Sunday, April 16, 2017

Rumahku Syurgaku - Part 2 (Survey?)

Assalamualaikum!

Nampaknya ini tempoh paling lama blog ni tak dikemaskini. Dah 7 bulan!

Dan, masih menyambung cerita pasal rumah. Masa ditawarkan harga rumah tu, kami sebenarnya dah riki dan survey harga market menerusi beberapa laman seperti iproperty, ibilik, mudah, lelong dan macam - macam lagi. Rata-rata harga lebih kurang.

Rumah ni basic je. Kipas ada tapi dah uzur. Bilik air bocor teruk, dua-dua pula tu. Dengan pintu sopak lagi, dinding usah cakap la, berwarna warni dah macam taska aku tengok.

Sebenarnya nak kata lama ambil keputusan tu tak la lama sangat. Memikirkan beberapa faktor seperti :
  • Lokasi- Blok ni betul2 berhadap dengan Pejabat JMB. Kira kawasan tumpuan orang. So takde la rasa keseraman kalau encik suami lambat balik.
  • Keadaan rumah - macam aku cakap sebelum ni, basic unit & banyak defect. Disebabkan defect tu agen kasi diskaun 2k dari harga asal. Menengokkan grill tingkap dan grill beranda dah ada, ada la sikit penjimatan di situ.
Maka dengan pantasnya, esoknya terus setuju. Cuma beberapa perkara aku rasa ralat disitu :

  • Sepatutnya aku nego harga lagi murah sebab bila dah cakap setuju tu, aku baru nak kira kos pembaikan rumah tu. Paling busuk, bilik air yang bocor tu dah makan RM5 ribu jugak la. RM2 ribu diskaun tu hanya lepas untuk repair satu bilik air sahaja. Bila tanya nak nego, agen tu kata tak boleh dah sebab kami dah setuju dekat harga asal. Nak taknak terpaksa la redha (pengajaran)

Dan, aku mula bayar 3 peratus deposit booking rumah dahulu untuk sahkan bahawa aku ni pembeli yang betul-betul berminat. Masa tu dah mula cari bank untuk buat pinjaman perumahan. Agen tu siap nak bagi nombor pegawai bank lagi, tapi aku tolak sebab aku nak usaha cari sendiri & survey mana bank yang bagi tawaran yang menarik.

Antara bank yang aku pergi adalah :
  • CIMB
  • Maybank
  • Bank Islam
Kenapa tiga je? Sebab ketiga-tiga bank ni paling dekat dengan pejabat, jadi urusan jadi mudah kalau ada apa-apa perkara mustahak. Riki punya riki punya riki, akhirnya Bank Islam menjadi pilihan. Kenapa?

  • CIMB - Diorang tak terima rumah Subsale yang tiada hakmilik strata. Rumah aku nak beli ni masih lagi belum keluar title. Jadi agak susah di situ. Kemudian peratusan dia agak tinggi.
  • Maybank - Sama seperti CIMB. Rate pun tinggi.
  • Bank Islam - Pilihan. Kebetulan Bank Islam ada promosi Rumah Pertamaku. Jadi boleh buat 100% loan. Yang paling best, walaupun harga rumah ni xgah (yela bawah 200k) tapi pegawai dia melayan dengan sangat baik. Tak pilih bulu macam 2 bank di atas ni. Sangat helpful dan boleh tanya macam-macam sampai puas hati. Korang kalau nak cari pegawai bank untuk loan rumah nanti, cari Encik Shamsul Fahzill di Bank Islam Cawangan Kompleks MARA. Terbaik.



Tips untuk buat pinjaman perumahan

  • Survey semua Bank. 
  • Cari Bank dekat dengan lokasi rumah / tempat kerja anda.
  • Pastikan anda dapat pegawai yang bukan setakat nak kejar sales, tapi bantu anda bagaimana nak beli rumah tanpa masalah (akan ku coret di next entry)
  • Pastikan pinjaman anda islamik, bukan konvensional.
Rasanya cukup sampai sini dulu aku coretkan pasal bank ni. Nantikan entri seterusnya tak lama lagi. Hihi.

Till then, Assalamualaikum~

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails