Sunday, October 26, 2014

Freemie : Pemudah Cara Ibu Bekerjaya!

Assalamualaikum semua.. maaf la baru je buka blog, berduyun komen nak tahu pasal FREEMIE!

Ampun..ampun..ampun! Kesian bagi ramai yang tertunggu tu. Maaf ler sesangat. Sekarang memang masa kemuncak, sibuk di pejabat memandangkan pejabatpun nak berpindah ke lokasi baru. Makanya aku tengah bertungkus lumus mengemas apa yang patut sebelum berpindah.

Baiklah.. bagi yang baru bergelar ibu & dah pun bergelar ibu. mesti korang ingat FREEMIE tu breastpump kan?

Sebenarnya, FREEMIE tu adalah sejenis milk collection cups yang boleh disambungkan bersama breastpump yang compatible, dimana ianya boleh menggantikan kaedah tradisional kita yang selama ni menggunakan botol semasa mengepam, dimana FREEMIE ni boleh dipasang di dalam baju anda. 

Ni medela punya. Milk Collection Shells bagi ibu yang susu dia memang meriah

Dan, yang penting, korang tak perlu menyorok dalam bilik/bawah meja/tempat sunyi untuk mengepam. Boleh mengepam di mana - mana sahaja!

Teruja kan mendengarnya?

Aku yang pakai ni lagilah berganda teruja. Ni dinamakan pam dimana-mana sahaja! Hehehehe..

Sebelum nak meneruskan entry dengan lebih lanjut, meh aku bagi close up sikit pasal FREEMIE ni kay..

   
Ni memang tiub dari pam Lacte Duet. Belah hujung kaler putih tu aku cabut..

Ni nama dia Backflow protector. Mengelakkan susu tersedut naik dalam tiub

Ni tubing. Kat hujung tu aku cantum siap2. Nama hujung tu Quick Connector

Sambung tiub Lacte kat backflow Protector kat belah ujung kecik tu

Yang ujung besar tu cucuk ngan Quick Connector

Maka dia akan jadi begini..

Freemie Cups.. sampai hilang tulisan FREEMIE tu sbb ganas sgt guna kot..ahaks~

Salah satu komponen dalam FREEMIE CUPS ni..

Kiri - Valve Kanan-Valve Base. Dua benda ni kena sambung kat dalam FREEMIE CUPS ni..

Maka terhasillah begini..

Tutup dengan penutup tu balik..

Terhasillah begini secara lengkap..

Nak pakai FREEMIE ni kena guna breastpump sedia ada. Single pump & Double pam pun boleh. 

Buat masa ni yang aku tau, breastpump yang compatible dengan FREEMIE Cups ni adalah..
  • Medela
  • Malish Ilaria
  • Lacte Duet
  • Spectra M1
Komen & Pandangan aku..


Aku dah guna hampir 2 bulan, dan so far Alhamdulillah, sangat berpuas hati. Sebelum ni kalau pumping time je kena minta excuse kat colleague nak mengepam di bilik fail. So agak segan la sebab pumping amik masa setengah jam, dalam tempoh tu kalau ada benda urgent kena tunggu aku siap mengepam. Dan aku taknak colleague aku rasa tak selesa (hati manusia siapa yang tahu kan).

So bila aku dapat tahu wujudnya FREEMIE ni, bersyukur sangat.. Sangat memudahkan kerja ibu bekerjaya ni. Nak2 pula Pam Lacte ni memang antara pam tersenyap, boleh dibawa ke mana saja since Pam Lacte boleh pakai powerbank, jadi sekarang aku pam di meja kerja sahaja.. Orang datang nak jumpa aku pun takde masalah.

Dan aku juga pernah berFREEMIE sambil bergerak. Masa tu kursus syarikat dan dalam masa sama aku kena tunaikan hak anak juga.. maka aku set siap2 dalam baju & pakai beg ala2 longchamp tu. Motor pam & powerbank dalam beg. Siap boleh berjalan sebab kursus tu kena buat ala-ala sorakan & kena banyak bergerak. Cuma jangan la lari beriye sangat, karang tumpah pulak susu tu tak ke naya kan.. aku jalan slow n steady sampai fasilitator tak perasan. Cuma dia pelik kenapa aku angkut beg. Hahahaha~

Cuma kekurangannya opkos la dada ko nampak besar, tapi jangan risau, kalau korang ni bertudung labuh & wide shawl, tak menjadi masalah (itulah sebab kenapa kita kena melabuhkan tudung kan, ada hikmahnya..eh berceramah plak aku eh). Dan tak boleh nak bajet la susu dah banyak mana.. tapi jangan risau cup tu setiap satunya 8oz, so paling kuat aku pernah dapat sebelah dalam 6oz.. alhamdulillah rezeki Sofia =)


Agak-agak nampak panjang n serabut tu boleh je adjust kasi pendek.. cuma aku ni malas nk buat lagi. Nanti ada masa baru aku alter kasi pendek, takdela nampak terjuntai2 tiub tu kan?

So, lepas ni korang boleh la buat stok susu untuk anak-anak tanpa perlu fikir pasal lokasi. cuma setting siap2 cup tu dalam baju. Risau nampak dada besar? Cover je dengan selendang.

Tak perlu bawak botol banyak2, lepas sudah pam tuang je susu ke dalam plastic storage. Dah jimat ruang =)

Backflow?

ada ibu yang guna filter, tapi macam set aku ni,aku dapat backflow protector, jadi sepanjang aku guna memang alhamdulillah xde masalah backflow. Cuma kat tubing tu nanti akan ada wap2 macam wap peluh & jgn risau ianya normal. Nak hilangkan wap tu, bila dah habis pam, cabut tube tu dari cup freemie & on motor pump tu untuk kasi angin lalu & hilangkan wap tu ye..


Beli kat mana?

Aku beli kat Hana Mujahidah, boleh pm dia di facebook https://www.facebook.com/hana.mujahidah.14

Seller ni Doktor if im not mistaken. Servis tip top, fast reply & rajin layan kerenah customer yang kuat bertanya macam aku. Memula rasa macam ragu-ragu nak beli sebab preorder kena bayar dulu (FYI aku tak pernah beli preorder item, ni memang 1st time) & alhamdulillah transaksi berjalan dengan lancar tanpa ada masalah :)

Masa aku beli tu, kena preorder. Jadi kena tunggu la kejap untuk dpt. Takdela order rini sok lusa dapat yer.


Diingatkan post ini bukan iklan berbayar.. Entry ni nak berkongsi pengalaman jer, bagi aku harga dia berbaloi. Kalau ada bumiputera sahut cabaran buat benda camgini, aku support!!



38 comments:

Su Hamid said...

Bole tahu brp hrga pam ni?

Honey Lalala said...

bab harga masa sy beli tu dalam RM250++, tapi sekarang harga dah naik da.. leh pm org tu :)

Anonymous said...

Good review

cHe' LeEn said...

Sakit x guna freemie ni sis? Ke ala2 lacte?

farwizah said...

Oo freemie namanya ye...thank for the info

Unknown said...

pm

Saya nak beli sahaja accessories for freemie...

Unknown said...

salam sy ada nk let go freemie cups deluxe..baru beli je 14 mac 2015..berminat wassap nida 0193558466 tq.

Unknown said...

salam sy ada nk let go freemie cups deluxe..baru beli je 14 mac 2015..berminat wassap nida 0193558466 tq.

Unknown said...

Sis hasnida raji..ada lagi ke freemie nak letgo tu

SalRashid said...

saya nak let gi my freemie
kalau berminat sms 0199685062
baru beli bulan lepas
guna 3x je

Fyda said...

Sis kalau Lacte Solo bole ke guna utk freemie nie? Sbb freemie nie negok double?

mazliyani said...

Sal rashid....ada lg freemie yg nk let go tu??

Admin said...

hi sis quick connector nak beli di mana

khadijah said...

Sy nak letgo set freemie... kl nak blh sms atau whatsapp +60122325640.. Baru beli belum guna lg..

khadijah said...

Assalam.. sy nak let go my freemie baru beli.. kl berminat blh sms atau whatsapp sy 60122325640

Anonymous said...

HAi..

sya nak letgo freemie sy.. berminat WA 0177376948

Anonymous said...

saya nak letgo freemie saya
baru beli september 2015
guna 2 kali

WA 0177376948

Unknown said...

saya nak letgo freemie set saya

baru beli september 2015

guna 2 kali

WA 0177376948

Unknown said...

Salam.. sis.. nak tanya kalau backflow preventor freemie tu, kenaa basuh sekali ke dgn cup yg kne susu tu.. atau tak perlu?.. sb tubing tu takperlu basuh kan.. tq :)

Unknown said...

Salam sis.. nak tanya yang backflow preventor freemie tu.. kena basuh sekali ke setiap kali basuh cup? Sbb tubing tak perlu basuh kan.. so im wondering kalau backflow preventor tu kne basuh jugak everytime mncuci.. tq!

Kak Siti said...

Good review..thanks..nanti nak survey freemie and lacte duet ni..

dreamsunlimited said...

Ade lg tak?

SalRashid said...

mazliyani said...dah xde freemie saya ...dah ada orang beli

Anonymous said...

saya nk letgo freemie sy..beli bln 11 2015..berminat whtsapp 0139987259.tq

Anonymous said...

Saya nak let go freemie cup saya fullset..baru saje beli and pakai 3kali.. Wassap saya 0173170115

Anonymous said...

Freemie to let go..baru beli 3x pakai untuk cuba.. Wassap me 0173170115

Anonymous said...

Salam.. just nk tny.. knp ramai nk let go ye? Sorry just tertanya2 sbb sy baru nk survey freemie ni.. pastu freemie ni compatible x dgn avent? Tq

Anonymous said...

Salam.. just nk tny.. knp ramai nk let go ye? Sorry just tertanya2 sbb sy baru nk survey freemie ni.. pastu freemie ni compatible x dgn avent? Tq

Aina Syuhada said...

Sy pon guna lacte duet jgk..pakai Freemie cup ni sakit x?sbb lacte cup jenis silicon kn.. So x sakit la

Unknown said...

saya pon baru bercadang nk beli freemie.. heran bila ramai nau org nk letgo.. is it actually ok or not?..

Anonymous said...

saya pun beli dr dr hana mujahidah. saya buat installment. alhamdulillah dr hana nak. hihi

saya rasa ramai nak letgo sbb x puas dgn sedutan. saya baru 2 kali pakai. mmg yield x sama mcm guna horn.tp sy baca kat FREEMIE USER MALAYSIA nyer fb,freemie ni kne hack sikt kalau nak sedutan kuat

Mohd Na'imullah ++ Nurul Wahidah said...

Saya nak tnye.. masih ad sesiapa nak let go freemie.. saya nak cuba dlu..
Ws :01116934729 (waheda)

Unknown said...

Salam sis.. Sebelum ni sy guna lacte duet gak.backflow protector tu 1 set dgn freemie ye

Anonymous said...

Where may be the worst place to live in Britain and just why ?
Elements of the north of England and Wales are
vile!

Anonymous said...

I know this web site gives quality dependent posts and additional data, is there any other website which presents such things in quality?

Anonymous said...

Thanks very interesting blog!

Anonymous said...

I've been exploring for a bit for any high-quality articles or blog posts on this sort of space .
Exploring in Yahoo I at last stumbled upon this
website. Studying this information So i am glad to show that I've an incredibly excellent uncanny feeling I came upon just what I
needed. I so much definitely will make sure
to do not fail to remember this website and give it a look regularly.

Anonymous said...

Wow! In the end I got a webpage from where I be able to in fact take
helpful facts regarding my study and knowledge.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails