Showing posts with label muhasabah. Show all posts
Showing posts with label muhasabah. Show all posts

Tuesday, June 16, 2015

Carpool : Idea Bijak atau Merugikan?

Assalamualaikum!

Pernah tak dengar istilah carpool? Tak pernah?

Kongsi kereta? Bukan beli kereta kongsi bayar ye.

Carpool a.k.a Kongsi kereta bermaksud menaiki kereta secara berkongsi untuk ke 1 destinasi yang sama. 




Apa kelebihan carpool ni?


  • Menjimatkan wang - Boleh kongsi belanja petrol dan tol
  • Boleh rehat memandu - Kalau 2 orang carpool, 2 kali sebulan je drive. Kan jimat perbatuan?
  • Ada teman sembang - Selalunya carpool ni bagi orang yang duduk jauh, keboringan dan kebosanan g keje sampai tahap mengantuk. Dengan adanya co-pilot di sebelah, boleh la hilangkan mengantuk!

Apa kekurangan carpool ni pula?

  • Tepati masa - bila dah berjanji bercarpool tu, kena ikut timing si pemandu tu. Jangan semedang je lewat, lewat setengah jam pula tu. Mau kena tinggal. Haha
  • Balik xberapa on time - kalau member terpaksa balik lewat, kena la tunggu. Tapi kat sini selalu semua balik on time. Kalau member department yang memanjang meeting. Nangis jugak lah. haha
  • Co-pilot tido - Haaaa. Bila co-pilot tido, mati kutu la member yang memandu tu. Tau2 bangun dah sampai destinasi. hahaha.
Ada banyak lagi, tapi malas nak fikir. Cukup la bagi 3 point kat setiap kelebihan dan kekurangan.


Namun............... harus diingat!

Nak bercarpool ni ada syarat! Wah, carpool je pun, bersyarat bagai??

  1. Lokasi - Selalunya orang yang bercarpool ni sebab lokasi dia berdekatan. Jangan ko duk Puchong, member duk Shah Alam nak bercarpool. Tak berbaloi. Melainkan 1 kawasan, anda park di 1 tempat yang sama, dan terus bertolak ke destinasi.
  2. Jangan berkira - Tak kisahlah korang ni jenis nak jaga rekod kedatangan ke pejabat tanpa ada rekod cuti, sampaikan Annual Leave, Emergency Leave, MC pun tak nak ambil. Tapi bila bercarpool ni kena bertolak ansur. Katakanlah minggu ni turn si A. Tapi pada hari Rabu, dia MC sebab tak sihat or anak dia sakit. Of course la korang kena drive sendiri kan? Tapi selalunya style aku, kalau aku ada cuti / lompong pada minggu tu, aku akan ganti pada minggu seterusnya. 
  3. Hati kental - biasalah, bila bercarpool ni, xsemua orang sama. Ada yang stok suka datang awal seawal alam, ada yang suka datang on time. Ada yang datang lmbt sikit. So, kita kena terima kelebihan & kekurangan orang tu. Kena ambil kira faktor kenapa dia lewat, mungkin anak merengek ke, kunci tertinggal ke. Jangan bila member tu lambat, tarik muka macam dia curi duit simpanan ko!
  4. Ada group whatsApp - Ye, group WhatsApp sangat berguna jika anda bercarpool. Kalau lebih 2 orang la. Kalau setakat 2 orang, tak payah. Buang masa je syok sendiri. Hahaha.
  5. Sekepala - Ye, ni lah salah 1 faktor penting dalam bercarpool. Kena sekepala. Kalau xberapa kenal boleh je berkenalan. Kan ke seronok bila dah kenal boleh bersembang-sembang. Karang xsekepala, bunyi cengkerik je dalam kereta tu. Haruuuu. Haha.
  6. Halaju Munasabah - Mungkin anda pemandu berhemah, bawa 60 km/j , tapi yang member ni memanjang lane kanan 120 km/j. Sila bawa berbincang, sebab ni melibatkan nyawa orang lain. Nak race, pergi race sorang2 yek. Haha.
  7. Terima seadanya - Kalau anda ni jenis redha & terima seadanya pemandu lain memotong & mencucuk angin, mungkin tidak pada member 1 lagi. Biasanya, adalah perkara normal kalau kita terasa marah / berapi bila dipotong semasa memandu sampai tahap mengeluarkan amarah semasa memandu. Rileks, perkara ini normal. Terutamanya di Kuala Lumpur & bandar-bandar sibuk. Semua nak cepat.


Pengalaman ber-carpool
Aku pun bercarpool juga. Dan sepanjang pengalaman aku bercarpool, terselit kenangan manis & pahitnya. Kenangan manis bila dapat bersembang, luahkan masalah kerja & berkongsi cerita sambil memandu. Perjalanan jauh terasa dekat je sebab masa dimanfaatkan sepenuhnya.


Tapi, pengalaman pahit aku adalah bilamana member se-carpool tidak boleh menerima kekurangan aku dan paling pedih bila dicanang kekuranganku kepada semua rakan pejabat. Tu lah risiko bila ber-carpool. Bila rasa dah tak suka, menyampah, dicanang segala serba serbi buruk kawan selama ni kat orang lain. Kan tak memasal boleh meruntuhkan hubungan?

Tapi, alhamdulillah, team carpool aku yang lagi 1 sangat supportive. Tak pernah merungut @ memburukkan orang lain sebab masing - masing ada kelemahan & tak sesempurna mana. Dan yang penting, jenis cakap terus terang! Kalau lambat tu, memang tegur direct "Kau lambat apesal? Kan dah jemmm," marah time tu je lepas tu ok dah, takde nak ambil hati sangat :D

Papepun, past is past. Kenangan hitam tu dah berlalu, lenyap sudah. Cuma entry ni aku upkan atas rasa nak memberi peringatan kepada pembaca yang lain supaya berhati - hati & pilih teman carpool dengan bijak!

Bak kata pepatah, tak guna jimat tapi stress. Biar jimat & senang hati. Itu yang terbaik!



Jadi.. anda pilih mana 1. Idea bijak atau merugikan??

Sunday, October 26, 2014

Lahirnya Safiyah Sofia ke Dunia - Part 4 (2nd Last Episode)

Maaf kerana agak lama & berkurun baru nak update balik. Dan pembaca pun mesti dah malas nak tahu kan? Tapi untuk bagi si kecil bernama Safiyah Sofia baca bila ummi dah tiada nanti, at least boleh dia kenang pengorbanan ku ni. Hiks!

Masa aku mengeluh kesakitan tu, fikiran dah bercelaru dah. otak aku hanya menjana 1 keadaan :


MATI

Mula-mula aku didatangi seorang nurse, dia tanya

"Kenapa ni? Sakit kat mana?"

Aku masa tu cakap pun dah berterabur, yang aku ingat

"Sakit.. Sakit.. Badan saya sejuk sangat.."

Walhal masa tu, aku berselimut selapis, tetap tak mampu membendung kesejukan yang aku rasa!

Nurse dah panik. Dia pegang dahi aku. Panas! Dia panggil nurse lain, minta bawakan beberapa helai selimut. Datang nurse lain bersama beberapa helai selimut seperti yang diminta. Lalu diletak atas badan aku, diselimutkan sampai ke paras bahu.


"Dah ok x?" Nurse tu tanya

"Sejuk.. sejuk.." badan aku mula bergoncang, menggigil. Aku rasa tu permulaan nak jadi sawan. Sebabnya kalau kita tahan badan dari menggigil, boleh stop sendiri. Tapi ni menggigil yang tak boleh berhenti. Macam kena goncang!

Nurse tu dah panik gila.

"Tolong peluk saya. Saya tak boleh berhenti menggigil"

Nurse tu cepat2 peluk tubuh aku. "Dik, mengucap dik.. Ingat Tuhan.."


"Sakit.. saya rasa sakit kat tangan saya ni.." aku angkat tangan kanan yang tengah menggigil tu.

Bingkas nurse tu bersiap bersama rakan lain, memulakan prosedur mencabut tiub air di tangan aku. Dan dalam masa singkat, goncangan badan aku beransur kurang, lega selega leganya..

Nurse cepat2 check suhu tubuh aku.

"Awak demam ni,"

Mana taknya demam, dah salah cucuk tiub air. sampai demam aku dibuatnya.

Aku diberi ubat demam, dan barulah aku boleh tidur dengan lena malam itu...


Hari keesokannya

Masih tidak dibenarkan makan disebabkan dah dua hari aku bleeding berturut. 

Pagi, macam biasa, doktor akan buat lawatan kat setiap katil pesakit. Masih kuingat masa tu doktor berbangsa India menghampiri aku. Nurse menterjemah bahasa perubatan dari buku laporan yang berada kat meja katil aku.

"Kamu kena puasa ya hari ini, dah dua hari berturut kamu bleeding ni. Kalau boleh, jangan lasak & banyak bergerak. You kena baring sahaja di katil ni ok?"

Aku diam, mengangguk lemah (padahal lapo ni)

"Kalau you bleeding lagi, i takot nanti u kena deliver premature, "

"Eh, taknak doktor, huhu.."

"So, you kena duduk & jangan banyak bergerak ok?"


Aku dah mula risau. Risaukan baby dalam perut ni. Baru je 32 minggu a.k.a 8 bulan. Kalau dia keluar awal, boleh ke dia nak survive? Mendengarkan cerita dari akak yang baru lepas bersalin secara pembedahan pun, tak sanggup rasanya. Perut baru je kena belah, anak di wad ICU, kena tahan lama. Kesian rasanya masa bersembang dengan akak tu.

Sepanjang hari aku jadi murung. Senyap memanjang. Nak bersembang dengan Kak Eton pun takde mood. Susah hati walaupun orang kata, tak elok susah hati, kesian kat baby tapi nak buat camner, hati rasa tak tenang.

Sampi satu masa tak sedar, air mata meleleh laju je kat pipi. Mungkin ini balasan Allah atas semua perilaku aku kot, dalam pada sedar tak sedar aku ada aniaya orang, sakitkan hati orang, jadi Allah bayar cash atas apa yang aku rasa ni.

Suami whatssapp pun aku balas dengan nada sedih. Aku tahu aku tak patut buat dia risau, tapi pada keadaan begini aku sangat-sangat perlukan dia sentiasa kt sisi aku, tapi apakan daya, dia perlu mencari rezeki untuk kami. (nangis..)

sampai lah suami post komen kat wall FB ku..


Terharu.

Walaupun bukan dia yang mengandung, tapi perasaan ambil berat beliau amat menebal terhadap aku.


Dan macam biasa, setiap hari mesti incik suami akan datang melawat. Walaupun banyak kerja mana pun, dia tetap luangkan masa datang melawat aku kat hospital. Dan hari itu, aku mengadu pasal apa yang berlaku, sambil nangis-nangis.

Suami hanya mampu menyuruh aku bersabar dan aku berulang kali meminta ampun sepanjang usia pernikahan yang belum mencapai setahun jika ada berlaku kekasaran & kekhilafan. ='(


Malam.. seperti biasa.. hati aku berdebar - debar. Aku mula fobia dengan waktu malam. Sebab semalam dah bleeding. Janganlah harini bleeding lagi.

Jam dah menunjukkan waktu pukul 9.30 malam, fuh, jantung berdegup laju je masa tu. 



Dan.. tiba-tiba.. ku rasa ada benda panas mengalir!!


OH NO.....!!

Wednesday, July 10, 2013

(Alhamdulillah) Barang Dah Dapat! Terima Kasih Allah =)

Assalamualaikum!

Dah lama rasanya tak update story, last entry mengamuk pasal parcel hilang kan?

Masih ingat tak entry tu? Hahaha. mengamuk weyh,mengamuk!

Dan ALHAMDULILLAH SAYA BERJAYA DAPATKAN KEMBALI BUNGKUSAN YANG HILANG ITU!

*Happily in tears*


Alkisahnya begini, kita ikut kronologi k?

Parcel tu patutnya dapat pada 18 Jun 2013. Tapi aku dapat detect benda tu masih tak dapat-dapat pada 24 Jun 2013. Seminggu bagi masa untuk menunggu ketibaan parcel yang diharapkan. Oh ya, aku gunakan alamat pejabat,senang kononnya.

24 Jun 2013 dah rasa xsyok sebab xdapat2 parcel, mula lah bertanya orang bilik kiriman, sampai staff tu rasa bersalah nak bayarkan balik (sebab pernah ada kes hilang) tapi aku taknak, sebab tak puas hati tak jumpa. Check kat website untuk post tracking, jumpa nama penerima tu TAY VICKY.

Siapa TAY VICKY ni? Sampai sekarang misteri... Sebabnya, ofis yang aku bekerja ni hampir 100% Melayu,cina ada dalam 2 orang je kut,itu pun kat anak syarikat. Maka menggunakan instinct auditor ku, aku call Customer Care untuk dapatkan pengesahan.

Customer Care suruh emel kalau nak buat complaint. Okay, aku pun patuh. Emel kasi ayat sedih2 sikit. Tup2 kena tunggu 3 hari bekerja. Aish,kena menunggu lagi. Geram nih.

25 Jun 2013 masih xpuas hati, sebab aku ni jenis selagi xdapat depan mata, xtenang hidup. Pernah handphone aku hilang masa matriks, menangis sampai mata bengkak2 lebih seminggu. Sampailah aku dapat pengganti handphone tu,baru reda sikit. Itupun still sedih sebab tak dapat benda yang sama. 

Ok,aku call PPL Cheras, iaitu pusat penghantaran parcel tu. Sebab parcel tu asalnya dari PPL Batu Caves, so ditransit kejap ke PPL Cheras untuk dihantar. Aku siap highlight kat akak yang jawab telefon tu;

"Tolong ye, barang ni untuk majlis saya nanti. "

Kononnya nak cakapla betapa bernilainya percel tu kat aku. Akak tu pon kata ok,dia cuba.

So dipendekkan cerita, pada 28 Jun 2013,aku ternampak parcel kat bilik kiriman. Cek punya check, nama aku! Sah,tu parcel yang aku sangat tunggu kehadirannya ibarat Pungguk Rindukan Bulan. Siapa tak happy dapat balik barang??

Alhamdulillah,barang berkeadaan baik, tidak dibuka. Terima kasih TAY VICKY sebab walaupun saya tak kenal awak, tapi awak ni amanah jugak la orangnya. kehkeh.

Tak dinafikan kesalahan di pihak Poslaju sebab posmen dia salah hantar, tapi kesalahan diorang berjaya ditebus dengan tuntas sekali. Terima kasih Encik Azman Ghazali dari Poslaju kerana sabar melayan Bridezilla yang garang nih. Hehe.

Dan aku dah hantar emel ucapan terima kasih atas kerjasama baik yang diorang berikan. Jangan dah dapat buat senyap pulak ye!






Pengajaran dari cerita panjang lebau aku ni ialah:-

  • Xsalah beli online, make sure sentiasa update & dapatkan tracking number dari pengirim. So leh trace benda tu sesat ke mana.
  • Kalau parcel korang hilang, buat stail aku. Ikot prosedur,jangan marah-marah. Manusia memang sentiasa wat silap. Termasuk aku. Marah-marah pastu minta maaf balik =')
  • Kalo barang tu bernilai sangat, jangan beli online,tapi mcm kes aku ni, takdela bernilai sangat dari segi harga,tp bernilai sangat nak guna masa majlis nanti. Alhamdulillah tak payah nak beli lagi.
  • Kalau hilang barang, aku sarankan solat hajat, baca Yassin berdoa semoga dipertemukan balik. Doa orang teraniaya & dalam kesusahan sememangnya termakbul. Percaya pada Allah =')

Progress seterusnya akan diceritakan di entri yang lain. Tata & Assalamualaikum!

Tuesday, April 5, 2011

Carta Top 10 ke........

Macam biasa, setelah lama gila menyepi, baru sedar oh, blog dah bersawang!

Dan aku nak wat update ringkas, untuk perkongsian kita bersama. 
Renung2kan dan selamat beramal. =)

_______________________________________________________

Muhasabah diri kita dan mana2 yang terkena tu, sendiri mau ingat. Tapi sendiri maklum lah, sebagai insan yang serba kekurangan kita akan lupa kerana kita pikir kita akan hidup melangit. Setiap yang hidup, akan mati, ini adalah Top Ten Reward.

Carta Top 10

Jasa anda di dunia- Meninggalkan sembahyang
Anugerah anda di akhirat - Ular Saqar sedang menunggu

Jasa anda di dunia - Melewat-lewatkan sembahyang
Anugerah anda di akhirat - Neraka WAIL sedang menganga

Jasa anda di dunia - Meringan - ringankan syariat
Anugerah anda di akhirat - Mendapat pandangan murka Al-Jabbar

Jasa anda di dunia - Mengumpat peribadi orang
Anugerah anda di akhirat - Gunting Neraka sedang diasah

Jasa anda di dunia - Menyebarkan gosip atau fitnah
Anugerah anda di akhirat - Duri duri menanti anda di taman Neraka

Jasa anda di dunia - Tidak menjaga pergaulan 
Anugerah anda di akhirat - Libasan api neraka dijanjikan

Jasa anda di dunia - Tidak berakhlak dengan manusia
Anugerah anda di akhirat - Kemurkaan Allah bersama mu..

Jasa anda di dunia - Menyakiti hati orang dengan lisan
Anugerah anda di akhirat - Masuklah mana-mana pintu neraka

Jasa anda di dunia - Meringankan amanah (termasuk dalam pekerjaan)
Anugerah anda di akhirat - Angkatlah seberkas kayu dari neraka

Jasa anda di dunia - Bersangka buruk
Anugerah anda di akhirat - Amalan baik diambil orang

_______________________________________________________________

Dari Abdullah bin 'Amru R.A, Rasullullah S.A.W bersabda,"Sampaikanlah pesanku walaupun hanya satu ayat"

terima kasih kepada Kumpulan Jurunilai atas tampalan yang bermakna di papan tanda anda. =]

Wednesday, April 7, 2010

Ini manusia ke binatang?


Sumber berita; Kosmo Online

Ini merupakan rakaman video rahsia yang memaparkan askar-askar Amerika Syarikat (AS) ketawa semasa melancarkan serangan udara dan membunuh 12 penduduk Iraq tersebar di Internet menerusi sebuah laman web.(xsure website mana)

Dua juruterbang dalam rakaman video itu sedang berbual dengan menyatakan pembunuhan itu mirip satu permainan video.

Beberapa lelaki yang melepaskan tembakan dengan menggunakan mesingan dari helikopter lantas ketawa: "Ha-ha sasaran saya kena."

Rakaman di Baghad,bertarikh 12 Julai 2007.

**************

Kejam dan tak bereperikemanusiaan.
Serius memang takde hati perut diorang nih!
Sekadar mahu berkongsi pendapat bahawa;

Dunia kini tidak selamat
Manusia semakin hilang common sense
Suami pun boleh pukul dan ugut isteri(kes Badrul Muhayat)
Ibu pun boleh tikam anak kandung sendiri(Berita semalam)
Berjaga-jagalah di sekeliling anda!

Siapa mangsa yang seterusnya?

Thursday, January 21, 2010

sila terima akibat jika kamu buat status begini di facebook

"aku bengang betulla,nape pompan ske sgt menggatal dengan laki aku?"

kalo bengang sgtpun jgnla sampai ckp cmtuh. kan da ada group DELETE *** FROM FACEBOOK,group ANTI dia pun ada gak, haisy xpasal2 jer nama jadi busuk. ish3 *geleng2 kepala sampai teleng*.

dan ada kes terbaru dalam minggu ni, pelajar ASWARA ditahan reman/didakwa sebab komen kat facebook berkenaan kes kontroversi baru2 ni mengenai "penggunaan nama Allah". sebab beliau nak offer baling bomb je dah kena dakwa. haish! setiap ketukan keyboard di hujung jari tu berisiko tau x?

pengajarannya;

*kalo wat status,jangan igt kamu seorang yang baca status tu KECUALI friend kamu ZERO dalam facebook.miahahaha.
*kalo emo,jangan kaitkan suku sakat sape2. Malaysia kan berbilang kaum.Peace! =)
*kalo bengang sgt whatever sekalipun, jangan MENCARUT. ish,nak2 lagi perempuan. xmanis la dipandang. cuba sensored sikit. xtau? meh aku ajar. "wei,mulut ko cam l***k*** la!" paham ke idok ni? ;p
* berbudi bahasa budaya kita. watpe nak emo2 dalam status. nanti orang/kawan2 kita mesti pikir, eh budak ni hari2 nak emo. period ke ape? heh :p

dan sedikit tips honeylalala nak kongsi;

*kalo aku tengah marah,aku akan dengar lagu kuat2.hak3.xbaik untuk pendengaran sebenarnya.lebey baik daripada cari penyakit lain.:p
*luahkan amarah secara membuta tuli akan menampakkan kamu ni negatif. cuba kalo marah wat status "HEY SABO JE LA!" xpun "BAWAK BERSABAR,BBASYA!" so,kawan2 anda xdela memprovok anda supaya anda lagi naik marah dan mencarut xtentu pasal.
*anda sudah besar dan sudah tentu tahu menilai mana yang baik & buruk kan? ^_*

eh eh aku ni macam bgus sgt je nasihat orang kan? :D
kdg2 aku emo aku ade je wat status emo kat fb. hik3. cakk!! :p

p/s: kadang2 bila nafsu marah menguasai,orang sekeliling pun xdipeduli.. status dishoutout pun ikut sesedap rasa..dan akhirnya bila da nampak akibatnya,baru nak menyesal..=S

Tuesday, June 9, 2009

lelaki + perempuan = kawan baik??


satu hari yang hening, aku terpikir satu benda - ade ke hubungan 'kawan baik' antara lelaki dan perempuan? aku resah memikirkannya. Ustaz aku penah cakap, antara lelaki dan perempuan xkan ada hubungan 'bestfriend' kecuali wujud 'hubungan lain' dinamakan 'perasaan istimewa'. betul ke? aku kawan ngan naim ok jerr. lantas aku menggoogle mengenai isu ini. mungkin xsama, tetapi lebih kurang. sekadar berkongsi.

Bicara Kalbu:
Suami larang terus hubungan dengan rakan

SEMASA bujang saya mempunyai ramai kenalan tetapi selepas mendirikan rumah tangga saya tidak lagi menghubungi mereka kerana larangan keras daripada suami. Saya ingin penjelasan daripada sudut agama mengenai memutuskan silaturahim antara sesama Islam atas arahan suami. Adakah tindakan itu berdosa? Saya tidak mahu menimbulkan perasaan tidak sedap hati suami terhadap saya. Atau adakah kerana taatkan suami maka saya berdosa memutuskan silaturahim. Saya ingin bertanya apakah hukumnya memutuskan silaturahim dengan kawan lama disebabkan kecurigaan suami terhadap kawan berkenaan.

Isteri serba salah

Kg Nakhoda,

Kuala Lumpur


jawapan Ustaz :

Jika kawan yang dimaksudkan puan itu ‘kenalan lelaki’ sememangnya suami puan mempunyai hak untuk menghalang puan menghubungi mereka selepas berumahtangga. Dalam Islam, istilah kawan tidak selayaknya pada jantina yang berlawanan jenis.

Jika kawan yang dimaksudkan itu tempat kita bergurau senda atau bermesra, maka Islam membataskan hanya kepada jantina yang sama. Sebolehnya kenalan dengan berlawanan jantina dibataskan mengikut adab dan peraturan pergaulan ditetapkan dalam Islam.

Apabila seseorang itu sudah berumahtangga, maka dia harus memelihara pergaulannya dengan jantina berlainan jenis dengan membataskan kepada urusan rasmi seperti kerja, persatuan dan seumpamanya.


Imam Jalaluddin as-Suyuthi meriwayatkan dalam kitab Lubabun Nuqul fi Asbabin Nuzul satu hadis daripada Ibnu Abbas bahawa Umayyah bin Khalaf, Abu Jahal bin Hisyam dan beberapa tokoh Quraisy lainnya pernah bertanya Rasulullah SAW: “Hai Muhammad! Mari, mintalah berkat daripada tuhan-tuhan kami, nanti kami akan masuk agamamu.”

Rasulullah SAW ingin sangat mereka memeluk agama Islam dengan menjelaskan mengenai Islam kepada mereka. Maka Allah berfirman yang bermaksud: “Dan sesungguhnya mereka hampir memalingkan kamu daripada apa yang telah Kami wahyukan kepadamu, supaya kamu membuat yang lain secara bohong terhadap Kami; dan kalau sudah begitu tentulah mereka mengambil kamu jadi sahabat yang setia. Dan kalau Kami tidak memperkuat (hatimu), nescaya kamu hampir-hampir condong sedikit kepada mereka. Jika terjadi demikian, benar-benarlah Kami akan rasakan kepadamu (seksaan) berlipat ganda di dunia ini dan begitu (pula seksaan) berlipat ganda sesudah mati, dan kamu tidak akan mendapat seorang penolong pun terhadap Kami.” (Surah al-Isra’, ayat 73-75)

Imam Muhammad bin Ibrahim al-Wazir (775-840 Hijrah) berkata: “Perhatikan ancaman (dari Allah SWT) yang keras ini kepada yang paling Dia cintai (Nabi Muhammad SAW), orang yang diampuni dosa-dosanya baik yang sudah lalu mahupun yang akan datang. Sesungguhnya penyebab daripada ancaman itu tidak lain adalah kerana pergaulan.”

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "(Agama) Seseorang itu adalah sama seperti (mengikuti) agama sahabat karibnya, maka perhatikan dengan siapa kalian bersahabat.” (Hadits riwayat Abu Dawud)


Berdasarkan dalil di atas tindakan puan atas arahan suami tidaklah dikategorikan sebagai memutus silaturahim. Apabila kita tidak menjauhkan diri daripada orang yang membawa kemungkaran, lambat laun nanti kitapun akan terbawa-bawa atau terikut olehnya.

Jika kawan puan itu perempuan, maka tiada yang menghalang puan untuk meneruskan hubungan seperti biasa. Bahkan hubungan itu perlu dipupuk ke arah kebaikan dan suami puan tidak seharusnya menghalang puan.

Memutuskan silaturahim adalah satu istilah yang berat kerana ia satu perbuatan dosa. Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya: “Tidak akan masuk syurga sesiapa yang memutuskan silaturahim.” Ertinya perbuatan ini termasuk dalam dosa besar.

Malah Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia memanjangkan silaturahim.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Silaturahim bermaksud menyambungkan tali persaudaraan atau kasih sayang, mengeratkan kembali rasa kecintaan serta menjaga keutuhan persaudaraan yang terbina terhadap saudara, kerabat dan teman.

Membina dan mengeratkan silaturahim adalah tuntutan yang wajib di sisi Islam di mana Rasulullah SAW membenci golongan yang suka memutuskan hubungan persaudaraan sesama manusia sebagaimana Sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Tidak halal bagi seorang Muslim menjauhi (memutuskan) hubungan dengan saudaranya melebihi tiga hari.”

Mewujudkan silaturahim bukan sekadar membawa maksud menyambung kembali ikatan persaudaraan yang sudah retak atau memulihkan semula ketegangan dalam perhubungan, malah ia membawa erti lebih luas lagi iaitu membina kemesraan dan keakraban dengan sesiapa saja menerusi sifat saling membantu dan bertolak ansur.

Biasanya punca permasalahan dan gejala keretakan persaudaraan didahului dengan pertengkaran dan saling menjauhkan diri. Seorang Muslim berkewajipan mengajak saudaranya yang bertelagah itu ke jalan perdamaian sama ada dengan cara menemui, menyapa atau memberi salam serta diikuti dengan ucapan meminta maaf.

Seseorang yang berada dalam suasana tegang (perselisihan faham) hendaklah membanyakkan sabar dan bersikap terbuka serta mengalah untuk meminta maaf atau memaafkan orang lain.

Jangan bersikap sombong dan angkuh serta menganggap diri sentiasa benar atau betul kerana inilah punca terjadinya keretakan hubungan yang berterusan. Sesungguhnya dosa sesama insan hanya boleh dimaafkan oleh manusia itu sendiri dan kemudian barulah boleh diampunkan Allah.

Jika suami puan melarang puan menghubungi kenalan perempuan, mungkin ada sebab dia bertindak demikian. Contohnya, sikapnya tidak elok atau akhlaknya yang kurang manis, maka suami puan punya asas untuk menasihati puan supaya menjauhinya. Carilah sebab musababnya dan berbincanglah secara hati ke hati dengan suami. Tetapi ini tidaklah bermakna puan harus memutuskan silaturahim dengan kenalan.

Memutuskan silaturahim bererti tidak bertegur sapa dan tidak memenuhi hak seseorang Muslim. Cukup sekadar puan mengurangkan interaksi dengannya. Adapun haknya sebagai Muslim perlu dipenuhi seperti menjawab salam, memenuhi jemputan, menziarahi apabila dia sakit, berkongsi kedukaan dan mengucapkan tahniah di atas kejayaannya, memberi nasihat apabila diminta dan menghantar jenazahnya ke tempat persemadian apabila dia meninggal dunia.

kini aku paham. berkawan kena tau batasan - batasan nya. ok, saya paham sekarang. terima kasih Ustaz! ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails