Sunday, June 13, 2010

Minta maaf: Rugi ke berbuat camtu?



Selalunya aku jarang ambil kisah pasal artis2 tempatan,sebabnya kisah mereka xhabis2 dipalit dengan gosip murahan & kontroversi. Jadi,aku ambil sikap,baca,dengar,lihat dan buat penilaian sendiri(dalam hati je)

Namun baru-baru ni, pagi2 tadi nak bersarapan Roti Planta sambil menjamu mata membaca surat khabar, aku tertarik dengan satu kisah yang bagi aku kisah 'budak-budak'. Artis VS Siswa. Dan punca nya sebab gurau xbertempat. Ikuti komen Artis tersebut;

{Sumber Utusan}

“Nawaitu saya hanya satu ketika itu iaitu bergurau. Tidak lebih dari itu kerana secara lahiriah saya memang suka bersenda. ‘Awak busuk’ adalah antara ayat-ayat kelakar saya selain ratusan jenaka lain yang diketahui. Saya tidak berniat untuk merendahkan dia di depan rakan-rakannya yang lain.

Komen aku - Masuk Kandang Kambing Mengembek,Masuk Kandang Kerbau Menguak.

Rakan terdekat termasuk kelab peminat Hujan iaitu Raingers sendiri tahu tentang caranya itu. Saling menghormati dan tidak sesekali menyakiti perasaan insan lain. Jauh sekali bersikap biadap di hadapan orang yang baru dikenalinya.

Komen aku - Aku tak pernah masuk kelab peminat kumpulan ini. ;p

“Sekali lagi saya tegaskan bahawa saya tidak akan minta maaf atas apa yang dia telah lakukan kepada saya. Dia tidak kenal siapa saya dan sewenang-wenang menghukum saya. Tindakan memalukan sebegitu sebenarnya satu penganiayaan terhadap saya,” luah artis itu lagi.

Komen - Dah buat salah,pertahankan diri tu betul pula. Masyarakat Malaysia sekarang dah terhakis sikap berbudi bahasa dan bersopan-santun.


Justeru, aku rasa tindakan artis tu adalah tindakan 'superbijak' kerana dia perlu sedar, tanpa peminat siapalah dia. Aku tau ayat stereotaip bijakpandai artis akan balas,"Saya tidak pernah mintak orang minat diri saya,saya hanya mencari rezeki" dan aku akan balas, " For what ko masuk Mainstream dan muncul kat TV-TV? Lain lah kalau jadi artis jalanan menyanyi kat tepi jalan Bukit Bintang tu, takde sapa nak masukkan dalam tv melainkan rancangan 360 sahaja. bahahaha. Orang jadi artis nk fofuler n kumpul peminat lah! Derh!"

Rugi ke meminta maaf? Sampaikan jatuh ke maruah tu kalau nk minta maaf? Setau aku,Orang meminta maaf tu jauh lebih mulia daripada orang yang memaafkan. Xrugi satu sen pun nak wat apology. Lagi dapat pahala ada la. Orang pun respek sebab peka dengan sensitiviti orang lain. Xsemua orang boleh bawak gurau macam kamu!


pi.es: Dulu pernah ditawarkan oleh rakan untuk membeli payung dan baju kumpulan ini,tapi xde rasa berminat langsung nak beli. Fuh,nasib baik xminat,kalau minat memang menyesal! :D

Kawan-kawan kipassusahmati jangan marah ye! Hak bersuara ada dimana-mana! :-) *winkwink*

Pepatah Xleh gurau gi Surau dah xrelevan kini. Sekarang pepatah Bercakap biar berpada-pada,Membuat Statement Jahat jangan sekali. Sekarang zaman moden,Saman Menyaman bersepah sana sini sinun. So,jangan kerana mulut,badan binasa ye!

4 comments:

Anonymous said...

x rugi pon mintak maaf...
dapat pahala kot...

Zulazri Kamarul said...

err.. macam mane pn aku sokong noh.
=)

a.n.y.s.s said...

setuju tahap 150%!
baca entri ni macam baca isi hati sendiri jugak. thats what i feel bila tau pasal hal ni. :DD

Honey Lalala said...

robert: ko ni memang spesis cmtu kot. haha

anyss: ye btol!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails