Friday, February 28, 2014

27 weeks : 90 hari lagi wey!!


Pehhh, macam tak percaya je dah 90 hari je tinggal untuk jumpa dengan baby. 

Perasaan????

Takut - sebab takut sakit nak bersalin (duhhh opkos la sakit siapa kata sedap tu memang rezeki dia la kan?)

Nervous - Sebab tak sabar nak jumpa anak LIVE. Haha selama ni tgk scan 2d/4d jer.

Gembira - sebab tak lama lagi ada famili member baru. Nak belajar parenting skills, breastfeeding skills, housechore skills & macam-macam lagi!


Progress semasa :

  • Perut masih bergelora macam biasa. Pernah ada satu tu macam rasa gegaran yang senada. Macam beat lagu pun ada. Rasa-rasa baby hiccup kot? Amboiiii~
  • Jalan dah macam penguin mutant. Nak jalan kepit2 memang kekadang je. Lebih kepada jalan lemah longlai. Kadang2 je jalan biasa. 
  • Tidur ku tidak lena seperti dulu. Sekejap mengiring ke kiri, sekejap mengiring ke kanan. Kadang - kadang terjaga malam. Nak tido melentang takut sesak nafas pulak.
  • Badan makin berat. Pinggang lenguh & sengal-sengal. Kerja rumah memang tak buat la kan. Nasib baik duduk rumah mentua :p
  • Masak? Dah lama tak masak. Banyak cengkelat. Kadang2 mak mertua yang masak. Nak bedrestt je since tak sure uri dah naik ke belum.
  • Mula prektis sujud lama-lama, amalkan surah tertentu ikut kerajinan. Kadang-kadang datang malas semua hapa xbuat. T__T


Oh ya, daku ada buat maternity shoot minggu lepas. Itu habaq mai kat entry lain nohh. Bagi teaser sat :p



Till then, Assalamualaikum! 

4 comments:

Amy A. said...

eh apps kita pki same...hihi

uri dah naik tu ape?..dan kenapa?..festaim dengar

Unknown said...

tak lama lagi...seronoknya...tak sabar lak rasa...

Honey Lalala said...

@ Amy A. awak pun preggy la ye? Tahniah XD. Uri tu kena naik yang.. kalo nk bersalin normal.. sbb kalo ia di bawah.. ia menutup saluran kelahiran baby.. akan hi possibility czer..

@misz sheyla xsabar ye? Kita nebesssssss~~

ANIS SURYANIE said...

kejap je kan.. dah masuk 3rd trimester and dah xlame dah nak jumpe si kecik comel y slama duk golek2 lam tummy tu.. anis doakan semuanya selamat :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails