Monday, January 21, 2013

Fefeeling Korea & Jepun Jap!

Assalamualaikum! 

Tutup buku pasal MEFA,dah pun tamat dengan jayanya.. Almaklumlah rumah dah siap kekadang pahat ada yang berbunyi.. Tapi pahat untuk kebaikan pe salahnye kan?? (Apekah peribahasa haku neh..)

Dan dalam 2 minggu lepas actually kami kena pergi Kursus Pra Perkahwinan di Masjid Negara.. Tapi disebabkan adanya KL112 a.k.a Himpunan Kebangkitan Rakyat ni bertempat di Stadium Merdeka,mak terjejaslah program pada hari tersebut.. 

p/s: Nak berdemo tu pergi kat area hujung2 bandar boleh x? Tak kesian ke kat orang2 yang ade majlis kenduri dan lain-lain? Cadangan tempat yang sesuai berdemo ialah Bukit Beruntung ke,Bukit Jalil ke,asalkan bukan kawasan Pusat Bandar boleh? Opsss.. saya bukan peminat fanatik politik ye? (tetibe berbau politik plak,busukkkk.. nak spray jap :P)

Maka dengan itulah kebetulan bertolak dari Puchong,terus la tak jadi masuk KL lepas diberitahu orang kursus tu ditunda pada esok hari,FULL DAY.. 7.30 Pagi - 7.30 Ptg.. Tahniah!! So,kami pergi la One Utama.. Sesajer je nak berjalan-jalan kat sana.. Teringat zaman muda mudi kat UM dulu.. Dekat kot! Ngeee~

Masa tu Hencek Tunang ajak tengok movie.. ON jer,sebab dah lama xtengok.. Tup-tup terlalu kat satu kedai ni.

Gosok mata jap.. Eh?? Ingatkan ada kat Mid Valley jer..
Dubu-Dubu! Kedai Makanan Korea bagi penggemar rancangan tv Korea macam kitorang nih.. Especially Running Man! Selalu lapo kalo tengok cabaran makan diorg tuh!

Hape lagik.. Masuk ar.. Tapi before this ceq tanya "Halal dak?"

Alhamdulillah pekerja kat situ Melayu Islam & cakap memang HALAL.. Masih dalam pemprosesan..

Info: Kebanyakan restoran sekarang dilarang menggunakan sijil HALAL selain JAKIM & akan didenda jika menggunakan logo selain daripada tu.. Nak xnak,kena apply sijil HALAL la.. Hampir kesemua kedai yang pernah tempek logo HALAL Research pekebenda tu sume dah dicabut~


Papepon rancangan nak menonton movie tetap berjalan.. makanya kami bookla satu citer ni dulu;


Boleh consider pergi Kursus Pra Perkahwinan gak la kan? =p

Memula takder idea nak tengok cerita apa. Sudahnya gadis ticketing tu rekemen cerita ni. Komedi ringan & bermesej. BEST!!

Nak tau pasal apa? Meh bagi sinopsis sikit. Sikit jer!

Movie ni pasal sebuah keluarga moden dimana mak ayah 3 beradik ni perlu outstation & meninggalkan anak diorang kepada nenek&atuk yang xpernah  rapat dengan diorang sebelum ni. Alaaaaa dengar pon boleh tawu ending dia kan? Tapi tetap best! Ngeee~


----------------------------------

Ok,back to Dubu-Dubu!

Masuk-masuk je dah pening2 tengok menu!


Korang telenglar pala korang tu eh? Dah tension nak rotate xnak jugak dia tegak!
Daku macam berkenan dengan Soondubu ni. Ala-ala tomyam la tengokkan pic tu. Cuma kelebihan dia,ada telur ala-ala telur mata dalam tu. So aku amik soondobu seafood kimchi set! 

Hencek tunang pulak amik Bulgogi Beef set. Nama nak gempakkk jer! Hewhewhew~



Outcomenya:-

Ni Hencek Syaaquan yang punye! Meriah giler dgn sayur. Makan ker sayur tu? =P
  Sos dia yang merah tu rasa pelik!


Daku punya. Indah khabar dari rupa. Telur ntah kemana T_____T
Muka teruja makan. Lalalala =p
So far, menu-menu makanan Korea ni memang sesuai untuk orang yang berdiet,rasa sup soondubu ni macam takde rasa pun ada. Telur mata dia tengok dah masak da,macam tak boleh nak kacau je dengan kuah dia :(

Tapi kimchi dia sedap! =)


Menu Hencek Tunang pulak, dia memang penggemar makan daging,sedap je dia kata. Bak kata maknya, tolak batu kayu jalan je =p

Cuma nasi dia macam kepulut-pulutan sikit,melekit2 & pelik.


Next time nak beli dish yang ada ciken wing tu lah! Tengok hakak depan meja kami ratah macam kelaparan. Kitorang makan tak habes langsung. Daku lagi la. Nasi xhabis separuh pun. Seoul Garden jela pasni ye cik abang? Ngeeeeehh..

Total cost = Hencek Syaaquan belanja. So xingat. Kalo haku bayar memang ingat sungguh. Mekaseh awak =P



Eh.. Tak habis lagi tau! Disebabkan kami masih lapar lepas menonton Parental Guidance tu (gelak sakan xhengat),kami merayau-rayau la kat AEON, owhhh teringat masa jadi cashier helper rujuk entri ni, memori mengundang sungguh!

Kami makan ni.


Daku makan sikit je =P

Siapa punya la ni... Kuat makan betei!

Ni pon dia balun!
Muka teruja makan buat kali ke-2. Kuat makanlah katekan =P
Bukti si dia kuat makan. Hmmmm habis dibalunnya =P


Kesudahannya,kami menghabiskan hari Sabtu kami yang berharga ni dengan membalun makanan-makanan Asia. Sekali sekala makan selain dari makanan rutin best jugak. Tapi pastikan ianya sedap k! =D

Next entry bakal di up ---> Tanjung Harapan Yang Punah Harapan (soon!)

5 comments:

orked violet @ SYA said...

hahahaha. comeL! Sya xminat korean / japanese food. tp tunang Sya suke.. mule2 tu hadaap LA jugak. skang ter-suke. tp sket je. yg peLEk2 or mknn advance2 xtry Lagik! huhu

fiLm tu dgr cm best! tnggu cd kuar ah. ps2 br tgk. hehehe. nk tgk wyg xde geng. sadiss kan kLW pjj nih. uhukkk

Amieynna said...

aku tak minat korean food.. tp sushi itu mmg meransang airliur aku untuk meleleh.. haha..

makan banyak sikit.. bagi tembam sikit.. heheeee

Honey Lalala said...

SYA - kena suka gak,nanti boleh la bergeng! :P ala siannye PJJ,xpe nnt kita hangout sesama plak ye? =)

Amieynna - hahaha kena diet dh pasni..lau x baju perantin xmuat oiii =P

Anonymous said...

ni akak nak tanya dah kawin blum ni? ^_^

Honey Lalala said...

blum lagi,nape kak? ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails