Showing posts with label reunion. Show all posts
Showing posts with label reunion. Show all posts

Monday, May 7, 2012

Menyingkirkan Lemak Degil di Elements Gym

Assalamualaikum semua!

2 bulan yang lalu aku telah membeli kupon promosi di laman ini;

Pernah dengar? Groupon [link] ini merupakan website yang memberi tawaran menarik pada harga yang rendah. Ni adalah tawaran PERTAMA yang aku beli melalui Groupon ni iaitu :-

[Up to 72% Off] Unlimited Access to Elements Gym at GTower for 1 month. For 1 (RM38) / 2 People (RM68). Spacious 32,000 Sq Ft Gym with 100ft Heated Infinity Pool & KL Skyline View

Diskaun sebanyak 72% untuk memasuki gym ni,so kira la sendiri harga asal dia berapa kan? (aku malas nk kira :P)

 Jadi,semalam (Ahad) aku bersama cik fatin telah mendaftarkan diri ke Gym ni;


Gym ni terletak betul2 di sebelah Menara Tabung Haji, yeah, G Tower uols, haruslah workout kat tempat kelas kan? :P

Jom lihat ke-awesome-an gym tersebut. Almaklumlah orang perak,tak pernah pergi tempat mewah,mulalah tangan meliar snap sana sini,kehkeh


 teruja snap gambar diri sendiri di cermin,nyohoho~

 laluan masuk je dah jauh, kena jalan amik mood dulu katakan

 senarai wajah personal trainer yang ganteng dan mantop mantop belaka

maafkan saya kerana kualiti gambar amat hodoh ketika ini

 Let's do some fat burnin' workout bebeh!

berjalan atas treadmill sambil menikmati flora,fauna je xde =D

teruja tahap max sebab kat mesin ni ada mini tv sendiri. Cuma cucuk je earphone dan dengarlah pape rancangan dalam mini tv ni. Wow!

 pemandangan di dalam gym. Spacious! 

depan ni Tabung Haji. Pas eksesais leh terus pergi daftar haji kat sini :P
p/s: Lady Gaga beraksi di tv. Po Po Poker Faaaaace ;D

Pic ini ditangkap semasa menggunakan treadmill

Pic ini juga tidak terkecuali

 Ada Swimming Pool,tak sempat nak merasa.swimming pool ini transparent view,cantik!! =D

Dah lah unlimited access,ada aktiviti yang ahli Groupon leh join sepanjang tempoh penggunaan gim ni,antaranya :

  • ABT (abs, butt, thighs)
  • Body combat
  • Body pump (pam pakai pam tayarkah?)
  • Dance (joget dangdut?)
  • Latin dance (lentik cam JLo la kalo join pasni?)
  • Steps (Macam filem Step Up tak?)
  • Hi-Lo (nak join yang ni!)
  • Capoeira
  • Yoga
  • Pilates (ni jugak)
  • Aqua aerobics (ok yang ni tak boleh sebab tak reti berenang T__T)
  • Spinning (Gasing?)
  • Tai Chi (nak nak!)
Malangnya semua aktiviti ni available weekdays je T__________T

Yang bestnya, ada sauna kat dalam gim ni (Haruslah ada kan?).Dulu kat California Fitness pon aku join mendalah kupon murah ni, tapi CF lagi best sebab ada steam room, terbaik!


Dah habis workout,haruslah timbang berat tengok berapa hilang kan? :p

Jangan terkejut kalau tetiba ada kembar Neelofa berada di area Bukit Bintang pasni ye :p *perasan*

agak-agak leh jadi cam dia x dalam sebulan penggunaan?



(pic paling sopan aku google)

Jawapannya: Harapan lah kan! =P

Sunday, November 14, 2010

My roomate wedding!

Hah! Blog aku ni asyik citer pasal orang kahwin je kan? Yela.. yang kahwin tu pon kawan2 baek aku.. so kena la update! Stori baru-baru xde sangat,pic pon malas dah nk snap. Henpon tunggu masa ke alam baqa' je ni.. ;p

Nak dijadikan cerita, Ecah a.k.a merupakan roomate aku waktu zaman mudi mudi(hoho) kat UM. Satu sem je pun. TAPI.. kami kenal dah nak dekat 5 tahun,since matrik lagi. Cuma betul-betul rapat n BFF abis masa dua-dua menuntut di puncak menara gading(eceh) kat UM.

Berikut pic zaman muda mudi ronggeng2 dolu-dolu.
zaman kegemilangan kat KMKN

adoii..berpeluh nak cari pic si Ecah ni.. opsss.. hehehe..;p

dan di hari bahagianya aku telah datang. Konvoi ok! Senarai konvoi kami
  1. Megat
  2. Atip
  3. Eriza
  4. Sarah 
  5. Aku
  6. Naim
Terharu x ko Ecah? siap konvo 2 bijik kereta lagi tauu.. heeee ;p
cantik kawan aku sorang ni..hik hik!


berseri-seri muka dia... :D

teman-teman sematrik (KMKN)

teman seuniversiti (UM)


Dengan ini, saya mengucapkan Selamat Pengantin Baru, semoga bahagia hingga ke akhir hayat ye.. To encik suami,jaga kawan saya baik-baik!(macam die bace je kan..heh)
Eh,nanti nak pos adiah kahwin. Adiah xbeli gara-gara Atip! Die boley lupe belikan pulak.. adoi yai!

Ape adiah yang patot aku belikan eh? Sila bagi cadangan di kotak cadangan ok?



tolong yeeee? wakawaka.. ;p ;p

Monday, September 13, 2010

Raye oh Raye oh Raye ~~,


Assalamualaikum semua.. Pa Habaq? Dah lama sesangat aku xhapdet belog ini. Nak kata busy kerja,orang lain pun kerja gak! Nak kata xde story,berlambak story sampai aku dah nak terlupa nk tulis nih. Ha.... mungkin sebab aku malas nk menggunakan papan kekunci untuk menaip2.. kan best kalo cakap teros muncul je kat kibod ni? ade x gajet camtuh? Plisss belikan! =D

Ok,tengok tajuk pun da tau kan? Malas nk taip,korang nengok jela pic raya aku tahun ni. Xsemenggah pun. Baju 4 pasang je (je ko kata?) tapi sempat bergaya 3 pasang je sebab malas nk iron baju banyak2 sekaligus membasuh baju banyak2. Ye,aku kurang rajin,tapi tidak pemalas. :-p

bersama Kak Yatie merangkap sepupu sepipit
Ish,terasa Kak Yatie lagi glemer dari aku nampaknye.. Xleh jadi nih!
Kat Padang Jawa
Tahun ni aku mentransformkan diri menjadi Orang Java kerana tahun ni turn balik Klang. So, merayau2 laaa aku dengan sedara mara pergi bertandang2 ke rumah sedara mara.. Ari Raya Pertama bertandang satu kampung. Nenek & Atuk kena tinggal sebab diorang kena jadi Tuan Rumah. Kesian xdpt join! hehe..

Raya Kedua pergi Jauh sikit, ke Padang Jawa,Sri Andalas, dan merata2 sampai la ke Putrajaya.. Kesimpulannya,kaki aku nk tercabut hasil ajakan merayau2 ke open house oleh sedara mara aku yang kaki merayap nih..~ =_=''

Raya Tahun ni dah rasa lain ar... wuwuwuw.. Sebab pe yeh?
  1. Kena bagi duet raya..Kopak kena kapak!
  2. Tahun ni tahun last dapat budget Baju Raya..Tahun depan.. Yillek!=(
  3. Cuti sekejap je.. Esok da kene kerja.. Hapeda.. nape kerajaan xkasi cuti lama2? Puasa kan sebulan,kasi la cuti sebulan..=p
  4. Plan nak diet tergendala..gara2 bukak pose makan macam Godzilla.. adesh..
Sebelum menutup tirai mengarut di petang raya ke 4 ini,ku hidangkan pic2 menarik untuk tatapan anda..(padahal dlm fb aku ade je..exaggerate je lebih aku ni =p)

Bersama Atok & Nenek.. weeee~

Bestnye jadik budak kecit..Xpayah pegi keje.. g audit luar..*eh pe aku ngarut ni*
Bersama sebahagian sepupu sepapat yang gila2.. sape willingness nk jadi ahli kitorang dipersilakan..=p
Kami sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya! =D
pheee hess: insyALLAH aku updet stori basi berkerak aku waktu graduasi nanti eh..tengah tunggu gambar sebab aku berjaya lesapkan dalam cd..ngehehehe..
malas nak watermark pic ni..sape curi pic aku,kudung kaki @ tangan k.. hahaha.. siyes ni..


DENGAN INI, SAYA MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN DAN KENALAN DI BLOG INI ATAU DI LUAR BLOG INI K.. MAKAN KUEH RAYA JANGAN TAMAK2.. OH YA..KALO DE WAT OPEN HOUSE AJAK LA K..:-)

EXCEPTION: HACKER BLOG AKU TAK AKAN DIMAAFKAN.. YOU KNOW WHO U ARE..

Sunday, September 27, 2009

Aidilfitri 09 yang besh!

yeeeeha! seminggu aku tidak mengadap benda yang bernama internet ibarat bermusafir selama setahun! cuba bayangkan betapa perlunya internet dalam hidupku ini walaupun sbenanya bukan wat keje penting pon! janji broadband @ stimix depan mata jer.=p

raya tahun ini kali ini jatuh ke kampung yang agak jauh dari ibukota k-heLL iaitu Gerik, Perak! oh ya, kebanyakan kawan2 mengatakan kampungku ni terceruk dihujung dunia. xpe2, janji best walaopon sedikit angker!

kenapa aku kata angker? sebabnya, kawasan kampung aku ni agak terkenal dengan kes Santau menyantau dan sekaum dengannya. dah2, bukan ini yang hendak aku bincangkan, tapi raya aku kali ini!

Seronok! itu yang aku mampu ucapkan. perjalanan dari k-HeLL dari pukul 10 malam telah menyebabkan bapaku menyesal xsudah kerna akhirnya kami sampai pada pukul 6 pagi! ini kerana jem ya amat pada malam tersebut. sampaikan aku pon tertido beberapa round dalam kete.

seperti biasa, persalinan raya aku kali ini sama bilangannya dengan raya tahun lepas di Klang, Selangor. 3 pasang yer.

mengikut perjanjian, hari pertama dirasmikan dengan warna orange sebagai tema utama, manakala yang lain2 adalah sebagai sampingan. tetapi warna biru terpaksa diberi prioriti memandangkan familyku telah menetapkan shooting dengan baju berwarna tersebut. yea, family first!

Lokasi: Rumah Maksu, Taman Haji Wan Teh, Gerik, Perak.
Masa : Hari Raya Pertama & Kedua.


potret family ku! =)


orange!

bersama Maksu ku yang sebaya.

bertelagah sesama sendiri =p

di Kupang, Kedah.

aku dan Maksuku memang akrab, xde maknanya nak memangkat2 antara masing2, aku ko sudahhh =p

ThinkOutOfBox: Walaupun Raya disifatkan sebagai hari untuk memaafkan sesama umat islam, tetapi masih adakah segelintir manusia yang tidak memaafkan manusia lain? sedangkan, Nabi pun maafkan umatnya kan? alhamdulillah, Azwan Ali pun da insaf (tiba2)

p/s: tiba2 rajin nak mengwatermarkkan pic. ahh, poyo ke x, blog aku. =p

recommended song of this post: Trouble is a Friend - Lenka. Trouble ke? Sometimes.. hehe.. =p

Thursday, September 17, 2009

buka puasa secara berkumpulan

walaupun agak lambat aku menghupdate blog ini, tapi aku akan update jugak!
bak kata pepatah, diam - diam ubi berisi, diam honeylalala byk isi nk dicerita.

ikotkan memang banyak sangat sangat sangat!! aku nk cerita kat dlm blog ni, namun kekangan masa ditambah dengan assignment yang super melambak2 menyebabkan aku terpaksa membantutkan hasrat menghupdate blog aku. tapi xpe! dh update da pon =D

aku nk ucapkan setinggi tinggi jutaan tahniah kepada classmates aku yang berjaya hadir untuk reunion EX- Sekolah Menengah Jalan Cochrane 5 Ikhlas batch 2004. perhatian: sekolah aku ini sekolah harian.


sangat merindui sekolah ini!

kalau korang yang belajar kat Uni, masa mula2 masuk, mesti kawan2 baru korang akan tanya, " ko dlu MRSM mana? Teknik mana? Sekolah Berasrama mana? dan bla3.."

ya, aku bukan bersekolah dari mana2 yang ditanya dalam soalan tersebut. aku dari Sekolah Harian. yeahhh.. mesti orang lain akan cakap, aku pon sekolah harian gak beb. aku bangga menjadi bekas sekolah harian sebab aku xsuka dikongkong dalam environment sekolah berasrama @ intelektual yang terlalu tinggi. dan sekolah aku adalah sekolah Sukan. malangnya, aku bukanlah budak sukan sebaliknya ahli pengakap yang taksub dengan unggun api dan khemah. =D

sudah2, kembali ke reunion sekolah aku yang baru berlangsung 12 September 2009, bagi aku reunion ini da best walaupun xberapa ramai yang datang. kebanyakannya dah berjanji dengan classmates di Uni masing2. =(



berkumpul dulu di Times Square sebelum gerak bersama ke O.U

di One Utama (kami budak KL! =p)

sempat berkarok!

gangster 5 ikhlas dolu2 =p

rancangan asal nk berbuka di Tupai2@ Seoul Garden yang bertemakan Steamboat, namun xjadi sebab masalah booking yg terlampau penuh ya amat! sangat sedey ok! =(

maka kami beramai2 mencari tempat makan di One Utama, dan mata kami tertancap di tempat yang menarik ini! The Garden (bertempat di Voir Gallery)

Buffet RM 45 perhead. terdiri daripada beberapa chinese food & local food. Dijamin halal!

yang penting.......................SEDAP!

the garden menjadi pilihan

buka puasa - Heaven of Food!!

kaum adam yang datang hanya sebanyak ini =="

KAMI semua!!

aku ni jenis berjimat. jadi, bila makan dengan buffet RM45 per head ni, berpeluh peluh gak la nk membayarnya. manakan tidak, berbuka di asrama pun aku berkira-kira, inikan pula nak makan makanan semahal ini. tapi, reunion ni sekali setahun, apa salahnya kalo aku berbelanja lebih sikit kan? nasib baik makanan nya sangat sangat laa sedap! puas ati! =)

dalam perjalanan pulang, kami singgah pula ke Canai Cafe di Subang semata2 nak minum2. aduish, jam da pukul 12 da, mmg kena marah ngan mak la! nasib baik Cik Sarah menghantar semua kawan2 di hadapan rumah.. terima kasih! =)

akhir kata, terima kasih banyak2 sekali lagi kepada yang hadir! lain kali buat lagi kayh~ =)

pengajaran dalam episod ini:

1. nak wat jemputan, kena RSVP, baru dpt estimation. kalo x, jadi cam aku, teragak2 nk budget berapa ramai org.

2. book 2 minggu lebih awal terutama di bulan puasa.

3. bawak kenderaan lebih, senang nk bergerak.

4. kena pandai organise masa dan plan!

yang paling penting..

5. PUNCTUAL!!

Tuesday, September 2, 2008

sayangku sara nina ismail

haiiyohhh..
aku baru perasan bile aku bukak minah ni nyer blog,die wat mende yg aku tagged kat die..
&& suprisingly the tajuk is my name..tharunye~^.^ weee~
&& aku notice kat lasssst entry die:

P/S : Kepada Miss Honey Lalala.. Saya tidak pernah menolak pelawaan anda untuk buat reunion. Saya juga tidak pernah mengutamakan boyfriend saya apabila anda mempelawa saya keluar. Cuma saya di Melaka dan anda di Kuala Lumpur. Sampai hati anda.. Saya sedih.. Hancur hati dan buah dada ku..

apekah? memula aku konfius,bila aku baca kat entry blog aku,baru aku pasan! ceit,makcik ni leh lak terasa kat entry aku di-TAG di point no 12..haha..lawak la kamu ni sara oi..
bila masa laaaa cek cakap ang utamakan boyfriend? im stating bout my fwen yg lain la..absolutely not my 5ikhlas's fwen..tp fwen lain.. hehe,tp ofcoz xsentuh sal class kite yg hawt n havoc tuh...

so kpd miss sara nina aka makcik horny,jgn la majuk2 lg syg,ko ni perasan lebey sgguh, tergolek2 hindustan aku baca statement ko nih. ala2 ina kne putus ngan mawi lak. wakakakasim!!
=D camat berpose && kite bakal adekan reunion bulan pose ni. tp xtentu lg tarikh bile. ask edot yeeee.


**p.s: mmg ada kaitan ngan yg hidup,tp xde kaitan ngan ko la sara. ahaks! rindu ko!=P

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails