Showing posts with label kenduri. Show all posts
Showing posts with label kenduri. Show all posts

Friday, October 11, 2013

Masa untuk review!

Setelah sekian lama menyepi, kini kembali dengan semangat baru!

Okay, nak review satu persatu. Tapi nak listkan senarai vendor-vendor yang terlibat semasa majlis.

Majlis belah perempuan :-

Katering 
Nurul Izzah Catering

Pelamin
ES Gallery

Baju Pengantin
Butik Matahari

Andaman
Yatie Kahar

Doorgift
Bahulu Pecah Tapah

Photographer
Mk Farhan Photography

Videographer
Imtiaz Motion Arts

Majlis belah lelaki :-

Katering
Sari Rasa Catering

Pelamin
D'Surya Bridal

Baju Pengantin
D'Surya Bridal

Andaman
D'Surya Bridal

Doorgift
DIY

Photographer
Mk Farhan Photography

Videographer
Imtiaz Motion Art




Nantikan.....................








Sunday, September 19, 2010

My Best Friend Forever's Wedding!


(Amaran: Entry ini banyak gambar. Sila jangan meluat)

Dalam mood masih beraya, kawan baik aku seorang ni akhirnya dah naik pelamin dah. As expeced, she'll go 1st, ini kerana dia 10x lagi HOT dari aku, diibaratkan kalo letak iklan kat Jobstreet, application form akan sampai ke minah ni lebih 10x ganda banyak daripada aku. Peh,bangga kot atip baca!

Dan rombongan kami ke rumah atip secara berkumpulan akhirnya menjadi seperti yang disangka. Terima kasih kepada Seri kerana berjaya merealisasikan impian aku! Xlupa juga kepada Yana,Megat,Fariha yang memeriahkan rombongan ini.Ngeh ngeh!

Ok,dengan ini dimaklumkan Siti Masi'ah Awatif Mokhtar sudah menjadi Permaisuri Sehari pada 18 September semalam. Beliau bertemu jodoh pada usia seawal 23 tahun dan jejak bertuah tersebut bernama Masri yang berasal dari Gerik,Perak. Gerik adalah kampung sebelah mak saya. Tiba2.

Kronologi bergambar:
Berkumpul di KL Sentral sementara menunggu kehadiran orang ketiga. Eceh!
Buat-buat sibuk cari hadiah pengantin.
Megat sanggup datang dari Bidor semata-mata nak ke kenduri kawan baek dia! Pas2 balik terus ke Bidor balik. Atip,sila terharu sekarang!
Sumpah kad ni kiyut sangat. eeeeuuwwww.. hahahaha.

Bersama Bunting Atip. Gempak wa cakap lu!
Permaisuri sehari. Dah xmain raja sehari dah.. :p
Bersama Encik Suami. Encik Suami sama kampung dengan haku, Gerik maliiii...
Di atas pelamin. Naseb baik X runtuh! Megat berat tulang! wakaka~
Ebit pun ada. Unsangkaness. Ebit sudah Gumuk. Hahaha.
Posing terlampau sebelum pulang . Heh!
On our wayyyy back to kay ellllll~

Balikkkkkk~
Teringat pulak kisah kelakar di sebalik gambar ini.. kih kih!

Atip,pasni kita mungkin tidak dapat nak beronggeng rokiah seperti ini;

Ni lah member gaduh2,menci2,sayang2 zaman matrik hinggalah sekarang. Dia masuk Uitm,aku lak masuk UM. tapi xsemestinya putus kontek kan?

Zaman Matrik

Zaman Universiti
Geng Study Group will be remained in our memory forever! =')
Selamat Pengantin Baru & Cepat2 dapat Baby ok! Nak jadi mak angkat! :-p

oh ya,sila jangan tanya bila turn aku ok,soalan tu lagi susah daripada soalan consol. hahahaha~

Siyesssss malaaaaaassss nak watermarrrrkkk picccccc.....

Eh,nak pergi Open House kengkawan. Bai Bai.

Saturday, December 19, 2009

nak kahwin? baca ini dahulu c(:


hari ini ada kenduri. hari ini dapur rumahku tidak berasap. kerana hari ini ada dua kenduri yang perlu dihadiri. aduh! saya malas mahu pergi.

tapi mak saya kata, jika kita malas malas mahu datang kenduri, kelak nanti tiada siapa mahu datang ke majlis kenduri perkahwinan saya.

oh tidak! saya mahu majlis saya kelak dihadiri dan dibanjiri oleh ramai orang. saya mahu lauk kenduri majlis saya tidak cukup kerana terlalu ramai jemputan. saya mahu tema garden. pastu kan,saya nak kek bertingkat-tingkat. macam2 saya nak. berkajang kajang kalau diceritakan.

*teeeeeeeeet!!*

bincang bab bab kahwin ni,tergerak pula hati aku nak kongsi dengan korang.especially siapa siapa yang nak plan mahu kahwin, yang tengah bertunang.. yang nak kahwin lagi satu pun boleh baca gak. aku amik ni dari satu forum. dan 100% bukan aku punya. =) sebarang ejaan maupun typo error tidak diedit.

*kredit kepada aida.aiman [bukan nama sebenar]*



1. Kadi : At least 6 mths b4 the proposed nikah date korang misti kener gi register kat jabatan, and biler korang gi register korang mistilah dah tahu asas
kahwin yg akan diberikan, tarikh dan tempat nikah. Lepas register orang bolehlah book kadhi. Sorang je book.... jgn dua dua gi book plak.
kos kadi : RM80++

2. Kursus rumahtangger: Kener pergi.... kalau tak pergi korang takleh amek sijil nikah. Tapi then u go and collect the sijil nikah at Jabatan they never ask for the sijil kursus.... whatever it is kan baik kalau korang pergi attend the kursus. walaupun kiter dah terer dlm bab rumahtangger tapi ader baiknyer kalau kiter refresh balik aper yg telah kiter ketahui.
kos kursus : around RM80 for the whole session (tengok tempat)

3. Book Mak Andam: Mak Andam is one of the most important people dalam perkahwinan. Nak owang pompan..... pilih mak andam boleh makan tahun lamernyer. Of courselah, lelaki nak amek mak andam buat aper sey. At least six months misti nak book... later than that u might have a problem finding one..... kalau ader pun mak andam dari Kreta Ayer Chinese Dance Troupe.
Kos : RM1200 (tengok baju aper...kalau ader baju batman atau otromen (mungkin mahal sikit)

4. Photographer: Selalunyer mak andam akan rekomenkan photographer sekali. Kalau tak korang kenerlah carik sendiri. Sekarang owang melayu dah pandai.... dah pandai amek studio, dah pandai amek outdoor. Gambar xxxxl je belom owang try.
Kos : RM800

5. Kompang / Hadrah :Unless korang nak pakai loktang takyah panggil kompang. Kalau nak panggil at least 3 mths notice.
Kos :RM300

6. Dekorasi blok dan pelamin :Sekarang sudah canggih... kolong blok diorang transform jadi macam istana Taj Mahal.... kalau tak pun jadi macam lori cina mati.... letak kacang samer kuaci sudah original beb.... tinggal nak campak kerander je kat tengah-tengah. Macam macam design macam macam pattern.
Kos :RM1000

7. Tukang Masak and Khemah Kosi Meja:Tukang masak mesti ader beb... kalau takder camner owang nak makan? Lainlah kalau korang buat majlis kat Mac Donald's.
Kos : RM7000 (tengok kepaler yg datang)

8. Kereta :Unless korang nak gi bertandang jalan kaki takyahlah sewa kereter. (*naik basikal bleh gaks..) Kalau nak sewa, kenerlah sewa yg special punyer... Merc ke?... Jag ke?. kira yg besau punyer kereter lah. Janganlah plak badan korang besau abih sewa Kancil...... sampai besok pun takleh masok!
Kos: RM300

9. DJ/Karaoke :Kalau majlis senyap dan sunyi je taklah meriah kan? Lazimnyer owang akan engage DJ/ Karaoke services. Ader jugak yg amek band industan,brass band. At least 6 mths mesti nak kener book.
Kos :RM850 (dengan dinner sekali)

10. Berkat :Kira door gift lah. Yg biaser telur rebus owang kasi... tapi sekarang dah maju... diorang lagi kreatif... ader yg kasi tuala, sabun buku, cokelat, agar-agar, mangkok, gelas, surah Yasin, etc etc.
Kos : RM3000++

11. Miscellaneous :Perkara perkara kecik owang selalu overlook... perkara perkara kecik ginilah yg selalu membuat kocek kiter tebakar. Bender bender seperti Bunga Pahar, Sireh Dara, Kek, Sabun, Rokok Rewang, Sewa kolong blok, Tuala rewang, pisau rewang, barang-barang hantaran, cadar, kelambu, langsir, carpet, bill,lauk pauk pre and post majlis, plastik buat bungkusan, kad jemputan......
Kos : RM2500 ++


TOTAL ESTIMATED COST YG KORANG KENER KLUARKAN IALAH : @>-RM17,110-<@

Belom termasok hantaran lagi beb.... korang pandai pandailah plus sendiri. Dari itu saper saper yg dah nak berkahwin.......SELAMAT PENGANTIN BARU!

Untuk mereka yang bakal-bakal.... yang dah lepas tu, mungkin nak tahu jugak sebab musababnyer..... Zaman sekarang ni kan; hantaran makin naik harga. Maklumlah; kata dorang ikut market price. Kalau harga mas naik; naik lagi harga bakal2 bini. Tak ikut market price nanti orang kata kedekut lah; sengkek lah; tak mampu jangan ada hati nak
kahwin lah; hai... macam-macam story lagi. Biasanya yang letak harga ialah mak sebelah pompan. Bapak selalu ikutkan aje; ni semua kerja orang pompan, dorang kata. Kadang2 ada jugak pompan sendiri yang letak harga; lepas tu pakat dengan mak.

Mengikut survey; sekarang paling minimum RM6000. Hantaran RM5000; RM4000 masih ada jugak; tapi dah boleh kira pakai jari tangan je. Yang ada hantaran kira okay lah; tapi ada serba satunya lagi. Cuma serba-serbi dan serba boleh je belum ada lagi.

Kat sini aku ada beberapa sebab kenapa sekarang hantaran makin mahal. Hah... korang bacalah:-


Sebab musababnya:-
1. Anak pompan sorang
2. Anak pompan sekolah tinggi 20 tingkat
3. Anak pompan paling jambu dalam family
4. Anak pompan kerja high post
5. Anak pompan biasa pakai barang branded
6. Anak pompan yang tastenya... berkajang-kajang kalau disenaraikan
7. Kakak belum kahwin; jadi kena kasi double untuk
belanja kakaknya sekaligus
8. Anak pompan yang rasa dirinya... lengkap segala-gala
9. Bapak pompan towkay kayu balak; mak pulak bekas eksekutif
10 Anak pompan tu pun jenis ek... semacam jer - ( tak lah ni tipu..mana der...ohmy.gif) )


Selalunya jawapan yang diberi oleh pihak lelaki kalau hantaran melampau sangat (ni dorang bebual antara family lelaki je):-


1."Eh! Nak meniaga anak ke pe?" Kadang tu mak bapak ok jer sianak lak lebih-lebih
2."Kalau pandai masak ke jahit ke; satu hal jugak. Ni asik pandai mekap je."
3."Camni bilang dorang simpan anak tu dalam store buat perhiasan."
4."Kalau lawa macam Karishma Kapoor tu takpe jugak. Ni idung pesek macam kena lengnyek je."
5."Apa dorang ingat kita sedara Bill Gates ke?"
6."Lupakan sudah budak pompan tu. Nanti mak carik kan yang lebih power dari Catherine Zeta-Jones eh?"


Kata2 dari sebelah pompan yang lelaki ingin sangat nak dengar


1."Ikut suka hatilah. Berapa yang lelaki kasi; kita ambik je. Member tak cerewet."
2."Takpelah. Kalau tak boleh adakan sekarang; kahwin dulu. Lepas tu bayar pelan-pelan cara instalment."
3."Jangan bimbang. Korang cuma adakan hantaran je. Duit majlis semua kita sponsor."
4."Pasal sekarang ni musim great sale sana sini; jadi kita ada staff discount. Korang cuma kasi 10% je."
5."Berapa korang nak kasi, kasilah. Nak ambik free pun takpe. Anak pompan kita ramai lagi."
6."Apakata kalau korang ambik kakaknya sekali. Tapi hantaran tetap sama. Kira 2 for the price of 1 ler. Risaulah kakaknya tak kahwin- kahwin."


Kalau kena pulak family lelaki yang loaded makan tak abis punya; jawapannya :-

1"Okay setuju. Kita up lagi RM10,000. Nothing much ler."
2."Ehh sikit nah! Camni tak nak lah. Tak sama standard dengan kita punya expectation ler."
3."Ni hantaran kira Rupiah ke Sing dollars? Kita cuma simpan American dollars je.
4."Kita tak kasi pakai cash ler. Korang pilih nak AMEX ke; Diners ke; boleh kata semua credit card kita ada lah.
5."Sebagai hadiah upacara masuk minang ni; kita ada siapkan kereta Lambhorgini. Tu anak bujang kita tengah parking kat bawah tu.
6."Ni korang mintak hantaran ke; mintak duit nak belikan dia baju tidur.Murah nah?


Haa... tu lah beberapa kerenah orang melayu kita ni. Jadi untuk pasangan2 yang nak kawin tu; bincang betul2 antara korang dengan family dalam hal ni.


Mak pompan tu pun kalau nak letak harga; berpatutanlah dengan kemampuan pihak lelaki. Kalau tak berdengek lelaki tu nak adakan hantaran mahal2. Hati dah suka punya pasal; semua boleh aje. Cukup time badan cengkung-mengkung tak larat nak naik pelamin pasal kerja tiga empat macam untuk kumpul duit. Ada pulak tu..yg terpaksa amik personal loan.. bank rakyat... bank Islam... atau guna kredit card.. lepas kawin.. kepala lagi sewel, dok pikir nak bayar hutang, loan rumah, loan kereta, loan komputer,'loan bini,..tak tercapai lah maksud perkahwinan yg sepatutnya semakin memudahkan kehidupan.. dah terbalik.. jadi semakin susah.

p/s:tergelak gelak aku membacanya.but its a reality what?


lu pikir ar sdiri~

Sunday, June 7, 2009

kendurism

cuti - cuti sekolah cmni mmg banyak sungguh undangan kenduri.. maklumlah, time ni je org2 bekerja cm aku ni free especially sabtu&ahad..

sabtu baru2 ( 6 Jun 09) ni akak sepupu aku kawin, dan majlis dibuat di Dewan Banquet kat UPM Serdang.. not bad la kebesaran dan kelebarannya.. tp xleh lawan DTC - bak kata zaty, wat kat DTC.. ops..

as usual,kalo kenduri sedara terdekat sudah tentu aku kena mencemar duli sama. mula2 jadi ketua bagi souvenir time org nak balik,pas2 naik pangkat jd usherer tetamu.. alih2, naik pangkat ke atas pelamin pulak. eh,bukan pengapit kalini, jadi tukang bunga telur pun jd laaa. serik jd pengapit, penat nak jd hippopotamus & coverina.

tema : Maroon 5 + gold
lokasi : Dewan Banquet UPM
hari : Sabtu ( 6 June 09) 10a.m - 4 p.m

sebelum memulakan perjalanan

selepas sesi briefing utk penanggar. eh,bkn penanggal tau.
pensyarah UPM + doktor = L.O.V.E
well, im not asked to be on this stage okay. lalala~
ske pic ni. damn sweet! =)
sepadan x? lalala~
our big family! xnampak? jap ek, close up sket..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
meet my cousin,kak ita.. kenal x? ptotla kelaseran kami lebey krg jer.. hehe..

papepon, diucapkan selamat pengantin baru kepada Kak Wani & Abg Zeid.. smoga bahagia hingga ke akhir hayat.. when is my turn ek? =P


Monday, December 1, 2008

kerjaya sebagai penghapit terunggul!

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.... =)

Setelah aku puas menunda2 time tok update blog,akhirnye aku update gak arini..
bkn pe,penat xhilang2 lagi.. jadi pengapit 2 ari straight,penat tuh.. dari Perak ke Hulu Langat.. saiko giler.. papepon,aku bangga ngan tugas yg aku dah selesaikan dengan jayanyer.. heheh

tarikh : 29hb NOV 2008
tugas : mengapit hakak sedaraQuh (Bertendang ke Umah laki)
Loskasci: Batu Kurau,Perak Darul RidzWAN..=P
mode : Rajin tahap Mins.

perjalanan ke Batu Kurau memakan masa yg agaklah lama.. maklumlah g kovoi ngan sedara mara..3 bijik kete je pon..tp kerenahnye berbagai2 beb..
sampai2 je,Abg Nuar(pengantin laki) bwk ktorg ke rumah persinggahan.. siyes wa ckp lu..cam camp... tandas kat lua..xde lampu lak tuh..mmg scaryy sesangat. pastuh sekeliling hutan je,so paham2 jela..mulut jgn cabul..papepon,aku telah membuktikan yg aku ni xdela bandar sgt!=P
malamnye,tido ngan xde selimut.. paham2 jela..lebey 20 org dlm umah tu.. so ade la yg xlengkap.. n naseb baik tbe2 before aku nk g sn,tergerak ati nk bwk baju lengan panjang n stokin.. malamku sgt2 la sejuk!!
dan esoknye,bermulalah tugas sbg penghapit! sila lihat...

berarak ke pelamin.. payung kena jaga beb!!


sempat memosing bersama pengantin.. haku pengapit glamor! =P

sudahnye,pas aku mengapit dorang,aku dan family haku bertolak pulang ke KL.. gerak dlm kol 3,sampainye dalam kol 9.. besela beb,singgah langgah!

tarikh: 30 NOV 2008
tugas: mengapit kawan baekku!
lokasi : kuarters Polis Diraja Malaysia,Langat(juga mentendang ke umah Laki)
mode : rajin tahap Max.

haku telah berjanji ngan kawan haku tok g kenduri kawan baikku. so kitorang bertolak konvoi dari Pandan Jaya ngan jumlah kete yg agak byk gilos! maklumla,kwn aku ni famoss =P

Malangnye ke'gatal'an kwn haku ni terserlah apabila beliau lupa mengisi baby Satria nye ngan minyak,menyebabkan ktorg lost n bergerak berani mati dgn mengikut kete bererben pink yg sgt menyusahkan! nape menyusahkan? sbb kete bereben pink tu lalu jalan panjang! n naseb bek sampai.. tema colour? tgk la yer.. aku siap beli baju baru semata2 nk jd penghapit minah ni jerk..betapa baiknye kawanmu ini!=P

kesimpulannye,majlis ni lagi meriah dr yg semalam.. sbb? sbb kawan aku yg kawen! mmg la meriah!

ape yg ktorg perati tuh?

ni time kat umah pompan... aku knal sorang dak Backsider yg missing..=D


a pic shows everything..

jalan2 di Pavilion ngan baju kurung! Impressed siot!=D

sudahnye,aku balik awal disebabkan xnak berjumpa 'sesuatu di masa lepas' dan haku ngan kawan haku mengambil keputusan berpoye2 sebelum balik umah. dengan berbaju kurung,haku gagahkan diri ke Pavilion dan ktorg tgk citer QUARANTINE. cite yg mmg wat haku sakit jantong arh! on the way nak balik,parking keter RM12! maknanye 1jam 4 hengget! what de heck? Pavi cekiq darah! >(

lastly,kami balik dlm kol 7lebey.. baik lak parents aku xbising? bgus2.. da paham anak die ni baik =P

ha,sebelum aku menutup bebelan aku nih,aku ade tips2 tok sape2 yg meroyan nak jd pengapit@pengepit

a. pastikan korang kipas diri sendiri,jgn kipas pengantin. bia die berpeluh.

b. jangan lap peluh kat muka pengantin. biar berpeluh. barula natural beauty.

c. kalo ade org wat menepung tawar,biarkan sampah sarap tuh kat tgn pengantin. t pandai2 la dorang sapu sdiri.

d. pastu,kalo penat berdiri kat sebelah,ko suoh pengantin lak berdiri,korang duduk!

**baca boleh,percaya jgn**=D

p/S = ade org tuh sebok tny sal aku. oit,da ade awek wat gaya ade awek hokeyh! tau la ko tuh giler meroyan! hahahaha(gelak jahat)

nota kaki lima : so,korang paham nape aku malas giler update kan? sbb penat sieh! papepon,tahniah & Selamat Pengantin Baru kepada Siti Norahida(nora) dan Mohd Azree(ary).. doa2kan la aku pon naik pasni ek.. =D

Tuesday, June 10, 2008

akibat gatal sgt di majlis kenduri!

7-6-2008 kak nurul merangkap kazen aku bertunang ! wah... jelesnyer aku~ masing2 dah nak berumah tangga.. aku? jangankan bertunang,calon pon xjumpe lg..:P
sebut pasal majlis tunang kak nurul aku ni,dalam acara gilang gemilang ni,aku secara xlangsung menjadi kamerawoman berjaya.. keje mengsnap ape je gambo yg menarik di hati.. alkisahnya bermula apb pihak rombongan jantan(ahaks) dtg dari perak(jgn main2,bakal suami die pegawai bank tuu) nk menghulurkan cincin pertunangan(formal la pulok) pada pukul 3..
mmg tpt kol 3 dorang dtg,ni bukan janji melayu tau! n then xsemena2 rumah mak ngah aku(mak kak nurul aku le) penuh mcm tin sardin..ko bygkan,umah yg boleh kata besar pon leh penoh,apatah lagi umah flat aku,konfem roboh kot?ahaks...
pergh..panas mmg panas ar beb,berpinar mata aku kt dlm umah,g mana2 je ada tetamu,nk xnk aku wat muka hipokrit jap(ala2 mesra alam gitu) kt sume tetamu pdhl aku dh tertunggu2 bile la korang ni nk balik(dont try this at home!)..

waktu acara menyarung cincin,aku terpksa bersesak2 ngan kengkawan kak nurul dlm menangkap gambar paling cantik time 2,pergh..aku dah xtahan ni! panas beb! sabar2...
bila dh selesai je upacara tu,tetamu pon makin lama makin menyusut macam tau2 je aku nk halau(hehe) n then pihak jantan sume g kat khemah g makan2 jap...
ha,lupa nak habaq kat korang,pihak laki bg hantaran siap2 ngan maskahwin rm8000 cheque gitu! pas2 hantaran sume serba satu(bukan serba serbi tau xpon serba boleh!:P)
pas2 dtgla niat gatal aku ni(aku pon nak kawin gak!) dalam otak sbb kawan aku penah cite,kalau makan sirih org bertunang,jodoh cepat sampai(sbb nya kawan aku yg cite ni pon pnah wat n skang ni die btunang) n aku pon mula la menggeletis mcm lipan kne ridsect tunggu bila la tetamu nk kua dr bilik kak nurul sbb dorg sume dok khusyuk masyuk tgk brg hantaran kak nurul aku tu!
aku tunggu punya tunggu punya tunggu,akhirnya masa yg aku nantikan dah tiba! ape lg,dengan bantuan mak ndak aku,ktorg cilok a sehelai pas2 amik pinang..dengan xbasuhnye aku tros sumbat kt mulut aku kunyah ala2 chewinggum..

xsampai 1minit aku kunyah,muka aku da merah..tekak aku dh kembang gler da,mak aih pedasnye! xsedap siot sirih ni! pahit payau dan macam2 la ayat aku sumpah2 kan kt sirih hantaran ni(xbaik doh sumpah2 ni)..
aku ngan muka rakon(ratu konfiden)nye g kt sinki aku muntah mcm org mengandung..
mana xnye,berpijar lidah aku rasa cm panas sket pas2 sirih tu siyes xsedap!
mak aku dah terkekeh2 gelakkan aku n then die sindir aku,ai...lambat jgkla jodoh ko sbb ko xmkn hbes"
muka aku dh merah padam..malu siot! mak aku perli2 je aku sbb aku ni dah diiktiraf anak dara gatal tahap mengenyam sbb g kunyah sirih tu semata2 nk cepat jodoh..adui2..mana nk letak muka ni beb!

pasni aku sumpah aku xnk mkn sirih lg! bek aku smayang istikharah je untuk cpt dpt jodoh (nak jugak cpt jodoh ni,mmg dsr gatal tol la ko ni sofahani oiiiii)


hehe...nk wat cmne..:P









 ni la kak nurul aku..best2 jd org bertunang ni kan?^,^

  ni la sirih yang aku gatal dok kunyah tu,hehe:P



sekian terima kasih. ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails