Friday, December 31, 2010

Kisah yang xberapa nak lucu disebalik kemenangan Malaysia



Masih belum terlambat untuk aku mengucapkan Tahniah kepada team Malaysia kerana berjaya mengungguli kejohanan Piala Suzuki AFF semalam.

Apa? Ingat perempuan cam aku xlayan bola ka? Layan OK! Satu rumah menjerit2 bila pasukan indonesia selalu nak menjaringkan gol ke rumah Malaysia namun pantas ditepis dan dikidnap oleh Penjaga Gol kita, Fahmi.


kredit pada facebook Malaya Tiger Football

4-2 seyyy!!

Apa-apapun, bukan itu aku nak ceritakan sebab dah basi, semua entry tak habis-habis pasal bola. Aku nak cerita pasal kejadian yang berlaku pagi tadi.

Mak aku pergi kedai, kedai tu namanya Kedai Aceh. Sebabnya pemilik kedai tu orang seberang (indonesia) dan tengah membeli barang tu, datanglah seorang makcik, orang Indonesia jugak ke kedai tu, kepoh.. Gini bunyinya;

" Semalam Indonesia Menang 2-1" dengan riak bangga dan menunjuk. dia taktau ke piala tu pasukan Malaysia dah angkut balik?

Mak aku malas nak menjawab,kang menjawab boleh jadi gaduh. Diam je la. Tiba-tiba orang kita menyampuk " Cik kak, bila masa Indonesia menang? Ikotkan aggregate, Malaysia menang, 3-0 di Malaysia,1-2 di Indonesia. So,jadi la 4-2. Malaysia yang menang"

Agaknya bibik tu dah malu, dia nak pertahankan jugak,"Tapi Indonesia tetap menang kok, 2-1 di Bung Karno"

Mak aku mendengar je. Lantak koranglah nak bergaduh. Bukan aku punya pasal. Mak aku toleh la kat tauke Aceh, nak bayar. Tiba-tiba tauke Aceh tu menyampuk, " Saya tidak sokong mana-mana."
Agaknya kalau dia kata dia sokong Indonesia, habis semua orang pakat xmo beli kat dia. Haha!

wajah kecewa fans Indonesia
ish ish ish, xbermoral!
kredit foto kepada thejakmaniacakra


Moral of the story: Sebelum nak keluarkan statement, buat research,selidik dulu! Kalau Indonesia menang 2-1 di tempat dia, kita pun menang 3-0 di tempat kita. Fair play rite??

kelakar, ada komen di page Piala Suzuki AFF bertulis, garuda dah mati dicengkam leher oleh Harimau Malaya, Garuda dah dibuat bakso! Adui,kelakar2.. jangan salahkan guwe,bukan guwe nulisnya..guwe nyampaiin aja! :p

kredit to Obefiend

p/s: jadi medan luahan cerita bolasepak pulak. heh. :p btw, irfan iras-iras nicholas saputra!

3 comments:

iejjah said...

biasela..bile da kalah kutuk segale.....padahal isu laser endon yg mula dulu...ohoh

mie said...

fuyoo!!
iklan rayban tu..
heheeee

`FaSyahNa` said...

biasa la tu bile dah kalah semua bende boleh keluar drpd mulut, kn.. Tp sye x phm apa maksud "AYO GARUDA RAIH KEMENANGAN. DENGAN SPORTIF JANGAN SEPERTI MALING", apa maksudnya?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails