Showing posts with label sahabat. Show all posts
Showing posts with label sahabat. Show all posts

Tuesday, March 5, 2013

(Al- Fatihah) Rindu Bertamu di UM..

Assalamualaikum..

Dah 5 hari tak update blog. Masih terkejut, masih tak percaya.

Tepat 3.30 pagi bertarikh 27 Februari hari Selasa, aku kehilangan seorang kawan baik di Universiti dulu.

Yusnizashafara Bte Mohd Anuar, 26 tahun.

Dilahirkan pada 3 Ogos 1987.

Seorang yang sangat baik pada pandangan mata aku yang merupakan salah seorang insan terapat bersama dia.

Masih ingat lagi chatku yang terakhir bersama dia. Masa tu minta tolong dia LIKE gambar masa contest MEFA 20 November 2012, ni antara butiran chat kami:-


Betapa supportivenya beliau terhadap kawan-kawannya. Masa tu task berjela-jela, dia JOIN, LIKE, SHARE apa semua..

Masih kuingat lagi, Selasa dimana sehari sebelum pemergian beliau,aku sempat kacau dia dalam chat, minta tolong LIKE lagi contest yang aku join. Namun senyap tak berbalas. Jadi kuanggap mungkin dia sibuk. 


Pada keesokan harinya,aku dikejutkan dengan status fb dari kawan baikku juga, Arm.





memula aku ignore je,sebab xbaca habis,mungkin nenek atau saudara terdekat yang meninggal. Pastu hati rasa tak sedap,aku baca balik. Berkali2. Betul ke ni?

Terus aku capai handphone, call Arm. Tak puas hati,nakkan penjelasan.

Menangis2 aku bila dapat tahu DIA MEMANG DAH PERGI! Kebetulan masa aku call tu Arm dah dalam perjalanan nak ke Teluk Intan,mengiringi arwah. Ralat sungguh rasanya tak dapat ikut sama,sebab baru tahu, itupun melalui fb.

Ikutkan hati,memang nak je pergi ikut sama! Kenapa aku terlewat? Kenapa? Bila lagi aku boleh tatap wajah dia kalau bukan pada hari pengebumian dia?

Sedih, ralat sangat. Kami dulu beriya-iya nak lepak , reunion sama lepas graduasi, namun Allah lebih menyayangi beliau. Beliau dijemput awal dari kami dalam usia semuda 26 tahun, masih bujang.

Masih ingat saat pertama perkenalan dimana di Dewan Kuliah, tahun kedua. Masa tu subjek Commercial Law,kami kebetulan duduk sebaris depan di hadapan. Dari situlah aku mula rapat dengan arwah & kawannya Arm. 

Bermulalah persahabatan kami yang rapat,kelas tutorial mesti nak sama, buat assignment mesti nak sekumpulan, masa gap sebelum kelas pun kami lunch sama-sama. Masih teringat2 kenangan makan di kafe mamak fakulti. Gemar sungguh beliau dengan Nasi Goreng Australia. 

Sepanjang perkenalan, beliau seorang yang tenang, rajin (terbukti masa buat group assignment bersama-sama) dan trademark dia ialah suara dia yang husky (serak-serak basah). Masa mula-mula kenal,aku ingat napa laaa lama sangat dia sakit tekak,rupanya suara dia memang husky.

Sekarang, beliau dah tiada. Yang tinggal hanya kenangan yang dinyatakan di atas :(


Antara kenangan bersama beliau..


Monday, November 15, 2010

apabila niat berblogging disalah ertikan~

Salam semua! Hari ini minggu ke dua aku bekerja di tempat baru. Tapi,bukan pasal kerja aku nk ulas di sini. Tapi pasal entry ini(klik) yang aku buat dalam bulan lepas. merujuk pada ayat pembukaan a.k.a opening di entry tersebut, aku telah membuat ayat yang sangat metafora dan sinis,namun xbermakna aku menyindir siapa-siapa terutamanya rakan aku. nak2 rakan yang baru aku pulihkan persahabatan.

Biasalah,entry aku ni kan sekadar suka-suka, sindiran sindiran kan penambah perisa. Macaaaaamlah xpernah baca majalah hiburan kat ruangan Cik Gayah dan Miss Joyah tu. Ha, camtula kekdah nye konsep belog aku ni.

Mungkin aku yang cepat perasan atau aku alert. Apa yang aku nk sampaikan, sepuluh jari dipohon, minta maaf andai terasa. tiada niat nak sindir,perli-perli sapa, dan entry tu LANGSUNG TIDAK TUJU KEPADA ANDA. ni kes cepat terasa lah ni, aku tuju kat tang lain, hat lain tu pulak sentap. Adoiyai.

Raya korban dah nak dekat. Mari lah bermaaf-maafan ya? (:

gelak sikit? heeee..


p/s: susah rupanya menulis blog ni. banyak hati pulak terasa,tembak orang lain,orang lain pula yang terasa! ^^

khusyuk membaca blog ini. siapa benci MLM baca ini!(klik)

Sunday, September 19, 2010

My Best Friend Forever's Wedding!


(Amaran: Entry ini banyak gambar. Sila jangan meluat)

Dalam mood masih beraya, kawan baik aku seorang ni akhirnya dah naik pelamin dah. As expeced, she'll go 1st, ini kerana dia 10x lagi HOT dari aku, diibaratkan kalo letak iklan kat Jobstreet, application form akan sampai ke minah ni lebih 10x ganda banyak daripada aku. Peh,bangga kot atip baca!

Dan rombongan kami ke rumah atip secara berkumpulan akhirnya menjadi seperti yang disangka. Terima kasih kepada Seri kerana berjaya merealisasikan impian aku! Xlupa juga kepada Yana,Megat,Fariha yang memeriahkan rombongan ini.Ngeh ngeh!

Ok,dengan ini dimaklumkan Siti Masi'ah Awatif Mokhtar sudah menjadi Permaisuri Sehari pada 18 September semalam. Beliau bertemu jodoh pada usia seawal 23 tahun dan jejak bertuah tersebut bernama Masri yang berasal dari Gerik,Perak. Gerik adalah kampung sebelah mak saya. Tiba2.

Kronologi bergambar:
Berkumpul di KL Sentral sementara menunggu kehadiran orang ketiga. Eceh!
Buat-buat sibuk cari hadiah pengantin.
Megat sanggup datang dari Bidor semata-mata nak ke kenduri kawan baek dia! Pas2 balik terus ke Bidor balik. Atip,sila terharu sekarang!
Sumpah kad ni kiyut sangat. eeeeuuwwww.. hahahaha.

Bersama Bunting Atip. Gempak wa cakap lu!
Permaisuri sehari. Dah xmain raja sehari dah.. :p
Bersama Encik Suami. Encik Suami sama kampung dengan haku, Gerik maliiii...
Di atas pelamin. Naseb baik X runtuh! Megat berat tulang! wakaka~
Ebit pun ada. Unsangkaness. Ebit sudah Gumuk. Hahaha.
Posing terlampau sebelum pulang . Heh!
On our wayyyy back to kay ellllll~

Balikkkkkk~
Teringat pulak kisah kelakar di sebalik gambar ini.. kih kih!

Atip,pasni kita mungkin tidak dapat nak beronggeng rokiah seperti ini;

Ni lah member gaduh2,menci2,sayang2 zaman matrik hinggalah sekarang. Dia masuk Uitm,aku lak masuk UM. tapi xsemestinya putus kontek kan?

Zaman Matrik

Zaman Universiti
Geng Study Group will be remained in our memory forever! =')
Selamat Pengantin Baru & Cepat2 dapat Baby ok! Nak jadi mak angkat! :-p

oh ya,sila jangan tanya bila turn aku ok,soalan tu lagi susah daripada soalan consol. hahahaha~

Siyesssss malaaaaaassss nak watermarrrrkkk picccccc.....

Eh,nak pergi Open House kengkawan. Bai Bai.

Thursday, April 15, 2010

foya-foya sebelum study week

Salam semua! Mau habaq ini celita, dengar baik2 aaaaa...

Pada satu malam yang sepi..

(kedengaran Hp Sony Ericsson berbunyi lagu Jason Derulo-Whatcha Say memekak,tanda mesej sudah masuk!)

*bukak hp*

Wei,nak join kitorang g Pahang x? Aku xdapat nak g,ko tolong gantikan aku leh?
-Aida

Eh, apa yang ada kat sana? Best ke?

Best la,lawat kampung Orang Asli, main2 dengan GAJAH, mandi dengan GAJAH.. jomla wei..

Wah,main dengan GAJAH? siap Mandi lagi!?? xsabar nih! Errr, kena bayar x? Makan minum camne?

Free,ko jangan risau, ditanggung BERES!!

*tiba2 mata berkelip2 seperti Misae ibu Shinchan*

Ok,konpom aku g! =D

Dan akhirnya, dengan jayanya aku telah menyemak nyamunkan diri mengikuti rombongan Cik Kiah kelas Gender ke Janda Baik. Coursework katanyerrr..~

Eh,malas nak bebel-lah! Biar gambar je yang berbicara! :p





bersama rakan-rakan peneman. Sampai2 jer dah bergambo.


Aktiviti 1:
Melawat Kandang Kambing di Perkampungan Orang Asli.
Bau dia.. Asyur~ o_0'

bersama Orang Asli merangkap tauke kandang kambing tersebut.
Hensem sungguh pakcik tauke! Kambing satu.. :p


Aktiviti 2:
Melawat Pusat Sinar Harapan(ala ko baca jela papan tanda tuh!)
*tempat ni macam tempat training kemahiran tok OKU*


di dalam rumah tersebut. Colourful kan? =D

dress:Wardrobe Rehab
Jeans: Chic Avenue
Crop Cardi: Sg Wang Plaza
Tudung: Rembat mak punya!
Botol air: UMNO :p


Aktiviti 3:
Melawat ladang sayuran&asrama kanak-kanak.
*muka sudah penat kerana tidak makan tengahari*


*posing pon macam nak patah pinggang, LAPA =(*


tiba2 perasan TINGGI di sebelah Yus. =D


kembali bertenaga kerana sudah makan :D

Aktiviti yang lama dinanti2kan
: Melawat Gajah!

*pandai ek diorang ni, aktiviti best2 kasi kat belakang2 sekali,budget kitorang xsabar tunggu dengan eksaited, ala2 Faizal Tahir kena nyanyi last sekali supaya penonton xbalik awal. Motif??*(siapa berani nak balik awal kat Pahang ni? Gila hape?Naik bus kilang je pon :p)


*tunjuk bukti sket*

Sape kata aku takot Gajah? Sape? Sape? Meh aku luku sket pale die! :D


Gajah ni cam tau je diorang nak masuk dalam belog.
Pandai korang posing eh. Biasa tu!

tengok! Jinak je Gajah ni amik makanan kat tapak tangan aku yang kecik ni
*perasan*


Haha! Budak baju merah tu pon xdapat nak bagi makanan, aku juga yang diUTAMAkan!
*kredit to hencek Gajah*
nak panggil ape eh? Carrie Junior? Tapi ni kaler itam.
Jack Black je lah~~
:p


macam g trip bertiga je kan?
*haha padahal xkenal ahli2 lain dalam rombongan tu,kami je akak-akak kat situ.malu la nk tego adik~* ;P


bersama Lecturer Gender budak berdua ni ha. haku tolong tumpang gi jalan2 jer.
Lecturer Sporting! Kek Cekelat anda sangat syedap! :D

terima kasih rakan-rakan!
terima kasih UM!
terima kasih Janda Baik!
:D

Eh sape tau x kenapa nama tempat tu Janda Baik? Janda2 kat sana baik2 ke? *questioning diri sendiri*

DAH! Dua jam telah digunakan semata2 untuk mengupdate belog ini. Maka harus dihukum study sampai TEPU!.. :p

*sila jangan salahkan aku jika lama xupdate. Exam woi exam!* :p

Sunday, April 4, 2010

Kehilangan



Salam semua,maaf la,entry ini tidak bernada riang seperti selalu..

Ini kerana..

Semalam aku dikejutkan dengan berita pemergian adik sahabat aku..

Berita itu ibarat tamparan hebat, Seolah-olah kita sedang berjalan-jalan bersama org tersayang,kemudian beliau menampar kita tanpa sebab. Terperanjat bukan? Ya,mungkin itu apa yang dia;sebagai kakak dan aku dan rakan-rakan rasa sebaik sahaja menerima berita tersebut.

Kepada Nor Aminah, takziah atas pemergian adik lelaki kesayanganmu semalam,semoga kamu tabah menghadapi ujian yang sangat besar ini.. tambah2 lagi kita nak habis belajar,banyak2kan bersabar..

Tak banyak yang aku dapat bantu selain berdoa semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman,amin.. Al-fatihah~

***************

Bercerita mengenai kehilangan orang tersayang, masih segar dalam ingatan di mana aku kehilangan seorang sahabat baik. Kejadian itu berlaku di saat aku baru menuntut di Universiti Malaya. Kenal pun tidak lama, semasa aku menuntut di Matrikulasi dahulu, tetapi gayanya ibarat sudah kenal lama. Beliau sentiasa mengambil berat, memberi dorongan dan galakan pada aku untuk belajar. Dia juga menjadi tempat aku meluahkan segala masalah,termasuklah saat-saat aku hampir putus asa semasa menuntut di Matrikulasi.

Namun Allah lebih menyayangi arwah, beliau disahkan menghidap kanser tulang akibat kecederaan dialami selama dia berkhidmat sebagai pejuang tanah air. Alhamdulillah, aku sempat menemani keberangkatan mayatnya sehingga dikapankan,namun xsempat mengiringi sampai ke tanah perkuburan berikutan arwah dikebumikan di kampungnya,Johor.

















Al-fatihah kepada ALLAHYARHAM MOHD NURHANIFF B HANAFIAH(sebelah kiri),semoga kamu tenang di alam sana..
='(
19/6/87 - 25/6/2006






Lyrics | Dido Lyrics | Life For Rent Lyrics
yes,life for rent..


pi.es:hargai apa yang ada di sekeliling kita selagi masih ada..perit rasanya kehilangan org yg amat2 kita sayang..=(

Friday, March 26, 2010

12 hours awesome day out!


Salam rakan-rakan!

Kelmarin( Rabu) satu konsert telah diadakan di Dataran Merdeka a.k.a Konsert TM sempena melancarkan HSBB(
High Speed Broadband). Dan kebetulan aku dan rakan-rakan baru pulang dari bersuka ria di Jalan TAR dan Redbox Sogo dapatlah flyers tentang ini. Apa lagi, join je lah!

Guess what, Faizal Tahir, Stacy, Aizat, Bunkface, Tomok pun ada! Paling aku minat mestilah Sam Bunkface kan. Mula-mula sampai cari parking amatlah susah. Itupun dah banyak sangat kereta parking tepi jalan. Jalan kat Bangunan Sultan Abdul Samad tu pun kena tutup. Last2,parking kat DBKL, trus menapak ke sana(sanggup tuh) dan berlegar-legar di dataran. Banyak jugak lah booth dibuka kat sana. Ada satu booth TM yang menarik minat kitorang. Kena log in Facebook pastu become a fan kat page ni:

Dah jadi fan baru boleh dapat goodies dari diorang.Apa dia? Biarlah rahsia. Hehe ;p

Booth Bunkface pun dibuka juga sempena album terbaru diorang
Phobia Honey. Wah nama aku tu! (ala sekali sekala nak perasan ape salahnye kan?kan?;p)

datang awal. so sempat la duduk depan sikit.

Fafau dan FBI jadi MC malam tu. Haii,kesian FBI asyik kena bahan jer dek Fafau. Kelakar!

Ramai betul. Hujan renyai pun xreti nak berganjak.(termasuk aku le tu):p

Sam Bunkface ni xreti nak duduk diam. Nasib baik ko cute.
K.A.M.I

Punya lah penat menunggu semua segala YB berucap kat depan. Nak tunggu Bunkface punya pasal sanggup!

Oh,sedikit info dipetik dari akhbar The Sun pasal HSBB ni:-

TM’s UniFi high speed broadband packages comprise triple-play services of high speed Internet, video (IPTV) and phone, at speeds of 5Mbps, 10Mbps and 20Mbps.The IPTV (Internet Protocol Television) service, which makes up part of the value-add bundled service, will be delivered via an 8Mbps connection exclusively and in addition to the data speeds subscribed by customers.With IPTV, customers can enjoy 22 linear channels, Video-On-Demand and interactive services such as games, tourism information and more, TM said.

Lepas tu kami balik sebelum sempat Faizal Tahir menutup tirai konsert. Ramai boyan-boyan(baca:Pendatang Indonesia) semakin menguasai tempat tu. Sebelum jadi apa-apa,baik blah dulu. Menakutkan betul! =(

Esoknya pula, tau2 je dah ada page ni:

Hai,sampah kat dataran tu belum habis kutip lagi dah ada fan page ni? Betul ke still lembab dan masih di Takuk lama?

Terima kasih rakan-rakan yang sudi meluangkan masa 12jam suntuk pada hari itu! =)

apa-apapun meh jom layan klip lagu ni:



Bunkface-Through my Window

Monday, March 1, 2010

Pee Dee Deey

Salam semua!

Sebut pasal merancang, siapa-siapa kalau nak buat sesuatu xkiralah assignment, exam, dinner, semua kena mulakan dengan merancang dulu kan? kalau xmerancang, xmenjadi lah apa yang kita target nak buat. betol x? sila hangguk 90 darjah!

okeh, begitu juga dengan percutian ini, kalau xdirancang, serius xmenjadi, tapi, orang tua-tua kata, kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. betol x? hangguk lagi sekali oyeah! :p

bertemakan Berpanas Terik di Bawah Mentari, tema ini dipilih kerana semua sedia maklum dengan pemanasan global yang semakin mega, nak nak pulak kat tepi pantai, memang sunburn la jawabnya!

Bertarikh 27&28 Februari 2009, sebanyak 10 buah kereta telah mengikuti konvoi ke Port Dickson. Tanpa membebel dengan lebih panjang, anda lihat je la gambar2 nye ye..

dengan hanya bermodalkan RM65, dan tido di Apartment Glory Beach Resort beserta BBQ,Sukaneka dll.. Worth it x?


hadiah sukaneka yang berjaya menggegarkan jiwa rakan2 yang laen.
.

menunggu ketibaan rakan2 yang lain..


bergambar itu wajib!

camerawoman berjaya.. Nurul 'Izzah..


sesampainya di Glory Beach Resort.. masing2 berpeluh xhengat..


makan tengahari dulu.. eh silap...posing dulu..
ha.. ni baru g makan..

FIRST SESSION.. SUKANEKA..

sessi petang.. Berpiknik di tepian pantai.. (sebenarnya tunggu Sukaneka bermula)



Raja Tepong dimenangi oleh Faiz..(che we pun kalah..)

gambar sukaneka yang lain sume xde sebab haku masuk join same =D
kan aku dh kata,aku masuk. habis tepung2 bertempek kat muka aku.=_=''

NEXT SESSION.. BARBEQUE..

Bab*-Q time!
Hencek Haizul dan Hencek Satu sangat rajin menjaga Barbeque.. ada can jadi calon menantu neh.. hehe.. :p

dah macam piknik di malam hari la pulak..

NEXT SESSION..EXPLODED QUESTION a.k.a SOALAN MAUT..

Exploded Question dimana mangsa2 yang disebut nama akan ditanya soalan maut pilihan sendiri.. aku juga tidak terkecuali.. heh!

ESOKnya..
bersiap siaga hendak pulang..!

Sebilangan pic2 yang telah haku edit..(rajen xkena time..dah la banyak assignment,hish!)

p/s: aku nak mintak ampun awal2 yer.. jgn marah ye rakan2.. sekadar usikan jer.. mwahahaha..:p
(klik gambar untuk membaca dialog dengan lebih jelas)


soriii gambar banyak sangat.. dah sume gila gambar nak wat cemane :D

one word: B.E.S.T!

commentator by participante:
Zety: Worth it!
Dayah: Best! =D
Izzah: Buat lagi!
Haizul: bg cadangan tempat lain pulak(nak soh wat lagi)
dan byk lagi.. penat nak taip! =D

Alhamdulillah, planning lama pun jadi akhirnya,semua selamat pergi&balik =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails