Saturday, August 27, 2016

Rumahku Syurgaku - Part I (Pencarian Rumah Bermula)

Assalamualaikum!

Dah lama sebenarnya nak post pasal rumah ni, cuma tangan tak menekan-nekan lagi papan kekunci disebabkan penyakit M dan S. So sekarang ni dah R, maka ku gagahkan jua menaip!

Isu pasal duduk rumah ni dah lama sebenarnya, sejak dari awal berkahwin, aku memang mengimpikan rumah sendiri. Angan-angan aku ni besar, antara aku berangan nak ada dapur sendiri, bilik sendiri, yard sendiri, ruang tamu sendiri di mana hanya aku, suami dan anak-anak aku dalam rumah tu.

Tapi bukanlah bermakna aku tak suka duduk dengan famili aku, tidak. Tapi aku kena fikir, bila duduk rumah famili ni, kena fikir pro dan kontra dia. 

Pro duduk rumah famili

  • Jimat belanja rumah
  • Balik-balik makanan dah siap masak (mak aku memang duduk rumah, so dia memang masak siap since abah pun dah bersara awal)
  • Tak perlu fikir hantar anak ke mana (since mak jaga cucu)
  • Tidur dikejutkan
Cons duduk rumah famili pulak;
  • Memandangkan bawah aku ada adik-beradik perempuan yang lain, agak tak manis la kalau kitorang terus-terusan menetap di rumah famili. Kesian juga adik-adik aku kena jaga aurat, husband pula serba salah nak naik ke bilik nak sidai baju ke beranda, kena make sure adik-adik perempuan aku tak baring bersepah.
  • Takde bilik - well, actually ada, bilik bawah tapi terlalu kecil dan tak muat untuk kami tiga beranak. So kami terpaksa tidur di ruang tamu. Agak kurang selesa lah di situ, ahli keluarga berlalu lalang kan.
  • Terpaksa buka aircond. Since abah dah pasang air-cond, si Sofia kemain mengada-ada, asal nak tidur je ber-air cond, kami laki bini tidur menggigil tau!

Akhirnya terbukak mata dan hati aku secara serius nak beli rumah, aku mulakan pencarian harta secara serius bermula bulan Jun 2015, hari-hari view rumah untuk dijual, ada yang dah dipunyai. Pernah kami pergi site visit ke satu rumah apartment berdekatan, rumah tu ground floor, menepati citarasa aku yang tak berapa gemar turun naik tangga. Malangnya rumah tu bermacam-macam kerosakan, bocor la, basic pula tu. Harga tak padan dengan rumah, RM180k. Bila check di bank, tak layak. 


Sehinggalah pada bulan September 2015, aku tengah melayari www.mudah.my, mencari hartanah sekitar kawasan rumah famili aku.

Tiba-tiba, aku nampak satu iklan ni dan aku cepat-cepat kontek orang tu. Rupanya rumah tu under agen hartanah. Agen pun agen la, kita view dulu rumah tu. Kalau tak berkenan kita cari yang lain.

Masa tanya tu hari bekerja, sabtu tu terus book appointment dengan agen tu, nama dia Stanley.

Rumah tu dekat dengan masjid, berhadapan dengan rumah kedai. Ada 7-eleven, 99 speedmart. Pendek kata, mudah la sebab banyak kemudahan kecuali takde LRT. Bas awam pun ada lalu depan kawasan apartment tu.

Masa site visit tu, rumah tu asalnya disewa oleh keluarga berbangsa Melayu Islam. Owner asal dia berbangsa Cina tapi dia tak pernah duduk rumah tu, hanya untuk disewa sahaja.

Kami pun datang tengok. Rumah tu tingkat 1, naik tangga lah juga. Kat situ ground floor macam goreng pisang panas.

Oh ye lupa nak cakap, rumah yang kami usya ni rumah sub-sale. Memang masa tu tak nak rumah baru bina ke apa, sebab kat kawasan tu takde rumah dalam pembinaan. Yang ada pun high-rise condo yang sah-sah harga RM500k ke atas. 



Pintu masuk rumah tu


Ni pintu bilik Master Bedroom


Ruang dapur. Betul-betul dekat dengan ruang tamu


Bilik kedua


Ruang tamu. Encik suami, anak bersama Stanley



Ni ke arah pintu masuk rumah


Pandangan depan dapur. Memang kalau masuk rumah terus nampak dapur. Bersepah dapur tu memang segan la orang nampak 

Harga rumah yang kami visit ni? Dalam mudah letak RM160k. Tengok keadaan rumah macam ni, dia bagi kurang ke 158k.

Korang rasa adakah aku berminat?


Kita tunggu pada next chapter ya!

Tuesday, July 26, 2016

Photoshoot raya 2016 bersama G.I Photoshoot

Assalamualaikum!

Hai, teruk nau nau. Lama kemain berjanji nk update, satu hape pun takdek!

Kalini kena update jugak, tunai...


Mood raya masih lagi tengah terawang awang, 21 Syawal tapi masih lagi belum lewat dan terlambat aku nak ucapkan Selamat Hari Raya ya!

Dan macam tahun sekian sudah, tahun ni kami buat photoshoot raya untuk kami bertiga dan kalini kami jumpa promo menarik dari G.I Photoshoot!

Aku ambil Pakej 02. Harga RM150.00, dapat sesi bergambar 30 minit, softcopy dalam DVD dan frame gambar 30x20 inci. Besar tu frame dia!

So kami setting date selepas raya. Almaklumlah kalo fotosut sebelum raya, muka memasing menahan lapar je karang. Baik buat lepas raya.

Tarikh yang dipilih 10 July, hari raya ke 5. Ok sangat la tuh. Mood raya masih lagi membara!






Ini antara hasilnya!

Sejujurnya aku memang suka gambar ni berbanding gambar raya tahun lepas, nampak lebih cantik dan mulus di situ :p

77 gambar berjaya disnap dalam tempoh 30 minit, not bad ok!

Well, gambar yang aku upload ni semua gambar si kecik ni xduk diam, dia ni time photoshoot la nk buat peel, nak berlari sana, xnak duk atas riba, nk mainan la. Sabar je ummi abi ngan kamu ni Sofia -_-'


Cameraman pun memang friendly, pandai capture moment dan nampak berpengalaman sangat - sangat sebab dia reti handle si kecik ni.

Tak sabar tunggu frame siap!

Till then, assalamualaikum!

Saturday, April 30, 2016

Im Back!!

Assalamualaikum,

Aku pasti ramai dah xbaca blog ni. Almaklumlah dah berkarat. Lama tak update.

Saja je blogwalking blog sendiri. Bila baca je posting lama lama, rasa macam :

"Tak matangnya aku masa tu. Oh hipsternya ayat. Rempit sungguh aku masa tu"

Haha. Serius. Bila dah berkeluarga ni, masa untuk menghadap laptop, blog, dah terhad. Lebih kepada menghadap anak, suami dan kerjaya.

Bukan rasa tak bebas ke apa, tambah sekarang aku tengah sambung Master, lagilah life tu xde. Tengah menunggu dapat skroll master dan merdeka la jawabnya hehehe.

Bila difikir balik, baik lah aku close je blog ni. Macam dah takde fungsi pun ada dari duk menyemak je kat laman sosial ni kan?

Okbai!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails