Kita ketepikan dahulu kisah ke Jay Bee, sekarang dah bulan Ramadhan kan?
Jadi aku nak mengucapkan Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada rakan taulan semua!
Jadi sempena Ramadhan yang mulia ni, aku nak berkongsi resipi yang boleh dikatakan 1st time membuatnya. Hoho
Tadaaaaaaaa!!
Menggiurkan tak? tak? :p
Ok,sebenarnya puding karamel ni bukan hasil buatan tangan aku sorang, air tangan maksu aku yang buat dari awal,aku tolong mengacau,dan menelangkup kat pinggan je :P
Kita mulakan ya!
Bahan-bahannye ialah... jeng jeng jeng!
Bahan A
2 Senduk Gula (bukan gula-gula hacks ye kawan-kawan)
Bahan B
1 bungkus agar-agar serbuk
4 cawan air
2 setengah senduk gula
Bahan C
1 tin susu cair (lebih kurang 400 g)
2 sudu makan tepung kastard
1 sudu esen vanilla
*bahan C ni korang sebatikan
tips: nak elakkan tepung kastard tu berketul2,campurkan dulu dengan air,kemudian baru masukkan esen vanilla disusuli susu cair ^^,
haaaaaa.. mesti korang pelikkan nape TELUR takde?
resipi ni memang simple,khas utk orang yang MALAS cam aku ni nak menggunakan telur & bahan pengukus :P yang penting jimat masa dan duit! :D
Kita mulakan dengan langkah membuatnya ok?
Langkah 1
Hanguskan gula (Bahan A) sehingga keemasan dan cair, tahu kan cara2 nak menghanguskan gula ni kan? Sonang jeeeee.. dah jadi kaler emas tuang air sket & masuk dalam loyang acuan tuh.
Langkah 2
Didihkan Bahan B dalam periuk, kecilkan api kemudian masukkan Bahan C. Kacau rata sampai adunan tu pekat & likat.. Macam aku wat tadi agak lama la nk tunggu pekat tu.. Dah agak lenguh tangan & puas hati dengan kelikatan adunan tu korang masukkan ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi..
Langkah 3
Biarkan sejuk kat dapur tu kejap, pastu masukkan ke dalam peti sejuk
Langkah 4
Telangkupkan ke pinggan besar dan jengggggggggggggg.. jadi la camni! :D
Suku dah dimakan.
Antara bahan - bahan yang aku pakai tadi :-
#Komen Abah :Gula Hangus agak manis
#Komen Adik: Sedap!
#Aku: Boleh wat bisnes :P
Kredit to myresipi.com
No comments:
Post a Comment