Tuesday, July 26, 2016

Photoshoot raya 2016 bersama G.I Photoshoot

Assalamualaikum!

Hai, teruk nau nau. Lama kemain berjanji nk update, satu hape pun takdek!

Kalini kena update jugak, tunai...


Mood raya masih lagi tengah terawang awang, 21 Syawal tapi masih lagi belum lewat dan terlambat aku nak ucapkan Selamat Hari Raya ya!

Dan macam tahun sekian sudah, tahun ni kami buat photoshoot raya untuk kami bertiga dan kalini kami jumpa promo menarik dari G.I Photoshoot!

Aku ambil Pakej 02. Harga RM150.00, dapat sesi bergambar 30 minit, softcopy dalam DVD dan frame gambar 30x20 inci. Besar tu frame dia!

So kami setting date selepas raya. Almaklumlah kalo fotosut sebelum raya, muka memasing menahan lapar je karang. Baik buat lepas raya.

Tarikh yang dipilih 10 July, hari raya ke 5. Ok sangat la tuh. Mood raya masih lagi membara!






Ini antara hasilnya!

Sejujurnya aku memang suka gambar ni berbanding gambar raya tahun lepas, nampak lebih cantik dan mulus di situ :p

77 gambar berjaya disnap dalam tempoh 30 minit, not bad ok!

Well, gambar yang aku upload ni semua gambar si kecik ni xduk diam, dia ni time photoshoot la nk buat peel, nak berlari sana, xnak duk atas riba, nk mainan la. Sabar je ummi abi ngan kamu ni Sofia -_-'


Cameraman pun memang friendly, pandai capture moment dan nampak berpengalaman sangat - sangat sebab dia reti handle si kecik ni.

Tak sabar tunggu frame siap!

Till then, assalamualaikum!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails