Showing posts with label resipi. Show all posts
Showing posts with label resipi. Show all posts

Saturday, October 27, 2012

Bersama DegreeChef Honey Lalala: Nuget Tofu Lembut!



Hi olss! Opssss assalamualaikum semua!

Hari ni mood rajin datang melanda,alkisahnya nak update hari-hari lain, tapi bila dapat beberapa berita seronok+teruja,maka haku merajenkanlah diri ini mengupdate entry ini. 

Kenapa tajuk entry ni agak gedik sedikit? Kalau Masterchef,xlayak lagi rasanya sebab belum lagi ambil master,baru je sampai takat degree. Jadi haku pon letak la nama itu :P

Kisahnya bermula pada 2 minggu lepas sudah,tengah banyak masa terluang,haku pon belek la fb sorang kawan ni,memang rajin memasak,plus dia dah kahwin. So teruja di situ,kalau tengok fb dia,dah macam fb resipi masakan,cara memasak bergambar! Maka semua resipi tu disimpan dengan azam alakazam hendak memasak pada hujung minggu dan turrah! Tiba-tiba teringin nak memasak :-

Nuget Ayam Tofu Lembut

Ok,meh kita lihat bahan-bahan yang diperlukan ye. Ayuh!

Oh ya,bahan -bahan terbahagi kepada TIGA bahagian:-

Bahan A

Daging Ayam Kisar (berlambak kat Tesco jenama Ramly)
1 kotak tofu lembut (Cari yang ada cop halal okeh!)
lada sulah
lada hitam
2 sudu kecil baking powder a.k.a soda bikarbonat
garam secukup rasa (bagi ada masin sikit)

Bahan B
2 cawan serbuk roti (bread crumb)
1-2 biji telur

Bahan C
Serbuk roti (bread crumb) secukupnya
Sedikit black pepper
3-4 biji telur (pukul dengan garfu)



Selingan sikit,antara bahan-bahan diperlukan


Serbuk Roti bercampur ngan black pepper. Adela gak aku campur ngan black pepper McD sikit. Hihi ;p


Aku beli Bread Crumb jenama Nago, yang penting halalan Toyyiban :D


---------------------------------------------------------------------------

Bermulalah perjalanan mencipta nuget sendiri!

Step 1

Satukan BAHAN A dan GAUL SEBATI. Gaul sampai semua bercampur gaul ok?


senang guna loyang aloi cam aku buat ni ha

Step 2

Masukkan BAHAN B kedalam loyang. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Dat means jangan pi pecahkan telur siap2 masuk dalam mangkuk. Pecahkan satu demi satu. Sebab apa? Nak mengelakkan gaulan tersebut terlalu berlendir sebab banyak sgt telur jadi tak leh nak membentuk nuget pulak. Pepandai korang la ye! Jika perlu,tambah lagi telur ekstra.

Step 3

Ha,langkah ke 3 ni memerlukan kesenian menguli. Tapi aku yakin korang semua pandai bab uli menguli ni. Sebab kecik2 mesti main Playdoh. Takkan menguli tak reti plak kan??
Bulat-bulatkan dan leperkan sedikit bahan2 tersebut. Pastu celup dalam telur (BAHAN C).
Dah celup dalam telur, salut pulak kat Bread Crumb. Kiranya isi nuget ada bread crumb,luaran pun ada gak bread crumb nih.


Memula uli bentuk cam gini


Hasil lepas digolek2 kat bread crumb 


Siap sedia semua! :D


Step 4

Dah siap semua, korang boleh goreng dalam minyak 3/4 masak untuk dijadikan frozen nuget. Kalau nak goreng terus pon bolehhhh..




TARA!!!!

Siap sudahhhh ;D



Kat dalam mangkuk ni dah macam chicken chop pun ade haku nengoknye.


#Tips:
Jangan uli besar2 macam bentuk nuget asal. Sebabnya bila digoreng,ia akan mengembang sebab kita dah letak soda bikarbonat dalam BAHAN A. Uli wat bentuk comel2 je dah =D

Komentar:-

Abah - Dah macam ayam Uncle Bob. Bila nak open gerai?  (Abah,tu nuget la -_-'')
Adik - ada wat stok banyak x? Nak bawak pi skolah ni!
Encik BH - Alaaaaaaa.. xpuas la bawak sikit sgt. Lainkali masak banyak sket =P



So... Dah boleh kahwin dah kan? Kan?

Till then,assalamualaikum! =)

p/s: I'm just a cookery beginner ;)

Sunday, July 22, 2012

Resipi Ramadhan: Puding Karamel

Kita ketepikan dahulu kisah ke Jay Bee, sekarang dah bulan Ramadhan kan? 

Jadi aku nak mengucapkan Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada rakan taulan semua!

Jadi sempena Ramadhan yang mulia ni, aku nak berkongsi resipi yang boleh dikatakan 1st time membuatnya. Hoho


Tadaaaaaaaa!!



Menggiurkan tak? tak? :p

Ok,sebenarnya puding karamel ni bukan hasil buatan tangan aku sorang, air tangan maksu aku yang buat dari awal,aku tolong mengacau,dan menelangkup kat pinggan je :P

Kita mulakan ya!

Bahan-bahannye ialah... jeng jeng jeng!

Bahan A
2 Senduk Gula (bukan gula-gula hacks ye kawan-kawan)

Bahan B
1 bungkus agar-agar serbuk
4 cawan air
2 setengah senduk gula

Bahan C
1 tin susu cair (lebih kurang 400 g)
2 sudu makan tepung kastard
1 sudu esen vanilla 
*bahan C ni korang sebatikan
tips: nak elakkan tepung kastard tu berketul2,campurkan dulu dengan air,kemudian baru masukkan esen vanilla disusuli susu cair ^^,

haaaaaa.. mesti korang pelikkan nape TELUR takde?

resipi ni memang simple,khas utk orang yang MALAS cam aku ni nak menggunakan telur & bahan pengukus :P yang penting jimat masa dan duit! :D

Kita mulakan dengan langkah membuatnya ok?

Langkah 1
Hanguskan gula (Bahan A) sehingga keemasan dan cair, tahu kan cara2 nak menghanguskan gula ni kan? Sonang jeeeee.. dah jadi kaler emas tuang air sket & masuk dalam loyang acuan tuh.

Langkah 2
Didihkan Bahan B dalam periuk, kecilkan api kemudian masukkan Bahan C. Kacau rata sampai adunan tu pekat & likat.. Macam aku wat tadi agak lama la nk tunggu pekat tu.. Dah agak lenguh tangan & puas hati dengan kelikatan adunan tu korang masukkan ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi..

Langkah 3
Biarkan sejuk kat dapur tu kejap, pastu masukkan ke dalam peti sejuk

Langkah 4
Telangkupkan ke pinggan besar dan jengggggggggggggg.. jadi la camni! :D



Suku dah dimakan.

Antara bahan - bahan yang aku pakai tadi :-



#Komen Abah :Gula Hangus agak manis
#Komen Adik: Sedap!

#Aku: Boleh wat bisnes :P

Kredit to myresipi.com

Sunday, June 24, 2012

Resipi : Telur Gulung SNSD

Sebenarnya dah lama aku nak wat entry ni,sebulan sudah tapi ada je kekangan yang menghalang aku nak menghupdate, jadi nah hamek ko, aku update hari ni !

Bagi sesiapa yang meminati Rancangan Running Man SBS Korea,mesti korang pernah tengok episod Running Man bersama SNSD a.k.a Girls Generation~


ada 1 part dimana ada pertandingan memasak antara team SNSD vs Running Man, mereka kena memasak dengan menggunakan bajet yang diberi,jadi team SNSD telah membuat telur gulung :D


aku google telur gulung mereka xjumpa,tapi memang aku terus dpt idea nak mengikut stail diorang.

Turrah~!


Nampak menyelerakan bukan? :p *perasan*

harini baik hati jadi aku kongsi resipi ni ye =D

Bahan-bahan diperlukan;

# 3 biji telur (dipecahkan dan dipukul dengan kejam sampai mengeluarkan buih)
# 2 biji cili (hiris,buang biji)
# sebiji tomato (potong kecil2 comel cam dadu)
# sebiji setengah bawang (dihiris petak ala-ala dadu)
# sesudu mayonis 
# garam & serbuk perasa sesedap rasa

lebih kurang rupa bahan-bahan tersebut..

Step 1. Memula,gaul telur tu dengan mayonis sampai kembang (fungsi mayonis ni nak menggebukan telur ya)

pukul jangan xpukul!

Step 2. Kemudian gaul dengan bawang, cili,tomato yang dah dipotong kecil,pastu masukkan garam & serbuk perasa. Pukul sampai kembang dan sekata a.k.a sebati gittew.

Step 3. After that (cewah), tuangkan hasil adunan ke dalam kuali leper. Guna api sedang2,jangan kuat2 takut hangus kat belah bawah tu.

**Oh ya, penggunaan kuali leper amat penting dalam pembuatan telur gulung. Beli kuali leper yang non-sticky. Kuali ni aku beli kat IKEA dan memang bagus! Tak melekat dan tak bergaris. Harga pun murah,tak perlu beli dari La Gourmet atau mahal2 punya brand.


Step 4. Kemudian bila bahagian 'tapak' telur tu macam dah masak, mula lah menggulung. Kena ada teknik kemahiran menggulung yang tinggi dan teliti! Pastikan bahagian atas telur tu masih setengah masak so senang nak gulung sebab ia akan melekat antara sesama sendiri :)


Step 5. Disebabkan tangan aku tak berseni, telur ni nampak macam rupa.. kucing tidur terlentang. Huh! Janji bergulung sudah *cover malu*


Step 6. Baringkan telur tu dengan penuh kasih sayang di atas papan pemotong. Potong ikot saiz yang anda suka. Jangan terlalu halus nanti cepat hancur.

Step 7 - Dah siap,susun ikut kreativiti anda!

Nampak tomato,telur dan bawang dalam tu? Nampak seksi tak? :p

Tadaaaaaaaaaaa!! 

Jadi aku namakan masakan aku ni, Telur SNSD!

Selamat mencuba rakan-rakan,dijamin ibu bapa,adik beradik anda berebut nak makan telur ni ;D

Wednesday, February 24, 2010

resipi tudung segar bugar

Salam semua!

haaaa..mesti korang tertanya2 kemana aku pergi kan? hehe..perasan sungguh daku ini,macam ade je orang nak tunggu entri aku(ade ke) dan entri aku kalini bukan pasal diri aku yer(tapi adela sikit2,da nama belog aku kan?)

ACHTUNG! ACHTUNG!
Misteri Video telah terungkai!! rupa2nya video tersebut kepunyaan rumetku a.k.a ecahcken dan video itu telah dirakam oleh bapanya ketika membersihkan pusara. dan kewujudan video itu telah dilakukan di bawah kawalan haku. hehe.
Puaka Video Klip Misteri Terbongkar!
Case Closed! :))))


----------------------------------------------

Terus terang aku cakap,aku cukup geli kalau tengok orang lain tangkap gambar syok sendiri pas2 senyum2(kira camwhoring la kan) pastuh letak caption "euwww sangat comel aku harini,mungkin ada jejaka hensem akan mendekatiku"->sila muntah sebanyak tujuh harkat!

ops! kalian jangan terasa kerana daku juga akan berketerampilan begitu dalam entri kali ini.

Saja je nak kongsi informasi. Mungkin dah basi kot.

Ok,(clear throat jap) ehem ehem!

Anda mempunyai
MASALAH TUDUNG LENYEK atau MELEPET?
TENSION setiap kali lalu DEPAN CERMIN MESTI tengok KETAJAMAN tudung?
GERAM dengan tudung berGELORA?(ecah pinjam nama ko jap :p)
ANDA inginkan tudung anda
BERDIRI MEGAH sentiasa?


aku ada jawapannya!(tajuk entry nak cam sayur je :p)

(ceh, intro cam mamat/apek jual suratkhabar xpon dalam iklan SMARTSHOP waktu zaman sekolah dulu2 bila balik dari sekolah sesi pagi. annoying kot. nak tengok kartun mak tukar channel SMARTSHOP. *ampun mak!*)

balik ke tajuk asal! T___T

mendalah ni penyelamatnya! :D(tolong abaikan meja aku yang bersepah ittew ok!)
(ok kalo yang dah tau awal2 tu sila jgn kutuk haku sebab haku baru je tau dalam bulan lepas :p)

Brand: Kiwi Kleen fabric starch
Harga: Around RM7.90 (rasanya)
Beli kat Mane: Supermarket la! Aku beli ni pon kat Mid je kot.

Memandangkan aku pengguna bendalah ni, aku rekemenla kat korang yang mementingkan
PENAMPILAN especially gadis2 bertudung dan gemar memakai shawl. siyes berkesan! :D

Caranya:
1. Bukak Board Seterika.
2. Budget lipatan tudung dan anggar di belah mana tempat anda adjust tudung(area kepala&muka anda la sudah pasti kan)
3. Spray
KIWI KLEEN FABRIC STARCH di tempat yang anda anggarkan.
4. Iron seperti biasa. tiada luar biasa akan berlaku ye.
5. Tadaaaa! Tudung tiba2 tegak sendiri di atas Board itu,ok tipu. :p Pastuh pakai tudung dan anda akan lihat hasilnya! :D

sangat berkesan atas tudung kain jojet,licin,dan especially kain shawl yang kita selalu pakai tuh. Masalah tiada lagi! :D (haha gila promote budget dpt royalti je :p)
ade gak produk cam gini selain daripada Kiwi Kleen ni tapi aku xberani la nak promote since aku baru je pakai yang ni.

XPERCAYA??

ni ha
BUKTI

kan aku dah kata aku pun nak gak letak gambar perasan. ha nampak x? cool kan tudung tu pas menggunakan produk ittew? haha
euwww! tolong jgn gelak! :D :D

sekian! :) :)

Tuesday, December 23, 2008

pegedil yg degil.

hari ni aku terpaksa jadi penjaga rumah memandangkan 2hari berturut - turut aku keluar bersukaria tanpa memikirkan yg daku sedang pokai. (xpe,PAMA kan ade).
dan memandangkan aku rasa bosan dan diselangselikan dengan kebosanan tahap dewa,aku pon update la blog haku,dan kebetulan aku penah berjanji yg aku nak wat entry pasal resipi pegedil.

sbenonye nak wat pegedil ni senang je (sbb tu kat kedai makan jual seketul 50sen) dan kebetolan pegedil ni kegemaran haku. pegedil ni jugak diklasifikasikan khas tok org yg degil dan kepala batu sahaja. sejarah juga mengatakan bahawa pegedil ini mula dicipta oleh seorang nenek yg degil dan tidak mahu memasak resipi selain pegedil. maka dari perdegil bertukar menjadi pegedil sbb nk bagi sedap je bunyik(apakah?). sedang aku leka menatap majalah Wanita(terasa usia semakin tua) dan haku ni kalo bukak majalah tuh,aku ske bukak bahagian resipi. Alasan: nak cari resipi yg paling senang dan xperlukan bahan. dan,pegedil telah menjadi resipi bertuah kali ini!

Pegedil Ayam style Honeylalala =P

bahan - bahannye:
3 bijik kentang
daun bawang sehelai dipotong halus
serbuk lada hitam sesudu
sesudu isi ayam dicincang2
2bijik telur
minyak masak
kuali
sudip
lesung batu

nota kepala: pix ini tidak terdapat dalam mana2 buku resipi. khas dari aku sendiri yg baru sahaja menghasilkan pegedil td. harap makyung!

beginilah rupa kentang yg dihiris.
step 1
mula2,korang kupas kentang dengan lafaz Bismillah.. pastuh,hiris kentang tersebut kepada bentuk yg kecil supaya senang tok digorengs.

kentang ini sedang digoreng.
step 2
kentang yg dah dipotong tuh dicampakkan dengan kejam ke dalam kuali yg berisi minyak panas yang sedang menggelegak. pastuh,gelak gaya2 Profesor Klon apabila melihat kentang2 itu terseksa digoreng. pastikan garing tapi jgn garing sgt,nanti jd beseng(hangus).

daun bawang,isi ayam,serbuk lada hitam dan kentang yg ditumbuk telah bergaul bebas!

step 3
dah digoreng,masukkan kentang ke dalam lesung batu dan tumbuk sampai hancur lebur. kemudian masukkan daun bawang,isi ayam yg dah siap dicincang,serbuk lada hitam dan gaul mengikut gaya kuak lentang sambil berjoget tango.

jgn lupa celup dalam telur!
step 4
kepalkan bahan tersebut supaya membentuk bulat dan lonjong ( nak segtiga pun bleyh,ikot citarasa korang la) dan gaulkan ke dalam telur yg siap dipecahkan.
tadaaaa!! telur tu hanya hiasan.
step 5
dah sebati ngan telur(kira dah salut habes ar),goreng ar! pastikan jangan hangus sgt tok mengelakkan rasa pahit ketika melantak.


tgk? sngkan? haku mula2 wat,xsangka leh jadi tros! tapi bila wat 2nd time,cm xjadi pas tangan2 adik pon nak masuk sama. so,haku wat kali ke3 dgn sdiri dan bjaya gak! kesimpulannya,haku xske resipi haku ni di enteprem dek org laen, kira lembu punya susu,sapi dapat brand. =D

kalo ade resipi yg murah +senang aku akan bgtau yek!
selamat mencuba dan amalkanlah! =D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails