Friday, December 30, 2011

Tentang Dhia bakal dilanjutkan ke musim baru?? Kalini di Slot SERAM pula.

Assalamualaikum semua!

Memandangkan aku sangat free dan xsibuk mulai hari ini, jadi aku sengaja merajinkan diri membuat ulasan drama yang sedang hot macam gorpis (goreng pisang) sejak dua tiga empat menjak ni. 

Sudah pasti ramai melelehkan air mata tatkala melihat babak-babak sedih,almaklumlah episod terakhir kena twist emosi penonton kasik rawrrrr habis! :D

Babak yang aku tanpa segan silu pilu mengesat2 air mata depan TV ialah:
  • Saat Dhia membenarkan Zikir berkahwin lain- sedey wooo.bukan senang nak bagi keizinan nak bermadu.
  • Saat Dhia menderita sakit - Dia disahkan kanser serviks tahap ketiga. Rambut gugur2,sampai pakai rambut palsu taknak kasi Zikir tahu. Eeeeei sedih!
  • Saat dia kena kutuk nape xmengandung2 - tu kan keje mak mentua dia.Memang sedih,perempuan mana taknak zuriat kan? =)
  • Saat Dhia menghembuskan nafas terakhir - yang ni memang deras la air mata ak meleleh sebab lepas Dhia 'pergi' je, Zikir terus peluk n tdo sebelah Dhia kat atas katil wad dan 'pergi' juga akibat angin ahmar.



Tapi yang paling wat aku geram rasa nak terajang ialah :
  • Mak mentua Dhia (Ku Salmi) tak kena pape kesan & akibat walaupun nenek dah tau keje anak dia membomohkan menantu dia. Setakat tumbuk-tumbuk manja depan hospital baik tak payah. Bertambah sakit hati jer tgk! Huhhhhh..
  • Ros (Tasha Shilla kegemaran orang tu :p) jadi apa kat dia? Jadi janda berhias ke? LOL. Tapi watak Ros memang tak digarap dengan baik,tapi aku tak paham kenapa dia ada dalam poster Tentang Dhia,macam xkena je,baik letak Melly jer.
  • Zikir yang terlalu ikut telunjuk mak dia. Tak salah nk dengar cakap mak at least siasat la dulu. Ini depan2 kutuk & fitnah isteri dia,dia main terima je bulat2.Adehhhh -___-''
  • Zety yang berubah2 ibarat lalang ditiup angin. Demi wang gelap terus mata ye. Dapat henpon free dari Ros terus sanggup gadai abang sendiri. Gadai ke? ahaks




Ini adalah part menarik di mana salah seorang peminat Tentang Dhia membuat ramalan nujum pak belalang bahawa Tentang Dhia akan dilanjutkan pada musim akan datang!



kredit pada facebook dan tuan punya facebook ni. kehkeh


Aku setuju bab masuk dalam Slot SERAM tu. LOL

4 comments:

Syima said...

tp ending dia mcm x kene, mcm nk cepat2 habisk, patut tambah lg 1-2 episode ke.

Honey Lalala said...

biasela tu,1 episod je diorang peruntukkan nak kasi habis terus.tu jd pelik je kot.ehe

storyfromme said...

hahaha...biasa la cerita.tapi best jugak cite die walaupun last2 sume mati.

Honey Lalala said...

xsume mati..hero n heroin jer..tu baru btol3 ending..yg jhtnye xmo mati plak kan..huhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails