Showing posts with label married life. Show all posts
Showing posts with label married life. Show all posts

Sunday, April 16, 2017

Rumahku Syurgaku - Part 2 (Survey?)

Assalamualaikum!

Nampaknya ini tempoh paling lama blog ni tak dikemaskini. Dah 7 bulan!

Dan, masih menyambung cerita pasal rumah. Masa ditawarkan harga rumah tu, kami sebenarnya dah riki dan survey harga market menerusi beberapa laman seperti iproperty, ibilik, mudah, lelong dan macam - macam lagi. Rata-rata harga lebih kurang.

Rumah ni basic je. Kipas ada tapi dah uzur. Bilik air bocor teruk, dua-dua pula tu. Dengan pintu sopak lagi, dinding usah cakap la, berwarna warni dah macam taska aku tengok.

Sebenarnya nak kata lama ambil keputusan tu tak la lama sangat. Memikirkan beberapa faktor seperti :
  • Lokasi- Blok ni betul2 berhadap dengan Pejabat JMB. Kira kawasan tumpuan orang. So takde la rasa keseraman kalau encik suami lambat balik.
  • Keadaan rumah - macam aku cakap sebelum ni, basic unit & banyak defect. Disebabkan defect tu agen kasi diskaun 2k dari harga asal. Menengokkan grill tingkap dan grill beranda dah ada, ada la sikit penjimatan di situ.
Maka dengan pantasnya, esoknya terus setuju. Cuma beberapa perkara aku rasa ralat disitu :

  • Sepatutnya aku nego harga lagi murah sebab bila dah cakap setuju tu, aku baru nak kira kos pembaikan rumah tu. Paling busuk, bilik air yang bocor tu dah makan RM5 ribu jugak la. RM2 ribu diskaun tu hanya lepas untuk repair satu bilik air sahaja. Bila tanya nak nego, agen tu kata tak boleh dah sebab kami dah setuju dekat harga asal. Nak taknak terpaksa la redha (pengajaran)

Dan, aku mula bayar 3 peratus deposit booking rumah dahulu untuk sahkan bahawa aku ni pembeli yang betul-betul berminat. Masa tu dah mula cari bank untuk buat pinjaman perumahan. Agen tu siap nak bagi nombor pegawai bank lagi, tapi aku tolak sebab aku nak usaha cari sendiri & survey mana bank yang bagi tawaran yang menarik.

Antara bank yang aku pergi adalah :
  • CIMB
  • Maybank
  • Bank Islam
Kenapa tiga je? Sebab ketiga-tiga bank ni paling dekat dengan pejabat, jadi urusan jadi mudah kalau ada apa-apa perkara mustahak. Riki punya riki punya riki, akhirnya Bank Islam menjadi pilihan. Kenapa?

  • CIMB - Diorang tak terima rumah Subsale yang tiada hakmilik strata. Rumah aku nak beli ni masih lagi belum keluar title. Jadi agak susah di situ. Kemudian peratusan dia agak tinggi.
  • Maybank - Sama seperti CIMB. Rate pun tinggi.
  • Bank Islam - Pilihan. Kebetulan Bank Islam ada promosi Rumah Pertamaku. Jadi boleh buat 100% loan. Yang paling best, walaupun harga rumah ni xgah (yela bawah 200k) tapi pegawai dia melayan dengan sangat baik. Tak pilih bulu macam 2 bank di atas ni. Sangat helpful dan boleh tanya macam-macam sampai puas hati. Korang kalau nak cari pegawai bank untuk loan rumah nanti, cari Encik Shamsul Fahzill di Bank Islam Cawangan Kompleks MARA. Terbaik.



Tips untuk buat pinjaman perumahan

  • Survey semua Bank. 
  • Cari Bank dekat dengan lokasi rumah / tempat kerja anda.
  • Pastikan anda dapat pegawai yang bukan setakat nak kejar sales, tapi bantu anda bagaimana nak beli rumah tanpa masalah (akan ku coret di next entry)
  • Pastikan pinjaman anda islamik, bukan konvensional.
Rasanya cukup sampai sini dulu aku coretkan pasal bank ni. Nantikan entri seterusnya tak lama lagi. Hihi.

Till then, Assalamualaikum~

Sunday, November 2, 2014

Major #Throwback - Bali

Dalam kesibukan aku tengah mengupdate handphone yang sangatlah penuh dengan gambar, aku terbelek gambar ini ;


Lokasi : Dreamland, Bali

Masa ni Sofia (maybe) dalam perut kot (ahaks!) 
Pergi honeymoon lepas kenduri bertandang belah husband.
Masa kenduri bertandang pun sedara dah tegur macam dah ada 'isi'. Wah wah, orang-orang berpengalaman memang hebat sungguh meneka :P

Kalau nak update mengenai bali ni pon, maybe lebih kepada sightseeing jela. Pasal bajet habis lupa dah. Almaklumlah setahun sudahpun berlalu.

Papepun, bali memang best! 

Thursday, October 30, 2014

Lahirnya Safiyah Sofia ke Dunia - Part 5 (FINALE EPISODE)

Bersambung...


Aku dah mula panik! Takkan darah lagi??

Aku sengetkan badan dari tempat duduk, 


YE, MEMANG DARAH!!

Dan masa tu nurse & doktor pelatih bergegas mencapai peralatan & tirai katil mula ditutup untuk buat pemeriksaan. 

Kemudian nurse pasangkan alat CTG untuk pantau baby dalam perut sekali.

"Doktor, darahnya memang banyak & non stop. Kena buat sesuatu ni"

Sesuatu ni? Aku dah kaget. Kena operate trus ke malam ni jugak?

Jangan la.. jangan la..aku tak bersedia lagi ni. Muka aku dah nak nangis dah. Macam budak kecik takut kena cabut gigi gayanya.

Kebetulan hari tersebut, doktor pakar incharge malam tu. Dia datang dalam 3 minit kemudian, tengok buku laporan aku & dengar explaination nurse & doktor pelatih yg memeriksa aku td.

Dia datang kat aku,

"Puan Sofahani, saya harap puan dapat bertenang ya. Puan mengalami bleeding yang tidak berhenti & ini akan membahayakan bayi dalam kandungan. Puan ada rasa contraction tak?"

"Tak pun doktor, saya tak rasa apa-apa" air mata aku mula jadi murah, nak meleleh.

"Dari keputusan CTG ni, ada contraction, betul awak tak rasa?"

Aku mengangguk lemah. Muka memohon simpati.

"Begini ya puan, memandangkan bleeding pun tidak berhenti, kami terpaksa selamatkan bayi puan dalam ni, sebab ini akan bahayakan nyawa puan & bayi kalau kami tak betindak cepat. Jadi kami terpaksa buat emergency operation ke atas puan ya"

Bagai terpukul dengar ayat tu. Macam tak percaya, aku akan bersalin?? Hari ini??

"Puan bersiap sedia tukar baju untuk ke bilik pembedahan ya,"

Kak Eton & kawan-kawan yang lain dah risau. Memang kelam kabut masa tu. Cepat-cepat aku call husband, sambil nangis-nangis.

Selesai urusan memaklumkan ahli keluarga & menyerahkan barang peribadi kepada kawan-kawan, aku mula diletak ke atas stretcher (betul ke?) untuk di bawa ke OT (Operation Theatre). Masa diangkat tu pon masih terasa darah tu mengalir. Habis basah katil tu. 

Ya Allah, selamatkanlah anak aku di dalam ni. Takpelah nak, nak keluar awal pun keluarlah asalkan selamat.

Masa tu memang dah tak boleh tunggu suami sampai dah, sebab dah tahap emergency kena operate la tu jugak. Rasa sedih pun ada, disorong oleh nurse ke OT tanpa ditemani suami kesayangan di sisi. Sedih sangat masa tu ='( (Maka beruntunglah korang yang suami teman tengok korang bersalin tuuu)


----------------------------------------------------------

Bilik Operation


Sampai je bilik tu, serius rasa sejuk. Sejuk sangat! Memang sejuk sampai tahap kena pakai sweater. Maybe nak mengelakkan bakteria/kuman membiak dalam suhu macam tu.

Dalam pada sedih/saspen/riso/nebes nak kena belah perut tu, sempat lagi doktor cheer-up kan aku. Siap kata, 

"Jangan risau ye puan, jangan panik, kejap je ni,"

Aku tahu kalau diorang kat tempat aku pun panik gak, tapi tu sume nak menyedapkan hati jer.

Dalam tempoh tu, aku kena tandatangan surat pengesahan/consent letter untuk bersalin secara pembedahan. Tanda tangan pun da herot berot masa tu.

Sambil menunggu, aku dibaringkan ke meja pembedahan(meja ke?) macam katil je xsilap.

Kemudian, doktor pakar bius datang, nak suntik EPIDURAL di tulang belakang aku.

"Puan, duduk & pegang bantal ni ye,"

Sambil pegang bantal tu, aku terasa suntikan dari belakang. Bagi aku, suntikan tu tak sesakit suntikan DEXA (suntikan mematangkan paru-paru baby). Dan dalam tempoh xsampai 20 minit, paras pinggang dan kebawah terus rasa kebas, cubit pun tak rasa.

Tak cukup dengan itu saja, kiri kanan tangan kena cucuk tiub air, nak mengelakkan aku dehydrate & prepare takut aku hilang darah banyak. Kemudian di bahu pun kena cucuk, dan masa tu aku dah mamai sangat so pasrah & menyerah jela..

Kain tirai diangkat dari paras dada bagi menghalang aku nampak apa berlaku disebalik kain tu. Tapi aku tetap dapat rasa. macam semut2 berlari atas perut. Mungkin pisau tu tengah toreh perut aku? Wallahualam.. 

Aku dibius separuh badan, jadi aku masih boleh mendengar & merasa sikit-sikit. Part yang paling aku takleh lupa, aku rasa bahagian perut aku ditekan sekuat-kuatnya (aku tak rasa sakit pun), tapi rasa ditekan tu macam rasa orang tengah kopak buah durian. Haaaa camtulah rasa dia.

Tepat 11.19 malam, 8 April 2014, lahirlah anakku melalui kaedah pembedahan. 

Masa tu, aku tak sedar bila anak aku nangis, dah keluar ke, tahu-tahu dah siap. Masa jahit tu pon rasa perut digoyang-goyang. Bayangkan kalau dijahit di perut tanpa bius? PERGHHHHHHH~

Selesai upacara pembedahan,aku ditolak keluar dari OT. Nampak lah muka suami menunggu di luar, dan aku diletak sebentar di 1 bilik untuk dimasukkan air ke dalam badan.

Masa tu rasa alam berputar-putar, pening. Kalau berdiri silap-silap leh jatuh,pening sangat. Disebabkan pening ya amat, terus aku terlelap dalam bilik tu...


Dalam hati masih tertanya, anak aku macam mana? Kenapa doktor tak tunjuk anak masa lepas dikeluarkan? Mungkin ada sebab.. 

Alhamdulillah, janji anak selamat dilahirkan & gugurlah dosa ibu yang melahirkan bayi ibarat seperti daun kering yang gugur...

Lepas setengah jam direhatkan di bilik khas, aku ditempatkan di katil ibu bersalin, dan aku nampak keluarga mertua & keluarga aku hadir melawat. Terharu rasanya. Masa tu, suami di wad NICU melawat anak & mengazankan anak kami di sana.

Esok paginya, aku minta incik suami snap curi-curi gambar anak di sana. (Kat wad NICU memang payah nak snap gambar anak)

"Sayang nak tengok ke? Abang takut nanti ayang nangis,"

"Tak pela, nak tengok gambar anak,"

*Sent*

Dan inilah gambarnya pada usia 1 hari. Menggunakan tabung pernafasan.

Naluri keibuan, memang aku menangis. Sedih. =(



Sekian, inilah kisah bersalin ku yang tidak seberapa. Insya Allah kalau rajin akan ku update kisah sepanjang sebulan kena tahan di hospital ya..

Sunday, October 26, 2014

Freemie : Pemudah Cara Ibu Bekerjaya!

Assalamualaikum semua.. maaf la baru je buka blog, berduyun komen nak tahu pasal FREEMIE!

Ampun..ampun..ampun! Kesian bagi ramai yang tertunggu tu. Maaf ler sesangat. Sekarang memang masa kemuncak, sibuk di pejabat memandangkan pejabatpun nak berpindah ke lokasi baru. Makanya aku tengah bertungkus lumus mengemas apa yang patut sebelum berpindah.

Baiklah.. bagi yang baru bergelar ibu & dah pun bergelar ibu. mesti korang ingat FREEMIE tu breastpump kan?

Sebenarnya, FREEMIE tu adalah sejenis milk collection cups yang boleh disambungkan bersama breastpump yang compatible, dimana ianya boleh menggantikan kaedah tradisional kita yang selama ni menggunakan botol semasa mengepam, dimana FREEMIE ni boleh dipasang di dalam baju anda. 

Ni medela punya. Milk Collection Shells bagi ibu yang susu dia memang meriah

Dan, yang penting, korang tak perlu menyorok dalam bilik/bawah meja/tempat sunyi untuk mengepam. Boleh mengepam di mana - mana sahaja!

Teruja kan mendengarnya?

Aku yang pakai ni lagilah berganda teruja. Ni dinamakan pam dimana-mana sahaja! Hehehehe..

Sebelum nak meneruskan entry dengan lebih lanjut, meh aku bagi close up sikit pasal FREEMIE ni kay..

   
Ni memang tiub dari pam Lacte Duet. Belah hujung kaler putih tu aku cabut..

Ni nama dia Backflow protector. Mengelakkan susu tersedut naik dalam tiub

Ni tubing. Kat hujung tu aku cantum siap2. Nama hujung tu Quick Connector

Sambung tiub Lacte kat backflow Protector kat belah ujung kecik tu

Yang ujung besar tu cucuk ngan Quick Connector

Maka dia akan jadi begini..

Freemie Cups.. sampai hilang tulisan FREEMIE tu sbb ganas sgt guna kot..ahaks~

Salah satu komponen dalam FREEMIE CUPS ni..

Kiri - Valve Kanan-Valve Base. Dua benda ni kena sambung kat dalam FREEMIE CUPS ni..

Maka terhasillah begini..

Tutup dengan penutup tu balik..

Terhasillah begini secara lengkap..

Nak pakai FREEMIE ni kena guna breastpump sedia ada. Single pump & Double pam pun boleh. 

Buat masa ni yang aku tau, breastpump yang compatible dengan FREEMIE Cups ni adalah..
  • Medela
  • Malish Ilaria
  • Lacte Duet
  • Spectra M1
Komen & Pandangan aku..


Aku dah guna hampir 2 bulan, dan so far Alhamdulillah, sangat berpuas hati. Sebelum ni kalau pumping time je kena minta excuse kat colleague nak mengepam di bilik fail. So agak segan la sebab pumping amik masa setengah jam, dalam tempoh tu kalau ada benda urgent kena tunggu aku siap mengepam. Dan aku taknak colleague aku rasa tak selesa (hati manusia siapa yang tahu kan).

So bila aku dapat tahu wujudnya FREEMIE ni, bersyukur sangat.. Sangat memudahkan kerja ibu bekerjaya ni. Nak2 pula Pam Lacte ni memang antara pam tersenyap, boleh dibawa ke mana saja since Pam Lacte boleh pakai powerbank, jadi sekarang aku pam di meja kerja sahaja.. Orang datang nak jumpa aku pun takde masalah.

Dan aku juga pernah berFREEMIE sambil bergerak. Masa tu kursus syarikat dan dalam masa sama aku kena tunaikan hak anak juga.. maka aku set siap2 dalam baju & pakai beg ala2 longchamp tu. Motor pam & powerbank dalam beg. Siap boleh berjalan sebab kursus tu kena buat ala-ala sorakan & kena banyak bergerak. Cuma jangan la lari beriye sangat, karang tumpah pulak susu tu tak ke naya kan.. aku jalan slow n steady sampai fasilitator tak perasan. Cuma dia pelik kenapa aku angkut beg. Hahahaha~

Cuma kekurangannya opkos la dada ko nampak besar, tapi jangan risau, kalau korang ni bertudung labuh & wide shawl, tak menjadi masalah (itulah sebab kenapa kita kena melabuhkan tudung kan, ada hikmahnya..eh berceramah plak aku eh). Dan tak boleh nak bajet la susu dah banyak mana.. tapi jangan risau cup tu setiap satunya 8oz, so paling kuat aku pernah dapat sebelah dalam 6oz.. alhamdulillah rezeki Sofia =)


Agak-agak nampak panjang n serabut tu boleh je adjust kasi pendek.. cuma aku ni malas nk buat lagi. Nanti ada masa baru aku alter kasi pendek, takdela nampak terjuntai2 tiub tu kan?

So, lepas ni korang boleh la buat stok susu untuk anak-anak tanpa perlu fikir pasal lokasi. cuma setting siap2 cup tu dalam baju. Risau nampak dada besar? Cover je dengan selendang.

Tak perlu bawak botol banyak2, lepas sudah pam tuang je susu ke dalam plastic storage. Dah jimat ruang =)

Backflow?

ada ibu yang guna filter, tapi macam set aku ni,aku dapat backflow protector, jadi sepanjang aku guna memang alhamdulillah xde masalah backflow. Cuma kat tubing tu nanti akan ada wap2 macam wap peluh & jgn risau ianya normal. Nak hilangkan wap tu, bila dah habis pam, cabut tube tu dari cup freemie & on motor pump tu untuk kasi angin lalu & hilangkan wap tu ye..


Beli kat mana?

Aku beli kat Hana Mujahidah, boleh pm dia di facebook https://www.facebook.com/hana.mujahidah.14

Seller ni Doktor if im not mistaken. Servis tip top, fast reply & rajin layan kerenah customer yang kuat bertanya macam aku. Memula rasa macam ragu-ragu nak beli sebab preorder kena bayar dulu (FYI aku tak pernah beli preorder item, ni memang 1st time) & alhamdulillah transaksi berjalan dengan lancar tanpa ada masalah :)

Masa aku beli tu, kena preorder. Jadi kena tunggu la kejap untuk dpt. Takdela order rini sok lusa dapat yer.


Diingatkan post ini bukan iklan berbayar.. Entry ni nak berkongsi pengalaman jer, bagi aku harga dia berbaloi. Kalau ada bumiputera sahut cabaran buat benda camgini, aku support!!



Thursday, August 21, 2014

Lahirnya Safiyah Sofia ke Dunia - Part 3

Assalamualaikum! Sebelum sel-sel otak aku hilang perhubungannya dengan memori, baik aku update balik pasal journey kelahiran anak dara sulung ni! :D


Doktor tu pun datang ke arah aku, cakap aku dah leh pindah katil. 

"Yeay!" Hati aku memang girang tak terkira, dah lah handphone pun duk charge pakai powerbank, da 11% pulak tu, semput mak nak! Maka aku pon duduk la di katil baru.. dimana aku ditempatkan bersama - sama ibu yang mengalami kes sama macam aku - Placenta Praevia!

Mula-mula,agak kekok jugak la. Patient katil sebelah dah bersalin, tapi duduk situ sebab tak ckup katil; punyalah ramah sampai sembang sakan dengan dia. Akak tu tunggu lebih 5tahun baru dapat anak kedua. Pun operate, sebab apa, aku pun dah lupa :p

Kemudian, akak tu discaj petang tersebut. Masuklah patient baru, kak ETON nama dia, orang Klang jugak. Memang friendly gila. Akak tu kes plasenta praevia gak, tapi type 2. Pun kena bedrest. 


Petangnya nurse datang,

"Ibu nak tukar ke 1st class kan?"

Tiba-tiba hati rasa tak nak pula. Dah kenal akak-akak senasib kat sini, seronok rasanya sembang, kongsi masalah bersama. Karang aku masuk 1st class, duduk berdua, seram pulak. Sebab aku kena bedrest, confirm lama kena tahan nak dibandingkan dengan orang bersalin kan?

"Tak jadi la nurse, tapi makanan kekalkan la, amik 2nd class"

Tak kisah lah duduk wad 3rd class, ada kawan leh sembang. Masa solat leh berdoa sama-sama. Kalau sedih, ada kawan tolong tenangkan :)



Hari ke 2 sehingga hari ke 4 berjalan dengan lancar. Tiada apa contraction. Tiap-tiap hari nurse akan datang, dengan alat seakan recorder suara untuk diletak di perut untuk mendapatkan kadar denyutan jantung baby,samada normal atau tidak.

Terima kasih Azwi & tunang sebab datang melawat! Muka hasil nangis tak kira masa. Sembap!

Sarapan Pagi

Makan tengahari, tapi makan seceduk dua je :(


Selera makan memang drop habis. dari berat 62 kg, terus turun jadi 55kg. Sampaikan mertua & suami risau, suruh makan. Tapi apakan daya, makan tak lalu, menempuh hari dengan ketakutan, takut bleeding datang kembali :(



dan.............


Tibalah hari ke 5, masa hari ke - 4 dah mula rasa sakitt sangat-sangat di bahagian ari-ari. Sakit sampai duduk tak boleh, cangkung tak boleh, baring pun tak boleh! Semua sakit! Batuk siap nangis sebab tak boleh, kalau batuk confirm sakit gila! Rasa macam kat bawah tu mencucuk-cucuk yang nyeri sangat!

Bila mengadu kat doktor, doktor check posisi, dia kata baby mungkin da engaged. Dia da kat bawah. Maybe tak dapat nak bergerak banyak, jadi kepala dia menekan - nekan ke bawah. Sebab tu sakitnya Ya Rabbi.. baruku tahu kenapa kita tak boleh DERHAKA PADA IBU, besar bala nya..



Hari ke -5 (9.55 malam)

Tengah sedang elok buka handphone sambil baring, aku mula rasa panas. 

"Eh, darah ke ni?" Aku pelik,sebabnya aku takleh kawal. Ia mengalir panas je. Aku check.


Darah! Darah fresh! Cepat2 aku panggil nurse, berlari-lari semua cari doktor yang oncall masa tu, doktor mula menggunakan perkakas berupa mulut itik untuk periksa samada pendarahan berterusan atau sementara. 

Alhamdulillah, pendarahan tu sementara. Jadi doktor suruh aku berpuasa, tidak boleh makan, minum sehingga diberitahu, takut ada pendarahan lagi.

Aku pun puasa lah.. sehinggalah dah nak masuk petang, aku dibenarkan berbuka puasa, sebab doktor pantau pad chart, tiada apa-apa pendarahan berlaku. Makanlah aku seperti biasa.


Hari ke - 6 (9.40 malam)

Tengah sedang elok duduk, sambil bersembang dengan Kak Eton, sekali lagi aku rasa benda panas mengalir. 

"Akak! Saya rasa saya bleeding lagi lah!"

"Ko biar betul hani? Akak panggil doktor ye?"

Maka bergegaslah lagi sekali doktor check samada pendarahan berterusan atau pun sementara, sekali lagi disahkan pendarahan sementara. Dan doktor sekali lagi mengarahkan aku berpuasa sehingga diberitahu.


Masa tu, doktor pelatih berbangsa Cina yang attend aku, aku dapat rasakan dia tak berapa kompeten sebab macam ragu-ragu nak pasang drip air kat lengan aku. Masa dia cucuk tu, aku dah tersentap; sakit oi! Aku ingat sakit sebab cucuk,so aku diamkan je.


5 minit kemudian.. 


Sakit, rasa macam air masuk pun sakit je. Kenapa eh? Aku panggil nurse yang on duty masa tu.


"Nurse, rasa sakit lah tempat drip ni. Rasanya doktor salah cucuk kot?"


"Saya tengok tak bengkak pun, ok je.."


Aku pun diam. Maybe aku mengada kot. Tapi kenapa sakit semacam ek?


20 minit berlalu...


Badan rasa menggigil. Sejuk. Tiba-tiba rasa badan bergoncang kuat sangat. 

"Kak Eton, tolong panggil Nurse! Saya sejuk sangat ni!"


"Awak ok tak ni Hani?" Kak Eton dah cemas

"Tak kak, Saaakit...." aku merintih


Badan aku bergoncang - goncang. Sejuk, teramat sejuk. Terasa macam sebongkah ais atas badan ni. 


Allah.. Allah... Allah...




bersambung~

Monday, August 18, 2014

Lacte Duet pilihanku :D

Blog ni dah bersawang habis. Selama aku bersiaran dari zaman belajar hinggalah dah anak sorang, tak pernahnye dapat cek dari NuffNang. Sedih x? Padahal diri ni bukan femes macam blogger retis kan?

Ok, back to basic. Meh aku rumuskan pasal pam pilihan yang selama ni aku dok confuse nak memilih. Tengok tajuk pun dah tahu kan?

Bulan lepas, kepala duk pusing fikir pam apelaaa yang aku nak beli untuk double pumping ni.. senang nak buat power pumping, nak tambah supply lebih dari demand, dan masa tu aku join group FSOT baby goods kat facebook.

Nampak lah sorang hamba Allah ni jual preloved item. Dan item tu ada pam Lacte Duet!

Ok, korang mesti kata eeeee geli weyh pakai pam bekas perah b** orang. Kan? Kan? Bagi aku, lagi geli beli spender terpakai dari breastpump terpakai. Bezakan tempat paling senang kuman merebak. Kan?

Aku pun inbox la hamba Allah ni, dan kebetulan dia pon nak letgo Spectra M1, ha, cantik sangat lah tu kan. Taaaaapi...

Tapi dia duduk Sarawak. So, aku tak boleh nak mengetest pam tu samada serasi ke idok. Hampa disitu.

2 minit kemudian, lampu mentol menyala di atas kepala ku, alang-alang aku nak membeli coklat MOMs kat kedai PumpontheGo kat Kelana Jaya tu, boleh lah mengetest pam tersebut kan?? Bijak tak?? Kekekeke..

Hujung minggu pun dah tiba, maka tibalah masanya untuk pergi ke kedai tu. Masa mula-mula masuk tu agak penyegan gak lah, yela aku bukan nak beli, tapi aku nak test jer! So aku buat-buat la berminat nak beli, siap minta staff situ tolong testkan lagi! (hadoi teruknye aku ni..)

So, aku try lah Spectra m1 & Lacte Duet;

maka pada pandangan aku 

  • Suction Spectra m1 agak kuat, baru level 3 dah sedut kuat, macam Lacte ada 8 level xsilap, suction Lacte ok, xberapa sakit bagiku
  • Dari segi kesenyapan, Lacte lah paling senyap! Staff tu sendiri kata Spectra memang ada bunyi gak, tapi taklah kuat mana.
  • Lacte ada silicon breast shield, yang lembut2 tu. So ada efek selesa la nak mengepam kan. Spectra xde, just corong je
  • Dari segi saiz, Spectra menang sebab comel, cuma Lacte besar sikit. Ala sikit je pun, boleh gak bawak 1 tangan 
  • Ha, yang ni memang aku suka sangat kat Lacte;ada dua motor dimana boleh adjust level di sebelah kanan n kiri berbeza ikut suka. Kalau Spectra dua2 sama level, sebab kongsi 1 tubing dan 1 motor sahaja.
  • Last but not least, Lacte leh wat single pumping! Tu yang seronok tu :D Spectra kena attach dua2, kalau wat single, nanti lagi sebelah pam angin je, so no suction.
  • Kelebihan Spectra m1 ni sebab dia built in rechargeable battery, macam handphone.. tapi... Lacte pon bolehhh. Boleh pakai powerbank.. Apa susah kan.. :p
Jadi aku telah sebulat hati berkeputusan untuk membeli pam Lacte, dan kenapa ek aku xbeli trus kat kedai tu kan? Sebab harga berbeza.. hamba Allah tu jual RM390.00 include postage, manakala di kedai tu jual RM470.00 bersekali free gifts yang aku dah ada..


So, welcome to mama ye Lacte Duet.. setelah sebulan penggunaan sangat berpuas hati. Barang dapat memang dalam keadaan sangat-sangat baru, sebabnya owner tu baru pakai 2,3 kali. Warranty pun tamat April 2015. Punca owner tu letgo? Sebab dia nak pakai Medela Freestyle..



.......Dan sekarang ni pula tengah menunggu kehadiran ahli baru... nama dia FREEMIE! (pening suami daku hoi)


Tak sabar rasanya. Hujung bulan depan ni dapatla. Haha obses giler kan?

Tapi ini bukan breastpump, dia pengganti botol & corong breastpump tu.. gunakan semasa berada di pejabat.. so takdela makcik-makcik mengutuk asal aku masuk bilik je buat 'projek'.. so sambil bekerja di meja boleh la aku ber-FREEMIE pula..


Alhamdulillah, FREEMIE sesuai dengan Spectra M1, Medela Freestyle, Autumz Passion dan.. opkosla my dear Lacte Duet kan???

So pada yang menunggu review dari Lacte Duet.. ni dia!


Kesimpulannya, Lacte Duet ni mampu milik & setanding dengan Medela Freestyle! Thumbs up! :D

Friday, June 27, 2014

Yang mana terbaik? Spectra M1 atau Lacte Duet?

Assalamualaikum semua! Selingan kejap sebelum menyambung kisah bersalin haritu..

Since sekarang aku masih fully bf si kecil ni.. Aku tengah berfikir-fikir, pam mana yang terbaik?

Buat masa ni, pam pertama aku ialah Avent Natural Manual Pump


so far ok, cuma tangan aku ni lenguh & kejang urat nak menekan2.. biasalah nama pun manual kan, nak menekan tu kadang-kadang konsisten, kadang-kadang tak, dan memakan masa. Pam ni sesuai dipakai masa blackout, xpun bila bateri pam dah habis.. muahahahaha..

Harga aku beli RM160.00


Pam kedua aku pula ialah...


Pam ni pam single. Aku beli masa hari ke 3 berpantang, sebab tak larat mengepam guna tangan, time tu anak kat NICU, risau tak dapat bagi susu banyak-banyak. So ni kira pembelian terdesak di samping memang dah usya dah. Yang bestnya, dia boleh caj berkali-kali, macam handphone, boleh bawa ke mana. Cuma disebabkan dia single, maka aku mula la nak mencari double untuk cepat sikit buat stok since si kecil ni mula nak membesar...

Pam ni aku beli RM199.00


Kemudian.. pam double menjadi igauan..sebelum naik ofis ni, nak beli yang betul-betul berbaloi.. antara yang aku dah shortlisted kan ialah :-


Spectra M1


Lacte Duet

Aku prefer yang heavy duty & handy. Yang penting double pump la kan! Harga dedua lebih kurang jer. Spectra M1 banyak gak review setelah digugel, Lacte Duet baru jumpa satu je review , kedua-duanya ada positive feedback.

Jadi nak bersikap adil, aku nak review dari sesiapa yang pernah pakai Lacte ni. Komen sikit?


Pening.....~~

Friday, May 23, 2014

Lahirnya Safiyah Sofia ke Dunia - Part 1

Assalamualaikum!

Masih ingat entry yang aku tulis di mana aku menyuarakan kebimbangan tentang kehamilan aku, di saat minggu kehamilan ke 31, uri masih di bawah. Ingat? Tak ingat boleh tengok ENTRI INI

Tarikh entry tersebut, 28 March, hari JUMAAT. Masa tu, checkup di KK(Klinik Kesihatan), aku diberi surat refer letter ke HOSPITAL AMPANG untuk SCAN DETAIL mengenai kedudukan URI aku. Jadi, aku dapat appointment pada HARI ISNIN, 31 MARCH. Masa tu, memang hati tak tenang, mengadu kat suami. Yelah, uri di bawah, siapa tak risau. Masalah aku cuma itu je, yang lain semua Alhamdulillah OK.

Pada keesokan harinya, macam biasa pada hujung minggu kami berdua suami isteri memang akan balik ke rumah famili aku, yelah dah tinggal di rumah mertua, hujung minggu jelah masa untuk bersama famili aku pula, barulah adil & saksama kan? 

Jumaat malam, sebelum berangkat, kami pergi UPTOWN SHAH ALAM, suami nak cari jersi tak silap. Jadi aku selaku isteri yang setia, mengikutlah suamiku bersama, jalan-jalan kat sana. Sampailah adik aku dapat tahu aku pergi UPTOWN, jadi janji kat bawa dia ke sana lagi (padahal tak sedar diri tu mak buyung kan?)

Esok, hari SABTU malam, pergi lagi. Teman adik cari jersi nak bercetakkan nama dia. Layankan jela. Padahal jalan dah makin lambat, masa tu rasa lenguh, mengah. 31 minggu kan, nak masuk 8 bulan lah kiranya. Peniaga kat situ pandang pelik dah, sarat pun sakan lagi jalan?

Ada aku kesah? Kehkeh.. 


Jadi Ahad kami pun balik lah ke rumah mertua balik. Yelah, Isnin nak kerja kan. Macam biasa, ibu mengandung tidur memang sangat tidak selesa. Baring kanan tak sedap, kiri tak sedap. Jadi memang aku suka tidur tak setempat.

ISNIN yang dijanjikan tu, aku pergi ke HOSPITAL AMPANG. Aku rasa keputusan refer ke HOSPITAL AMPANG adalah keputusan paling bodoh, sebab apa? Aku duduk di Shah Alam, kenapa tak minta rujuk Hospital Klang?? Aku pun blur..

Masa SCAN DETAIL, hati aku LULUH lagi. Doktor sahkan aku PP TYPE 4. 

Ye, TYPE 4! Rujuk entri sebelum ni apa dia PP TYPE 4.

Hati sedih. Balik menangis-nangis sambil memandu. Aku telefon suami, nangis-nangis. Masa tu macam menyesal, kenapa lah aku sakan berjalan kalau dah tahu URI BAWAH? BODOHNYA AKU masa tu :(

Dan paling ralat, aku teringat kelmarin aku ter-berlari ke dapur sebab panaskan lauk lama sangat sampai naik kering periuk. Mungkin sebab tu lah dari PP Type 2 terus jadi Type 4. Memang CONFIRM kena bedah!

Doktor bagi surat rujukan, beralamatkan ke Hospital Pusrawi (asalnya nak bersalin di PUSRAWI). Doktor pesan, kalau ada pendarahan, terus bawa surat ni ke hospital. Tapi masa tu, memang sepanjang kehamilan tak pernah ada pendarahan.

Balik dengan hati yang resah, lepak je kat katil, malas nak buat apa-apa. Aku fikir, "Kena rehat ni. Aku taknak buat apa-apa lagi. Aku taknak masak. Aku taknak buat kerja apa-apa," Masa tu, baru lah nak fikir nak rehat. Sebelum ni aktif bukan main.

Dan malam tu, tidolah kami seperti biasa..

Pukul 4 a.m..  aku terbangun dari tidur. Aku rasa basah. Dalam hati fikir, eh? Aku terkencing ke? Jangan- jangan, air ketuban?? Tapi kenapa tak panas?

Aku pergi kat suis, buka lampu...



Ya Allah, DARAH!!!



Sambung pada next entry ye? To be continued...

Friday, March 28, 2014

31 Weeks : Hati Sedih & Dilema

Assalamualaikum!

Ikutkan, banyak benda nak share. Tapi memandangkan sepanjang pregnancy ni ada je benda yang perlu difikirkan, hasrat nak share tu terbantut la gamaknyee. :(

Orang kata, ENJOY YOUR PREGNANCY!

Yes, memang aku enjoy pun, tapi dah mula risau, start scan baby masa minggu ke 18. Doktor scan kata uri di bawah.

Ok fine, masa tu xrisau lagi. Perjalanan masih panjang. Minta nasihat kawan-kawan, sujud lama-lama, sandar kaki ke atas rapat dinding, makan bendi. Dh buat.

Kemudian, dikejutkan pula dengan baby breech (songsang) masa scan 29weeks. Uri masih di bawah. Masa tu, perasaan Allah je lah yang tahu. Balik terus murung. Sampai rumah, nangis-nangis.

Mula lah menggoogle tips untuk baby songsang pula. Antaranya, sujud lama-lama, rebahkan diri bertentangan dengan posisi baby. Dah buat. Cangkung, pun dah buat. Cakap dengan baby? Hari-hari. Masa memandu, masa baring. Semua dah buat.

Semalam, check-up lagi. Doktor scan lagi. Alhamdulillah, baby dah berpusing ke bawah. Memang rasa bersyukur sangat! Malangnya, kawan baik si baby iaitu Miss Placenta tetap berada di bawah. Doktor kata maybe Placenta Previa type 2. Aku pun gugel lah ;



Type 1 - Low Lying = Uri berada di bahagian bawah rahim tetapi tidak berhubung dengan pintu serviks

Type 2 - Marginal = Uri berada di bahagian bawah rahim dan berada di pinggir pintu servik

Type 3 - Partial = Uri menutupi sebahagian pintu servik

Type 4 - Complete = Uri menutupi keseluruhan pintu servik

Masa kat Klinik Kesihatan tu, doktor assume aku punya PP type 2. Kawan-kawan yang berpengalaman kata, Type 2 masih ok lagi. Tapi masa doktor tu bagitahu, dia kata pada 31 weeks ni, agak susah nak naik kembali. Aku dah rasa down sangat-sangat. Siap bagitahu % harapan tu, 10% boleh naik.

Perasaan? Of course lah morale down habis. Walaupun disulami dengan berita gembira baby dah pusing, tapi uri tetap di bawah. Doktor siap pesan, jangan angkat benda berat, buat kerja berat. Nak kata benda berat yang aku angkat, takde lah pulak. Takkan la segelas air pun tak boleh angkat? T___T

Doktor dah bagi refer letter ke Hospital Ampang untuk set appointment supaya doktor leh diagnos & confirmkan which type Placenta Previa milikku.

Sekarang, tengah berkira-kira nak bedrest seminggu kat rumah. Taknak pergi opis, taknak fikir hal kerja. Isnin depan boss pulak last day sebab bersara, datang lah jugak. Bermula selasa lah kot nak mintak MC. Maaf geng carpool, kawan awak ni tengah lemah semangat sangat T___T


Usaha terakhir, doa,doa,doa. Pujuk baby sekerap mungkin. Harap-harap, naik lah ye!


Anak, kalau awak baca entry ni, hargailah ibumu ini ye.. kesian dia sepanjang mengandung duk risau je. 

Doakan saya ye kawan-kawan!

Ya Allah, permudahkanlah jalan untuk melahirkan zuriat kami. Amin :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails