Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Tuesday, July 7, 2015

(REVIEW) Lacte Duet Bermasalah??

Assalamualaikum.. Ha.. kontroversi tak tajuk dia??

Biasalah.. sebut je masalah kemain laju orang semua nak tahu apa masalah polan si polan kan? Macam tu jugaklah dengan barang - barang..


Berikutan entry LACTE DUET PILIHANKU ni, ramai gak la bertanya mengenai pam ni. Almaklumlah tahun lepas tak banyak review lagi, sebab barang baru kan. Selalu orang suka rely kat barang yang well established macam MEDELA, AVENT sebab JENAMA dia dah lama..

Namun, aku ambil risiko! Sebabnya TUJUAN UTAMA aku ialah PAM MAMPU MILIK. 

Dan kebanyakan komen bertanya mengenai ke'BEST'an pam tersebut :


  • Salam sy nk tnye.. Sy pon berminat nk bli lacte.. Tp sy nk tnye.. Lacte ni bunyi die senyap cmne ye? Kalo sy pam dkt meja ofis, org dkt kiub sblah bole dgr ke?? Skang pam sy gune bsg sgt..


Okeh.. aku pengguna Lacte Duet ni nak dekat setahun lebih dah. So far memang senyap. Dan ya, aku memang pam di meja ofis (sejak ber-freemie ni), kalau cubicle yang rapat kecik kedekut tu dengar sikit2 jela, tapi xkuat! Bunyi brrrr.. (bergegar camtu je) tapi memang sangat minimum! Kat meja ofis aku kiri kanan lelaki, dah lali dengar bergegar halus tu. Sebab ianya tak annoying.
Tips: Nak elak bunyi bising, letak pam atas bantal. cover di atas dengan kain pape yang tebal & cushy. Macam ni ha.



  • As salam sis..nak tnya..lacte duet ni byk x part yg kena basuh?


Sebut pasal part ni. Kalau dibandingkan antara FREEMIE dan part HORN LACTE, HORN LACTE lagi banyak. Banyak pun takde banyak mana, just corong, salur susu, valve, botol. Cuma ekstra sebab dia ada silikon. Itu je. Tapi senang basuh. Banyak tu normal sebab ianya DOUBLE pump. So DOUBLE barang dia. Kalau beli freemie, memang xbanyak. Sikit je nak basuh. Itupun malas gak nak basuh. Huihui



  • Sakit x guna freemie ni sis? Ke ala2 lacte?


Bagi aku, tak sakit. Sama je macam pakai lacte. Beza cuma tak pakai horn dah. Senang. Cuma sangkut je cup tu dalam bra. Masukkan tube. Setel. Nak berjalan ke, nak memasak ke, boleh. Aku siap berlari-lari sambil ber-FREEMIE. cuma lari manja je la karang tumpah plak. Takde masalah.


Dan soalan - soalan lain seperti ...


  • Tak leceh ke powerbank besar gedabak tu?
  • Nak beli kat mana? Berapa harga?

Powerbank tu actually pinjam dari abah aku, ikutkan dari HQ GMTA kata powerbank setakat 8400 maH pun boleh guna. Tak perlu sampai 10000 maH. So beli je Powerbank comel kecil tu. Memang compatible dengan Lacte nih. 


so FAR takde masalah bagi aku pam LACTE DUET ni. Kita sebagai pengguna kena jadi kreatif dalam menyelesaikan masalah ni. Mana-mana BP ada masalah. Takde yang perfect tip top. So far LACTE pernah juga la rosak (sebab salah aku) sekali dan berjaya repair dalam tempoh waranti. Kalau nak cepat lagi elok pergi je kat HQ dia sendiri di Kinrara tu, setengah jam je dia repair. Kalau pos boleh, cuma bagi yang takde BP spare kesian gak la...

Nak beli? Boleh contact daku ye, xpun drop comments & details nanti ceq balaskan yea..  so far harga tak jauh beza.. naik sikit maybe sebab GST tapiiiii


FREE SHIPPING OKAY! :D


Apa- apa boleh emel ye? sofahani87@gmail.com atau hubungi Telegram @sofahani




Wednesday, February 18, 2015

Memperkenalkan Ahli Baru.

Assalamualaikum!

Wah, memang lama xupdate belog ni sejak dah ada anak ni. Rasanya latest posting pun pasal pengalaman bersalin + pakej berpantang kan?

So, dengan ini, sementara tengah ada masa terluang ni, aku nak memperkenalkan ahli keluarga kecil ku yang baru...


jeng jeng jeng~~


ni masa dia kat NICU HTAR. Sedih tengok masa ni :'(

SAFIYAH SOFIA BINTI MOHAMAD SYAAQUAN

atau dikenali dengan hashtag #babySS



Budak kecik ni dah berumur 10 bulan 10 hari & adjusted umur 8 bulan 2 minggu 6 hari pada tarikh entry ini.

Perkembangan dia pada buat masa ini :-

  • Dah pandai duduk sendiri
  • Dah reti merengek & membebel
  • Dah suka memanjat
  • Gigi belum ada lagi (lega maakkk)
  • Suka main cak - cak 
  • Malas merangkak. Prefer meniarap dan menyelorrrr. Haha kemain laju kalau nak tuju pada 1 tempat

Alhamdulillah dengan ada nya si kecik ni bertambah meriah la keluarga kecik ni. Cuma bila ada anak kecil ni mesti ramai yang paham kan? Tak cukup tidur, terkejar sana sini & ambil cuti kecemasan kalau dia xsihat. Dulu boleh la uruskan rumah dengan teratur, ada masa untuk diri sendiri, masa nak memanjakan diri, sekarang ni masa memang banyakkkkk tertumpu kat dak cinonet ni. Ye lah, sepanjang hari aku keluar bekerja dimana dia dijaga oleh neneknya, & dah tentulah dia nak menempel bila kita ada kat rumah. Kena banyak saboooo & urut dada la ye hihi.

AHLI BARU?

So far, tiada perancangan untuk menambah dalam masa terdekat. Memandangkan aku pun melahirkan #babySS melalui kaedah belah perut a.k.a pembedahan, maka seeloknya biarlah luka dalaman sembuh dulu. Luka kat luar memang nampak kering, tapi luka kat dalam tu kita tak nampak kecuali ada mata istimewa la kan? 

Mungkin, 2 - 3 tahun barulah aku fikir nak menambah, seiring dengan keadaan ekonomi rumahtangga pada masa tu ye. Aku kalau boleh taknak la ikut trend, hashtag rindu preggy moment sebab kawan lain ada isi dalam perut. Sebab prinsip aku, kualiti bukan kuantiti. Memang anak tu pembawa rezeki, tapi kenalah seiring dengan usaha kita bagi menambah rezeki kat bayi dalam perut tuh. Jangan duk pandai cakap rezeki tapi kita tak usaha kan? Pendek kata, aku target adik #babySS lahir masa dah beli rumah. Bukan esok beli rumah lusa nak tambah adik ye? NO NO NO.. haha :P

Jadi, insya Allah Sofia akan ambil alih ruangan blog ni untuk kemaskini perkembangan dia dari semasa ke semasa. Ummi dan Abi boleh tepi sikit la pasni yek =P


p.s: Menu sofia harini, bubur beras perang+carrot+salmon. Harap dia suka!


kuat berebut makanan dengan abi dia. Sofia, no fast food okeh!

Thursday, August 21, 2014

Lahirnya Safiyah Sofia ke Dunia - Part 3

Assalamualaikum! Sebelum sel-sel otak aku hilang perhubungannya dengan memori, baik aku update balik pasal journey kelahiran anak dara sulung ni! :D


Doktor tu pun datang ke arah aku, cakap aku dah leh pindah katil. 

"Yeay!" Hati aku memang girang tak terkira, dah lah handphone pun duk charge pakai powerbank, da 11% pulak tu, semput mak nak! Maka aku pon duduk la di katil baru.. dimana aku ditempatkan bersama - sama ibu yang mengalami kes sama macam aku - Placenta Praevia!

Mula-mula,agak kekok jugak la. Patient katil sebelah dah bersalin, tapi duduk situ sebab tak ckup katil; punyalah ramah sampai sembang sakan dengan dia. Akak tu tunggu lebih 5tahun baru dapat anak kedua. Pun operate, sebab apa, aku pun dah lupa :p

Kemudian, akak tu discaj petang tersebut. Masuklah patient baru, kak ETON nama dia, orang Klang jugak. Memang friendly gila. Akak tu kes plasenta praevia gak, tapi type 2. Pun kena bedrest. 


Petangnya nurse datang,

"Ibu nak tukar ke 1st class kan?"

Tiba-tiba hati rasa tak nak pula. Dah kenal akak-akak senasib kat sini, seronok rasanya sembang, kongsi masalah bersama. Karang aku masuk 1st class, duduk berdua, seram pulak. Sebab aku kena bedrest, confirm lama kena tahan nak dibandingkan dengan orang bersalin kan?

"Tak jadi la nurse, tapi makanan kekalkan la, amik 2nd class"

Tak kisah lah duduk wad 3rd class, ada kawan leh sembang. Masa solat leh berdoa sama-sama. Kalau sedih, ada kawan tolong tenangkan :)



Hari ke 2 sehingga hari ke 4 berjalan dengan lancar. Tiada apa contraction. Tiap-tiap hari nurse akan datang, dengan alat seakan recorder suara untuk diletak di perut untuk mendapatkan kadar denyutan jantung baby,samada normal atau tidak.

Terima kasih Azwi & tunang sebab datang melawat! Muka hasil nangis tak kira masa. Sembap!

Sarapan Pagi

Makan tengahari, tapi makan seceduk dua je :(


Selera makan memang drop habis. dari berat 62 kg, terus turun jadi 55kg. Sampaikan mertua & suami risau, suruh makan. Tapi apakan daya, makan tak lalu, menempuh hari dengan ketakutan, takut bleeding datang kembali :(



dan.............


Tibalah hari ke 5, masa hari ke - 4 dah mula rasa sakitt sangat-sangat di bahagian ari-ari. Sakit sampai duduk tak boleh, cangkung tak boleh, baring pun tak boleh! Semua sakit! Batuk siap nangis sebab tak boleh, kalau batuk confirm sakit gila! Rasa macam kat bawah tu mencucuk-cucuk yang nyeri sangat!

Bila mengadu kat doktor, doktor check posisi, dia kata baby mungkin da engaged. Dia da kat bawah. Maybe tak dapat nak bergerak banyak, jadi kepala dia menekan - nekan ke bawah. Sebab tu sakitnya Ya Rabbi.. baruku tahu kenapa kita tak boleh DERHAKA PADA IBU, besar bala nya..



Hari ke -5 (9.55 malam)

Tengah sedang elok buka handphone sambil baring, aku mula rasa panas. 

"Eh, darah ke ni?" Aku pelik,sebabnya aku takleh kawal. Ia mengalir panas je. Aku check.


Darah! Darah fresh! Cepat2 aku panggil nurse, berlari-lari semua cari doktor yang oncall masa tu, doktor mula menggunakan perkakas berupa mulut itik untuk periksa samada pendarahan berterusan atau sementara. 

Alhamdulillah, pendarahan tu sementara. Jadi doktor suruh aku berpuasa, tidak boleh makan, minum sehingga diberitahu, takut ada pendarahan lagi.

Aku pun puasa lah.. sehinggalah dah nak masuk petang, aku dibenarkan berbuka puasa, sebab doktor pantau pad chart, tiada apa-apa pendarahan berlaku. Makanlah aku seperti biasa.


Hari ke - 6 (9.40 malam)

Tengah sedang elok duduk, sambil bersembang dengan Kak Eton, sekali lagi aku rasa benda panas mengalir. 

"Akak! Saya rasa saya bleeding lagi lah!"

"Ko biar betul hani? Akak panggil doktor ye?"

Maka bergegaslah lagi sekali doktor check samada pendarahan berterusan atau pun sementara, sekali lagi disahkan pendarahan sementara. Dan doktor sekali lagi mengarahkan aku berpuasa sehingga diberitahu.


Masa tu, doktor pelatih berbangsa Cina yang attend aku, aku dapat rasakan dia tak berapa kompeten sebab macam ragu-ragu nak pasang drip air kat lengan aku. Masa dia cucuk tu, aku dah tersentap; sakit oi! Aku ingat sakit sebab cucuk,so aku diamkan je.


5 minit kemudian.. 


Sakit, rasa macam air masuk pun sakit je. Kenapa eh? Aku panggil nurse yang on duty masa tu.


"Nurse, rasa sakit lah tempat drip ni. Rasanya doktor salah cucuk kot?"


"Saya tengok tak bengkak pun, ok je.."


Aku pun diam. Maybe aku mengada kot. Tapi kenapa sakit semacam ek?


20 minit berlalu...


Badan rasa menggigil. Sejuk. Tiba-tiba rasa badan bergoncang kuat sangat. 

"Kak Eton, tolong panggil Nurse! Saya sejuk sangat ni!"


"Awak ok tak ni Hani?" Kak Eton dah cemas

"Tak kak, Saaakit...." aku merintih


Badan aku bergoncang - goncang. Sejuk, teramat sejuk. Terasa macam sebongkah ais atas badan ni. 


Allah.. Allah... Allah...




bersambung~

Friday, May 23, 2014

Lahirnya Safiyah Sofia ke Dunia - Part 1

Assalamualaikum!

Masih ingat entry yang aku tulis di mana aku menyuarakan kebimbangan tentang kehamilan aku, di saat minggu kehamilan ke 31, uri masih di bawah. Ingat? Tak ingat boleh tengok ENTRI INI

Tarikh entry tersebut, 28 March, hari JUMAAT. Masa tu, checkup di KK(Klinik Kesihatan), aku diberi surat refer letter ke HOSPITAL AMPANG untuk SCAN DETAIL mengenai kedudukan URI aku. Jadi, aku dapat appointment pada HARI ISNIN, 31 MARCH. Masa tu, memang hati tak tenang, mengadu kat suami. Yelah, uri di bawah, siapa tak risau. Masalah aku cuma itu je, yang lain semua Alhamdulillah OK.

Pada keesokan harinya, macam biasa pada hujung minggu kami berdua suami isteri memang akan balik ke rumah famili aku, yelah dah tinggal di rumah mertua, hujung minggu jelah masa untuk bersama famili aku pula, barulah adil & saksama kan? 

Jumaat malam, sebelum berangkat, kami pergi UPTOWN SHAH ALAM, suami nak cari jersi tak silap. Jadi aku selaku isteri yang setia, mengikutlah suamiku bersama, jalan-jalan kat sana. Sampailah adik aku dapat tahu aku pergi UPTOWN, jadi janji kat bawa dia ke sana lagi (padahal tak sedar diri tu mak buyung kan?)

Esok, hari SABTU malam, pergi lagi. Teman adik cari jersi nak bercetakkan nama dia. Layankan jela. Padahal jalan dah makin lambat, masa tu rasa lenguh, mengah. 31 minggu kan, nak masuk 8 bulan lah kiranya. Peniaga kat situ pandang pelik dah, sarat pun sakan lagi jalan?

Ada aku kesah? Kehkeh.. 


Jadi Ahad kami pun balik lah ke rumah mertua balik. Yelah, Isnin nak kerja kan. Macam biasa, ibu mengandung tidur memang sangat tidak selesa. Baring kanan tak sedap, kiri tak sedap. Jadi memang aku suka tidur tak setempat.

ISNIN yang dijanjikan tu, aku pergi ke HOSPITAL AMPANG. Aku rasa keputusan refer ke HOSPITAL AMPANG adalah keputusan paling bodoh, sebab apa? Aku duduk di Shah Alam, kenapa tak minta rujuk Hospital Klang?? Aku pun blur..

Masa SCAN DETAIL, hati aku LULUH lagi. Doktor sahkan aku PP TYPE 4. 

Ye, TYPE 4! Rujuk entri sebelum ni apa dia PP TYPE 4.

Hati sedih. Balik menangis-nangis sambil memandu. Aku telefon suami, nangis-nangis. Masa tu macam menyesal, kenapa lah aku sakan berjalan kalau dah tahu URI BAWAH? BODOHNYA AKU masa tu :(

Dan paling ralat, aku teringat kelmarin aku ter-berlari ke dapur sebab panaskan lauk lama sangat sampai naik kering periuk. Mungkin sebab tu lah dari PP Type 2 terus jadi Type 4. Memang CONFIRM kena bedah!

Doktor bagi surat rujukan, beralamatkan ke Hospital Pusrawi (asalnya nak bersalin di PUSRAWI). Doktor pesan, kalau ada pendarahan, terus bawa surat ni ke hospital. Tapi masa tu, memang sepanjang kehamilan tak pernah ada pendarahan.

Balik dengan hati yang resah, lepak je kat katil, malas nak buat apa-apa. Aku fikir, "Kena rehat ni. Aku taknak buat apa-apa lagi. Aku taknak masak. Aku taknak buat kerja apa-apa," Masa tu, baru lah nak fikir nak rehat. Sebelum ni aktif bukan main.

Dan malam tu, tidolah kami seperti biasa..

Pukul 4 a.m..  aku terbangun dari tidur. Aku rasa basah. Dalam hati fikir, eh? Aku terkencing ke? Jangan- jangan, air ketuban?? Tapi kenapa tak panas?

Aku pergi kat suis, buka lampu...



Ya Allah, DARAH!!!



Sambung pada next entry ye? To be continued...

Monday, May 19, 2014

Terima Kasih Atas Semua Doa Dan Ingatan!

Assalamualaikum! Rasanya hampir 2 bulan tak bersiaran di blog ni.. Tau2 banyak komen2 pending approval! Dan harini merupakan hari ke 41 diri ini berpantang.. 3 days more to go! Weeeehooo~

Terkejut kan? Takde angin takde ribut tau-tau dah berpantang. Kisahnya, akan diberitahu di entry akan datang. Tapi memang penuh cabaran dan pancaroba. Boleh buat jalan cerita okeh? Hehe..

Apa-apapun, daku selamat melahirkan bayi perempuan sulung pada 8 April 2014, 11.19 malam.


ini bukan pic anak ku eh :P trimas encik gugel~


Berat? 
Cara Melahirkan?
Nama?


Kita jumpa di entry baru ye? Ni entry warm-up je :D

Friday, February 28, 2014

27 weeks : 90 hari lagi wey!!


Pehhh, macam tak percaya je dah 90 hari je tinggal untuk jumpa dengan baby. 

Perasaan????

Takut - sebab takut sakit nak bersalin (duhhh opkos la sakit siapa kata sedap tu memang rezeki dia la kan?)

Nervous - Sebab tak sabar nak jumpa anak LIVE. Haha selama ni tgk scan 2d/4d jer.

Gembira - sebab tak lama lagi ada famili member baru. Nak belajar parenting skills, breastfeeding skills, housechore skills & macam-macam lagi!


Progress semasa :

  • Perut masih bergelora macam biasa. Pernah ada satu tu macam rasa gegaran yang senada. Macam beat lagu pun ada. Rasa-rasa baby hiccup kot? Amboiiii~
  • Jalan dah macam penguin mutant. Nak jalan kepit2 memang kekadang je. Lebih kepada jalan lemah longlai. Kadang2 je jalan biasa. 
  • Tidur ku tidak lena seperti dulu. Sekejap mengiring ke kiri, sekejap mengiring ke kanan. Kadang - kadang terjaga malam. Nak tido melentang takut sesak nafas pulak.
  • Badan makin berat. Pinggang lenguh & sengal-sengal. Kerja rumah memang tak buat la kan. Nasib baik duduk rumah mentua :p
  • Masak? Dah lama tak masak. Banyak cengkelat. Kadang2 mak mertua yang masak. Nak bedrestt je since tak sure uri dah naik ke belum.
  • Mula prektis sujud lama-lama, amalkan surah tertentu ikut kerajinan. Kadang-kadang datang malas semua hapa xbuat. T__T


Oh ya, daku ada buat maternity shoot minggu lepas. Itu habaq mai kat entry lain nohh. Bagi teaser sat :p



Till then, Assalamualaikum! 

Monday, June 3, 2013

Perkembangan Semasa Bahagian 3 - 88 days to go!

12 bulan sebelum

1. Tentukan tarikh nikah, resepsi & tandang - done!
2. Booking tempat - done!
3. Booking MUA (Nikah) - done!
4. Booking MUA (Resepsi) - done!
5. Booking Jurugambar (Nikah) - done!
6. Booking Jurugambar (Resepsi & Tandang) - Dalam progress!
7. Booking Juruvideo (Resepsi & Tandang) - done!
8. Katering Nikah - done! 
9. Katering Resepsi - done! 

9 - 8 bulan sebelum

1. Lokasi nikah (Masjid,insya Allah) :D - (Dah contact tok kadi, appointment dlm bulan ni yeay!)
2. Lokasi Resepsi - Rumah jer :D
3. Tema Nikah - done!
4. Tema Resepsi - done!
5. Tema Belah Perempuan - done!
6. Tema Belah Lelaki - N/A

7 bulan sebelum 

1. List down hantaran - done!
2. Baju Nikah - dalam proses jahitan! baju encik tunang dh siap yeay!
3. Baju Resepsi - done!
4. Baju tandang - dah book! Dalam bulan ni appointment!
5. Survey kad kahwin ( Patterns, jemputan) - dah siap! amik hujung bulan ni! :D

6 bulan sebelum 

1. Booking tok kadi - Dah bincang,bulan ni jumpa :D
2. Survey doorgifts - done!
3. Selesaikan dokumen rasmi - In progress!

5 bulan sebelum 

1. Tempah the invitation cards - Done!
2. Tentukan pengapit untuk resepsi - Done!
3. Tentukan pengapit untuk tandang - dalam progress!
4. List jemputan - dalam progress!
5. Tempah kasut untuk resepsi/tandang - dalam progress!
6. Pemilihan gadis2 munge & jejaka jambu - belum lagi! 
7. Survey kek - guna pulut bole? :p (rasa tak perlu kek kot? nak beli pun untuk malam2 masa buka hadiah)

4 bulan sebelum

1. Get tudung nikah/ veil ready - Menang GA Veil by Adria Cottage(dalam proses), tudung je xde lagi.
2. Plan honeymoon :D - Tix flight done! 
3. Booked / survey tempat tinggal untuk belah lelaki - tak perlu,dekat sangat.
4. Tukang buat hantaran - DIY sudah :D (Barang dah siap beli dah)

3 bulan sebelum

1. Make up bilik pengantin - booked!
2. Tulis nama di invitation card -kad dah ambil,tengah kumpul tetamu list!
3. HIV test - Done yeay!
4. Hantar borang permohonan kahwin -  minggu ni pass kat belah perempuan :D
5. Buat guestbook - DIY Jom ! 

Semakin hari semakin kuat debarannya :D

Harap2 semua berjalan lancar,amin =)

Friday, March 15, 2013

Kisah Butik Meloratttt!

Assalamualaikum kawan-kawan!

Memandangkan cerita ni masih FRESH dari OVEN, nak jugak taip kat sini. Nanti hilang semangat,malas nak menulis, tersadai la blog ni macam selalu daku buat. Hihi :D

Memandangkan lagi 160 hari plus plus plus yang tinggal,aku dengan selamba rileks nyer masih tak cari baju. Ya,dengan tahap kecerewetan yang konon2 tinggi,sampai sekarang tak jumpa berkenan. Kejap nak ungu, kejap nak hijau,lepas tu nak putih,sampai mak dah pening. Mak siap kata;

"Kau pilih jela mana ko suka. Kang mak pilih,ko tak berkenan, ko salahkan mak sampai ke anak cucu,"

Hamboi statement mak,mendalam sungguh! Yela,asal nak memilih baju je,bila aku berkenan,mak tak berkenan,bila mak berkenan,anaknya tak suka. Pendek kata memang serba tak kena la,susah nak dapat kata sepakat. Tapi siapa yang nak kahwin sebenarnya ni? Eh?

Dalam 2 minggu lepas, kami pergi la survey kat 1 butik ni,dekat ngan area rumah kami,tup tup,mak berkenan sungguh dengan baju kat patung tu. Cantik memang cantik,tapi masalahnya warna dah sama dengan warna team famili. So,agak kurang setuju di situ. Nanti nampak macam sesumpah. Tak glemer la ai. Baju masa nikah pun mak dah beli kaler hampir sama. Suka sangat nak overshadow tauuuu. 

Pastu ada la jugak baju lain,tapi mak tak berkenan,ok la letak balik kat hanger. Kecewa. Kebetulan butik tu ada buat promo, RM550.00 sepasang lelaki & perempuan. Tapi bila ditanya kalau nak book,dia minta RM400.00. Gila kawww? Kalau tetiba berkenan kat baju lain? Daaaah takleh kensel. Oh ya,mata aku ni memang gatal,suka sangat lepas book pi tengok butik lain. Sebab tu mak bising.

Ok,fine la masa dengar kena letak RM400.00 deposit tu. Telan ayaq liuq gak masa tu. 

Pastu sesajer la tanya,boleh try tak baju ni? Kut berkenan ke kan? Sekali dia jawab gini;

"Boleh,tapi kena book la dulu cik,baru leh try pakai"

Oh maiii.. 1st time pergi butik dengan terms & condition yang sangat berat sebelah. Butik lain punya elok kusarung baju. Dah 2 butik masuk bagi test drive,butik ni pulak tak kasi,pastu suh bayar RM400.00 untuk test drive, gila tak?

Yang tak munasabahnya,baju promo tu tak termasuk aksesori. Bila tanya kalau nak aksesori,kena tambah RM150.00. Lagi lah masa tu, mahalnyeeeeeee. Sampin pun diorang kira aksesori. Kasut sendirian berhad. Memang tak menguntungkan pelanggan.

Bila congak2 balik,sebenarnya bukan promo pun, harga sewa baju tu RM700.00. Cuma di ala-carte kan je.

Masa tu dah pandang muka mak,muka abah. Siap siku-siku lagi. Alih alih mak juga cakap sambil sengih2;

"Nanti kami datang ye, kami survey-survey dulu"

Bila dah turun,keluar dari kedai tu. Mak kata;

"Lorat nye butik tu,nak test pun kena bayar,kalau tak jadi,terbakar duit camtu jer,"

Aku pun balas la;

"Ha,ah la, memang lorat butik ni. Elok bagi nama Butik Melorat!" 

Lorat tu ikutkan kepahaman daku yg cetek ilmu ni, macam cerewet or kekwat camtulah.



2minggu kemudian....

Tetiba mak tanya;

"Eh,kawan mak duk cari kat fb butik melorat tu tak jumpa la! Penat dia cari. Betul kan nama butik tu?"


Aku pun terperanjat,

"Dia cari nama apa butik tu kat facebook mak?"

Mak balas;

"Butik Melorat laaaaa. Awat tak jumpa??"

T_______________________T

"Mak ni memang lurus betulla. Takkan la orang tu sengal nak pi letak nama tu. Memang TAKK la orang nak mai kan. Nama butik tu XXXXX la. Ape la mak ni"


"Oooo..Patutla kawan mak tak jumpa,berpeluh dia cari tau"

Hover sungguh mak ni kan? 

Sunday, September 16, 2012

Berayakah Anda? (Edisi Terlajak Sudah)

Raya datang lagiii.. (cuba baca dalam nada iklan Tora) :P

Oh ya, dah lama tak hapdet belog ini dengan aktiviti empunya blog ni,almaklumlah pura-pura busy atau dalam ertikata lain malas di tahap D E W A!

Memandangkan mood raya masih berkumandang dalam diri ini,maka haku hapdetlah entri berkenaan raya daku pada tahun ini.. Dan aku telah memilih untuk memiliki 3 pasang baju raya pada tahun ini.. Jeng jeng jeng!

  1. Kelabu (Recycle dari kenduri sedara)
  2. Orange
  3. Pink (Tq Encik BH kerana mensponsor :D)
Dan oh ya, macam biasa lah ye,raya tahun ini di Klang,haruslah mengikut giliran,tahun genap di Klang manakala tahun ganjil di Perak ;)


Raya Pertama - Sesi beraya sakan satu kampung


Raya Kedua - ronda2 sat di Kampung Jawa


Raya Ketiga - di hari pertunangan sepupu :D



Apa yang seronoknya tentang raya? Meh sini nak habaq mai :D
  1. Bersua muka dengan sedara-mara yang namplohtahon xjumpa :P
  2. Menggayakan baju baru sebab kalau takde hari raya aku memang susah nak beli baju baru (Konon :P)
  3. Dan semestinya sesi mintak-halal-kalau-ada-terlebih-kurang dengan keluarga & sahabat handai & sedara mara 
Yang tak bestnye?
  1. Bajet burst sebab 'belanja raya' terpaksa dikreditkan dari akaun bank lalu didebitkan ke akaun 'Raya Expenses'
  2. Gemuk! Huwaaaaaaa..~!! Dush Dush Dushhhh~
Dah Puasa Enam?

“Sesiapa berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada Syawal, maka puasanya itu seperti puasa sepanjang masa.” – (Riwayat Muslim)
Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang berpuasa semata-mata mencari keredhaan Allah SWT., nescaya akan Allah menjauhkannya daripada api neraka sejauh tujuh puluh tahun.”(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Sunday, March 18, 2012

Renovation in Progress!

Hari ini melawat rumah baru keluarga di Puchong,sudah ada perubahan dari ini :

xjumpa gambar rumah ni secara solo,maaf kerana mencapab sama :p

kepada ini:


ya,rumah ini masih dalam renovation, insya Allah awal tahun depan boleh fully occupied dah rumah ni. =D *gembira*




kegedikan anak tuan rumah jelas kelihatan :p

Sambil menyanyi girang :-

Bertahun dan berzaman sudah ke menunggu dirimu.. akhirnya kau menjadi milikku.. lalala~

Banyak tuan rumah nak jual rumah sebab rumah ni dah 8 tahun terbengkalai termasuklah rumah ni,huhu. Kalau kat KL paling koman pun 400k, kat sini end lot (tanah lapang) pun boleh dapat dengan harga 300k jer. baru je update status kat fb;


klik utk lebih tumbesaran 

Okay,aku leh jd broker rumah dah sekarang :p

Saturday, January 7, 2012

Adikku Yang Misteri Nusantara


Memperkenalkan, ni adik aku yang bernombor giliran 002 dalam famili aku. Dia ni seorang yang agak pelik, misteri dan suka buat hal sendiri. Oh ya, ini bukan entry untuk mengutuk adik kandung sendiri ya.

Disebabkan perangai dia yang memang pelik gilerrr, so banyak la benda dia tak sependapat dengan aku. Kadang-kadang aku mintak pendapat dia, dia suka cakap "tak tahu @ no komen". Berasap jugaklah hidung aku kalo dapat jawapan rabun-rabun ayam camni. Sebab tu aku prefer suruh mak aku je jadi konsultan imej aku. Aicewah!

Seperti yang dah dimaklumkan dalam entri terdahulu, aku baru masuk kerja kat tempat baru. So keterujaan masih tak hilang (paham-paham ler kalo minggu pertama mati kutu nak buat apa, walhal dah dapat tugasan). 

Jadi malam tu, sedang leka kami melipat baju, wah, aku tak sangka aku leh ber'pillow talk' dengan adik aku sorang nih. Dia memang jarang sangat nak berborak dengan aku. Baik ni pon ada makna sebab aku pinjam Laptop dia sehari dua sementara menunggu pc baru nak sampai.

Ikuti perbualan ini;

Aku: Weh, best dow tempat kerja baru ni, semua staf mesra alam. Layan akak baik jer. Mungkin sebab akak je staf perempuan yang baru, so jadi macam adik diorang dah. Ada seorang staf ni orang lain kata dia garang gila, tapi bila akak borak ok je,peramah siap buat lawak lagi.

Adik: Eleh, cuba kalo kat ofis akak tu ada awek cantik, ada diorang nak layan? Tah-tah buat bodoh jer.. Pandang pun tidak.

Aku: Jap.. Jap.. Ko maksudkan aku cantik ke?

Adik: *Terdiam* (apsal laaa aku tercakap benda ni, damn!) Eh, ni baju siapa?? (Tetiba tukar topik)

AMARAN : Ini bukan entri perasan cantik ye, sebab ni lah perkataan indirect yang first time aku dengar dari mulut adik aku. Selalunye;

Situasi 1

Aku: Cantik tak tudung style aku buat ni?

Adik: Entah, biasa je.

Situasi 2

Aku: Akak rasa nak beli la baju ni. Ko rasa ok x?

Adik: No komen. Xtahu la.

Geram tu mmg geram,ingat lelaki je ada ego? Perempuan pun ada tau! ;)

Oh ya, antara misteri adik aku yang lain ialah, dia akan emo kalo xjumpa barang dan orang sekeliling dia termasuk aku akan jadi mangsa emo dia T__T

p.s: gelaran Manohara masih melekat kat tempat baru. Adehhhh T_T

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails