guna filter, tapi macam set aku ni,aku dapat backflow protector, jadi sepanjang aku guna memang alhamdulillah xde masalah backflow. Cuma kat tubing tu nanti akan ada wap2 macam wap peluh & jgn risau ianya normal. Nak hilangkan wap tu, bila dah habis pam, cabut tube tu dari cup freemie & on motor pump tu untuk kasi angin lalu & hilangkan wap tu ye..


Beli kat mana?

Aku beli kat Hana Mujahidah, boleh pm dia di facebook https://www.facebook.com/hana.mujahidah.14

Seller ni Doktor if im not mistaken. Servis tip top, fast reply & rajin layan kerenah customer yang kuat bertanya macam aku. Memula rasa macam ragu-ragu nak beli sebab preorder kena bayar dulu (FYI aku tak pernah beli preorder item, ni memang 1st time) & alhamdulillah transaksi berjalan dengan lancar tanpa ada masalah :)

Masa aku beli tu, kena preorder. Jadi kena tunggu la kejap untuk dpt. Takdela order rini sok lusa dapat yer.


Diingatkan post ini bukan iklan berbayar.. Entry ni nak berkongsi pengalaman jer, bagi aku harga dia berbaloi. Kalau ada bumiputera sahut cabaran buat benda camgini, aku support!!



Thursday, September 25, 2014

Alkisah Freemie & Urutan.

Hi & Assalamualaikum!

Saja nak buat quick update, menandakan yang aku ni masih wujud dalam dunia blog ni. Heeee :D

Gembira xterkata! Sebab apa? Harini hari pertama aku merasmikan freemie kat pejabat!

Dapat freemie ni hari Selasa. Fuh, sebulan gak lah nunggu bendalah yang menyenangkan kerja aku ni. Tapi penantian memang berbaloi-baloi!

Nanti aku review FREEMIE ni camner dan beli kat mana eyh? Since kat pejabat, masa agak terhad. Huuuuuuu

Menan baru!
 Ha, nak buat announcement kejap kat belog ni ha..

Nak cerita pasal kisah berpantang, lambat lagi. Entry no 4 belum UP lagi. Almaklumlah nak menulis ilham xdatang lagi. Tapi yang ni berkenaan urut, sesuai untuk kawan-kawan yang mostly dah jadi ibu & bakal jadi ibu kan?

Promosi ni sempena bulan September. So baca lah ye pic yang ku tepek kat bawah ni;


Warisan Kenanga Putih ada buat promosi! Kalau urut badan biasa, normally RM70 (market price), la ni RM50. Kalo korang nak tau, dia xde spa, Mobile gituh. Memang urut kat rumah korang. Dan pelanggan yang berminat hanya PEREMPUAN sahaja ye, sebab yang mengurut ni pun kaum HAWA. BUKAN MUHRIM jangan mengada-ngada nak call mintak badan kena urut. Kang ade plak yang kena tembak dek senapang gajah ni.

Tempoh urutan pun 1 jam setengah a.k.a 90 minit. Dan Puan Zeehan ni dah lama dah dalam bidang mengurut, 15 tahun! So kalau korang nak mengurut minta naik seri ke, ha boleh lah contact Puan Zeehan ni ye?


Kalau yang duduk area Selangor, ni lah masanya! Bila lagi nak berurut? Takkan nak tunggu badan sakit baru nak urut kan? So sementara promosi masih berjalan ni, call lah cepat-cepat ye!


Masa mengurut? Call je.. pastu kawtim baik arrrr geng. Kekekeke.


Next entri, insya Allah review pasal FREEMIE ni eh!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails