Friday, May 7, 2010

Kriteria Pemandu yang Paling Menjengkelkan



wahh; baca tajuk je dah tau aku emo. tapi aku tak PMS ye. auww auww. haha. Tiba2 dapat idea wat tajuk ni setelah sentap habis dengan pemandu di jalan raya di KL yang sungguh jalang. ohtidak!

Aku rasa kebanyakan bekas student UM(wah tak tahan,dah guna bekas sebab bangga habis exam last paper) yang mengenali aku dah tentu masak benar dengan kenderaan yang hangkut aku ke sana ke mari sepanjang 4 tahun. Ya,aku penunggang Skuter Yamaha EGO dan aku penunggang perempuan yang cermat tapi tidak lembap seperti penunggang motor wanita typical yang lain.

Korang penah ada rasa hangin satu badan tak tatkala membawa motor,pas2 ada kelibat pemandu kereta yang korang rasakan nakkk je angkat jari tengah kat depan mata diorang?(ha ha mesti la aku xkan wat cmtu,mampuih ceq!)






1. Menghisap rokok dan meletakkan tangan di tingkap kete sambil ketuk2 abu rokok semasa aku nak mencelah masuk. Pastu memang sedap la abu rokok tu kena lengan@tangan aku ni. So FTW!






2. Meng'SET' signal kenderaan ke kanan dan secara tiba2 ke kiri tatkala moto aku dah siap sedia nak menambah tahap kelajuan. Memang dikira boleh membunuh kalo aku lajuuu sikitttt je! Ni memang dapat sumpah seranah tanpa henti selama 10 minit dari aku!





3. Kenderaan yang bawak banyak kaum lelaki, nak nak pula kenderaan tu Van,jadi bila tengah on the road, diri ini diusya macam buat salah maka timbullah rasa tak selesa yang amat bila bawak moto. Yeah,memang orang ada mata dan boleh tengok, tapi tolong jangan bukak tingkap dan buat signal nak menggatal boleh x? Terganggu konsentrasi tahu x?!






4. Bawak kereta dah lah laju kat belakang aku. Pastu bila nak sampai kat signal traffic light yang nk ke warna kuning,ko laju dan mendesak aku laju jugak. Wadehel? ko hengat aku ironman? Nak mampus jangan libatkan aku. Aku paling benci kalo pemandu2 kereta yang semakin laju meternya bila nampak lampu isyarat dari kuning nak ke merah. Tolong lah! Tak pernah g kelas memandu ke So'od?






5. Ha,yang ni aku pantang bila hak aku sebagai pengguna jalan LURUS dinafikan. Paham ke idok ni? Yer laaaaa,nak masuk simpang,mesti la ko kena RESPEK pengguna jalan yang LURUS dulu,baru la nak pikir bole belok ke x. Ni tak menyempat,ko main masukkk je! Pastu kalo aku terbawak laju? X ke naya? Mind ur own path of jalan la weyyy!







6. Cucuk2 belakang. Pergh, panas beb! Kalo aku terberhenti mengejut,sapa nak jawab? Dah2,malas cakap banyak, pegi masuk kelas memandu balik!




7. Dah buat salah,pastu maki hamun orang lain. Sorry la,aku sungguh benci fenomena road-bully ni. Dah waktu zaman sekolah ko selalu kena buli, orang lain lak jadi tempat lampias ko pulak kan? Berbudi bahasa angkat tangan susah sgt ke? Mulut kalo xringan tulang nak menghina pengguna lain xsah!




8. Banyak lagi la weh! Ish,bak kata Nabil,LU PIKIR AR SENDIRI. Please Please Please lah! Tolong respek other pengguna jalan raya lain, orang yang bawak motor@skuter lagi mudah terdedah pada bahaya berbanding pemandu kereta dan setaraf dengannya. Tolongla ye,SEMUA PENUNGGANG KENDERAAN SEPERTI KAMI NI ADA AHLI KELUARGA JUGAK KAT RUMAH.


ingatlah orang yang tersayang ok? ;-)

1 comment:

aduka said...

cuba tgk gambar..
sama jerk..
pejalan kaki, penunggang moto, pemandu kereta..
laki ppuan pn sama..
ada ego n attitude yg berbeza2..
=)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails