Showing posts with label UM. Show all posts
Showing posts with label UM. Show all posts

Tuesday, March 5, 2013

(Al- Fatihah) Rindu Bertamu di UM..

Assalamualaikum..

Dah 5 hari tak update blog. Masih terkejut, masih tak percaya.

Tepat 3.30 pagi bertarikh 27 Februari hari Selasa, aku kehilangan seorang kawan baik di Universiti dulu.

Yusnizashafara Bte Mohd Anuar, 26 tahun.

Dilahirkan pada 3 Ogos 1987.

Seorang yang sangat baik pada pandangan mata aku yang merupakan salah seorang insan terapat bersama dia.

Masih ingat lagi chatku yang terakhir bersama dia. Masa tu minta tolong dia LIKE gambar masa contest MEFA 20 November 2012, ni antara butiran chat kami:-


Betapa supportivenya beliau terhadap kawan-kawannya. Masa tu task berjela-jela, dia JOIN, LIKE, SHARE apa semua..

Masih kuingat lagi, Selasa dimana sehari sebelum pemergian beliau,aku sempat kacau dia dalam chat, minta tolong LIKE lagi contest yang aku join. Namun senyap tak berbalas. Jadi kuanggap mungkin dia sibuk. 


Pada keesokan harinya,aku dikejutkan dengan status fb dari kawan baikku juga, Arm.





memula aku ignore je,sebab xbaca habis,mungkin nenek atau saudara terdekat yang meninggal. Pastu hati rasa tak sedap,aku baca balik. Berkali2. Betul ke ni?

Terus aku capai handphone, call Arm. Tak puas hati,nakkan penjelasan.

Menangis2 aku bila dapat tahu DIA MEMANG DAH PERGI! Kebetulan masa aku call tu Arm dah dalam perjalanan nak ke Teluk Intan,mengiringi arwah. Ralat sungguh rasanya tak dapat ikut sama,sebab baru tahu, itupun melalui fb.

Ikutkan hati,memang nak je pergi ikut sama! Kenapa aku terlewat? Kenapa? Bila lagi aku boleh tatap wajah dia kalau bukan pada hari pengebumian dia?

Sedih, ralat sangat. Kami dulu beriya-iya nak lepak , reunion sama lepas graduasi, namun Allah lebih menyayangi beliau. Beliau dijemput awal dari kami dalam usia semuda 26 tahun, masih bujang.

Masih ingat saat pertama perkenalan dimana di Dewan Kuliah, tahun kedua. Masa tu subjek Commercial Law,kami kebetulan duduk sebaris depan di hadapan. Dari situlah aku mula rapat dengan arwah & kawannya Arm. 

Bermulalah persahabatan kami yang rapat,kelas tutorial mesti nak sama, buat assignment mesti nak sekumpulan, masa gap sebelum kelas pun kami lunch sama-sama. Masih teringat2 kenangan makan di kafe mamak fakulti. Gemar sungguh beliau dengan Nasi Goreng Australia. 

Sepanjang perkenalan, beliau seorang yang tenang, rajin (terbukti masa buat group assignment bersama-sama) dan trademark dia ialah suara dia yang husky (serak-serak basah). Masa mula-mula kenal,aku ingat napa laaa lama sangat dia sakit tekak,rupanya suara dia memang husky.

Sekarang, beliau dah tiada. Yang tinggal hanya kenangan yang dinyatakan di atas :(


Antara kenangan bersama beliau..


Sunday, November 14, 2010

My roomate wedding!

Hah! Blog aku ni asyik citer pasal orang kahwin je kan? Yela.. yang kahwin tu pon kawan2 baek aku.. so kena la update! Stori baru-baru xde sangat,pic pon malas dah nk snap. Henpon tunggu masa ke alam baqa' je ni.. ;p

Nak dijadikan cerita, Ecah a.k.a merupakan roomate aku waktu zaman mudi mudi(hoho) kat UM. Satu sem je pun. TAPI.. kami kenal dah nak dekat 5 tahun,since matrik lagi. Cuma betul-betul rapat n BFF abis masa dua-dua menuntut di puncak menara gading(eceh) kat UM.

Berikut pic zaman muda mudi ronggeng2 dolu-dolu.
zaman kegemilangan kat KMKN

adoii..berpeluh nak cari pic si Ecah ni.. opsss.. hehehe..;p

dan di hari bahagianya aku telah datang. Konvoi ok! Senarai konvoi kami
  1. Megat
  2. Atip
  3. Eriza
  4. Sarah 
  5. Aku
  6. Naim
Terharu x ko Ecah? siap konvo 2 bijik kereta lagi tauu.. heeee ;p
cantik kawan aku sorang ni..hik hik!


berseri-seri muka dia... :D

teman-teman sematrik (KMKN)

teman seuniversiti (UM)


Dengan ini, saya mengucapkan Selamat Pengantin Baru, semoga bahagia hingga ke akhir hayat ye.. To encik suami,jaga kawan saya baik-baik!(macam die bace je kan..heh)
Eh,nanti nak pos adiah kahwin. Adiah xbeli gara-gara Atip! Die boley lupe belikan pulak.. adoi yai!

Ape adiah yang patot aku belikan eh? Sila bagi cadangan di kotak cadangan ok?



tolong yeeee? wakawaka.. ;p ;p

Sunday, August 1, 2010

Mari datang ke majlis konvokesyen saya! :D

maaf ya kawan-lawan,


tiada posting bukan bermakna menyepi,

bukan sengaja memencilkan diri,

saya sibuk bekerja. dan tujuan posting ini adalah hendak dinyatakan bahawasanya,saya mahu menjemput rakan-rakan dan taulan yang mengenali saya samada face to face mahupun di alam maya, saya akan berkonvo khamis ini! YEAYYYYY~

jadi,dengan penuh rasa iltizam dan hormatnya,eceh eceh! saya mahu anda semua sila apply cuti anda semua secepat mungkin pada;

TARIKH: KHAMIS, 5 OGOS 2010
TEMPAT: DEWAN TUNKU CANSELOR,UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR
SESI: PETANG

oh ya,sedikit sebanyak gambar pre-convo sewaktu rehearsal convocation day. kasi pemanas badan dulu.


Tempat suka duka semasa belajar. dah 4 tahun? cepatnya rasa!

Pose gila di traffic light. Habis kena curse dek pengguna jalan raya. heh~

Terbaek!

Jadi kawan-kawan,jika mahu konvo,sila lah hire photographer anda siap-siap. Bukan selalu dapat konvo(sebab aku xmampu nak sambung belajar lagi da),jadi,hargailah detik2 emas camni kay?


pi.es: kalau datang tu,sila bawak bunga ke,teddy bear ke,xde la kosong sangat tangan ni rasa. :p

rakan-rakan yang masih tidak tahu cara memakai jubah yang kemas,sila lihat video ini.
Kredit to umconvo website.




Wednesday, May 26, 2010

org lain dah konvo,die pon nak jugaaaak! :D



wah! aku dah nak konvo! cam xpercaya je! pejam celik pejam celik 4 tahun aku berjaya lepasi sepanjang di UM ni. Syabas kepada diri sendiri! :D

oke,kepada semua pelajar UM yang dijangka konvo pada bulan Ogos ini,sila ambil perhatian!!


Sesi merembat jubah - Rabu (28 july) (830am-1pm ATAU 2pm-430pm)
Sesi Ulangkaji/Latih Tubi a.k.a Rehearsal - Sabtu (31 july) (9am)
Sesi Berkonvo Secara Riang Ria- Khamis (5 aug) (petang)

adui,kalau dah kerja,nampaknya aku kena amik cuti tanpa gaji la kan?

Pic kenangan menyambut rakan baik berkonvo. Wah,giliran aku pulak yang pakai jubah ni! Yay!

pi.es: harap2 FESKUM tahun ni lagi meriah dan banyak barang2 menarik yang dijual. bole cuci2 mata sambil beli2 barang! ^_^

siapa nak tangkap gambar aku konvo? Siyes aku tengah mencari-cari ni!;D

Rerakans dipersilakan datang ke majlis konvo aku! Nak bungaaaa besar oke? ;P

sebarang info tambahan akan diupdate dari semasa ke semasa. Thanks to dija!

maklumat lanjut,lawati http://umconvo.um.edu.my/

Wednesday, May 5, 2010

Job Hunting Bebeh! part III

seperti yang dah dijanjikan aku akan tunaikan mende yang aku nak cakap ni...

ok kawan2,kepada sesiapa yang xdapat kerja lagi.. ada berita baik kepada Job Hunters sekalian!

JobsDB.com Career Expo 2010


klik pic di atas untuk redirect ke page JOBSDB

Date: 7 - 9 May, 2010
Location: Hall 4 & 5, KL Convention Centre

Time: 10am – 7pm



  • If you have pre-register, please bring your Acknowledgement for Speedy Access

  • If you have yet to register, please bring your e-resume for registration

  • so korang dah tau ye apa yang perlu buat? Jom serbu ramai2 ke sana ok?
    p.s:kalo jumpa aku kat sana,tegur2 la ye..:-)

    oh ya,aku dah pre-register tok career fair ni,kiranya aku dpt masuk lane express berbanding orang lain yang datang tanpa wat pre-register dulu.. apa lagi,jom kawan2,kita pre-register,pas2 print dan tunjuk bukti pendaftaran tersebut ok..=)

    camne nak prereg? korang masuk website JobsDB.com.my dulu,daftar akaun dan ada iklan pasar career fair ni,trus klik untuk wat pra-pendaftaraN!

    Antara Big Company yang ada di sana ialah Maybank,Media Prima,Toshiba,HSBC,OCBC,Tv3,CANON,RHB,PLUS dan banyaaaaaak lagi! ;-)

    papepon,kepada rakan2 UM yang dah dapat kerja,sekalung syabas dan tahniah diucapkan..semoga korang semua sukses dalam alam pekerjaan dan dapat mencapaikan Job Satisfaction yang tinggi di sana ok!

    dah kali keberapa dah aku wat posting pasal Job Hunting, bila lah rezeki aku nak muncul ye? ;)(doa3kan aku ya!)

    Sekian Saya,Sofahani melaporkan dari Blok D,Kolej Kediaman Raja DR Nazrin Shah,Universiti Malaya. :D

    Thursday, April 29, 2010

    N.E.R.D K.E.J.A.P!!

    wah,gambar ini betul2 menunjukkan aku sangat2 P.O.Y.O! :p
    (sekali sekala je pon,kan?)


    lama xmenulis belog,dah nak seminggu rasanya! Yelah, bertapa kejap kat GUA MUSANG eh tak tak GUA UM jap.. Final Exam buat kali terakhir beb! Bak kata orang Kedah, Pulun Sofa Pulun! :D

    Dua Paper baru sahaja lepas di'bunuh' dengan menggunakan taktik tertentu, dan tinggal SATU sahaja paper yang ada,iaitu pada 4 Haribulan Mei. Pastu,Merdeka!!:)

    Doakan aku ya rakan-rakan! :))

    next paper to be kill;

    ISLAMIC FINANCE
    4 MAY 2010
    LAST PAPER
    BASYA!

    Sunday, April 18, 2010

    Job Hunting Bebeh! part II



    Yes, today i am going again to MCTF(Malaysian Career & Training Fair '10) to accompany my friend;



    searching for vacant job?
    closer view: just SMS to the specified number together with the code, so that your resume will be sent automatically through da JobStreet. Coolness right?
    30 cent/sms okay~
    (but you have to register at JobStreet & update your particular details along with your resume)

    see I told ya? This is Asia-Europe Institute UM booth. The biggest one among other Uni's booth. Dont jealous okay!
    Interested to continue your study in this Institute? please get ready RM8k. :D

    Proud to be UMians.. :-)

    Not a motorshow okay!
    Naza booth with their Ducati motorcycle and what the most important is Naza Ferrari!
    See this guy? The sign/screen at his bag states "On your bluetooth"
    Register to their lucky draw,or maybe I am lucky enough to have that Ferrari?*perasan*

    oh ya, that guy says that bag is quite heavy.. waaaa, I can feel that!:p

    mode: started to freaking out about the job eventhough not graduating yet! =S
    Who wants to hire me? thehehehe...

    *gotta study*bye~!

    Thursday, April 15, 2010

    foya-foya sebelum study week

    Salam semua! Mau habaq ini celita, dengar baik2 aaaaa...

    Pada satu malam yang sepi..

    (kedengaran Hp Sony Ericsson berbunyi lagu Jason Derulo-Whatcha Say memekak,tanda mesej sudah masuk!)

    *bukak hp*

    Wei,nak join kitorang g Pahang x? Aku xdapat nak g,ko tolong gantikan aku leh?
    -Aida

    Eh, apa yang ada kat sana? Best ke?

    Best la,lawat kampung Orang Asli, main2 dengan GAJAH, mandi dengan GAJAH.. jomla wei..

    Wah,main dengan GAJAH? siap Mandi lagi!?? xsabar nih! Errr, kena bayar x? Makan minum camne?

    Free,ko jangan risau, ditanggung BERES!!

    *tiba2 mata berkelip2 seperti Misae ibu Shinchan*

    Ok,konpom aku g! =D

    Dan akhirnya, dengan jayanya aku telah menyemak nyamunkan diri mengikuti rombongan Cik Kiah kelas Gender ke Janda Baik. Coursework katanyerrr..~

    Eh,malas nak bebel-lah! Biar gambar je yang berbicara! :p





    bersama rakan-rakan peneman. Sampai2 jer dah bergambo.


    Aktiviti 1:
    Melawat Kandang Kambing di Perkampungan Orang Asli.
    Bau dia.. Asyur~ o_0'

    bersama Orang Asli merangkap tauke kandang kambing tersebut.
    Hensem sungguh pakcik tauke! Kambing satu.. :p


    Aktiviti 2:
    Melawat Pusat Sinar Harapan(ala ko baca jela papan tanda tuh!)
    *tempat ni macam tempat training kemahiran tok OKU*


    di dalam rumah tersebut. Colourful kan? =D

    dress:Wardrobe Rehab
    Jeans: Chic Avenue
    Crop Cardi: Sg Wang Plaza
    Tudung: Rembat mak punya!
    Botol air: UMNO :p


    Aktiviti 3:
    Melawat ladang sayuran&asrama kanak-kanak.
    *muka sudah penat kerana tidak makan tengahari*


    *posing pon macam nak patah pinggang, LAPA =(*


    tiba2 perasan TINGGI di sebelah Yus. =D


    kembali bertenaga kerana sudah makan :D

    Aktiviti yang lama dinanti2kan
    : Melawat Gajah!

    *pandai ek diorang ni, aktiviti best2 kasi kat belakang2 sekali,budget kitorang xsabar tunggu dengan eksaited, ala2 Faizal Tahir kena nyanyi last sekali supaya penonton xbalik awal. Motif??*(siapa berani nak balik awal kat Pahang ni? Gila hape?Naik bus kilang je pon :p)


    *tunjuk bukti sket*

    Sape kata aku takot Gajah? Sape? Sape? Meh aku luku sket pale die! :D


    Gajah ni cam tau je diorang nak masuk dalam belog.
    Pandai korang posing eh. Biasa tu!

    tengok! Jinak je Gajah ni amik makanan kat tapak tangan aku yang kecik ni
    *perasan*


    Haha! Budak baju merah tu pon xdapat nak bagi makanan, aku juga yang diUTAMAkan!
    *kredit to hencek Gajah*
    nak panggil ape eh? Carrie Junior? Tapi ni kaler itam.
    Jack Black je lah~~
    :p


    macam g trip bertiga je kan?
    *haha padahal xkenal ahli2 lain dalam rombongan tu,kami je akak-akak kat situ.malu la nk tego adik~* ;P


    bersama Lecturer Gender budak berdua ni ha. haku tolong tumpang gi jalan2 jer.
    Lecturer Sporting! Kek Cekelat anda sangat syedap! :D

    terima kasih rakan-rakan!
    terima kasih UM!
    terima kasih Janda Baik!
    :D

    Eh sape tau x kenapa nama tempat tu Janda Baik? Janda2 kat sana baik2 ke? *questioning diri sendiri*

    DAH! Dua jam telah digunakan semata2 untuk mengupdate belog ini. Maka harus dihukum study sampai TEPU!.. :p

    *sila jangan salahkan aku jika lama xupdate. Exam woi exam!* :p

    Sunday, April 4, 2010

    Kehilangan



    Salam semua,maaf la,entry ini tidak bernada riang seperti selalu..

    Ini kerana..

    Semalam aku dikejutkan dengan berita pemergian adik sahabat aku..

    Berita itu ibarat tamparan hebat, Seolah-olah kita sedang berjalan-jalan bersama org tersayang,kemudian beliau menampar kita tanpa sebab. Terperanjat bukan? Ya,mungkin itu apa yang dia;sebagai kakak dan aku dan rakan-rakan rasa sebaik sahaja menerima berita tersebut.

    Kepada Nor Aminah, takziah atas pemergian adik lelaki kesayanganmu semalam,semoga kamu tabah menghadapi ujian yang sangat besar ini.. tambah2 lagi kita nak habis belajar,banyak2kan bersabar..

    Tak banyak yang aku dapat bantu selain berdoa semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman,amin.. Al-fatihah~

    ***************

    Bercerita mengenai kehilangan orang tersayang, masih segar dalam ingatan di mana aku kehilangan seorang sahabat baik. Kejadian itu berlaku di saat aku baru menuntut di Universiti Malaya. Kenal pun tidak lama, semasa aku menuntut di Matrikulasi dahulu, tetapi gayanya ibarat sudah kenal lama. Beliau sentiasa mengambil berat, memberi dorongan dan galakan pada aku untuk belajar. Dia juga menjadi tempat aku meluahkan segala masalah,termasuklah saat-saat aku hampir putus asa semasa menuntut di Matrikulasi.

    Namun Allah lebih menyayangi arwah, beliau disahkan menghidap kanser tulang akibat kecederaan dialami selama dia berkhidmat sebagai pejuang tanah air. Alhamdulillah, aku sempat menemani keberangkatan mayatnya sehingga dikapankan,namun xsempat mengiringi sampai ke tanah perkuburan berikutan arwah dikebumikan di kampungnya,Johor.

















    Al-fatihah kepada ALLAHYARHAM MOHD NURHANIFF B HANAFIAH(sebelah kiri),semoga kamu tenang di alam sana..
    ='(
    19/6/87 - 25/6/2006






    Lyrics | Dido Lyrics | Life For Rent Lyrics
    yes,life for rent..


    pi.es:hargai apa yang ada di sekeliling kita selagi masih ada..perit rasanya kehilangan org yg amat2 kita sayang..=(

    Tuesday, March 23, 2010

    My Last Dinner


    Tora datang lagi!! Dengan permainan baru..opss...

    Dah lama belog ni bersawang, so aku meriahkan dengan entry baru fresh mresh lagi ni,hohoho...

    Alhamdulillah,Encik Lappy sudah sembuh,rupanya RAM berhabuk jer,cis,penat leleh2 air mata ingat dah meninggal.=p

    Ok,straight to da story k!

    Dinner Accounting Nite yang diadakan pada hari Ahad yang lepas.

    Theme: Mystical Twilight
    Food: Chinese Cuisine(aku dah naik boring+muak dah,tapi nak wat cmner,ni je yang terbaik katanyerrr)

    kawan-kawan

    kat Hall

    sebahagian rakan semeja

    Oh,ni bukan bf ye! Kawan sematrik ye. Die avai lagi.Any1 interested?

    1st time mekap tebal dowh. Credit to Mamar. MAC ok, MAC! :p

    perlu ke aku komen?

    nak mula mana? Kebaikan ke, Keburukan?

    Ok la,kebaikan dulu ok?

    Kebaikan:

    -Meriah sebab ada Dance Floor. lain dari yang lain.

    -Makanan lebih banyak berbanding dinner 2nd year yang aku pergi dulu,ada 2 dishes je.kalini ada dalam 8 xsilap.(aku lupa daa)

    -Persembahan pentas yang mantap.
    Ok itu saja!

    Keburukan:

    *Tengah makanan nak datang, dan2 la tu lampu ditutup. aku ingat lagi,waktu makan ayam,gelap gila! Tercari2 ayam kat piring tu,nasib xterpelanting jer.

    *Waiter kat sana hampir 99.9% Lelaki dan Mat Bangla. Sorry to Say la, diorang tak ubah macam buruh kasar nak bina bangunan. Main campak piring. Etika mane? Nak agihkan makanan pun xreti, ada yang terlebih,ada yang terkurang sangat!

    *Ni yang aku paling marah. Kitorang datang lambat sebab nak solat dan majlis pun mula lepas maghrib. Naik pun guna kenderaan sendiri. dh siap emel kat pihak pengurusan dah. alih2 sampai, nombor kad jemputan kitorang xboleh masuk dalam Lucky Draw. Alasan:Sampai selepas pukul 6. Nak aku azan kat telinga diorang ke?

    *Goodies a.k.a door gift yang... serius hampeh!!. Dinner 2nd year dulu siap dapat Pendrive. yang ni? dapat freebies tahape2 tah. kalo pergi ekspo mane2 kompom dapat mendalah ni. Ala free shampoo la,minyak rambut la. Puhlease! xde benda ke korang boleh bagi buat kenang2an at least Mug ke? Takat bagi beg kertas,iklan,bek gi career path!(p/s:xkonsisten! yang datang awal je dpt bear,tp bayaran sama jugak, RM80??)

    *Paling aku hangen... Last2 minit meja kitorang kena tukar without further notice! WT Heck! aku penat2 datang awal pagi cop meja depan Dance Floor,pas2 sedap gigi je tukar belakang dengan tanpa rasa bersalahnya. Adooii pengurusan teruk sangat la! =(

    Alamak,terkomplen banyak pulak. =p

    Kesimpulannya majlis ni
    banyak cacat daripada sempurna nya. Tapi aku puji la usaha diorang bersusah payah wat buku Accounting Nite walaupun banyak typo error yang xtau nak maafkan ke tidak. Kata pandai2,kan?

    papepon,terima kasih banyak2 laaa kepada pihak yang bersusah payah organize dinner ni,jasa korang amat2 laa dihargai. tapi tolong la jangan mula2 nak tarik orang cop table cakap punya laaa manis, bila dinner je, wat2 lupa plak!

    Siapa2 yang terasa tu,jangan marah ye! Aku hanya menyuarakan hak sebagai customer. Terasa diri ini dikhianati.=(

    Akhir kata, Final Exam pun dah nak dekat kan?
    All da best! =)

    Mode lagu for diz entry: Lenka-The Show

    I want my money back...lalalaala~

    Wednesday, March 3, 2010

    eurgh! ana fening!

    *_*
    kenapa pening2 nih?

    tajuk entry kalini pon dah nampak sangat kefeningan haku tau x!

    T__T(nanges kejap)

    minggu depan adalah minggu paling sibuk sedunia haku!

    kenapa ya?

    1. Presentation Islamic Finance
    - setelah 2 minggu lecturerku ber-out station entah ke mana, akhirnya dia kembali meneruskan tugas beliau mengajar sekaligus turn aku sebagai group minggu pertama yang akan present! huh! xsuka shangaaait! dah la group hanya 2 orang. chessh xmencabar langsung!(padahal xsuka wat assignment banyak2)

    response: UNLIKE

    2. Presentation Advance Ais
    - juga presentation tapi group aku ramai berbanding Islamic Finance yang hanya perlu berpasangan. group aku adela dalam 5 orang. yeay! bole la nk cilok2 sikit time bercakap. *grin*

    response: sedikit LIKE dan UNLIKE

    3. Submit assignment Organisational Behaviour Part 2
    - Oh ya sebenarnya sudah siap tetapi minggu ni kena g Menara TM pulak daaaa. ada assignment menginterview pakcik2 di sana. pakcik CEO UDA bila nak bagi response? nak BONUS mark ni! ~

    response : XDE perasaan

    4. Submit assignment Lab Advance Ais
    - Wahh ini sememangnya berita baik untuk aku. baru je nak gigih hari ni pergi lab dengan hangkut buku bagai, dapat pulak cahaya nur ILLAHI *padahal orang mesej je* menyatakan da dapat jawapan semua! yeay! xperlu susah2(padahal dah susah pon g lab penat2)

    response : LIKE2 gitu.

    maaf la entry sedikit keSAMPAHan sebab haku telah mengSHOWoffkan kebusy-an aku minggu ni. dah nama pun pelajar, kena la buat kerja sekolah(xnak panggil assignment :p)

    baiklah Sofahani, sila SIAPkan senarai di ATAS! A.S.A.P!!

    Monday, March 1, 2010

    Pee Dee Deey

    Salam semua!

    Sebut pasal merancang, siapa-siapa kalau nak buat sesuatu xkiralah assignment, exam, dinner, semua kena mulakan dengan merancang dulu kan? kalau xmerancang, xmenjadi lah apa yang kita target nak buat. betol x? sila hangguk 90 darjah!

    okeh, begitu juga dengan percutian ini, kalau xdirancang, serius xmenjadi, tapi, orang tua-tua kata, kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. betol x? hangguk lagi sekali oyeah! :p

    bertemakan Berpanas Terik di Bawah Mentari, tema ini dipilih kerana semua sedia maklum dengan pemanasan global yang semakin mega, nak nak pulak kat tepi pantai, memang sunburn la jawabnya!

    Bertarikh 27&28 Februari 2009, sebanyak 10 buah kereta telah mengikuti konvoi ke Port Dickson. Tanpa membebel dengan lebih panjang, anda lihat je la gambar2 nye ye..

    dengan hanya bermodalkan RM65, dan tido di Apartment Glory Beach Resort beserta BBQ,Sukaneka dll.. Worth it x?


    hadiah sukaneka yang berjaya menggegarkan jiwa rakan2 yang laen.
    .

    menunggu ketibaan rakan2 yang lain..


    bergambar itu wajib!

    camerawoman berjaya.. Nurul 'Izzah..


    sesampainya di Glory Beach Resort.. masing2 berpeluh xhengat..


    makan tengahari dulu.. eh silap...posing dulu..
    ha.. ni baru g makan..

    FIRST SESSION.. SUKANEKA..

    sessi petang.. Berpiknik di tepian pantai.. (sebenarnya tunggu Sukaneka bermula)



    Raja Tepong dimenangi oleh Faiz..(che we pun kalah..)

    gambar sukaneka yang lain sume xde sebab haku masuk join same =D
    kan aku dh kata,aku masuk. habis tepung2 bertempek kat muka aku.=_=''

    NEXT SESSION.. BARBEQUE..

    Bab*-Q time!
    Hencek Haizul dan Hencek Satu sangat rajin menjaga Barbeque.. ada can jadi calon menantu neh.. hehe.. :p

    dah macam piknik di malam hari la pulak..

    NEXT SESSION..EXPLODED QUESTION a.k.a SOALAN MAUT..

    Exploded Question dimana mangsa2 yang disebut nama akan ditanya soalan maut pilihan sendiri.. aku juga tidak terkecuali.. heh!

    ESOKnya..
    bersiap siaga hendak pulang..!

    Sebilangan pic2 yang telah haku edit..(rajen xkena time..dah la banyak assignment,hish!)

    p/s: aku nak mintak ampun awal2 yer.. jgn marah ye rakan2.. sekadar usikan jer.. mwahahaha..:p
    (klik gambar untuk membaca dialog dengan lebih jelas)


    soriii gambar banyak sangat.. dah sume gila gambar nak wat cemane :D

    one word: B.E.S.T!

    commentator by participante:
    Zety: Worth it!
    Dayah: Best! =D
    Izzah: Buat lagi!
    Haizul: bg cadangan tempat lain pulak(nak soh wat lagi)
    dan byk lagi.. penat nak taip! =D

    Alhamdulillah, planning lama pun jadi akhirnya,semua selamat pergi&balik =)

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails