Showing posts with label keburukan. Show all posts
Showing posts with label keburukan. Show all posts

Tuesday, February 26, 2013

Trend Pakai Kanta Lekap di Majlis Bahagia ?

Assalamualaikum semua!

Wahhhh tajuk dah macam iklan je kan nengoknyer?

Actually, daku nak membincangkan mengenai trend majlis nikah/kahwin sekarang,dimana pengantin perempuan mesti pakai contact lens a.k.a kanta lekap. Pernah korang nampak lelaki pakai kanta lekap masa wedding diorang?
So far tak pernah la.. Pernah pun bekas pensyarah kat fakulti dulu tu.. Tu pon macam pelik nape mata dia kaler biru-biru. Tapi tetap pelik sebab dia lelaki! Ah.. gedik lak nak pelik-pelik,seksis lak daku! :P

Ok, jom usha dulu retis-retis yang menggunakan lens masa majlis bahagia diorang.

Maizawati

Ayu Raudhah


Elyana

Ex Jimmy Shanley.. ahaks!
Orang biasa bukan takmo letak.. nanti ada yang terasa. So better letak public figure, sebab dah memang public! Kehkeh..

Apa pentingnya berkanta lekap di majlis bahagia?

  1. Nak nampak cantik..Opkos la kan!
  2. Makan dalam gambar .. (Bukan makan gambar bebetul tuh!)
  3. Sekali seumur hidup di majlis bahagia.
Point no.3 tu yang tak tahan kan? Mostly kawan-kawan akan cakap, ala ko kan tak pernah pakai contact lens, masa kahwin pakai la baru nampak lain, cantik bla,bla,bla..

Tapi bagi yang biasa pakai & pernah pakai, itu hak mereka nak pakai ke tidak. Isunya ialah bagi daku yang pertama kali & seumur hidup tak pernah berkanta lekap (Alhamdulillah di usia muda begini penglihatanku masih jelas & nyata), tup tup dah jadi trend "WAJIB PAKAI SUPAYA NAMPAK CANTIK MASA KAHWIN".


Pendapat peribadi aku, memang aku tak pakai. Senang kata tak berani la nak pakai. Hatta untuk nampak cantik, makan gambar sekalipun. Maaf taknak pakai. Sebabnya?

  1. Tak berani. Baru je tahun lepas jiran buta mata sebelah sementara sebab pakai kanta lekap. Alhamdulillah dah boleh melihat sikit-sikit,itupun kena pakai kaca mata, tak boleh terdedah dengan cahaya matahari. Kan Allah dah tarik nikmat yang sedikit tu?
  2. Nak nampak asli. Maaf ye pada korang yang pakai,jangan terasa tau. Cuma aku prefer diri ni nampak original & bukan diri orang lain masa hari bahagia. Kadang-kadang manusia ni terlalu obses dengan kecantikan sampai mereka tak sedar mereka ni dieksploitasi oleh pihak luar untuk kepentingan diorang.(masa bertunang pun macam terperanjat sebab 1st time dimekap tebal2,next time nak nipis je huhu)

Aku lebih prefer kawan-kawan nampak dari jauh cakap "Ko nampak cantik," berbanding "Ko nampak lain," atau "Macam bukan muka ko,"

Sedih sebab bila difikirkan,betapa rendahnya self esteem diriku. Kena ada keyakinan okeh! :D


Eh, ni opinion personal ye, kalau orang lain,kita xnak komen lebih. Papepun kawan-kawan yang terasa kita minta maaf awal2 tau =)

Harap-harap mak andam tak desak pakai lens. Cukur kening pun taknak. Biarla muka selebet ni je yang korang kenal masa mula-mula jumpa dulu-dulu. 

p/s: jangan lupa kawan-kawan tlg LIKE pic kami ni ye. Disini. Kita join contest lagikkk :D

Okbye!:P

Wednesday, February 20, 2013

Tunang Saya Hak Orang Lain

Haaaaaaaaaaaaa... Berderau tak darah baca entry ni?

Haha.. Jangan salah anggap ye, ini bukan pasal diriku.

Pagi-pagi tadi makan kuih untuk sarapan,tetiba nampak entry ni kat beautifulnara.com

Memula ingat DRAMA SWASTA ke apa kan di pagi-pagi yang mulia ni (ehchewah)

Hak orang lain tu bermaksud isteri orang atau suami orang ye. Kalau pakwe orang,makwe orang, takpayah nak sedih sangat. Belum jadi hak lagi. 
Takziah kepada Fizz Fairuz ye,musibah yang berlaku ni mungkin untuk menguji anda.

Haram ye bercinta dengan isteri orang (rujuk link) suami orang kalau ada quota & mampu je. Tapi jangan mimpi ye kalo nak dapat parang terbang! *garang tetiba*

Hukum haram meminang perempuan yang telah menjadi tunangan orang lain berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Janganlah seorang lelaki meminang perempuan yang telah dipinang oleh saudaranya sebelum perempuan itu ditinggalkan oleh tunang sebelumnya." (Hadis Riwayat Bukhari).

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1102&pub=Kosmo&sec=Pesona&pg=ps_02.htm#ixzz2LOvBezWM 
Hakcipta terpelihara 

......Dan,inikan pula bercinta dengan tunang orang (rujuk di bawah)


Tapi dalam kes FF ni, dia dakwa tak pernah kenal keluarga, latar belakang mengenai pihak perempuan. Tahu2 je dah bertunang. Mungkin logik,mungkin tidak. Hanya empunya badan mengerti.





Sooooo.. Meh nak sharing-sharing tips-tips nak mengelak bercinta dengan tunang orang/isteri orang/suami orang/makwe orang/pakwe orang :

Kenal pasti Latar Belakang si dia 
  • Kerja kat mana,tinggal kat mana. Kalau boleh minta biodata dia sekali. Eh,resume je la senang. Tak susah pun,cakap la "Awak,kompeni kawan saya nak cari pekerja,awak nak x? Meh saya passkan resume" Haaaa..kan sonang? Tapi jangan la dah dpt resume dia korang gatal ubah pastu cari makan pakai resume dia. Naya tu! Tapi kalo dia tanya resume tu apa, UNFRIEND je lah! =P
  • Tang kerja tu penting,untuk masa depan korang. Yang penting cari sekufu,takut nanti dah tangkap leleh,baru tahu buah hati korang tu jobless,patotlaahh 24jam update status fb! Hewhewhew~

Kenal pasti Keluarga si dia
  • Yang ni senang sangat. Nak2 pada zaman maju. Kalau kakak dah ada fesbuk,adik,abang semua mesti ada punyalah. Melainkan fesbuk korang ni faker. Nama sendiri letak muka Siti Nurhaliza. Memang mintak ceramah jawabnya.
  • Lepas dah tahu fesbuk ahli keluarga dia, stalk la dulu. Usya pic adik dia,betolke dia ni abang adik dia. Tah2 adik angkat,perempuan lak tu. Angkat kaki je ler korang! 

Kenal pasti Kawan-Kawan si dia
  • Ya, fesbuk lah jawapannya. Add kawan-kawan dia secara senyap (yang dia rajin komen). Kalau tengok mesra semacam dgn perempuan, add je. Selidik la mana tahu ada affair so xdela pasrahhh sangat kan.
  • Siapa dia berkawan menentukan peribadi dia. So,kalo kawan-kawan dia kaki clubbing,takkan korang nak expect dia budak skema? So,judge wisely okeh?

Test si dia
  • Kadang-kadang, ajak si dia nak berjumpa kawan-kawan si dia. Yela, fesbuk ni macam-macam boleh gebang. Jumpa depan-depan, pastu boleh la tahu si dia tu camner orangnya. Takut la si dia tu psycho,tah2 xde kawan pun,kawan khayalan. Larik!!
  • Nak test dia tu beragama ke tak, tengah keluar tu bila masuk waktu,korang tunggu je samada dia nak ke surau ke tak,kalo senyap wat muka seposen xpaham bahasa, fikir la lapanplohjuta kali ye? 

Itu je buah fikiran yang boleh aku sharing kat korang. Apapun kes ni mesti jadi gempakkk gila, sebabnya FF ni selebriti. Kes macam ni banyak dah berlaku,tapi jarang berlaku kat retis-retis Malaysia ni. Tapi kalo retis Malaysia hamik laki orang, banyakkk! Opsssss...

kbye! :p

Thursday, June 23, 2011

Doktor Itu Sungguh Kerek


Assalamualaikum!

Harini aku nak update semata-mata nak menceritakan pasal seorang doktor yang betul-betul wat aku kecewa, dan aku rasa dia tiada sikap profesionalism.


Untuk pengetahuan, bulan ni sahaja aku dah ambil MC 2kali (termasuk hari ini). Dan ini kali pertama dan kedua aku ambil MC sepanjang aku bekerja lebih setengah tahun ye. Rekod Bersih!

Sekali disebabkan keracunan makanan pada minggu lepas sebelum bertolak ke JB, dan hari ini disebabkan demam, batuk dan selsema. Directly lepas sampai ke KL dari JB,aku dah rasa tak sihat. Dalam bas semasa perjalanan ke KL pun aku dah batuk, rasa tekak sakit dan kesat. Ok,aku tahankan dulu. Maybe sakit tekak sebab banyak minum ais kot. Cool dulu.


Dan semalam, memang kemuncak sakit aku. Batuk non-stop sampai aku kena pakai mask jerebu dalam office. (muka aku memang muka selamber yaya, aku pakai mask,semua pandang dan aku buat tak reti je. So what? Aku bantu korang supaya tak dijangkit penyakit aku ye?)



Dan pagi tadi badan dah lemah, kepala rasa macam panas. Macam je. Tapi batuk dan selsema dah confirm dah ada. Oh ya, kat kawasan rumah aku ada dua klinik, Klinik Idzham dan Klinik Kita. Malangnya Klinik Kita bukan panel klinik kompeni aku. So paham2 lah ye klinik yang mana 1 aku pergi. Malas nak mention terang terangan.


Sampai, tunjuk Medical Card,isi borang, tunggu giliran.

Nama aku dipanggil,lalu aku pun masuk.

Encik Doktor: Ha, awak sakit apa ni? ( Wah, belum sempat duduk dah tanya camni. Kereknya)

Cik Honeylalala: Saya demam, batuk dan selsema (Kalau aku doktor baik aku xpayah jumpa ko kalau aku tau sakit aku wahai doktor!)

Encik Doktor ambil sejenis alat macam deodoran roller(pengesan demam barangkali) lalu golek-golek kat sekitar dahi aku.

Encik Doktor: Macam xdemam pun? (Beliau pandang aku pelik)

Cik Honeylalala: (Diam) Tapi saya rasa badan saya tak larat.

Sekali lagi ambil alat golek2 tu,roll pulak kat dahi belah kanan aku. Ambil pulak lampu picit,tak bernyala,dia merengus kencang.Bengang sebab lampu picit tu kurang bateri. Dia suruh aku nganga,aku nganga.
Kemudian dia ambil stestoskop, nak cek denyutan nadi aku. Ok,part ni doc ni da melampau. Dia macam nak ambil kesempatan kat aku. Bila aku buat muka tak selesa, cepat2 dia alihkan stetoskop tu. Nak tahu doc tu buat apa? Lebih kurang macam entry lama aku kena denggi tahun yang sudah.

Encik Doktor: (Diam kejap) Kalau macam tu saya bagi ubat je la ye. (Tak tanya aku ni larat ke tak nak pergi kerja)

Cik Honeylalala: Doc, saya tak larat nak pergi kerja harini. (Aku bagi hint nak MC. Terang2 batuk depan mata dia, takkan tak nampak kut?)

Encik Doktor: OKAY, IKUT SUKA HATI AWAK LA. TERPULANG.(Aik? Aku dah terkejut. Dia ingat aku kaki MC ke?? Ke maksud dia sukahati awak nak pergi kerja ke taknak, itu bukan urusan saya? Ok, nak try +ve thinking ni)

Cik Honeylalala: Okay, kalau macam tu doc tolong bagi saya surat cuti sakit ye.(Aku malas nak bagi hint. Terus terang je)

Encik Doktor tak pandang muka aku, senyum sinis sambil menulis.

Lepas aku cakap terima kasih, terus aku keluar. Geram! HHNNNGH

Tengah menunggu turn ambil ubat, tiba2 Encik Doktor keluar tergesa-gesa dengan bawak briefcase dan barang2 lain,keluar dari klinik.

"Dua kosong kosong tujuh, kaunter 1"

Aku diberi ubat, akak kaunter tu terangkan pasal pemakanan ubat. Aku tengok sijil sakit tu ada, tapi xde detail pasal sakit apa.

"Kak,kenapa takde tulis saya sakit apa?" Aku mula tak puas hati.


"Ohh, Doktor ni memang takkan tulis pesakit sakit apa"

Kini aku paham.

-----------------------------------------------------------------------------------
papepon, aku kecewa dengan sikap doktor tu. Doktor minggu lepas berkali2 baik dari doktor harini. Siap tanya aku mampu tak pergi kerja harini. Bukan aku ni diskriminasi gender, tapi mungkin perempuan lebih paham perempuan. itu yang pasti. =)




P.s: Tetap menghormati kerjaya doktor yang banyak membantu pesakit. =)

Monday, January 3, 2011

Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Kan dah jadi macam Karam Singh Walia nih

Salam semua!

Malam-malam dah kasik aku panas. Aku xtau la malaun beruk mana yang try hack account blog aku yang ni pulak. Baru nak update entry tiba2 password xmatch. Memang hangin satu badan betol!

Jangan mamat / minah dari seberang yang hangin dengan entry kemenangan Malaysia tu pulak yang buat onar. Dah la website RTM pun digodamnya, malangnya salah website!

So kepada sesiapa yang bermimpi nak hack blog ni, baik tak payah ok? Korang g la hack blog yang terkenal, blog cikay camni xpayah dipandang! Pergi la ke blog Hanis Zalikha ke, Irine Nadia ke, Fatin Liyana ke, xpun Ben Ashari. Ni blog aku yang ko nak gudap? Entah pape ntah. Jelik!

Ok, menambahkan kepanasan meh aku share video baru yang panas macam pisang goreng panas nih.




Thumbs up la kat pakcik ni sebab akhirnya dah mintak maaf kat Orang Melayu. Tak macam Namewee tuh! Dah kena sound, buat lagik! Elok buang negara jer orang cenggitu! Huh! Nasib baik xdi'karam'kan oleh orang ramai kat situ. Selamat pakcik!

Karam Singh Walia ni wartawan yang cakap Bahasa Melayu berhabuk tu kan? yang pandai berperibahasa kan?

Meh aku nak share sikit peribahasa jugak kat pakcik. Pakcik dengar ye baik-baik; Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar, pakciK!

berita di sini

Rasa-rasa apa tindakan seterusnya yang patut dikenakan ke atas pakcik ni?

  1. Pengharaman meminum minuman keras dikalangan wartawan?
  2. Dipecat atau digam?
  3. Dibiarkan macam Namewee. tiada tindakan malah dibelanya pula.
p.s: tak setuju tindakan orang kita yang melebih-lebih bila KSW minta maaf. Tolong jangan emo ok? Memalukan kaum Melayu je la weh!

Sekian, saya menutup entri ini dengan peribahasa, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya :p

Sunday, June 13, 2010

Minta maaf: Rugi ke berbuat camtu?



Selalunya aku jarang ambil kisah pasal artis2 tempatan,sebabnya kisah mereka xhabis2 dipalit dengan gosip murahan & kontroversi. Jadi,aku ambil sikap,baca,dengar,lihat dan buat penilaian sendiri(dalam hati je)

Namun baru-baru ni, pagi2 tadi nak bersarapan Roti Planta sambil menjamu mata membaca surat khabar, aku tertarik dengan satu kisah yang bagi aku kisah 'budak-budak'. Artis VS Siswa. Dan punca nya sebab gurau xbertempat. Ikuti komen Artis tersebut;

{Sumber Utusan}

“Nawaitu saya hanya satu ketika itu iaitu bergurau. Tidak lebih dari itu kerana secara lahiriah saya memang suka bersenda. ‘Awak busuk’ adalah antara ayat-ayat kelakar saya selain ratusan jenaka lain yang diketahui. Saya tidak berniat untuk merendahkan dia di depan rakan-rakannya yang lain.

Komen aku - Masuk Kandang Kambing Mengembek,Masuk Kandang Kerbau Menguak.

Rakan terdekat termasuk kelab peminat Hujan iaitu Raingers sendiri tahu tentang caranya itu. Saling menghormati dan tidak sesekali menyakiti perasaan insan lain. Jauh sekali bersikap biadap di hadapan orang yang baru dikenalinya.

Komen aku - Aku tak pernah masuk kelab peminat kumpulan ini. ;p

“Sekali lagi saya tegaskan bahawa saya tidak akan minta maaf atas apa yang dia telah lakukan kepada saya. Dia tidak kenal siapa saya dan sewenang-wenang menghukum saya. Tindakan memalukan sebegitu sebenarnya satu penganiayaan terhadap saya,” luah artis itu lagi.

Komen - Dah buat salah,pertahankan diri tu betul pula. Masyarakat Malaysia sekarang dah terhakis sikap berbudi bahasa dan bersopan-santun.


Justeru, aku rasa tindakan artis tu adalah tindakan 'superbijak' kerana dia perlu sedar, tanpa peminat siapalah dia. Aku tau ayat stereotaip bijakpandai artis akan balas,"Saya tidak pernah mintak orang minat diri saya,saya hanya mencari rezeki" dan aku akan balas, " For what ko masuk Mainstream dan muncul kat TV-TV? Lain lah kalau jadi artis jalanan menyanyi kat tepi jalan Bukit Bintang tu, takde sapa nak masukkan dalam tv melainkan rancangan 360 sahaja. bahahaha. Orang jadi artis nk fofuler n kumpul peminat lah! Derh!"

Rugi ke meminta maaf? Sampaikan jatuh ke maruah tu kalau nk minta maaf? Setau aku,Orang meminta maaf tu jauh lebih mulia daripada orang yang memaafkan. Xrugi satu sen pun nak wat apology. Lagi dapat pahala ada la. Orang pun respek sebab peka dengan sensitiviti orang lain. Xsemua orang boleh bawak gurau macam kamu!


pi.es: Dulu pernah ditawarkan oleh rakan untuk membeli payung dan baju kumpulan ini,tapi xde rasa berminat langsung nak beli. Fuh,nasib baik xminat,kalau minat memang menyesal! :D

Kawan-kawan kipassusahmati jangan marah ye! Hak bersuara ada dimana-mana! :-) *winkwink*

Pepatah Xleh gurau gi Surau dah xrelevan kini. Sekarang pepatah Bercakap biar berpada-pada,Membuat Statement Jahat jangan sekali. Sekarang zaman moden,Saman Menyaman bersepah sana sini sinun. So,jangan kerana mulut,badan binasa ye!

Friday, June 4, 2010

Singkirkan mereka!



LEDANG: Sekumpulan empat perompak warga Indonesia boleh diumpama iblis berupa manusia apabila mereka bukan saja seronok melihat lima sekeluarga diikat dan dipukul dalam rompakan bersenjata, malah ketawa ketika seorang daripada mereka merogol isteri mangsa di depan anak dan suaminya.

Malah, empat lelaki itu berani melakukan perbuatan terkutuk itu tanpa menggunakan topeng muka ketika merompak keluarga suspek di Bukit Gambir, Selasa lalu.


Kejadian kejam itu bermula kira-kira jam 3 pagi ketika pasangan suami isteri berusia 40-an dan anak mereka berusia lapan hingga 17 tahun tidur nyenyak.


Agak lama jugak aku xupdate kan? Tu la,nafsu nak berblogging makin menurun,mungkin sekarang musim mencari kerja dan musim nk bergraduasi. Oh ya, keratan akhbar yang dicilok dari Harian Metro memang betul2 menarik minat aku.


Bila kerajaan nak halau penyibuk ni ha? kalau datang cari rezeki HALAL takpe jugak. HARAM jugak ko nak sapu. dan menambah lagi daki2 dosa kat celahpung ko dengan merogol orang. Aku harap cepat2 la kikis 'daki2' ni dari Malaysia. Semakin ramai mereka,semakin banyak kes jenayah! Dah la kerja bawahan sampai ke stesen minyak kau sapu, xkan CEO pun nanti mereka2 ni jugak? opsss.. Singkirkan mereka!


pi.es: Ada kes amah meludah dalam masakan untuk majikan,alasan paling STUPID amah tu;nak merapatkan hubungan. aiyo! Geliiii kot? Dah,pasni makan kat gerai tempatan. Makin mengarut adat mereka aku tengok!


ni la hukuman sesuai tok makhluk2 pendatang perogol tuh. papepon,kesian kat manusia2 dalam gambar ni.

Saturday, May 22, 2010

Bebudak zaman sekarang baru nak up memang cenggini ke?



budak zaman sekarang, belajar TAK MINAT, tapi tahu nak bercinta je.
oh ya. budak zaman sekarang ni merujuk kepada lingkungan umur sebelum ambil SPM.
darjah 1- tingkatan 5.

Pelik sungguh!
apa yang bestnya bercinta sambil pergi sekolah-naik bas sekolah-masuk kelas-balik dating-sms bagai. mai stori kat akak sikit nih meh.


mode: cuba nak menyelami jiwa ronggeng budak remaja zaman sekarang yang penuh dengan kecanggihan techno(logy)



pi.es; Zaman skolah dulu akak bercinta gak. tapi waktu tu hp xde. xmampu nak beli. takat kol telefon rumah,gayut2 kemudian bila mak datang terus letak. Paling canggih pun pakai email. tu pon belum komersial. Friendster ala2 semput jer.

Zaman sekarang? Apa susah? SMS,MMS,Video Call sudah..! pas2 tup2 dah kuar video .3gp. FTW!

lu pikir ar sendiri. xperlu explain lagi kot?

Wednesday, April 7, 2010

Ini manusia ke binatang?


Sumber berita; Kosmo Online

Ini merupakan rakaman video rahsia yang memaparkan askar-askar Amerika Syarikat (AS) ketawa semasa melancarkan serangan udara dan membunuh 12 penduduk Iraq tersebar di Internet menerusi sebuah laman web.(xsure website mana)

Dua juruterbang dalam rakaman video itu sedang berbual dengan menyatakan pembunuhan itu mirip satu permainan video.

Beberapa lelaki yang melepaskan tembakan dengan menggunakan mesingan dari helikopter lantas ketawa: "Ha-ha sasaran saya kena."

Rakaman di Baghad,bertarikh 12 Julai 2007.

**************

Kejam dan tak bereperikemanusiaan.
Serius memang takde hati perut diorang nih!
Sekadar mahu berkongsi pendapat bahawa;

Dunia kini tidak selamat
Manusia semakin hilang common sense
Suami pun boleh pukul dan ugut isteri(kes Badrul Muhayat)
Ibu pun boleh tikam anak kandung sendiri(Berita semalam)
Berjaga-jagalah di sekeliling anda!

Siapa mangsa yang seterusnya?

Wednesday, March 31, 2010

Oh,katakanlah ini hanya mimpi! =S




"Saya berbangga untuk menyatakan bahawa saya ialah seorang lelaki homoseksual," katanya di dalam laman web rickymartin.com. kelmarin.

Goyangan pinggang dengan gerakan salsa yang menggiurkan membuatkan Ricky menjadi objek kegilaan jutaan peminat seluruh dunia terutamanya wanita.

Penyanyi pop Latin itu merakamkan banyak album dalam bahasa Sepanyol tetapi kemunculan lagu Livin' La Vida Loca pada tahun 1999 dan She Bangs pada tahun berikutnya telah menjadikan Ricky terkenal.

Martin, 38, memberitahu peminatnya bahawa keputusan untuk mendedahkan minat seksualnya telah menandakan satu peralihan dalam kehidupannya.

Menurutnya, hasrat untuk membuat pendedahan itu bermula beberapa bulan lalu apabila dia mula menulis buku mengenai memoirnya.

Dia berkata, rahsia dia menjadi gay terlalu berat untuk disimpannya.

Sebelum ini, dia membuat keputusan untuk menyembunyikan perkara tersebut kerana bimbang ia akan memusnahkan karier nyanyiannya.

Dia turut menyimpan rahsia itu kerana bimbang ia akan memberi kesan terhadap anak kembar lelakinya yang telah dilahirkan menerusi ibu tumpang.

Salah seorang peminat Martin mengucapkan tahniah di laman web penyanyi berkenaan kerana dia membuat pengakuan tersebut. - AFP

*sumber dari Kosmo Online*


Wahhhhh aku xpercaya!! *_*''

aku dah laaaa minat gila mamat nih!!*mantop*



Ok dah xminat dah.*tutup buku* T__T



Tuesday, March 23, 2010

My Last Dinner


Tora datang lagi!! Dengan permainan baru..opss...

Dah lama belog ni bersawang, so aku meriahkan dengan entry baru fresh mresh lagi ni,hohoho...

Alhamdulillah,Encik Lappy sudah sembuh,rupanya RAM berhabuk jer,cis,penat leleh2 air mata ingat dah meninggal.=p

Ok,straight to da story k!

Dinner Accounting Nite yang diadakan pada hari Ahad yang lepas.

Theme: Mystical Twilight
Food: Chinese Cuisine(aku dah naik boring+muak dah,tapi nak wat cmner,ni je yang terbaik katanyerrr)

kawan-kawan

kat Hall

sebahagian rakan semeja

Oh,ni bukan bf ye! Kawan sematrik ye. Die avai lagi.Any1 interested?

1st time mekap tebal dowh. Credit to Mamar. MAC ok, MAC! :p

perlu ke aku komen?

nak mula mana? Kebaikan ke, Keburukan?

Ok la,kebaikan dulu ok?

Kebaikan:

-Meriah sebab ada Dance Floor. lain dari yang lain.

-Makanan lebih banyak berbanding dinner 2nd year yang aku pergi dulu,ada 2 dishes je.kalini ada dalam 8 xsilap.(aku lupa daa)

-Persembahan pentas yang mantap.
Ok itu saja!

Keburukan:

*Tengah makanan nak datang, dan2 la tu lampu ditutup. aku ingat lagi,waktu makan ayam,gelap gila! Tercari2 ayam kat piring tu,nasib xterpelanting jer.

*Waiter kat sana hampir 99.9% Lelaki dan Mat Bangla. Sorry to Say la, diorang tak ubah macam buruh kasar nak bina bangunan. Main campak piring. Etika mane? Nak agihkan makanan pun xreti, ada yang terlebih,ada yang terkurang sangat!

*Ni yang aku paling marah. Kitorang datang lambat sebab nak solat dan majlis pun mula lepas maghrib. Naik pun guna kenderaan sendiri. dh siap emel kat pihak pengurusan dah. alih2 sampai, nombor kad jemputan kitorang xboleh masuk dalam Lucky Draw. Alasan:Sampai selepas pukul 6. Nak aku azan kat telinga diorang ke?

*Goodies a.k.a door gift yang... serius hampeh!!. Dinner 2nd year dulu siap dapat Pendrive. yang ni? dapat freebies tahape2 tah. kalo pergi ekspo mane2 kompom dapat mendalah ni. Ala free shampoo la,minyak rambut la. Puhlease! xde benda ke korang boleh bagi buat kenang2an at least Mug ke? Takat bagi beg kertas,iklan,bek gi career path!(p/s:xkonsisten! yang datang awal je dpt bear,tp bayaran sama jugak, RM80??)

*Paling aku hangen... Last2 minit meja kitorang kena tukar without further notice! WT Heck! aku penat2 datang awal pagi cop meja depan Dance Floor,pas2 sedap gigi je tukar belakang dengan tanpa rasa bersalahnya. Adooii pengurusan teruk sangat la! =(

Alamak,terkomplen banyak pulak. =p

Kesimpulannya majlis ni
banyak cacat daripada sempurna nya. Tapi aku puji la usaha diorang bersusah payah wat buku Accounting Nite walaupun banyak typo error yang xtau nak maafkan ke tidak. Kata pandai2,kan?

papepon,terima kasih banyak2 laaa kepada pihak yang bersusah payah organize dinner ni,jasa korang amat2 laa dihargai. tapi tolong la jangan mula2 nak tarik orang cop table cakap punya laaa manis, bila dinner je, wat2 lupa plak!

Siapa2 yang terasa tu,jangan marah ye! Aku hanya menyuarakan hak sebagai customer. Terasa diri ini dikhianati.=(

Akhir kata, Final Exam pun dah nak dekat kan?
All da best! =)

Mode lagu for diz entry: Lenka-The Show

I want my money back...lalalaala~

Saturday, January 9, 2010

kena tipu

baru tadi, aku terbukak page kak eda di FB dan tertarik dengan 1 blog ini.

kira kes tipoo between Wedding Planner dan client. yang wat blog ni,of cos lah client. da outspoken client di antara berpuluh2(xtau berapa dah kena tipu dek dis WP) yang lain. :(

yang menariknya,dia nak kawen 30 mei ni dan xpasal2 kena tipu. kes dia masih belum selesai. bila baca blog dia macam baca kisah perjalanan dalam novel pulak. but its a true story. dan dia akan update sehinggalah kes dia selesai.

tapi bila baca kesian jugak la. kena tipu sebanyak RM3.5 k out of RM18k(bayaran penuh).baca dengan lebih detail kat sini (baca jangan xbaca)

jadi bg sape2 yang dah nak kahwin tu terutama rakan2 terdekat aku tu, kalo nak hire wedding planner tu,ambil sikap curiga+waspada dulu k. dan bagi sapa2 yang ada blog, sila sebarkan untuk mengelakkan dari lebih ramai umat manusia yang mengidamkan majlis sekali seumur hidup kucar kacir ibarat dilanda tsunami.

p/s: baru aku tau blogger ni ada online shop shawl Radiusite.

papepon,semoga blogger tersebut tabah menghadapi dugaan.:)

Saturday, January 17, 2009

pilihanraya Kampus UM.. Kepala B*bi??


pilhanraya kampus UM dah bermula lama dah.. mcm2 ragam yg haku lihat dalam tempoh ni.. dan rumet haku pon baru je balik dlm minggu ni. oh ye,rumet haku berjaya membeli something yg bleh dikatakan berbaloi laaa dengan 17.5 pound tuh. ape die? next entry haku habaq na.. sesi penyerahan lom berlaku lg.. ngeeee =D

berbalik pada Pilihanraya Kampus UM,slalunye tiap2 tahun member2 haku akan tanya,"weh,ko sokong mane weh? Pro-M ke Penggerak Mahasiswa?" Untuk pengetahuan anda,Pro-M ditukar dari nama asalnya Gagasan manakala Penggerak Mahsiswa diubahsuai dari nama Aspirasi. Besela,tahun baru,imej baru,nama pon nak baru kan? "Aku sokong mana? ne ley bgtau weh.. UNDI ADALAH RAHSIA"(baca dalam nada iklan marilah mengundi di RTM satu ketika dulu...)

tp ade je yg masih xbaru2.. mentaliti sstgh org yg aku labelkan tahap lembu (kang aku ckp lebih2 bahaya lak.. lembu pon lembu laaaa kan?). semalam 16 Januari 2008 bersamaan hari Jumaat UM dikejutkan ngan penemuan KEPALA BAB* di Surau Akademi Pengajian Islam UM (APIUM). cuba korang bayangkan,kol 5 pg,ngah nak bersolat tiba2 ada kepala BAB* kat atas bendera PAS. Apa ni?? Agak2 ar.. mmg biadap dan )(*&&^%%$ sungguh!!

dah la letak atas bendera PAS.. mmg kuang ajar!!

dah la ari Jumaat yg mulia diorang p letak,org nak sembahyang Jumaat lg. aku hanya mampu mengucap panjang dlm keadaan yg sgt2 laaa marah! tahun lepas kes bakar membakar,tahun ni letak kpala bab* dalam surau APIUM,tahun dpn nk wat pe lg??

xdapat nk tuduh sape2 sbb bnda ni dirancang ngan teliti sampai xde sape2 yg tau.. dan Jabatan Siasatan Jenayah(JSJ) dah dtg wat siasatan.. kita tunggu dan lihat!! masih haku xlupa lagi insiden tahun lepas melibatkan surau jugak,tapi di Kolej Kediaman Ke2 UM dimana surau tuh diconteng2 menggunakan cat dgn ayat yg sangat2 biadap. (aku dh delete lak pic tu) 

kesimpulannya bila nak mula musim pilihanraya ni ada je fe'el2 yg langsung xmenunjukkan keintelektualan seseorang. bukan nk tuduh dalangnya mahasiswa,tapi nape time PilihanRaya Kampus ni la nk wat bendalah ni? xke rasa satu Konspirasi? dan ni satu Penghinaan thdp Umat ISLAM tau x?? kalau dpt tau sapa org yg wat tuh.. aku nk dia sangkut kepala binatang haram kat leher die,pastu pusing satu UM! %^&** punya org!! (terpaksa disensor kerana carutan yg sangat tinggi peringkatnye)>=(

semoga dalang disebalik kejadian ni dpt dikesan! ALLAHUAKHBAR!!

**nak letak nama binatang ni pon haku geli tau!** 

Friday, October 17, 2008

hepinyerrr!!

esok aku nak g jalan TAR ngan akak kesayangan aku!! xsbrnye!! hehe,aku akan update esok @ lusa kayh! dadada~~

Monday, September 22, 2008

menyakitkan hati sungguh!

minggu ni aku xdpt nak update pape memandangkan internet kat blok S1 ni cam HARAM. ni pon aku pinjam wireless rumet aku. oiii pihak kolej! makan gaji buta ke? IMPROVE laaaaa weiii.. da nak RAYA & habis sem xhabes2 bermasalah blok aku ni haaaa~

Thursday, June 5, 2008

larangan jual minyak kepada rakyat asing dimansuhkan!

haaaa...pasal isu ni pon aku pening gak... aritu kerajaan xbagi rakyat asing atau senang kata pendatang la mengisi minyak kita kat dalam keta diorang. sejurus selepas harga minyak naik melonjak kepada rm2.70,secepat kilat kerajaan memansuhkan larangan tu,tp ada2 la hadnya kalau nak isi.
haishh,yang aku peliknye,perkara (rakyat asing isi minyak kt negara kita) ni dah lama dah,tp apesal laaaa bijak sangat kerajaan ni baru nk detect benda ni?pastu barulah terhegeh2 nak wat larangan... lepas tu,bila harga minyak da naik,baru la nak mansuhkan larangan tu.. efisien ke x? nampak sangat la orang atasan ni tutup mata dari turun padang.. macam pahat dengan penukul betul!


haaaa,sambung balik pasal cons dari posting aku yang lepas tu,aku da fikir2 sejenak...


cons2:

1. harga barang naik -  bohongla kalo kerajaan kata harga barang xnaik kan? memangla Pak Lah kate,kita kena membendung kenaikan harga barang. tapi apa plak kata rakyat2 cm kita ni?tambah2 mek nah jual nasi lemak takpon ah toi jual sayur kat pasar pagi. mesti naaaiiik punye. xpcaya? kelmarin aku pergi UM(ada program menyambut student dari Hong Kong),aku pon saje2 la lepak jap kat kedai makan kat fakulti aku,order teh o ais limau..slalunye harga biasa rm1.00,aritu aku kene cas rm1.10! mak aih..tekexot aku time tu! nak je aku g kat dapur tu aku g bancuh sdiri air tu,mana xnye,minyak naik esok arini gak die naikkan harga(aii,cam nak cover harga barang modal besokk je?) ..panas2... tp nk wat cmne,dah xde kedai lain sbb die monopoli kat fak aku,tpksa la aku dgn x rela hatinye..isk2.. dan aku mula berfikir2,adakah aku ptot merombak kembali jadual belanjawan aku? jawapannya ya!

2.wujud anasir luar- maksud aku,anasir luar tu adalah pihak2 luar yang akan mengambil kesempatan terhadap isu2 ni..almaklumlah tengah hot2 goreng pisang,la ni la diorang amik kesempatan dengan seludup minyak,petrol,beras siam tp elektrik aku xtau la leh seludup ke x,kalo leh korang memang x g sekolah!

3. mood pon naik hot sama - ko kalo xcaya ko g kat bapak korang,pastu pi ajak die jalan2 g KLCC ke, blanja KFC ke,konfem dpt penampo free punye. yela! bapak ko punye la pening nak pikir samada nak naikkan ke tak duit belanja sayur kt mak korang,korang leh lak ajak g berjoli2 sakan kat luar.. xpon korang sdiri pon naik hot macam aku! sbbnye aku pon tgh runsing dok pikir yuran kolej kediaman aku ni makin naik ke,aduhai,,alamat makin sikit la duit poket JPA aku..isk3...

p/s: byk tu jela aku leh gtau,bapak aku tetbe naik hot lak kat adik aku pasal pc die lingkup,,bek aku off jap..chow!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails