Thursday, June 26, 2014

Lahirnya Safiyah Sofia ke Dunia - Part 2

Assalamualaikum! Rasanya dah nak genap sebulan entry tak berupdate. Maaflah, mesti ramai tertunggu-tunggu kesinambungan cerita ni kan? (ade ke yang nak tahu? kahkah )


Ok, sambung.......




Masa buka suis tu, aku tengok bawah. Terkejut, darah! Darah tu menitis tau, jatuh kat lantai, macam paip air yang tak ditutup rapat tu. Tik tik tik..

Terjerit aku masa tu, spontan! Terus incik suami pun terbangun. Masa tu panik gila. Ye lah, masa tu 32 minggu, takkan nak terberanak dah? Tapi takde kontraksi pun? 

Cepat-cepat incik suami kejut MIL (ibu mertua) & kami bergegas ke PPUM. Malangnya PPUM reject sebab kami takde rekod kat sana. Padahal pakai buku merah tu. Maka kami baliklah dulu ke rumah, kemas barang apa patut. Terus ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah a.k.a Hospital Klang.

Sampai-sampai je, jururawat dapat tahu, terus bagi baju suruh tukar, diorang suruh baring atas katil. Ha, masa tulah kali pertama merasa satu alat bernama CTG yang digunakan untuk mengesan/pantau denyutan nadi bayi dalam kandungan. Alat tu diikat di perut, lepas tu ada benda leper bulat 2biji diletak di perut, diorang nak pantau pola denyutan baby masa tu, konsisten ke tidak.

Hati aku memang sedih la, yela tiba - tiba je, memang tak jangka benda ni berlaku harini. Kemudian datanglah doktor pelatih dalam 2 orang, diorang cakap doktor pakar nak tengok, so aku disorong ke Labour Room. Aku siap menangis-nangis minta maaf kat suami, takut kena operate hari tu jugak. Suami pun muka dah macam nak menangis, sebab aku siap tinggalkan wasiat kat dia kalau aku meninggal dunia. Bila diingat balik, rasa kelakar pula.

Sampai je kat Labour Room, aku diberi suntikan DEXA a.k.a suntikan mematangkan paru-paru baby. Sakitnya Ya Allah, terenjat aku sekejap masa kena suntik tu. Kebas gila kat bahagian kena suntik tu, siap mengaduh sakit. Dalam 15 minit jugalah nak redakan sakit tu.


Bila kat Labour Room, aku dipantau lagi menggunakan CTG, nak check kut-kut  CTG tak cantik, maybe diorang teruskan operate, tapi masa tu cantik, malam tu juga lah aku ditransfer ke wad biasa. Tak sanggup duk lama kat Labour Room (LR), seksa dengar orang menjerit - jerit masa bersalin! Seriau oi!


Aku ditolak oleh nurse menggunakan kerusi roda, masa masuk wad tu, wad 2B, aku ingat lagi.. keadaan di dalamnya.. Masya Allah..  since aku tak pernah masuk hospital kerajaan dan ini kali pertama, aku rasa nak nangis. Bukan aku demand ke apa, macam terkujat sekejap. Sebab selama ni aku jatuh sakit, masa tu bujang dan fully covered bawah insurans syarikat abah aku kerja, memang ada hospital panel. Dan ini, hospital kerajaan. Dan janganlah mengharapkan kita ni dilayan atau disogok layanan macam hospital swasta. 


Masa aku sampai kat katil tu,dengan handphone bateri dah nak habis, plug pula rosak di katil aku, bayangkan macam asrama sebab wad ni stail open area.. hati aku meronta-ronta nak balik! Betapa mengada dan menggediknya aku masa tu.. siap nangis-nangis kat suami sebab rasa tak best. Dan pakai pula kipas siling.. tidur la aku dalam kepanasan..



antara keadaan hospital yang aku duduki. 


Masa aku dapat katil tu, aku ditempatkan bersebelahan dengan auntie berbangsa India, dia dah selamat bersalin, secara operation. Disebabkan tiada katil, aku diletakkan di area pesakit yang dah bersalin. So bayangkan, dengan tangisan bayi lagi.. lampu terang benderang bawah mata di tengah malam, dan kepanasan sebab kipas siling je.


2 hari aku menangis-nangis nak balik, sebab sunyi 1 hal, sebab kes bleeding ni, aku masa tu rasa takut sangat. Aku taknak kena operate! Aku takmahu perut aku kena belah! Aku nak anak ni dilahirkan normal! Itu antara yang bermain di fikiran aku masa tu..


Aku cakap kat nurse, aku nak tukar wad. Aku nak wad 1st class! Aku taknak wad kelas 3 ni. Nurse pula kata, wad 1st class tengah penuh dengan pesakit denggi, jadi kena tunggu que.. Ok lah aku pun tunggu.. Setiap hari suami mesti tanya dah dapat tukar wad ke? Dan sehinggalah pada tengahari, hari kedua, nurse dan doktor datang kearah aku..




Bersambung..

1 comment:

misz sheyla said...

Mcm tu la keadaan spital kerajaan...eh tapi kite boley request wad 1st class ke??

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails