Showing posts with label tip hangat. Show all posts
Showing posts with label tip hangat. Show all posts

Sunday, April 16, 2017

Rumahku Syurgaku - Part 2 (Survey?)

Assalamualaikum!

Nampaknya ini tempoh paling lama blog ni tak dikemaskini. Dah 7 bulan!

Dan, masih menyambung cerita pasal rumah. Masa ditawarkan harga rumah tu, kami sebenarnya dah riki dan survey harga market menerusi beberapa laman seperti iproperty, ibilik, mudah, lelong dan macam - macam lagi. Rata-rata harga lebih kurang.

Rumah ni basic je. Kipas ada tapi dah uzur. Bilik air bocor teruk, dua-dua pula tu. Dengan pintu sopak lagi, dinding usah cakap la, berwarna warni dah macam taska aku tengok.

Sebenarnya nak kata lama ambil keputusan tu tak la lama sangat. Memikirkan beberapa faktor seperti :
  • Lokasi- Blok ni betul2 berhadap dengan Pejabat JMB. Kira kawasan tumpuan orang. So takde la rasa keseraman kalau encik suami lambat balik.
  • Keadaan rumah - macam aku cakap sebelum ni, basic unit & banyak defect. Disebabkan defect tu agen kasi diskaun 2k dari harga asal. Menengokkan grill tingkap dan grill beranda dah ada, ada la sikit penjimatan di situ.
Maka dengan pantasnya, esoknya terus setuju. Cuma beberapa perkara aku rasa ralat disitu :

  • Sepatutnya aku nego harga lagi murah sebab bila dah cakap setuju tu, aku baru nak kira kos pembaikan rumah tu. Paling busuk, bilik air yang bocor tu dah makan RM5 ribu jugak la. RM2 ribu diskaun tu hanya lepas untuk repair satu bilik air sahaja. Bila tanya nak nego, agen tu kata tak boleh dah sebab kami dah setuju dekat harga asal. Nak taknak terpaksa la redha (pengajaran)

Dan, aku mula bayar 3 peratus deposit booking rumah dahulu untuk sahkan bahawa aku ni pembeli yang betul-betul berminat. Masa tu dah mula cari bank untuk buat pinjaman perumahan. Agen tu siap nak bagi nombor pegawai bank lagi, tapi aku tolak sebab aku nak usaha cari sendiri & survey mana bank yang bagi tawaran yang menarik.

Antara bank yang aku pergi adalah :
  • CIMB
  • Maybank
  • Bank Islam
Kenapa tiga je? Sebab ketiga-tiga bank ni paling dekat dengan pejabat, jadi urusan jadi mudah kalau ada apa-apa perkara mustahak. Riki punya riki punya riki, akhirnya Bank Islam menjadi pilihan. Kenapa?

  • CIMB - Diorang tak terima rumah Subsale yang tiada hakmilik strata. Rumah aku nak beli ni masih lagi belum keluar title. Jadi agak susah di situ. Kemudian peratusan dia agak tinggi.
  • Maybank - Sama seperti CIMB. Rate pun tinggi.
  • Bank Islam - Pilihan. Kebetulan Bank Islam ada promosi Rumah Pertamaku. Jadi boleh buat 100% loan. Yang paling best, walaupun harga rumah ni xgah (yela bawah 200k) tapi pegawai dia melayan dengan sangat baik. Tak pilih bulu macam 2 bank di atas ni. Sangat helpful dan boleh tanya macam-macam sampai puas hati. Korang kalau nak cari pegawai bank untuk loan rumah nanti, cari Encik Shamsul Fahzill di Bank Islam Cawangan Kompleks MARA. Terbaik.



Tips untuk buat pinjaman perumahan

  • Survey semua Bank. 
  • Cari Bank dekat dengan lokasi rumah / tempat kerja anda.
  • Pastikan anda dapat pegawai yang bukan setakat nak kejar sales, tapi bantu anda bagaimana nak beli rumah tanpa masalah (akan ku coret di next entry)
  • Pastikan pinjaman anda islamik, bukan konvensional.
Rasanya cukup sampai sini dulu aku coretkan pasal bank ni. Nantikan entri seterusnya tak lama lagi. Hihi.

Till then, Assalamualaikum~

Sunday, October 26, 2014

Freemie : Pemudah Cara Ibu Bekerjaya!

Assalamualaikum semua.. maaf la baru je buka blog, berduyun komen nak tahu pasal FREEMIE!

Ampun..ampun..ampun! Kesian bagi ramai yang tertunggu tu. Maaf ler sesangat. Sekarang memang masa kemuncak, sibuk di pejabat memandangkan pejabatpun nak berpindah ke lokasi baru. Makanya aku tengah bertungkus lumus mengemas apa yang patut sebelum berpindah.

Baiklah.. bagi yang baru bergelar ibu & dah pun bergelar ibu. mesti korang ingat FREEMIE tu breastpump kan?

Sebenarnya, FREEMIE tu adalah sejenis milk collection cups yang boleh disambungkan bersama breastpump yang compatible, dimana ianya boleh menggantikan kaedah tradisional kita yang selama ni menggunakan botol semasa mengepam, dimana FREEMIE ni boleh dipasang di dalam baju anda. 

Ni medela punya. Milk Collection Shells bagi ibu yang susu dia memang meriah

Dan, yang penting, korang tak perlu menyorok dalam bilik/bawah meja/tempat sunyi untuk mengepam. Boleh mengepam di mana - mana sahaja!

Teruja kan mendengarnya?

Aku yang pakai ni lagilah berganda teruja. Ni dinamakan pam dimana-mana sahaja! Hehehehe..

Sebelum nak meneruskan entry dengan lebih lanjut, meh aku bagi close up sikit pasal FREEMIE ni kay..

   
Ni memang tiub dari pam Lacte Duet. Belah hujung kaler putih tu aku cabut..

Ni nama dia Backflow protector. Mengelakkan susu tersedut naik dalam tiub

Ni tubing. Kat hujung tu aku cantum siap2. Nama hujung tu Quick Connector

Sambung tiub Lacte kat backflow Protector kat belah ujung kecik tu

Yang ujung besar tu cucuk ngan Quick Connector

Maka dia akan jadi begini..

Freemie Cups.. sampai hilang tulisan FREEMIE tu sbb ganas sgt guna kot..ahaks~

Salah satu komponen dalam FREEMIE CUPS ni..

Kiri - Valve Kanan-Valve Base. Dua benda ni kena sambung kat dalam FREEMIE CUPS ni..

Maka terhasillah begini..

Tutup dengan penutup tu balik..

Terhasillah begini secara lengkap..

Nak pakai FREEMIE ni kena guna breastpump sedia ada. Single pump & Double pam pun boleh. 

Buat masa ni yang aku tau, breastpump yang compatible dengan FREEMIE Cups ni adalah..
  • Medela
  • Malish Ilaria
  • Lacte Duet
  • Spectra M1
Komen & Pandangan aku..


Aku dah guna hampir 2 bulan, dan so far Alhamdulillah, sangat berpuas hati. Sebelum ni kalau pumping time je kena minta excuse kat colleague nak mengepam di bilik fail. So agak segan la sebab pumping amik masa setengah jam, dalam tempoh tu kalau ada benda urgent kena tunggu aku siap mengepam. Dan aku taknak colleague aku rasa tak selesa (hati manusia siapa yang tahu kan).

So bila aku dapat tahu wujudnya FREEMIE ni, bersyukur sangat.. Sangat memudahkan kerja ibu bekerjaya ni. Nak2 pula Pam Lacte ni memang antara pam tersenyap, boleh dibawa ke mana saja since Pam Lacte boleh pakai powerbank, jadi sekarang aku pam di meja kerja sahaja.. Orang datang nak jumpa aku pun takde masalah.

Dan aku juga pernah berFREEMIE sambil bergerak. Masa tu kursus syarikat dan dalam masa sama aku kena tunaikan hak anak juga.. maka aku set siap2 dalam baju & pakai beg ala2 longchamp tu. Motor pam & powerbank dalam beg. Siap boleh berjalan sebab kursus tu kena buat ala-ala sorakan & kena banyak bergerak. Cuma jangan la lari beriye sangat, karang tumpah pulak susu tu tak ke naya kan.. aku jalan slow n steady sampai fasilitator tak perasan. Cuma dia pelik kenapa aku angkut beg. Hahahaha~

Cuma kekurangannya opkos la dada ko nampak besar, tapi jangan risau, kalau korang ni bertudung labuh & wide shawl, tak menjadi masalah (itulah sebab kenapa kita kena melabuhkan tudung kan, ada hikmahnya..eh berceramah plak aku eh). Dan tak boleh nak bajet la susu dah banyak mana.. tapi jangan risau cup tu setiap satunya 8oz, so paling kuat aku pernah dapat sebelah dalam 6oz.. alhamdulillah rezeki Sofia =)


Agak-agak nampak panjang n serabut tu boleh je adjust kasi pendek.. cuma aku ni malas nk buat lagi. Nanti ada masa baru aku alter kasi pendek, takdela nampak terjuntai2 tiub tu kan?

So, lepas ni korang boleh la buat stok susu untuk anak-anak tanpa perlu fikir pasal lokasi. cuma setting siap2 cup tu dalam baju. Risau nampak dada besar? Cover je dengan selendang.

Tak perlu bawak botol banyak2, lepas sudah pam tuang je susu ke dalam plastic storage. Dah jimat ruang =)

Backflow?

ada ibu yang guna filter, tapi macam set aku ni,aku dapat backflow protector, jadi sepanjang aku guna memang alhamdulillah xde masalah backflow. Cuma kat tubing tu nanti akan ada wap2 macam wap peluh & jgn risau ianya normal. Nak hilangkan wap tu, bila dah habis pam, cabut tube tu dari cup freemie & on motor pump tu untuk kasi angin lalu & hilangkan wap tu ye..


Beli kat mana?

Aku beli kat Hana Mujahidah, boleh pm dia di facebook https://www.facebook.com/hana.mujahidah.14

Seller ni Doktor if im not mistaken. Servis tip top, fast reply & rajin layan kerenah customer yang kuat bertanya macam aku. Memula rasa macam ragu-ragu nak beli sebab preorder kena bayar dulu (FYI aku tak pernah beli preorder item, ni memang 1st time) & alhamdulillah transaksi berjalan dengan lancar tanpa ada masalah :)

Masa aku beli tu, kena preorder. Jadi kena tunggu la kejap untuk dpt. Takdela order rini sok lusa dapat yer.


Diingatkan post ini bukan iklan berbayar.. Entry ni nak berkongsi pengalaman jer, bagi aku harga dia berbaloi. Kalau ada bumiputera sahut cabaran buat benda camgini, aku support!!



Tuesday, October 8, 2013

Menjemput, Mengumpul Alamat Jemputan Secara Sistematik!

Assalamualaikum!

Ada kawan Hani tanya, bagaimana nak menjemput menggunakan google docs tu?
Begini rupa google docs ni
Memandangkan kebanyakan member2 Hani sememangnya pengguna Facebook, even saudara mara, Hani guna medium ni untuk menjemput di samping meminta Alamat mereka untuk poskan kad jemputan.

Ok, step 1
Daftar diri sebagai pengguna gmail dahulu (tak boleh yahoo mail ke, hotmail ok? nama pun google docs kan?)

Step 2
Dah sudah daftar, buka emel tu. bila da buka inbox emel tu. bawa mouse ke kanan, tekan petak empatsegi macam dalam gambar tu. Akan keluar pilihan. Klik DRIVE
(sila abaikan emel disebalik tu hehe)


Step 3
Dah tekan DRIVE, nanti keluar 1 tab baru. Bawa mouse ke kiri sekali.

Memula klik CREATE.
Pilih FORM.


Step 4
Lepas klik FORM tu, akan keluar tab baru beserta gambarajah macam di bawah.

So, isikan Title tu sebagai contoh ; Alamat Jemputan
Kemudian, Pilih Theme. Contohnya; Cherry Blossom
Dah siap pilih apa semua, klik OK


Step 5

Ha, proses ni rumit sikit. Bila da select OK tadi,akan keluar form ni untuk diisi. 
1 - Isi tajuk (ikut contoh Hani tulis tu)
2 - Isi deskripsi apa yang korang nak bagitahu. Majlis bila ke, bla bla bla..
3 - Question Title tu macam apa maklumat korang nak? Sbg contoh Nama jemputan. Kemudian pergi kat Question Type tu, select jenis jawapan. Kalau nama Jemputan, mesti jawapan dalam bentuk Text. So, pilih text. Pastu tekan DONE (kotak biru tu)


Perasan ada box Add Item paling bawah tu? Kiranya korang nak menambah soalan seperti alamat ke, Tekan je Add Item kemudian akan keluar benda sama macam tadi nak diisi tu.. so korang edit/adjust sampai puas hati ye..

Step 6

Dah siapa apa semua, korang klik SEND FORM. Kiranya submission la tu.


Step 7

Dah klik SEND FORM tu, akan keluar popup ni. Korang copy link tu, kemudian klik DONE. link tu leh la paste kat tab baru, dan tengok hasil form korang.
Step 8

Tapiii tunggu dulu. Jangan paste dulu link tu sebab akan keluar popup ni plak.
Choose Response Destination tu bermakna bila kawan-kawan korang isi, maklumat tu akan simpan ke mana?
Pilih New Spreadsheet, isikan nama kat Untitled Form tu sebagai contoh Alamat Jemputan
Pastu tekan CREATE

Step 9

Lepas dah tekan create tu, korang pi kat View Live Form tu,klik & korang dah leh tgk form korang camner rupa dia. Kalau nak tengok alamat2 yang kawan2 korang dah isi, pergi kat View Responses sebelah kiri View Live Form tu. Memang akan keluar bentuk spreadsheet. Kreativiti ikot korang yek!

Kalau macam rasa nak improve, nak edit bagi lagi cantik, korang edit je kat situ, ulangi step 5 sampai step 7 balik. Contohnye tertinggal ayat best nak taip, tambah je balik then ulang balik step tu. Tak payah buat form baru ye, buang masa hehe..



Hope tutorial simple mimple ni dapat bantu korang eh? Kalau tak paham drop comment kat sini, insya Allah Hani leh bantu semampu yang boleh :)

Oh ya, jangan risau, form ni korang bukan setakat jemputan kenduri je, nak kumpul alamat member skolah lama, nak jemput ke majlis hari jadi, buat survey pun boleh. Normally student suka pakai form ini untuk survey selain dari guna surveymonkey :)

Wassalam (:

Sunday, April 17, 2011

Perkara yang korang kena 'noted' bila outstation & stay hotel

Entry ini dibuat bukan untuk ghadies2 @ jejaka2 yang mahu memadu kasih sayang ye, entry ini khas dibawakan untuk para pekerja yang sedang berjihad iaitu bekerja atau dengan nama lain 'outstation'




Korang pernah rasa tak bila korang diarahkan untuk outstation, perkara yang bermain dalam minda ialah korang terpaksa berjauhan dengan family. Setuju?

Kemudian hati tak rela, yela, bila namanya outstation, kerja dah jadi lebih dari 8 jam. Xpercaya? Bila balik hotel,mesti terus bukak laptop, tengok balik hasil kerja tadi,update apa-apa yang patut.

Well, itulah namanya kehidupan bekerja-outstation.

Dan ni baru mukadimah, aku baru nak masuk point apa yang perlu kita lakukan bila oustation, dan bila dah check-in hotel.

Nak oustation; apa persediaan kita perlu buat?


Packing
of course la, kena tido sana. Bila packing, mesti ambil masa yang lama kan? Pastu nak pikir la ape la. So, sila wat list dulu. Dan packing siap2 2 hari sebelum outstation. Bila rasa barang tertinggal,baru update balik pada malam sebelum outstation. Xla kelibut jadinya.

Barangan yang dibawa
Ok, certain things yang menyebabkan beg/bagasi korang jadi berat ialah kandungan barang dalam beg korang. Sampai timun tok mata pun kena bawak. Bawak basic things sudah la. Lagi bagus kalau ada travel kit. Compact dan easy.


Beg
TOLONG JANGAN bawak beg kain. lebih2 lagi kalau oustation seminggu dua. konfirm barang bertambah banyak,berat dan xlarat nak angkut. Lebih afdhal bawak bagasi. Ala xmahal pun, beli kat Mydin baru RM20. Xkan berkira kut? :p



Wang
Kalau korang kena outstation lebih2 lagi melibatkan kereta orang, jangan KEDEKUT. rancang perbelanjaan perjalanan, dan bear the cost together-gether. jangan suruh driver bayar jugak minyak & tol. kena la consider sikit. Nanti bila dah dapat claim,baru la mintak kat driver. Senang bukan?




Network Connection
Ini bukan Social Network ya. Kalau korang tengah nak outstation ke satu tempat, pastikan korang ada kawan-kawan kat sana yang leh jadi pak tourist bila korang berada di tempat asing. So, xde la dok terperap je kat hotel, pastu balik xde ole-ole. MAMABOSAN sungguh. hehe :p

Sekian untuk part nak ke outstation. Kekeringan idea sudah. Next entry aku sambung mengenai part check-in di hotel. Tengok la bila aku senang aku update ye. ngeeeeee :P

Monday, February 21, 2011

Tak payah pakai duit dengan adanya Karspersky 2011 percuma!

Ada siapa-siapa yang teringin nak membeli antivirus berjenama yang 'strong' tapi SAYANG nak keluar duit? Aku ada step nak pakai antivirus Karspersky 2011 buat selama-lamanya! Tapi, dengan menggunakan Karspersky 2011 trial, korang leh 'lanjutkan' usia sampai bila-bila!

Kalo dulu install trial setiap 30 hari kena delete pastu kena download balik, skang tak payah susah2,korang download dulu antivirus tu yang trial (30 hari) versi 11.0.2.556

Ok,kita masuk ke step bagaimana nak lanjutkan usia antivirus nih


Masuk kat kaspersky 2011

Uncheck Self Defense kaspersky 2011 tu : Masuk advanced setting (icon kotak)>self defense > uncheck self defense > apply

Keluar atau Exit kaspersky di tray icon. Pastikan tiada lagi icon kaspersky di taskbar komputer anda.

Lepas tu, klik dua kali ktr 2011 yang anda install dan extract tadi, dan tekan reset. Kaspersky akan direset semula ke 30 hari lagi. Boleh ulang semula lepas dah nak habis masa trial nanti. Selamat mencuba.

ni ha rupa aplikasi KTR Ganjin tuh

tak paham jugak? ha, tengok video ni. Gerenti paham


KTR Ganjin mungkin akan didetect sebagai virus, jadi sila wat file exclusion (kira pengecualian) utk mengelakkan ia dipadam

tak paham camne? ha, tengok video ni


selamat berjimat duit ok!

Entry ini hasil berkat nurizspace kerana beliau membenarkan aku share post ini. tenks ok! ;) lawat blog beliau untuk tips pc yang lebih menarik!

p.s: ni utk siapa2 yang rajin laaa. sebab kena reset setiap kali trial tu habis. janji tak payah guna duit. kan sng!

Wednesday, May 5, 2010

Job Hunting Bebeh! part III

seperti yang dah dijanjikan aku akan tunaikan mende yang aku nak cakap ni...

ok kawan2,kepada sesiapa yang xdapat kerja lagi.. ada berita baik kepada Job Hunters sekalian!

JobsDB.com Career Expo 2010


klik pic di atas untuk redirect ke page JOBSDB

Date: 7 - 9 May, 2010
Location: Hall 4 & 5, KL Convention Centre

Time: 10am – 7pm



  • If you have pre-register, please bring your Acknowledgement for Speedy Access

  • If you have yet to register, please bring your e-resume for registration

  • so korang dah tau ye apa yang perlu buat? Jom serbu ramai2 ke sana ok?
    p.s:kalo jumpa aku kat sana,tegur2 la ye..:-)

    oh ya,aku dah pre-register tok career fair ni,kiranya aku dpt masuk lane express berbanding orang lain yang datang tanpa wat pre-register dulu.. apa lagi,jom kawan2,kita pre-register,pas2 print dan tunjuk bukti pendaftaran tersebut ok..=)

    camne nak prereg? korang masuk website JobsDB.com.my dulu,daftar akaun dan ada iklan pasar career fair ni,trus klik untuk wat pra-pendaftaraN!

    Antara Big Company yang ada di sana ialah Maybank,Media Prima,Toshiba,HSBC,OCBC,Tv3,CANON,RHB,PLUS dan banyaaaaaak lagi! ;-)

    papepon,kepada rakan2 UM yang dah dapat kerja,sekalung syabas dan tahniah diucapkan..semoga korang semua sukses dalam alam pekerjaan dan dapat mencapaikan Job Satisfaction yang tinggi di sana ok!

    dah kali keberapa dah aku wat posting pasal Job Hunting, bila lah rezeki aku nak muncul ye? ;)(doa3kan aku ya!)

    Sekian Saya,Sofahani melaporkan dari Blok D,Kolej Kediaman Raja DR Nazrin Shah,Universiti Malaya. :D

    Saturday, December 19, 2009

    nak kahwin? baca ini dahulu c(:


    hari ini ada kenduri. hari ini dapur rumahku tidak berasap. kerana hari ini ada dua kenduri yang perlu dihadiri. aduh! saya malas mahu pergi.

    tapi mak saya kata, jika kita malas malas mahu datang kenduri, kelak nanti tiada siapa mahu datang ke majlis kenduri perkahwinan saya.

    oh tidak! saya mahu majlis saya kelak dihadiri dan dibanjiri oleh ramai orang. saya mahu lauk kenduri majlis saya tidak cukup kerana terlalu ramai jemputan. saya mahu tema garden. pastu kan,saya nak kek bertingkat-tingkat. macam2 saya nak. berkajang kajang kalau diceritakan.

    *teeeeeeeeet!!*

    bincang bab bab kahwin ni,tergerak pula hati aku nak kongsi dengan korang.especially siapa siapa yang nak plan mahu kahwin, yang tengah bertunang.. yang nak kahwin lagi satu pun boleh baca gak. aku amik ni dari satu forum. dan 100% bukan aku punya. =) sebarang ejaan maupun typo error tidak diedit.

    *kredit kepada aida.aiman [bukan nama sebenar]*



    1. Kadi : At least 6 mths b4 the proposed nikah date korang misti kener gi register kat jabatan, and biler korang gi register korang mistilah dah tahu asas
    kahwin yg akan diberikan, tarikh dan tempat nikah. Lepas register orang bolehlah book kadhi. Sorang je book.... jgn dua dua gi book plak.
    kos kadi : RM80++

    2. Kursus rumahtangger: Kener pergi.... kalau tak pergi korang takleh amek sijil nikah. Tapi then u go and collect the sijil nikah at Jabatan they never ask for the sijil kursus.... whatever it is kan baik kalau korang pergi attend the kursus. walaupun kiter dah terer dlm bab rumahtangger tapi ader baiknyer kalau kiter refresh balik aper yg telah kiter ketahui.
    kos kursus : around RM80 for the whole session (tengok tempat)

    3. Book Mak Andam: Mak Andam is one of the most important people dalam perkahwinan. Nak owang pompan..... pilih mak andam boleh makan tahun lamernyer. Of courselah, lelaki nak amek mak andam buat aper sey. At least six months misti nak book... later than that u might have a problem finding one..... kalau ader pun mak andam dari Kreta Ayer Chinese Dance Troupe.
    Kos : RM1200 (tengok baju aper...kalau ader baju batman atau otromen (mungkin mahal sikit)

    4. Photographer: Selalunyer mak andam akan rekomenkan photographer sekali. Kalau tak korang kenerlah carik sendiri. Sekarang owang melayu dah pandai.... dah pandai amek studio, dah pandai amek outdoor. Gambar xxxxl je belom owang try.
    Kos : RM800

    5. Kompang / Hadrah :Unless korang nak pakai loktang takyah panggil kompang. Kalau nak panggil at least 3 mths notice.
    Kos :RM300

    6. Dekorasi blok dan pelamin :Sekarang sudah canggih... kolong blok diorang transform jadi macam istana Taj Mahal.... kalau tak pun jadi macam lori cina mati.... letak kacang samer kuaci sudah original beb.... tinggal nak campak kerander je kat tengah-tengah. Macam macam design macam macam pattern.
    Kos :RM1000

    7. Tukang Masak and Khemah Kosi Meja:Tukang masak mesti ader beb... kalau takder camner owang nak makan? Lainlah kalau korang buat majlis kat Mac Donald's.
    Kos : RM7000 (tengok kepaler yg datang)

    8. Kereta :Unless korang nak gi bertandang jalan kaki takyahlah sewa kereter. (*naik basikal bleh gaks..) Kalau nak sewa, kenerlah sewa yg special punyer... Merc ke?... Jag ke?. kira yg besau punyer kereter lah. Janganlah plak badan korang besau abih sewa Kancil...... sampai besok pun takleh masok!
    Kos: RM300

    9. DJ/Karaoke :Kalau majlis senyap dan sunyi je taklah meriah kan? Lazimnyer owang akan engage DJ/ Karaoke services. Ader jugak yg amek band industan,brass band. At least 6 mths mesti nak kener book.
    Kos :RM850 (dengan dinner sekali)

    10. Berkat :Kira door gift lah. Yg biaser telur rebus owang kasi... tapi sekarang dah maju... diorang lagi kreatif... ader yg kasi tuala, sabun buku, cokelat, agar-agar, mangkok, gelas, surah Yasin, etc etc.
    Kos : RM3000++

    11. Miscellaneous :Perkara perkara kecik owang selalu overlook... perkara perkara kecik ginilah yg selalu membuat kocek kiter tebakar. Bender bender seperti Bunga Pahar, Sireh Dara, Kek, Sabun, Rokok Rewang, Sewa kolong blok, Tuala rewang, pisau rewang, barang-barang hantaran, cadar, kelambu, langsir, carpet, bill,lauk pauk pre and post majlis, plastik buat bungkusan, kad jemputan......
    Kos : RM2500 ++


    TOTAL ESTIMATED COST YG KORANG KENER KLUARKAN IALAH : @>-RM17,110-<@

    Belom termasok hantaran lagi beb.... korang pandai pandailah plus sendiri. Dari itu saper saper yg dah nak berkahwin.......SELAMAT PENGANTIN BARU!

    Untuk mereka yang bakal-bakal.... yang dah lepas tu, mungkin nak tahu jugak sebab musababnyer..... Zaman sekarang ni kan; hantaran makin naik harga. Maklumlah; kata dorang ikut market price. Kalau harga mas naik; naik lagi harga bakal2 bini. Tak ikut market price nanti orang kata kedekut lah; sengkek lah; tak mampu jangan ada hati nak
    kahwin lah; hai... macam-macam story lagi. Biasanya yang letak harga ialah mak sebelah pompan. Bapak selalu ikutkan aje; ni semua kerja orang pompan, dorang kata. Kadang2 ada jugak pompan sendiri yang letak harga; lepas tu pakat dengan mak.

    Mengikut survey; sekarang paling minimum RM6000. Hantaran RM5000; RM4000 masih ada jugak; tapi dah boleh kira pakai jari tangan je. Yang ada hantaran kira okay lah; tapi ada serba satunya lagi. Cuma serba-serbi dan serba boleh je belum ada lagi.

    Kat sini aku ada beberapa sebab kenapa sekarang hantaran makin mahal. Hah... korang bacalah:-


    Sebab musababnya:-
    1. Anak pompan sorang
    2. Anak pompan sekolah tinggi 20 tingkat
    3. Anak pompan paling jambu dalam family
    4. Anak pompan kerja high post
    5. Anak pompan biasa pakai barang branded
    6. Anak pompan yang tastenya... berkajang-kajang kalau disenaraikan
    7. Kakak belum kahwin; jadi kena kasi double untuk
    belanja kakaknya sekaligus
    8. Anak pompan yang rasa dirinya... lengkap segala-gala
    9. Bapak pompan towkay kayu balak; mak pulak bekas eksekutif
    10 Anak pompan tu pun jenis ek... semacam jer - ( tak lah ni tipu..mana der...ohmy.gif) )


    Selalunya jawapan yang diberi oleh pihak lelaki kalau hantaran melampau sangat (ni dorang bebual antara family lelaki je):-


    1."Eh! Nak meniaga anak ke pe?" Kadang tu mak bapak ok jer sianak lak lebih-lebih
    2."Kalau pandai masak ke jahit ke; satu hal jugak. Ni asik pandai mekap je."
    3."Camni bilang dorang simpan anak tu dalam store buat perhiasan."
    4."Kalau lawa macam Karishma Kapoor tu takpe jugak. Ni idung pesek macam kena lengnyek je."
    5."Apa dorang ingat kita sedara Bill Gates ke?"
    6."Lupakan sudah budak pompan tu. Nanti mak carik kan yang lebih power dari Catherine Zeta-Jones eh?"


    Kata2 dari sebelah pompan yang lelaki ingin sangat nak dengar


    1."Ikut suka hatilah. Berapa yang lelaki kasi; kita ambik je. Member tak cerewet."
    2."Takpelah. Kalau tak boleh adakan sekarang; kahwin dulu. Lepas tu bayar pelan-pelan cara instalment."
    3."Jangan bimbang. Korang cuma adakan hantaran je. Duit majlis semua kita sponsor."
    4."Pasal sekarang ni musim great sale sana sini; jadi kita ada staff discount. Korang cuma kasi 10% je."
    5."Berapa korang nak kasi, kasilah. Nak ambik free pun takpe. Anak pompan kita ramai lagi."
    6."Apakata kalau korang ambik kakaknya sekali. Tapi hantaran tetap sama. Kira 2 for the price of 1 ler. Risaulah kakaknya tak kahwin- kahwin."


    Kalau kena pulak family lelaki yang loaded makan tak abis punya; jawapannya :-

    1"Okay setuju. Kita up lagi RM10,000. Nothing much ler."
    2."Ehh sikit nah! Camni tak nak lah. Tak sama standard dengan kita punya expectation ler."
    3."Ni hantaran kira Rupiah ke Sing dollars? Kita cuma simpan American dollars je.
    4."Kita tak kasi pakai cash ler. Korang pilih nak AMEX ke; Diners ke; boleh kata semua credit card kita ada lah.
    5."Sebagai hadiah upacara masuk minang ni; kita ada siapkan kereta Lambhorgini. Tu anak bujang kita tengah parking kat bawah tu.
    6."Ni korang mintak hantaran ke; mintak duit nak belikan dia baju tidur.Murah nah?


    Haa... tu lah beberapa kerenah orang melayu kita ni. Jadi untuk pasangan2 yang nak kawin tu; bincang betul2 antara korang dengan family dalam hal ni.


    Mak pompan tu pun kalau nak letak harga; berpatutanlah dengan kemampuan pihak lelaki. Kalau tak berdengek lelaki tu nak adakan hantaran mahal2. Hati dah suka punya pasal; semua boleh aje. Cukup time badan cengkung-mengkung tak larat nak naik pelamin pasal kerja tiga empat macam untuk kumpul duit. Ada pulak tu..yg terpaksa amik personal loan.. bank rakyat... bank Islam... atau guna kredit card.. lepas kawin.. kepala lagi sewel, dok pikir nak bayar hutang, loan rumah, loan kereta, loan komputer,'loan bini,..tak tercapai lah maksud perkahwinan yg sepatutnya semakin memudahkan kehidupan.. dah terbalik.. jadi semakin susah.

    p/s:tergelak gelak aku membacanya.but its a reality what?


    lu pikir ar sdiri~

    Tuesday, June 9, 2009

    lelaki + perempuan = kawan baik??


    satu hari yang hening, aku terpikir satu benda - ade ke hubungan 'kawan baik' antara lelaki dan perempuan? aku resah memikirkannya. Ustaz aku penah cakap, antara lelaki dan perempuan xkan ada hubungan 'bestfriend' kecuali wujud 'hubungan lain' dinamakan 'perasaan istimewa'. betul ke? aku kawan ngan naim ok jerr. lantas aku menggoogle mengenai isu ini. mungkin xsama, tetapi lebih kurang. sekadar berkongsi.

    Bicara Kalbu:
    Suami larang terus hubungan dengan rakan

    SEMASA bujang saya mempunyai ramai kenalan tetapi selepas mendirikan rumah tangga saya tidak lagi menghubungi mereka kerana larangan keras daripada suami. Saya ingin penjelasan daripada sudut agama mengenai memutuskan silaturahim antara sesama Islam atas arahan suami. Adakah tindakan itu berdosa? Saya tidak mahu menimbulkan perasaan tidak sedap hati suami terhadap saya. Atau adakah kerana taatkan suami maka saya berdosa memutuskan silaturahim. Saya ingin bertanya apakah hukumnya memutuskan silaturahim dengan kawan lama disebabkan kecurigaan suami terhadap kawan berkenaan.

    Isteri serba salah

    Kg Nakhoda,

    Kuala Lumpur


    jawapan Ustaz :

    Jika kawan yang dimaksudkan puan itu ‘kenalan lelaki’ sememangnya suami puan mempunyai hak untuk menghalang puan menghubungi mereka selepas berumahtangga. Dalam Islam, istilah kawan tidak selayaknya pada jantina yang berlawanan jenis.

    Jika kawan yang dimaksudkan itu tempat kita bergurau senda atau bermesra, maka Islam membataskan hanya kepada jantina yang sama. Sebolehnya kenalan dengan berlawanan jantina dibataskan mengikut adab dan peraturan pergaulan ditetapkan dalam Islam.

    Apabila seseorang itu sudah berumahtangga, maka dia harus memelihara pergaulannya dengan jantina berlainan jenis dengan membataskan kepada urusan rasmi seperti kerja, persatuan dan seumpamanya.


    Imam Jalaluddin as-Suyuthi meriwayatkan dalam kitab Lubabun Nuqul fi Asbabin Nuzul satu hadis daripada Ibnu Abbas bahawa Umayyah bin Khalaf, Abu Jahal bin Hisyam dan beberapa tokoh Quraisy lainnya pernah bertanya Rasulullah SAW: “Hai Muhammad! Mari, mintalah berkat daripada tuhan-tuhan kami, nanti kami akan masuk agamamu.”

    Rasulullah SAW ingin sangat mereka memeluk agama Islam dengan menjelaskan mengenai Islam kepada mereka. Maka Allah berfirman yang bermaksud: “Dan sesungguhnya mereka hampir memalingkan kamu daripada apa yang telah Kami wahyukan kepadamu, supaya kamu membuat yang lain secara bohong terhadap Kami; dan kalau sudah begitu tentulah mereka mengambil kamu jadi sahabat yang setia. Dan kalau Kami tidak memperkuat (hatimu), nescaya kamu hampir-hampir condong sedikit kepada mereka. Jika terjadi demikian, benar-benarlah Kami akan rasakan kepadamu (seksaan) berlipat ganda di dunia ini dan begitu (pula seksaan) berlipat ganda sesudah mati, dan kamu tidak akan mendapat seorang penolong pun terhadap Kami.” (Surah al-Isra’, ayat 73-75)

    Imam Muhammad bin Ibrahim al-Wazir (775-840 Hijrah) berkata: “Perhatikan ancaman (dari Allah SWT) yang keras ini kepada yang paling Dia cintai (Nabi Muhammad SAW), orang yang diampuni dosa-dosanya baik yang sudah lalu mahupun yang akan datang. Sesungguhnya penyebab daripada ancaman itu tidak lain adalah kerana pergaulan.”

    Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "(Agama) Seseorang itu adalah sama seperti (mengikuti) agama sahabat karibnya, maka perhatikan dengan siapa kalian bersahabat.” (Hadits riwayat Abu Dawud)


    Berdasarkan dalil di atas tindakan puan atas arahan suami tidaklah dikategorikan sebagai memutus silaturahim. Apabila kita tidak menjauhkan diri daripada orang yang membawa kemungkaran, lambat laun nanti kitapun akan terbawa-bawa atau terikut olehnya.

    Jika kawan puan itu perempuan, maka tiada yang menghalang puan untuk meneruskan hubungan seperti biasa. Bahkan hubungan itu perlu dipupuk ke arah kebaikan dan suami puan tidak seharusnya menghalang puan.

    Memutuskan silaturahim adalah satu istilah yang berat kerana ia satu perbuatan dosa. Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya: “Tidak akan masuk syurga sesiapa yang memutuskan silaturahim.” Ertinya perbuatan ini termasuk dalam dosa besar.

    Malah Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia memanjangkan silaturahim.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

    Silaturahim bermaksud menyambungkan tali persaudaraan atau kasih sayang, mengeratkan kembali rasa kecintaan serta menjaga keutuhan persaudaraan yang terbina terhadap saudara, kerabat dan teman.

    Membina dan mengeratkan silaturahim adalah tuntutan yang wajib di sisi Islam di mana Rasulullah SAW membenci golongan yang suka memutuskan hubungan persaudaraan sesama manusia sebagaimana Sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Tidak halal bagi seorang Muslim menjauhi (memutuskan) hubungan dengan saudaranya melebihi tiga hari.”

    Mewujudkan silaturahim bukan sekadar membawa maksud menyambung kembali ikatan persaudaraan yang sudah retak atau memulihkan semula ketegangan dalam perhubungan, malah ia membawa erti lebih luas lagi iaitu membina kemesraan dan keakraban dengan sesiapa saja menerusi sifat saling membantu dan bertolak ansur.

    Biasanya punca permasalahan dan gejala keretakan persaudaraan didahului dengan pertengkaran dan saling menjauhkan diri. Seorang Muslim berkewajipan mengajak saudaranya yang bertelagah itu ke jalan perdamaian sama ada dengan cara menemui, menyapa atau memberi salam serta diikuti dengan ucapan meminta maaf.

    Seseorang yang berada dalam suasana tegang (perselisihan faham) hendaklah membanyakkan sabar dan bersikap terbuka serta mengalah untuk meminta maaf atau memaafkan orang lain.

    Jangan bersikap sombong dan angkuh serta menganggap diri sentiasa benar atau betul kerana inilah punca terjadinya keretakan hubungan yang berterusan. Sesungguhnya dosa sesama insan hanya boleh dimaafkan oleh manusia itu sendiri dan kemudian barulah boleh diampunkan Allah.

    Jika suami puan melarang puan menghubungi kenalan perempuan, mungkin ada sebab dia bertindak demikian. Contohnya, sikapnya tidak elok atau akhlaknya yang kurang manis, maka suami puan punya asas untuk menasihati puan supaya menjauhinya. Carilah sebab musababnya dan berbincanglah secara hati ke hati dengan suami. Tetapi ini tidaklah bermakna puan harus memutuskan silaturahim dengan kenalan.

    Memutuskan silaturahim bererti tidak bertegur sapa dan tidak memenuhi hak seseorang Muslim. Cukup sekadar puan mengurangkan interaksi dengannya. Adapun haknya sebagai Muslim perlu dipenuhi seperti menjawab salam, memenuhi jemputan, menziarahi apabila dia sakit, berkongsi kedukaan dan mengucapkan tahniah di atas kejayaannya, memberi nasihat apabila diminta dan menghantar jenazahnya ke tempat persemadian apabila dia meninggal dunia.

    kini aku paham. berkawan kena tau batasan - batasan nya. ok, saya paham sekarang. terima kasih Ustaz! ^_^

    Monday, September 15, 2008

    alahai nasib..

    (ekceli aku xperasan citer ni dh lama terperok dalam gerobok blogku ini as draft.. tp aku postkan utk pengetahuan korang.)

    kesian,serabut & speechless.
    banyak sgt2 perkara berlaku sejak 2,3,4,5 menjak ni dan semua perkara tu mmg sgt2 mendukacitakan. termasuklah kawan aku,ain.

    ceritanye gini,minggu lepas(selasa yg lalu) aku g pasar ramadhan yg terletak di seksyen 17 yg bdekatan ngan matriks UIA(sape xtau aku hempuk sorang2). kebetulan kat pasar ramadhan tu ada pasar malam. kitorang pon usya2 la brg2 yg cambest. nk dijadikan cerita,sherod a.k.a sharifah radhiah & the gang pesan kami makanan gak. so kami pon blikan tmasukla makanan aku skali.

    sesampainye di gerai meehon sup,ain menyerahkan aku duit beliau. agak byk jugak la dlm wallet die,dlm RM25o gitu. n after ktorg membeli belah,ktorg pon balik lar,, n suddenly ain perasan pocket beg die terbukak! dan seperti yg korang dpt jangka,wallet ain hilang!! handphone ain pon hilang!! mmg aku n ain menggelabah giler. mana xnyer,dalam wallet tu ade duit nk dekat rm300. kad ID student UM,kad ATM,IC sume ada dalam wallet tu. bapak ar! mmg @$%# sungguh pencurik tu! nasib baik handphone ain lg 1 xkena curik.

    aku n ain try call no celcom ain. sah! dah kena cilok. henpon dah dioff da. mmg hampeh! muka ain da berkerut sejuta dah. aku plak dah xtau nk ckp pe. terkesima dowh! mane xnye,sem ni je ain kehilangan brg2 yg sgt2 berharga dalam hidup die-skuter EGOnye && wallet beserta pte stuff. kesian. aku dah xdpt nk ckp pa dah.

    last2 kami g balai polis dan wat report dalam kol 7.05 ptg. finish je wat report,pak polisi suruh lak ktorg wat pengesahan laporan kat Balai Polis Mutiara Damansara. humangaih! jauhnya! kat Brickfields xleh ka? menyakitkan hati sungguh,dahla duit hilang,nk lak kne g jauh2 tok jumpe pegawai penyiasat! mcm la die dpt ganti lik RM3oo tuh kan? siyes aku ckp,kalo ada borang penilaian perkhidmatan Polis,aku nk komplen pasal pengesahan wat report tuh. cuba bayangkan kalau org tuh xde motor@kenderaan. nak2 pulak bru pas kne pow xpon ilang motor cm kwn aku tuh,cmne nk g sana? consider sket la beb! org wat report polis bukan nk menambahkan masalah! even ini prosedur tlgla jgn menyusahkan pelapor tersebut. kalau anak berada lain citer beb!

    kesimpulannya,xkira di bulan Ramadhan ataupun bulan bintang,korang kena berhati2..
    antara tips2 berguna dr aku ialah:

    1. Asingkan. kalo bawak duit byk,asing2kan. contohnye bwk rm200,sekeping rm50 letak kat poket kanan,sekeping lg letak kat poket kiri,sekeping lg letak kat dalam pencil box dan sekeping lg selit kat celah spenda.(pencurik pon geli nk seluk)

    2.
    guna tali anjing. if bawak wallet,pasang rantai mcm anjing punyer xpun ala2 hiphop punya,pas2 pasang kat tali pinggang,konfom kalo pencuri tu nk curi die tercuri ngan korang2 skali.

    3.
    jgn bwk wallet. kalo dalam wallet korang tu ade sume doc penting e.g ic,lesen,kad id ostel. jgn bwk. incase kena curik,xnaya? kalo bwkpun,suruh bf korang pegang xpun simpan dlm seat moto yg dijamin keselamatan dengan berantaikan rantai anjing.

    4.
    wat salinan doc. utk mengelakkan korang dikenalpasti sbg PATI disebabkan muka korang yg mempunyai ciri2 PATI yang asli,maka wat la salinan ic,lesen,dan kad id. xterkilan la if kena selukpon. aiman xkisah~ jangan korang wat duit fotostat sudah,aku xtanggung!

    5.
    bawak duit secukupnya. jangan bwk duit cash yg byk. korang disarankan bwk kad atm dan selitlah kad itu di mane2 celah bedah yg pencurik xkan jumpa. kalo korang mmg plan nk beli nasi berlaukkan ayam berempah herba rm9.90,bawak rm5.00. xmembazir. diet pon berguna.

    6.
    tawakal. if sume cara di atas ni korang da wat. tawakal jela weh! sesungguhnya kita yg merancang,ALLAH yg tentukan. lu pikir a sdiri!

    Sunday, September 14, 2008

    alkisah selendang && tudung!

    arini aku online dr umah (maknanya aku balik umahle) dan aku nk menyatakan rasa riaknya bahawa arsenal menang besar dengan mengalahkan blackburn 4-0.. big applause to ARSENAL (bunyi background riuh bertepuk tangan)
    dan aku ingin menyatakan rasa simpati(sbenonye padan muka) kpd MU coz tersungkur malu di tapak kaki LIVERPOOL 2-1.. yes!! puas ati aku.. mesti lg puas if tersungkur di kaki ARSENAL..pasti aku bersorak riang!(jgn marah MU fanz,nk wat cmne kan?)

    semalam(sabtu) sekali lagi aku g Jalan TAR kalini ngan family aku.(cuba korang bayangkan dua hari berturut2 ke Jalan TAR ibarat berjalan di atas treadmill OSIM 2hari tanpa tutup suis..mmg leh tercabut kaki aku dibuatnye) dan aku telah kalah dengan godaan nafsu (sekali lagi) setelah tergoda dengan tudung2 cantik di Butik ARIANI(berhadapan JAKEL-sponsor cari menantu tv9). sape2 yang minat selendang/tudung,aku sarankan gi la ke butik ARIANI ni..mmg lawa! lagi satu-BUTIK HAJABA,BANGSAR VILLAGE. kalo nk murah Jalan TAR pon leh dpt,tp kalo nk kualiti dan kepuasan(tp korang kena la berkorban wang ringgit) aku sarankan 2 butik ni.

    actually aku baru berjinak2 dalam bidang perselendangan ni.. bererti aku hendak mengubah imej aku kpd lebih ayu dr biasa. tp maaf la,aku xdpt upload pic sbb aku malas nk upload kt pc umah ni..lambat!! dan lagi satu.. tontonlah BUSANA kat tv9,mmg berguna,tips2 bertudung dan shopping2 utk muslimah mmg sgt2 menarik.. dan minggu depan aku nak 'berburu' lagi.. di SILK CENTRE di Ampang Park!!

    kalo aku rajin aku akan upload pic. sekian mekaseyh!!

    Sunday, September 7, 2008

    kurus

    sebelum bulan syawal merangkak malas menggantikan bulan ramadan yg tersipu2 malu ,aku telah membuat pelan ala2 engineer berteraskan azam sebelum raya(bukan azam tahun baru mahupun azam merdeka):

    aku nk kurus! adakah aku xbersyukur dgn apa yg telah aku kecapi selama ini? tidak! aku telah mendapat hidayah dan testismonial dr org ramai bahawa aku kelihatan sedikit gemuk (perhatian-cuma sedikit berisi) di mana aku telah mengalami fobia yang maha dahsyat sehinggakan aku xberani hendak keluar bertemu janji dengan mana2 lelaki hot kat mesia ni.=P

    so,aku telah menguatkan azam dalam diri aku bahawa aku mesti kurus! kurus!kurus!(mcm zikir degawan jongos pulak). jgn setakat ckp aje,usaha kena ade tol x?

    aku akan CUBA:

    1. KURANGkan makanan berLEMAK(e.g ayam,masak lemak)
    2. LEBIHkan sayuran
    3. BANYAKkan minum air
    4. RAJINkan diri BERAK setiap hari(sape2 yg tgh mkn bc blog ni aku xtanggung,sbb korg mesti xpose time 2)
    5.PAKAIlah losyen MUSTAJAB(promote beb!)
    6. tido AWAL
    7. JANGAN makan lwt malam


    dan..last skali..



    8. EXERCISE la wehh!! camne nk kurus kalo xbersenam kan?=P

    sekian.tips hangat dr honeylalala. lebey hangat dr nasi hangit. lalala.~

    **sape2 yg terasa gemok,cepat2 ikot tips aku. aku jamin korang akan seramping SALOMA. hahaha.

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails