Showing posts with label internship mode. Show all posts
Showing posts with label internship mode. Show all posts

Saturday, July 11, 2009

selamat tinggal =(

akhirnya hari yang xnak ditunggu - tunggu telah tiba iaitu hari JUMAATday dimana hari terakhir aku dapat bermanja - manja ngan kengkawan2 kat UDA..=(

dan pada hari Rabu aritu Unit Internal Audit wat suprise farewell party + meeting kat bilik aku yang sememangnya besar tu.. bak kata bos- bilik GM( InsyALLAH i'll be there soon! )
sangat2 terharu okeh! dalam Unit IA hanya mempunyai 9 orang anggota sahaja, semua menyeleberetkan aku. terasa bagai anak emas la plak, aku kan satu2nya dak praktikal kat Unit IA, dalam erti kata laen, pelatih kedua Unit IA dalam UDA. weeeehuuu! sgt2 bangga! ^_^

pic2 semasa farewell party xsempat disnap tapi memory bersama mereka tetap kuingat smpi bebile(ececece)~

praktikal 2 bulan sangat2 la xpraktikal.. tapi walaupun tempoh yang agak singkat, banyak benda yang aku belajar di sini.. BIG THANKS to my TEAM! wakeup sofahani! kamu sudah mula kelas okeh! *dingdong*

sekalung ucapan trimas kuucapkan kepada Unit IA terutama Kak Masita, Pn Siti, Pn Awa, En Baim, En Sarkowi,En Ramli dan paling istimewa sudah tentu my team leader aka manager - En Roslan dan my big BOSS - Tn Haji Sazali ^_^. semoga anda bertahan & berjuang bersama UDA sampai bebila~

pasti akan kurindui laptop best + meja besar gedabak ini ~_~

..keadaan ofis yang penuh dengan keriuhan Unit IA + UDALAND = HaVoc!

thanx to all dat spend so much for this memorable farewell party.. =)

my team.. dari kiri - team leader (En Roslan a.k.a my manager), me, Kak Masita && EN Ibrahim (asst. manager).. sporting bangat! =)

Unit IA beserta sebahagian dr warga UDALAND.. thanx sume! =)))

perasan x korang yang aku SATU2nya ANAK DARA kat cni? sbb tu aku dimanja2 lebey sket.. ahaks~ =P

dah xde da nama haku di sini pasnie.. =,( sobssss~
dan aku adalah EX-UDA mulai arini..=(

** tiada dalam pic - Senior Manager ( Tn Hj Sazali), En Sarkowi dan En Ramli.. mereka ada kursus.. =,(

6bulan.. =))) dat means half year wif Encik Satu! =D

latest info:
33RD Bon Odori 2009 diadakan di Kompleks Sukan Negara 18 July 09. start kol 5pm. sape2 nak g? ajak aku leh? nak tgk cosplay! wahahaha~
xtau apa itu Bon Odori? sah anda bukan peminat manga. ^_^

Saturday, July 4, 2009

cant wait for tomolo! lalala~

kebelakangan ni daku sgt2 laaa bz! al maklumlah sekarang aku menyandang tugas sebagai mak - memasak,membasuh,mengemas bla bla bla.. dan esok merupakan hari pendaftaran kolej! dan ati aku berdebar2 gile disebabkan kolej yang akan aku duduki ni bukan lagi kolej 10 yang aku setia duduki 3tahun yang lepas. kolej ni adalah kolej yang aku idamkan sgt! yaaa kalau dak2 UM msti tau kolej ape.. for sure kolej 12! yesssss! dpt duduk akhirnya! =D


dan sape2 peminat manga mesti tau kan kartun apa ni? yaaaa ianya SAILORMOON! mungkin Sailormoon R, dan tiba2 aku rindukan zaman kehandalan melukisku bersama kawan baikku, syimamoto. aku rasa aku nk sambung kembali melukis! wohooooo~

Sunday, June 28, 2009

dulu xsama dengan sekarang

dulu - dulu :

- bangun pagi lewat. sudah hampir pukul 7 barulah aku bangun. itupun lepas mak aku bising2 kat depan bilik aku.

- mak mesti masak. iyelah,aku kan praktikal,so mak aku la yang masak kat rumah. balik je rumah, mandi jap, selongkar periuk.. terus MAKAN!

- mak mesti ada kat ruang tamu, subuh2 lagi pasang kuliah subuh kat tv9. aku salam tangan mak aku, pergi kerja naik motor dengan abah aku.

- hari - hari mak mesty membebel. biasalah, nama pun mak.

SEKARANG :

- bangun awal. aku kena masukkan baju dalam washing machine, kemas rumah etc. kalau kerja mmg aku xmasak sbb balik pun lewat.

- sekarang, aku kena masak. kdg2 nenek antakan lauk kat rumah.

- sekarang mak dah xmembebel sbb mak dah xlarat. hurm X(

banyak sebenarnya, tapi aku dpt pikirkan yang ni jer.

kesimpulan: memang berbeza dulu dan sekarang. aku kena berdiri atas kaki sendiri sekarang. bukan nak kata aku xpernah wat kerja - kerja rumah, tapi kelainan itu sangat2 dirasai sekarang, aku yang kena ambil alih semua tugas mak aku sekarang. aku xberniat nak meraih simpati sesiapa, cuma nak harapkan semoga korang hargai lah mak korang sementara beliau sihat.

mak, semoga mak cepat sembuh ya!

='(

Friday, June 26, 2009

cerita bergambar

hari ini aku kena buat record audit finding. hari ini juga Kak Masita xdapat datang sebab demam kura - kura. maka tinggal aku seorang sahaja yang perlu menyiapkan laporan ini. T.T. tambahan pula, mood aku tiada disebabkan hari ini, Michael Jackson meninggal. so aku nak berkabung hari ini (alasan)

aku tiada laptop. maka aku membuat muka kasihan seperti ini di hadapan bos aku.

"Bos,saya xde laptop. Laptop kat rumah pon mati kena influenza A(wtf?)" sambil wat muka cute seperti ini;

bos pon ckp " Baiklah, awak amik la laptop saya ni, laptop baru lagi ni. Saya pon xpakai lagi laptop ni" kesan tersentuh hati melihat betapa kasihannya saya ini.

"wow! laptop bos bau kedai la!" kata saya. "dah dah.. g wat report tu," kata bos setelah mengetahui aku memuji laptop tu ada makna. ;P

alamak.. report nak wat pe ni? kak Ita pon xde.. arghh.. idea,idea,marilah kau! eh,tgk video blue pon bagus gak ni. bos bukan tau pon. miahahaha. (tanduk - tanduk nakal muka kelihatan)

wahhhhh.. blue nye video ni! heeeee korang pikir ape hah?? >:D

akhirnya, selepas puas melihat video blue,tetap mengantuk juga. maka tidur lah aku tanpa apa - apa hasil pada hari ini.

peringatan : gambar tiada kaitan antara hidup dan mati. juga bukan mengenai aku. aku hanya mengikut arahan Usop Selam dan filem pendek terbaru beliau - Sembulu berbulu- bulu.

keadaan sebenar : aku sudah menyiapkan 3-4 baris keje howkeyh! aku xcuri tulang. aku pekerja baik. lalala~;P

hari ini Michael Jackson @ nama Islamnya Mikhail ( correct me if im wrong ) meninggal dunia pada hari Khamis di US. Punca kematian beliau disebabkan sakit jantung. kita kehilangan Raja Pop yang sangat2 bernilai. may him rest in peace. (hukhuk sedeyh)

Sunday, June 21, 2009

puisi sumbang untuk abah

oh abah..
walaopon abah xmelahirkan aku..
tp abah menyumbang gak laaa sedikit kromosom tok aku..

oh abah..
walaopon abah agak garang..
tapi bila abah kentut kuat2, aku jd tergelak berguling panda di hadapanmu..

oh abah..
walaopon mak ckp abah kurang hensem zaman muda2 dlu..
tapi last2 mak kawin ngan abah yang xhensem dpt gak aku yg meletop ni..(perasan xleh blah)

oh abah..
walaopon abah belajar xsetinggi aku..
aku janji aku akan balas jasa baik abah selama abah memelihara aku sampai laaa skang..

touching2 la plak kann...

kepada semua lelaki yang bergelar bapa,abah,ayah,papa,daddy..( KECUALI pakwe makwe yang panggil pa n ma howkeyh~ ) dan bakal2 bapa, haku ingin mengucapkan..

seLamaT haRi baPa! =D

terutama kepada Encik Mohamad Sakroji Bin Abbas. ye bapak aku mmg jawa. lalala~

*hakmilik puisi ini terpelihara,jika nak tiru sila berurusan dgn peguam aku - KARPAL SINGH KAPAL KARAM* =P

bapaku kelihatan sangat feminin bersama lolipop ini. =D
love u bapak!! =)

Saturday, June 20, 2009

sekian lama

beberapa hari yang lepas aku tidak dapat menghupdate blog ini kerana minda paranormal aku mengarahkan supaya tangan aku berehat. walaupun banyak sgt perkara yang berlaku dalam tempoh tu, tapi aku rasa malas nk menaip memandangkan aku terasa cerita ni sangat basi walaupun korang terasa cter tu baru bg korang.

tepat hari semalam, mak aku telah menjalani pembedahan - 3 pembedahan major dan alhamdulillah selamat. kepada kawan - kawan yang mendoakan, terima kasih aku ucapkan. dan seribu kemaafan reunion KMKN terpaksa dibatalkan atas sebab ini. Family first. :)

mood nk berblog masih tiada memandangkan banyak perkara yang berlaku hampir2 menggagat gugat iman aku, dan nasib baik aku dpt bertahan dan aku dapat balik apa yang sememangnya milik aku. terima kasih kepada orang - orang yang terpenting dalam hidup aku.:)

aku nk tujukan lagu ni khas kepada kawan baik aku, miss XX. aku tau ko mesti suka lagu ni. :D selamat menjadi penghuni setia 10! (nama xleh dinyatakan sebab banyak sgt spy, nanti kecoh2 la plak.. lalala~)

Sunday, June 14, 2009

kuat berlakon kah anda?

aku terbaca blog kawan aku baru - baru ni dan dia telah join satu pertandingan ni, KUAT BERLAKON - adakah anda kuat berlakon? bersama Afdlin Shauki dan aku nk mempromote kawan aku ni sbb die mmg pandai berlakon!

jgn lupa vote ok! papepon, lakonan ko mmg xmenghampakan! a good way for a new beginner.. :)

bg aku,ciri2 kuat berlakon ada byk jenis. antaranya:

1. bakat yang sedia ada diaplikasi.
2. berlakon di dalam dunia realiti yang sememangnya pura2 atau dipanggil hippopotamus~
3. inginkan perhatian meluas.
4. lahir2 mmg diamik berlakon. cam anak Wardina. =D

utk browse ke video yang lain2 sila ke www.kuatberlakon.com di galeri penyertaan ok~


Mohd Nasrul Faiz B. Abu Azal
Adakah Anda Kuat Berlakon - Kenapa Tak Pengsan Lagi?

dan hari ini merupakan hari yang boleh dikatakan amat amat laaa penat kerana sedari awal lagi keluar ke KL untuk membeli baju rayaaaaa. awal kan? ini kerana tidak mahu bersesak2 di bulan puasa nanti!

perjalanan dimulakan di sogo - memilih baju - baju rayaa pada mulanya mahu membeli baju plaid tetapi parentsku mengatakan baju itu baju tidur. huhu~ mati tros seleraku T.T

kemudian ke Harits - membeli kain untuk nenek2ku(budget byk nenek)

membuat perangai di tempat org - bukan membeli kain sebaliknya bergambar perasan di sini


pergi pula ke Jakel - eh ada sale!

mata makku bersinar - sinar! dan penjelajahan kami di Jakel penuh dengan stress kerana kesesakan org. ya kerana ia Hari Sabtu! kecerewetan makku memilih kain menambah lagi masa kami di sini dan..


berdoa semoga mak berjumpa kain yang berkenan. cepat cepat lah balik! =P

dan akhirnya beliau berjumpa kain idaman nya dan.. balik!

akhirnya kami kepenatan giler babun.. balik je landing - TIDO!

Friday, June 12, 2009

kini aku tinggal seorang

arini merupakan ari terakhir teman pelatihku habis praktikal dan actually dia dah lama masuk, tapi muda dalam 2 tahun dari aku coz dia Diploma Perakaunan.. kini tinggal aku sorang jela budak praktikal dalam Unit Audit Dalaman pasni. tetapi aku tidak terasa di'treat' sebagai pelatih di sini sbb akak tmpt keje aku pon lebey krg same cm aku je. hihi~ jgn marah Kak Ita =P tade makna nk sentap alam ni kan kak? =D

oh ya, nama dia Mira, 6 bulan dah dia kat sini. aku pon tgk die cm da mati kutu je coz team audit die dah berlepas ke JB untuk audit UDALAND. naseb bek la ade kawan senasib anda di UDALAND.

papepon, walaupon kita xserapat mana, daku sgt menghargai kewujudan anda di sini. budak ni la keje mendengar luahan ati aku yang xseberapa neyh. mekaseyh dong! =D

kalo dpt masuk UM jgn lupa roger - roger!


walaupun kita x serupa, tapi hati anda lebey murni dari org lain yang akak knal! =) Btw, Mira ni Hot Momma tau. ops, bukan berlawak menyakitkan hati kamu ya, tulus ikhlas dari akak,kamu mmg baik. =)

untuk keselamatan diri dan kehormatan blog ini, dengan rendah hatinya aku ingin mengingatkan kepada pembaca @ follower @ silent reader bahawa :

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

credit to kak honey marcello :)

~its 5 month now! happy happy happy..:)~

Thursday, June 11, 2009

poketku terkontang kanting

hari ini aku ada date lg! dalam keadaan yang kering kontang begini, aku gigihkan usaha untuk mengorek-ngorek poketku yang dipenuhi dengan sawang2 yang menandakan BILA ELAUN AKU NAK MASUK NI? T_T

ya,semalam aku mendapat mesej dari kawan seuniversiti ku iaitu KayMay.. mesti korang pelik kan kenapa nama dia camtuh? aku pon mula2 xjelas yang nama sebutannya KayMay,so dengan yakin aku panggil die KeMek.. ish3.. xpatot2(sambil menggeleng2 kepala tanda xbersalah) 0_o

KayMay ade program ngan PWC kat Hotel Sheraton Imperial dan die ajak aku lunch! yayyy! sejak aku kerja kat UDA ni, ade je undangan undangan memenuhi jadual lunch aku ni(kembang kempiskan hidung)

budget hendak makan di tempat yang ekonomikal dan murah murah sahaja, tetapi kawan2 KayMay mahu makan di tempat yang selesa. layankan ajeeee.. (dengan nada poket kering kontang minta diisi) =(

papepon, thx sbb susah2 dtg kemari! xsempat nak snap pic byk2 kerana MCD BB sangatttlaaa bising! nak je haku hempuk2 pale seko2,tau la korang ngah cuti sekolah!
sori KayMay sbb tpakse mendengar luahan hati ku yang entah apa apa ini~ apa apa aje.. =P

to KayMay, enjoy urself at ur workplace even u feel bit tough & tight there..xlama,2 bulan jer lalala~ =D

Kami warga 12th! =D
sekali lagi dua sahabat ini bergambar tanpa segan silu di hadapan org yang lalu lalang


KayMay dengan sut kerjanya.. amat berbeda dengan aku..

kerna aku berbaju kurung! Kontra tetapi kita tetap sama sbb.. UM is ONE! kan KayMay? ^_^

Sunday, June 7, 2009

kendurism

cuti - cuti sekolah cmni mmg banyak sungguh undangan kenduri.. maklumlah, time ni je org2 bekerja cm aku ni free especially sabtu&ahad..

sabtu baru2 ( 6 Jun 09) ni akak sepupu aku kawin, dan majlis dibuat di Dewan Banquet kat UPM Serdang.. not bad la kebesaran dan kelebarannya.. tp xleh lawan DTC - bak kata zaty, wat kat DTC.. ops..

as usual,kalo kenduri sedara terdekat sudah tentu aku kena mencemar duli sama. mula2 jadi ketua bagi souvenir time org nak balik,pas2 naik pangkat jd usherer tetamu.. alih2, naik pangkat ke atas pelamin pulak. eh,bukan pengapit kalini, jadi tukang bunga telur pun jd laaa. serik jd pengapit, penat nak jd hippopotamus & coverina.

tema : Maroon 5 + gold
lokasi : Dewan Banquet UPM
hari : Sabtu ( 6 June 09) 10a.m - 4 p.m

sebelum memulakan perjalanan

selepas sesi briefing utk penanggar. eh,bkn penanggal tau.
pensyarah UPM + doktor = L.O.V.E
well, im not asked to be on this stage okay. lalala~
ske pic ni. damn sweet! =)
sepadan x? lalala~
our big family! xnampak? jap ek, close up sket..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
meet my cousin,kak ita.. kenal x? ptotla kelaseran kami lebey krg jer.. hehe..

papepon, diucapkan selamat pengantin baru kepada Kak Wani & Abg Zeid.. smoga bahagia hingga ke akhir hayat.. when is my turn ek? =P


Friday, June 5, 2009

Deli - O

meskipun minggu ni aku leh iktirafkan minggu paling 'jiwa kacau', namun aku membusykan diri aku bagi mengubat hati yang lara ini. eceyhhhh.. haha~ arini aku ada dating ngan kawan aku.. opps.. jgn slh paham, pompan ye :D kalo laki xleh publish kat cni, haha( ade ker masalahnye?)

lokasi: Delifrance, Sg Wang Plaza.(betul2 belakang opis aku)

suasana di Delifrance(sebut: Deli-ferrans) :D
wah,sgt romantika D Amor!

kelihatan dua sahabat baik gila bergambar,hoho~
wajah2 pekerja contoh ;D

atip baru dpt gaji, sbb tu dia belanja makan mahal2,haha.. mekasih ye! ;)

demmm! hancur diet aku tip, makanan sume menyelerakan!
tadi ada sepasang kekasih marah2 waitress sbb makanan lambat. laaaa rileks la, dah ramai customer kot,bwk bersabar cam kami leyh x? hehe. tlupa lak, ni tempat keje lama aku. sangat2 nostalgia walaupun hanya 3 hari sahaja aku bekerja di sini! :P

mekasih tip kerana sudi menjadi kaunselor xrasmi aku td, nasihat anda amat berguna! :D
pasni aku dpt elaun aku blanje ko plak yer, tapi versi murah sikit la ek.. lalala~

Thursday, June 4, 2009

hari mengulart sedunia

ari ini aku terasa sangat busy padahal arini paling xde keje yang aku buat.

yang aku buat arini ialah:

1. Kol 11 tgahari g mengulart-ing (ulat+ular) dengan staff2 unit IA ke HUKM melawat isteri Encik Ibrahim kat wad sebab dia operate buang kanser Rahimah Rahim(aku saje tambah).

2. Kemudian aku menjalankan sesi lawatan kedua level bwh dr yg td, jumpa lak PakGad UDA kena tikam ngan cina lalok nak pecah kete kat parking semalam. baru tego & nak report guna walkie talkie da kena tikam. ish2 sungguh kijam!

3. Sekali lagi, ttpi tanpa delegasi IA, selepas keje pula aku melawat Kem aku kat Hospital Pakar Ampang Puteri. rupa2nya dia kena denggi. punyalah kepo2 kat blog yang die xsehat. sempat lagi nk ckp masuk ospital. paparazzi sungguh hehe. sampai2 je kat hospital tu, aku terasa cam aku masuk rancangan cari menantu. tiba2 mak Kem ada. eh x, satu famili dia ada. ape lagi, dengan kepakaran menjadi hippopotamus aku mentransformkan diri menjadi gadis melayu yang sopan sambil menyapa dan bersalam "makcik apa khabar?" namun aku xsempat nk update gosip2 terkini memandangkan mata mak Kem asik melirik2 manja kat aku. adakah bermakna aku dibawah pemerhatian beliau? ahaha sori Kem! bak kata ko, anak2 Libra memang Hot! papepon Kem,aku doakan ko kuar wad cepat2, riso lak nurse2 tu histeria ngan wajah oversea ko tu(bak kata ko la kan). alamak, aku xsempat nk bergambo ngan ko, sbb mak ko ada. mati aku dikata paparazzi anak bujang die yg seko ni. kehkehkeh

semoga ko cepat sembuh!

Wednesday, June 3, 2009

lessons for today

hari ini aku xwat pape keje langsung. atau dlm erti kata lain aku telah mendapat memo ini :

SESI PERBINCANGAN DAN LATIHAN AUDIT- BUSINESS PROCESS MAPPING FOR INTERNAL AUDITORS

ini bermakna sepanjang-panjang hari ini aku xpayah wat keje audit! yeay~! makan cam biasa, FOC for the whole day(jimat duit aku).

bos wat2 bz je tuuu..=P

sesi pagi sebelum lunch agak kemengantukan, keseluruhannya teori dan 99% adalah apa yg aku belajar dalam paper IA(CAEA3211). tapi nyawa hidup balik bila minum tgahari! =D

sampai ke sesi petang.. kami diminta membuat mind mapping. dan ianya adalah benda yang telah aku pelajari sewaktu Tahun 2 dahulu - Accounting Information System! =)
dan hasilnya:


aku,kak ita dan mira bergaya bersama hasil kerja.
masing2 berbangga dengan kertas kerja yang sudah siap -jawapan kami paling terbaek dr group En Ramli! =P
dan siap ditampal dalam bilik kami! wohooo..~

lessons for today:

1. Internal Audit
2. Accounting Information System(versi refresh balik!)
3. kerjasama!
4. kan best ari2 cmni, leh makan free ari2!! =P

eh,esok ada Hari Anugerah Kecemerlangan anak - anak UDA. yaaaayyy! makan free lagi! =D

nak balik~ byebye~!

p/s: sekalipun kau da delete pe yg ko tulis,aku akan ingat sampai bila2 apa yg kau pernah tulis. bak kata ko," sekali aku marah,sampai bila2 aku marah" .aku xkutuk ko,aku xganggu hidup @ rumahtangga ko dan jauh sekali nak memalukan ko sedangkan aku tau banyak perkara memalukan pasal ko dan aku sebagai sedara sesama Islam menjaga aib sesama saudara Islam. what to do? biarlah Allah yang balas. sedih d hati ni tuhan je yg tau. persahabatan yang selama ni penah terjalin hancur sama sekali. Nobody's perfect. im not ustazah or angel dan aku mmg xperfect. stop for today. titik.

LESSON FROM THIS CASE: "the surface might be deceive, u shud look into the deep."
and thanx to dira for this word - "if you say good n beatiful things, it shows that you have such a beautiful heart" =)

Thursday, May 28, 2009

aku tidak berfoya - foya

walaopon aku bz dok mengaudit UdaMall, tapi aku sempat lagi mengular dan mengulat di kawasan yang sewaktu dengannya. dan td, naim merangkap bestie aku kena g auditee's place kat Jalan Raja Chulan dan dia singgah BB plaza sbb nk lunch ngan aku. tapi atip lak xdpt join sbb dak recruitment die ade prob lak. maka terpaksalah makan berdua. eh aku xcurang tau. naim tu lemah lembut. haha jahatnya mulut aku nih!

dtg2 jumpa aku jer Naim dok menyumpah seranah kat kompeni yang die g td. ade ke patut die kne marah tanpa sebab? meh aku citer,time 2 die g jumpa kompeni secretary tuh;

Naim : Miss, Saya dari bla2..(memperkenalkan diri dulu. aku maleh nk type!) so, kompeni awak kena isi form ni dan pastu tlg chop kat sini.

Betina : What's this? (sambil wat muka kekwat). U give me this damn plain form and u want our company's chop? That's not my type!

Naim : Usually we give this plain form and company..(blom habis berkata2)

Betina: No, this not my type! U fill this form first,make any photocopy and then u give it to me then i give our company chop. (nada berlagak cm kompeni bapak aku punya)

Naim yang cam samdol pon wat la pe pihak auditee ni suoh..

In the other side, kalo aku la..

Aku: Miss, Saya dari bla2..(memperkenalkan diri dulu. aku maleh nk type!) so, kompeni awak kena isi form ni dan pastu tlg chop kat sini.

Betina : What's this? (sambil wat muka kekwat). U give me this damn plain form and u want our company's chop? That's not my type!

Aku : wei pompan berak x cebok! selama ni aku g kompeni auditee xde keco2 cm ko! Ko isi je la, tangan ko da cacat ke nk menulis? aku dtg ni da ckup baik da! Sundal! ( amik borang tu tempek kat muka dia)

Betina: No, this not my type! U fill this form first,make any photocopy and then u give it to me then i give our company chop. (nada berlagak cm kompeni bapak aku punya)

Aku : Setakat secretary ko xpayah berlagak ok? aku ni auditor kompeni ko, nak audit kompeni ko yang busuk dan xbercebok niyh, ko panggil bos ko! tah2 ko ni takat SPM jer nak blagak cm kompeni nenek ko! Pigidah! ( sambil amik cop kat meja betina tu cop kat dahi dia pas komot borang tu sumbat kat dalam mulut dia)

masalahnye berani ker aku?

hahahaha.

tinggi sungguh imiginasi aku!

tenks naim sbb sudi dtg opis aku! gahahaha~ bestie forever okeh!

Wednesday, May 27, 2009

do u smell what makcik is cookin'?


harap mahap! haku sangat2 bz skang ni.. terase lame gak laa xhupdate blog ni~

sebenarnye aku ngah 'busy mode' mengaudit subsidiary UHB iaitu Uda Mall S/B.. so paham2 jerla,aku xde kt meja haku yang besar & lebar tu. ish, riaknya ko Sofahani!

tp bukan tu yang aku nak citer,selaku auditor yang xlaku nih, td aku sedang giat memfotostet Findings2 kat mesin fotostet. sudah tentu la mesin fotostet takkan mesin basuh lak. terasa bodoh lak wat lawak xbodoh ni.(nota: Findings tu ibarat isu @ bnda xkena jumpa semasa wat audit)

namun, deria rasa aku yang satu ni ibarat hampir2 lumpuh pabila ade sorang makcik cleaner ni(perhatian: tiada niat hinaan disini). keje makcik ni mmg kutip plastik yg ade sampah cm kertas2 whatsoever laa kan.

sekali die lalu tepi aku.

guess what?

aku nk pengsan!!


aku xtau la makcik tu da xmandi baper lame dah. tapi sekali die lalu ngan angin bayu, bau die,pergh.. mencucuk2 idung aku siot!!

pastu makcik tu masuk lak dalam bilik yang ktorg wat audit tu, pergh, berkepam bau tu dalam bilik tu! aku ngan kak Masita dah menahan jer..

oh makcik, tolonglah mandi walaupun kamu penat bekerja. saya pon penat bekerja. nanti saya adiahkan Ridsect..opssssss Downy kat akak eK?

Saturday, May 23, 2009

aku tetiba insaf

sehari selepas insiden tersebut, aku mula memakai selipar.. haih~

setelah tragedi tersebut, aku mula FOBIA nak menunggang motor. nak tido pon asik dok teringat2 insiden jatuh moto tuh. adakah ini dipanggil TRAUMA? ~_~

bapak aku da xbg aku bwk moto da pasni. tpkse la berhimpit2 cm nasi impit kat monorel+LRT Star pasnih! demmmmm~

dan aku mula berpikir2, kalo aku dah 'pergi' time 2, sape nk jaga keluarga aku? adik2 aku maseyh kecik lg. dan kalo aku ditakdirkan 'pergi' dalam keadaan begitu,sape nk angkat jasad aku? sape yang akan kapankan aku? mandikan aku? melawat aku? haish ..~_~ mak aku pesan,setiap ari kne sentiasa taubat, sng tok bekalan kalo esok lusa mati..~_~

kalau aku ditakdirkan tiada di dunia ni, adakah korang @ kawan2 akan maafkan segala kesalahan lalu aku? adakah korang akan mengingati aku? ish emo lak huhU~

dan lagu ni ditujukan khas tok sape2 yg membaca ni.. hehehe..

Andainya aku pergi dulu sebelummu
Janganlah kau bersedih hati

Andainya aku tiada lagi di sisimu
Janganlah kau memencil diri

Bayangkanlah masa-masa bahagia
Semasa engkau dan aku
Bermesra di langit biru
Di waktu kasih berpadu

Andainya engkau pergi dulu sebelumku
Mestikah aku hidup melara
Andainya engkau tiada lagi di sisiku
Mestikah aku kecewa


haha xley blah!;P

p/s: thx kpd kengkawan2 yg xputus2 amik berat ttg aku pas insiden nih. ada gak org sygkan aku rupenye. :) syg korang sgt2 :-*

Thursday, May 21, 2009

syukur Allah masih sayangkan aku

beberapa puluh minit sebelum kejadian berlaku

AMARAN : DILARANG MEMBACA BLOG INI SAMBIL MAKAN @ MINUM. HARAP MAKYONG!

huhu~ tajuk nk gempak je kan?

macam ni, petang tadi dalam perjalanan hendak pulang ke rumah, aku eksiden.

macam mana boleh berlaku? meh aku criter, kalo xmo tau tutup mata yek!

bunyi Ego menderum...
penunggang tersebut membawa dengan kelajuan 60 km/j yang boleh dianggap berhemat,mahu berhenti di dpn lampu isyarat yg bertukar merah, tiba2 gagal mengawal skuter tersebut apabila tayar tersebut mahu terseret dan... kapow!!
aku jatuh terbaring macam Superman kat atas jalan. side mirror pecah, tempat letak kaki tercabut. dan NASIB BAIK SANGAT2 proton wira kat belakang sempat berhenti. kalo x, (isi tempat kosong)..

bunyi mmg la cm xde ape sangat kan, tapi cuba bayangkan kalo keter tu xbenti? lampu tu kaler ijau? dan nasib baik luka kat kaki dan jaket yg aku pakai berjaya melindungi dari kulit aku tercalar. cuma kaki jela luka sikit,x banyak, haisy, menurun la nilai hantaran nanti XD

puncanya : jalan licin sbb baru lepas ujan + tayar motor yang dikhuatiri semakin botak Chin! dan mungkin aku ada wat something yang Dia xsuka, tanpa aku sedari dan Dia mahu menunjukkan pengajaran kepada aku. muhasabah diri beb! huhu~ =(



kulit terkoyak =(

fokuskan lagi. ish,huduhnye kakiku!

wohoooo! aku dan myra menjadi budak praktikal UHB yang paling bertuuuuah dpt menyelit dalam Audit Committee meeting tok Penyata Pendapatan Suku Tahun Berakhir arini!(info: semua dalam AC meeting bergelar Dato' dan Tn Haji,kami? :D) xpenah2 budak praktikal dibawak masuk dalam AC meeting ni -bak kata Dato' Jaafar XD(oh ya, Dato Jaafar Managing Director UHB) - bila aku lak nk bergelar Dato'? :P

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails