Sunday, April 16, 2017

(RESIPI) Homemade Sos Versi Saya

Memandangkan lama sangat tak update dan bersiaran, maka ku keluarkan dua entry sekaligus!


Sejak jadi mak-mak ni, penyakit rajin mula menerpa. Tapi ikut angin la. Bila datang angin malas, penyakit rajin ketepi. Haha.

Sebut pasal sos-sos ni, kalau memasak, kita selalu guna sos untuk sedapkan masakan betul tak?

Sejak rajin baca label ni, rasa macam nak buat sos versi sihat. Maksudnya, tanpa pengawet. Bila tanpa pengawet tu dah tentu tak tahan lama. Paling kuat pun sebulan dalam peti ais belah chiller.

Di sini ku nak share kan bukti ku berjaya membuat sos homemade.




Resipi Sos Tomato

Bahan 
Tomato 2 biji*
Tomato Ceri 10 biji (taknak letak takpe, lebihkan tomato)*
Capsicum / Lada Benggala Hijau separuh*
Bawang Holland*
Gula Kabung
Garam Pink / Bukit
Cuka Epal
Tepung Jagung Non GMO

  1. Kisar Tomato, Tomato Ceri, Bawang & Capsicum. 
  2. Kemudian panaskan bahan kisar atas api sampai menggelegak.
  3. Bila dah menggelegak lama, masukkan gula kabung & garam bukit.
  4. Kemudian masukkan Cuka Epal, didih sampai pekat.
  5. Bancuh tepung jagung dengan air siap-siap, masukkan dan kacau sampai adunan pekat, kemudian tutup api.
  6. Sejukkan & Simpan dalam bekas. Insya Allah ketahanan 2 minggu bergantung kepada pengendalian.

Resipi Sos Tiram

Bahan
Kepala Udang 
Molasses
Garam Bukit

  1. Rebus kepala udang.
  2. Kisar kepala udang bersama air rebusan, tapis airnya.
  3. Panaskan air tapisan dan masukkan molasses & garam bukit.
  4. Bancuh tepung jagung dengan air siap-siap, masukkan dan kacau sampai adunan pekat, kemudian tutup api.
  5. Sejukkan & Simpan dalam bekas. Insya Allah ketahanan 2 minggu bergantung kepada pengendalian.

Resipi Sos Cili

Bahan
Cili Merah 5*
Tomato Ceri 10*
Bawang Putih 3 ulas*
Garam Bukit
Gula Kabung
Cuka Epal sesudu teh
Tepung Jagung Non GMO

  1. Kisar cili, tomato & bawang putih. 
  2. Panaskan sampai menggelegak, masukkan cuka epal.
  3. Masukkan garam bukit & gula kabung.
  4. Bancuh tepung jagung dengan air siap-siap, masukkan dan kacau sampai adunan pekat, kemudian tutup api.
  5. Sejukkan & Simpan dalam bekas. Insya Allah ketahanan 2 minggu bergantung kepada pengendalian.

Selamat mencuba!

1 comment:

wan syahida said...

wow perkongsian yang sgt menarik sebagai rujukan masa hadapan.Thank you!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails