Wednesday, January 2, 2013

Malaysian Wedding Festival (MEFA) 2012 Contest - Part 1 Review

Assalamualaikum semua! Seperti yang anda semua tahu & maklum pada entri sebelum-sebelum ni,saya merupakan salah seorang peserta PIPE Malaysian Wedding Festival (MEFA) Edisi ke-2 2012. Ya,tidak dinafikan penyertaan agak ramai dan pada masa itu, 19 orang (refer link) peserta yang berjaya menyertai tugasan-tugasan yang diberi.

Diringkaskan,antara tugasan-tugasan yang diberi pada kami ialah;

  1. Mempromosi MEFA yang bakal berlangsung pada masa itu
  2. Mempromosi PENAJA hadiah 
Bagaimana cara kami mempromosi tu? Cer bagitau sikit?

Okay,cara-caranya ialah antaranya:-

  1. Mengcreate 'event' dan mengajak seberapa ramai kawan-kawan klik butang JOIN
  2. Mengajak kawan-kawan tekan LIKE pada gambar yang disediakan pihak penganjur
  3. Mengajak kawan-kawan SHARE gambar kitorang yang disediakan oleh pihak penganjur
Dan task itu adalah sebanyak 11 task. Berapa lama durasi pertandingan tersebut? 

Ya,3 BULAN. Bermula 8 Oktober 2012 sehinggalah 26 Disember 2012.

Lama kan? Iya lah,nak dapat benda percuma bukan senang. Kena bersusah payah.. betul x?

Sehinggalah saya mendapati status MEFA berbunyi bahawa ada sesetengah peserta yang disingkir kerana terdapat sebilangan yang tidak melakukan task diberi. Ya,dimaklumkan saya salah seorang peserta Top 10. Yeayyy! Happy tidak terkira.



Pada Task ke-7 sudah ada peserta disingkir sehinggalah task ke-11 yang terakhir dimana kami semua perlu membuat video promosi salah seorang penganjur dimana masa yang diberi hanyalah 2 HARI.





Hari yang dinantikan sudah pun tiba. Mari lihat sebentar :-

Hari Pertama di sana

oh,terujanya saya! Teruja ke?

Pukul 4.30,kami pergi mendaftar di kaunter pendaftaran. Dan pihak admin maklumkan task bermula pada pukul 6.30 petang. Ok,jalan-jalan pusing2 dulu tengok mana yang berkenan.

Katering hakak pun ada hokey, Nurul Izzah Catering you! :p

seronoknya! Abah pun datang bagi sokongan okeh? Siap bawa video cam lagi. Malu bila replay rakaman tu di rumah :p

Sementara menunggu giliran kami, ada satu slot dimana pada masa pertandingan PIPE MEFA berlangsung di Facebook,ada pertandingan kadkahwinMu di Facebook gak. Masa tu memang ada terfikir nak join,tapi xsempat. 

Ni majlis penyampaian hadiah KadkahwinMu :-

Tahniah! Dengarnya pemenang kedua KadKahwinMu ni adik ipar Irine Nadia. Untunglaaa :D
Kepada peserta yang kalah pun,ada habuan juga :D

Mereka dapat baucar hadiah sebanyak RM100 oleh penaja :-


Tak sia-sialah usaha mereka mempromote KadKahwinMu. Sekurang-kurangnya ada la juga ganjaran. Betapa penaja ni menghargai peserta-peserta mereka oke?

Eh,melalut-lalut pula entri ni. Ok,da tepat pukul 6.30. Nama-nama kami pun dipanggil naik pentas :D

Ada 9 pasangan tak silap. Semua ni finalis yang nak merebut hadiah bernilai RM15,000 tau!
Tup-tup, task akhir kami ialah task yang sangat senang dan unsangkarable. Guess what? 

Kami perlu ambil flyers penaja hadiah kami dalam tempoh 10 minit. Berpusing-pusing laaaa kami mencari booth2 penganjur yang baru je sebentar lalu. Tapi hilang ingatan sebab gemuruh sangat :p

Dan alih2,saya orang ke-5 yang berjaya menyerahkan flyers penganjur. Maaf incik tunang sebab agak emo masa explorace tadi. Terkeluar perangai xsemenggah tu :p


Dan apa jadi selepas tu? Kita jumpa di entri lain ok? Babaiiii~


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails